Sepanjang bulan puasa ini, ramai diantara kita yang terpaksa ponteng puasa bila terikat dengan ubatan dalam melalui proses penyembuhan.
Namun baru-baru ini, Dr Samhan telah berkongsikan mengenai ubatan yang tidak membatalkan puasa namun bergantung pada jenis ubatan yang perlu anda ambil.
Ada ubat yang perlu dimakan, dicucuk atau disapu pada waktu pagi tetapi risau pula kalau ada jenis ubat yang boleh membatalkan puasa tanpa kita sedari.
Semoga perkongsian ini dapat menjelaskan segala persoalan yang mungkin ramai tidak tahu.
Hari ini saya akan terangkan :
– Ubat yang batalkan puasa
– Ubat yang tak batalkan puasa
– Prosedur yang tak batalkan puasa
1. Ubat yang BOLEH BATAL puasa:
– Ubat biji.
– Ubat minum.
– Pesari (ubat masuk ke dalam vagina).
– Ubat masuk bontot (iaitu supositori dan enema).
2. Ubat yang TAK BATAL puasa:
– Ubat letak bawah lidah (dengan syarat: LETAK bawah lidah, BUKAN ditelan).
– Ubat cucuk insulin.
Ads
– Ubat titis mata, telinga dan cuci telinga (ear wash).
– Ubat sapu macam krim dan losyen.
– Ubat kumur (dengan syarat: kumur-kumur sahaja, BUKAN ditelan).
– Ubat sembur atau pancit hidung (dengan syarat: ia TAK disedut).
– Ubat bius setempat atau separuh.
– Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma).
3. Prosedur yang TAK BATAL puasa
– Haemodialisis atau peritoneal dialysis.
– Mengambil darah untuk pemeriksaan.
Ads
– Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.
– Injeksi(cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), kedalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.
– Menderma atau menerima darah.
– Menerima oksigen atau gas untuk bius.
– Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.
– Memasukkan ovules kedalam kemaluan wanita(vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina, atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (contoh periksa jalan untuk bersalin).
– Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan.
– Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention).
Ads
– Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut, dengan syarat ia tidak ditelan.
– Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).
– Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan.
– Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).
– Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari.
– Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia).
Tolong sebarkan pada orang lain sebab masih ramai yang keliru.
Minyak bawang putih memang menjadi antara pilihan minyak yang sering dijadikan alternatif dalam merawat masalah kesihatan anak-anak yang ringan. Atas sebab ini juga, telah menjadi kewajiban bagi puan Yatie Eimra untuk memastikan stok minyak bawang putih sentiasa ada bersamanya. Malah apa yang lebih menarik, dia turut menghasilkan sendiri ramuan minyak bawang putih tersebut.
Jadi apa kata, kita ketahui caranya dan bolehlah dijadikan sebagai ‘Firs Aid Herba’ di rumah yang wajib ada. Semoga bermanfaat.
Saya memang wajib simpan minyak bawang putih kat dapur & dalam beg (guna travel bottle). Banyak sangat manfaat & kegunaan minyak bawang putih ni. Bukan setakat anak, 1 famili boleh guna.
Anak tengah batuk ni, setiap hari saya akan sapukan minyak bawang putih lepas mandi & sebelum anak tidur (di bahagian dada, belakang badan & tapak kaki). Gabungan bawang putih & daun salam jadikan minyak ni cepat melegakan batuk & selsema, gatal², bengkak dan sebagai mosquito repellent gak. Sekarang bila anak terbatuk², dia sendiri yang akan mintak ‘minyak garlic’ & mintak ummi urutkan.. Padahal selama ni dia tak suka bau bawang putih & kena paksa bila nak sapukan minyak ni.
Tak susah pun buat minyak ni sendiri. Biasanya mak² buat minyak bawang putih dengan cara bakar bawang putih & campurkan dalam minyak. Tapi saya suka goreng/renihkan bawang dalam minyak dengan api perlahan sampai garing. Dengan cara ni, minyak boleh tahan lama sehingga berbulan².
Biasanya saya buat dalam kuantiti yang banyak tapi sebab lupa restock minyak zaitun, terpaksalah buat sukatan secawan (250ml) je dulu
Sukat dulu minyak zaitun untuk secawan. Lepas masukkan hirisan bawang putih & daun salam dalam pan, barulah tuang sikit demi sikit minyak (agak² terendam je). Renihkan dengan api yang sangat perlahan sampai bawang garing. Kemudian campurkan baki minyak zaitun. Biarkan sejuk sebelum simpan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam melayari bahtera rumahtangga, tidak dinafikan faktor kewangan adalah sangat penting terutamanya apabila sudah mempunyai cahaya mata. Malah pasangan yang tidak mempunyai simpanan sewaktu bujang haruslah berusaha untuk membuat tabungan apabila sudah berkahwin.
Jangan mengharapkan pada pendapatan pasangan sahaja untuk menampung kekurangan anda malah seeloknya anda dan pasangan haruslah bijak mengatur kewangan anda agar tidak sesak sewaktu memerlukan.
Nak tahu bagaimana caranya? Ikuti panduan ini.
1. Kira Perbelanjaan Bulanan
Bagi anda yang tidak pernah ambil tahu perbelanjaan kasar bulanan, anda harus lakukannya segera. Ini bagi memastikan perbelanjaan anda tidak melebihi pendapatan bulanan anda.
Baki dari anggaran kasar anda itu, barulah anda aturkan untuk perbelanjaan lain yang tidak berapa penting tetapi ingat agar meletakkan 20% dari baki tersebut sebagai simpanan.
2. Jangan Bergantung Pada Pendapatan Sampingan
Ramai di antara masyarakat Malaysia sekarang membuat kerja sampingan. Malah ada yang berhempas pulas membuat dua atau tiga pekerjaan yang lain dalam satu masa.
Tidak dinafikan, pendapatan sampingan ini kadang kala lebih dari pendapatan tetap namun anda harus ini, ianya tidak boleh dimasukkan dalam pendapatan tetap yang anda dapati setiap bulan kerana jumlah tidak menentu.
Jangan terlalu bergantung pada jumlah tertinggi yang pernah anda dapat dari pendapatan sampingan ini tetapi letakkan ia sebagai ‘simpanan’ bagi mengelakkan anda boros berbelanja.
3. Letak Target Untuk Beli Barang
Bagi anda yang boros berbelanja, sudah sampai masanya untuk anda ubah sifat itu. Tidak dinafikan setiap diantara kita mempunyai keinginan untuk mendapatkan barangan yang di minati.
Tapi ingat, sifat ini akan memakan diri. Sebaliknya anda senaraikan dulu barangan mengikut keperluan. Jika sesuatu yang anda inginkan itu adalah jumlah yang besar. letak target untuk memilikinya. Berbelanjalah ikut kemampuan anda.
4. Beli Hanya Bila Perlu
Dalam era sekarang, perniagaan online pastinya memudahkan anda untuk mendapatkan barangan yang diinginkan. Tapi ingat! Jangan terpedaya dengan iklan atau strategi pemasaran yang ditonjolkan sebaliknya anda membeli barangan yang perlu sahaja.
5. Bijak Menabung
Bagi yang bakal menimbang cahaya mata, anda perlu membuat kajian dan carian untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat bagi tujuan tabungan dan pelaburan untuk anak.
Pelaburan yang diyakini selamat dan menguntungkan seperti Amanah Saham Bumiputera dan tabungan di Tabung Haji antara yang menjadi pilihan ibu bapa.
6. Ambil Insurans Nyawa
Mungkin ramai menyangka insurans sesuatu yang membazir kerana hanya membuat pembayaran untuk sesuatu yang tidak diketahui berlaku. Namun, pernahkah terfikir apa yang terjadi jika ditakdirkan sesuatu yang buruk terjadi kepada anda.
Bagaimana dengan nasib keluarga anda?
Pilih skim insurans yang bertepatan dengan belanjawan bulanan anda kerana sekarang pelbagai skim ditawarkan oleh banyak syarikat. Jangan takut untuk bertemu ejen insurans untuk mendapatkan nasihat skim insurans nyawa terbaik untuk anda berdasarkan jumlah
perlindungan, umur dan jenis pekerjaan.
7. Perlindungan Perubatan Untuk Keluarga
Selain kos sara hidup harian, kos perubatan anak-anak perlu dititikberatkan oleh ibu bapa. Dengan adanya pelan perlindungan insurans, anak-anak mempunyai akses kepada rawatan dan ubat-ubatan terbaik jika berlaku komplikasi kesihatan.
8. Buat Bajet Keperluan Rumah
Membesarkan anak memerlukan kos yang tinggi. Untuk itu, perancangan kewangan teliti diperlukan. Anda perlu mencatatkan barangan keperluan rumah dan anak setiap bulan beserta kosnya untuk menjamin kelangsungan kos hidup.
Kos pakaian, lampin, susu formula, perubatan dan vaksinasi adalah antara kos yang perlu diberi keutamaan. Kegagalan untuk merancang dan berfikir ke depan mungkin akan menyusahkan ibu bapa apatah lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di bandar besar.
9. Tabung Kecemasan
Malang sentiasa tidak berbau. Namun anda perlu sentiasa bersedia dengan apa juga kemungkinan. Mungkin jumlah simpanan tabung kecemasan tidak mencukupi untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang, tetapi dengan memulakan tabung kecemasan sedikit sebanyak dapat membantu anda mencapai kestabilan kewangan
Penting untuk anda memulakan tabung kecemasan seawal mungkin kerana ia mengambil masa yang agak panjang untuk mencapai jumlah sasaran simpanan kecemasan anda. Jangan tangguh dan mulakan tabung kecemasan anda sekarang.
Simpan mengikut kemampuan anda dan terus berdisiplin dalam menyimpan. Bak kata pepatah, ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan.’
[TIP KEWANGAN]
Tiada Tabung Kecemasan Punca Keluarga Di Bebani Hutang. Ini Cara Untuk Hidari Dari Masalah Ini
Dulu-dulu ada antara kita sering mengaitkan serangan penyakit gout atau sakit sendi sebagai penyakit orang kaya akibat makan makanan berprotein dan makanan laut yang sememangnya mengandungi asid urik yang tinggi.
Pun begitu, hakikatnya penyakit gout boleh terjadi kepada sesiapa saja. Menurut perkongsian Dr Erna Nadia, disebabkan oleh pengumpulan uric acid yang tinggi di dalam badan. Biasanya uric acid ni dia keluar melalui air kencing kita sahaja setelah dinyahproses oleh buah pinggang.
Gout adalah disebabkan oleh pengumpulan uric acid yang tinggi di dalam badan. Biasanya uric acid ni dia keluar melalui air kencing kita sahaja setelah dinyahproses oleh buah pinggang.
Apakah penyebab gout?
Pemakanan
– Makanan yang tinggi purine seperti makan berdaging merah, internal organ seperti hati, limpa, makanan laut seperti udang, kerang, minuman yang mengandungi kandungan fruktosa yang tinggi ( fruit sugar) dan minuman beralkohol.
Berat badan yang berlebihan dan obesiti
– lebih berat badan akan menyebabkan buah pinggang susah untuk nyahkeluarkan uric acid dari badan.
Sesetengah penyakit kronik
– penyakit darah tinggi/kencing manis yang tidak terkawal atau tidak dirawat dengan betul, masalah buah pinggang, masalah jantung dan masalah lain yang tidak dirawat dengan betul sebab buah pinggang terjejas jadi susah nak kumuhkan uric acid.
Keturunan
Lelaki adalah lebih berisiko mendapat gout pada usia muda (30-50 tahun).
Wanita akan berisiko sama seperti lelaki selepas mereka menopos.
Sesetengah ubatan
– ada beberapa ubat darah tinggi yang boleh sebabkan tinggi uric acid. Sebab itu perlu pemantauan bila dah mula kena makan ubat.
Baru lepas pembedahan atau kemalangan.
– ada sesetengah keadaan yang akan trigger uric acid jadi tinggi.
Uric acid yang berlebihan ini apabila dah tak dapat nak disingkirkan keluar dari badan melalui air kencing, ianya akan berkumpul di tempat tempat tertentu seperti sendi terutamanya di kaki dahulu sebelum melarat ke tempat lain.
Uric acid yang tinggi tu akan membentuk kristal sebab tu orang yang kena gout attack akan rasa sakit sangat. Sendi tu jadi bengkak, merah, sedikit panas dan sakit apabila disentuh atau tersentuh.
Jangan salahkan keturunan.
Jika sudah tahu adalah sejarah gout dalam family, take extra precautions.