Sebelum ini, pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Acha Septriasa baru sahaja mengumumkan hamil anak kedua pada awal Disember 2022 setelah menanti hampir 5 tahun di laman Instagramnya.
Walau bagaimanapun, berita gembira bertukar duka di mana dalam perkongsian terbaharunya ketika imbas kembali perjalanan hidupnya sepanjang tahun 2022, pelakon filem My Heart itu memaklumkan yang dirinya keguguran sewaktu trimester pertama.
“Berita yang tidak disangka dan paling tidak dingini adalah kami kehilangan kandungan pada trimester pertama.
“Kami sangat sedih terhadap ketentuan ini dan berjanji akan kembali lebih kuat bersama tiga ahli keluarga,” tulisnya.
Ads
Di akhir hantaran tersebut, Acha sempat berharap agar semua pihak dapat menikmati kehidupan yang lebih baik di tahun hadapan.
“Kekuatan batin saya adalah mengetahui bila waktu perlu berehat dan bersantai. Jangan lupa untuk menjalani kehidupan semula. Detik-detik gembira hari ini adalah perkara sedih yang akan difikirkan esok. Terima kasih 2022,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Acha Septriasa telah mendirikan rumah tangga dengan Vicky Kharisma sekitar tahun 2016 selepas bertemu sewaktu sama-sama menuntut di Universiti Lim Kok Wing, Cyeberjaya.
Ads
Mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dikenali sebagai Bridgia Kalina Kharisma dan mereka juga menetap di Australia.
Sumber : Instagram Acha Septriasa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka rupanya pelakon popular dan usahawan cantik, Nur Fazura sebenarnya mempunyai keinginan peribadi untuk menjadi peniaga di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu Kelantan.
Impiannya itu dikongsi menerusi YouTube MyFazura telah meraih perhatian peminatnya.
“Sebenarnya memang dari kecil saya ada satu impian. Masa mula-mula dulu saya nak jadi pramugari dan saya juga teringin nak ada pengalaman menjual (berniaga).
“Teringin nak rasai sendiri pengalaman menjual di Pasar Siti Khadijah dengan peniaga-peniaga wanita yang ada di sini. Alhamdulillah bila ada pelanggan yang datang membeli, rasa tercapai impian saya nak menjual itu.”
Video berkenaan berdurasi 26 minit turut memaparkan aktiviti Fazura sepanjang berada di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Antaranya berdikir barat, persembahan wayang kulit , makan hidangan tradisi Kelantan, mengunjungi salah satu masjid terkenal iaitu Masjid Ar-Rahman dan tempat menarik lain.
Dalam pada itu, Fazura juga mengakui pertama kali makan nasi kerabu ketika di mengunjungi negeri Kelantan ini. Dia amat teruja layanan yang diberikan oleh rakannya juga yang berasal dari negeri Kelantan.
Dalam diam, rupanya sudah 5 hari pelakon jelita, Diana Danielle berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah bersama suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil disertai dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora.
Diana berkata, suami menjadi antara pendorong terbesar selain menyifatkan keberadaannya di sana adalah sebagai proses untuk menjadi insan yang lebih baik.
“Pengalaman pertama saya dan anak-anak, tetapi ini umrah kedua buat Farid. Sudah pasti apa yang membuatkan saya rasa teruja adalah apabila kita bawa anak-anak bersama ke Tanah Suci. Malah untuk saya sendiri adalah untuk insafi diri, alhamdulillah.
“Farid memberikan motivasi kepada saya sebenarnya. Jujurnya dia melihat saya dan anak- anak sudah banyak pergi serata destinasi tetapi katanya, saya masih lagi belum ke sebuah tempat yang terbaik di dunia.
“Sebelum kita berikan pendedahan yang lebih lagi kepada anak-anak kepada dunia, apa kata kita bawa mereka bersama ke rumah Allah. Bagi mereka mengenali siapa diri dan tahu kita hidup untuk apa.
“Saya menyukainya sementelah anak saya pun sudah berusia 10 dan lapan tahun. Rasanya ini masa sesuai. Untuk mereka raih pengalaman bermakna sambil kita sebagai penjaga ada kudrat yang masih kuat ini” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai perasaan anak-anak sejurus mengetahui mereka turut berpeluang melakukan umrah pada usia yang muda, mereka menyambutnya dengan baik.
“Muhammad sangat teruja. Mungkin ada kanak kanak yang masih belum memahami keberadaan mereka di sana, tapi ia berbeza untuk anak sulung saya. Sebelum ini pun anak-anak banyak tonton video jemaah yang sedang tunaikan haji dan umrah.
“Pada sama sama sebelum berangkat, kita semua ada hadiri kelas umrah juga. Penting bagi mereka juga untuk jaga diri dan berdisiplin sepanjang berada di sana. Tak adalah nanti ia menyulitkan kita untuk buat ibadah,” katanya lagi.
Selain mahu memberi fokus kepada ibadah, Diana juga tidak menafikan ini masa terbaik untuknya menitipkan doa yang baik-baik untuk keluarga di depan Kaabah.
“Saya mendoakan agar dikurniakan keluarga yang sihat, bahagia dan apa segala jenis ujian yang Allah SWT berikan, semoga kita kuat untuk hadapi.
“Saya tidak boleh menjanjikan kita akan jalani sebuah kehidupan yang sempurna. Tapi apa yang saya cuba untuk doakan ialah, walau pun ia sukar, insyaAllah kita boleh harungi bersama-sama.
“Lagi satu, saya berdoa semoga kerjaya suami saya makin bersinar dan berjalan dengan baik, insyaAllah,” katanya lagi.
Sumber : Media Hiburan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika kita mengemas rumah tentu akan ada habuk di kawasan dinding, atas silling, dalam almari pakaian dan bawah katil. Ketika kemas tu pernah nampak tak habus seakan berketul di dinding atau bawah katil. Ia dikenali ulat habuk.
Jika sering terdedah dengan habuk boleh menyebabkan alergi, tidak hairanlah mengapa anak sering mengalami selsema dan batuk. Jika ada ekzema yang alah habuk tentu tidak selesa.
Jadi, kena pastikan ruang tamu dan bilik bebas habuk terutama ulat habuk ini. Nak tahu cara lanjut ikuti perkongsian ini.
Cara Hapuskan & Kawal Ulat Habuk Tak kisahlah apa nama yang korang panggil..ulat habuk, ulat dinding, casebearer, dust worm ataupun dikenali sebagai kamitetep di Indonesia. Ulat ni sebenarnya dalam fasa larva sebelum bertukar jadi kupu².
Selain kawasan berdebu, bersawang, kawasan berkelembapan tinggi (macam toilet, bilik stor/bilik yang tak cukup pengudaraan & cahaya matahari yang cukup), ulat habuk ni gak memang suka bersarang kat bawah katil & dalam almari.
Andai kata korang selalu bersihkan rumah & takde sawang sekalipun, tapi kalau kupu² ni dah termasuk dalam rumah, ia tetap akan cari tempat untuk bertelur. Kalau ada salah satu ciri² yang disebut tadi, nak² dalam rumah memang banyak sumber makanan dia..dah memang ler jadik port dia beranak pinak
Makanan ulat habuk Ulat habuk ni makan sawang labah², rambut² yang berguguran, bangkai serangga kecil & gak fabrik. Ulat ni memang boleh sebabkan rasa gatal jika kita digigit, & ulat beluncas kupu² tu sendiri pun boleh sebabkan naik gatal² badan bagi orang yang kulit sensitif & ada alahan.
Walaupun macam tu, gatal² badan bila baring atas tilam & pakai pakaian dari almari tak semestinya berpunca dari ulat habuk yer. Boleh gak berpunca dari hama akibat dah lama tak bersihkan tilam atau pakaian yang dah lama tak digunakan. Kalau tiba² rasa gatal & ada tanda gigitan dengan bulatan kecil tu mungkin gak berpunca dari agas. So banyak punca lain jadi gatal² ni melainkan korang memang jumpe sendiri la ulat habuk ni.. Ulat habuk ni boleh jer kita spray secara direct dengan spray racun serangga.
Tapi masalahnya, kita tak tahu kat mana kupu² tadi bertelur. Bergantung pada spesis kupu² tu sndiri, ada yang hasilkan 40-50 biji sekali bertelur. Telur² ni bila dah menetas jadi larva, dia akan buat kelongsong kepompong & mula merayap² lak. Telur² ni pun kena hapuskan sebelum ia menetas untuk elakkan masalah dikemudian hari.
Kat sini saya share cara hapuskan ulat habuk ni since saya pernah alami masalah ternak ulat habuk ni dalam almari secara tak sengaja (boleh baca post sebelum ni) & baru² ni kat trek sliding door dah jadik port baru dia lak (kawasan rumah sekarang ni banyak sangat ulat ni hampir setiap level ade jer bergantungan ulat habuk kat dinding even dalam lif pun ade gak)
1.Hapuskan Ulat Habuk Dalam Almari Pakaian
Kalau kupu² bertelur dalam almari memang leceh sangat.. Sebab korang takkan tahu kat baju mana ia bertelur. -Keluarkan semua pakaian dari almari. -Cari pakaian/fabrik yang berlubang. Jika ada, asingkan dari pakaian lain sebab kemungkinan ada telur kupu². (Kupu² biasanya bertelur kat sumber makanan dia supaya baby² ulat dapat makan dengan cukup). -Basuh pakaian yang berlubang dengan suhu 40°c, pakaian lain boleh dijemur dibawah panas matahari terik ATAU -Basuh jer semua pakaian dengan suhu 40°c (disarankan). Cara ni leceh sikit, tapi sekurang²nya korang dapat pastikan semua pakaian dah takde telur kupu² tu. -Almari pakaian korang tu, spray dengan air sabun & campuran cuka (saya gunakan spray cuka serbaguna saya je). Lap seluruh bahagian dalam & luar jika perlu. Cuka ni bersifat asid & mampu membunuh telur² serangga & hama. -Untuk elak ulat habuk bersarang dalam almari lagi, boleh gunakan ubat gegat ataupun bahan penyahlembapan (contohnya brand thirsty hippo) untuk serap kelembapan dalam almari & tak sesuai untuk pembiakan kupu². Untuk almari baju ni, saya lebih suka ubat gegat dengan wangian bunga macam dalam Gambar 2. Saya beli di Mr. DIY.
2.Hapuskan Ulat Habuk Bawah Katil
-Cabut semua cadar & sarung bantal. -Jika bantal dari jenis yang boleh dicuci, sebaik²nya cuci & jemur bantal. Jika bantal tak boleh dicuci, spray dengan larutan cuka sebelum jemur bawah matahari. -Vakum tilam & bersihkan bawah katil. -Spray dengan larutan cuka pada keseluruhan tilam & juga bawah katil. Biarkan kering sendiri. – Untuk elak ulat habuk bersarang lagi, boleh letakkan ubat gegat bawah katil. TAPI jika anda ada masalah pernafasan/ada anak kecil lebih baik gunakan daun² yang berbau kuat yang boleh berfungsi halau serangga contohnya daun salam, daun durian belanda, etc. Tukar daun baru bila dah kering.
3.Kawal Ulat Habuk Dalam Rumah
Jujurnya kita hanya mampu kurangkan/kawal jer populasi ulat habuk ni dalam rumah. Takde jaminan pun kupu² takkan masuk dalam rumah & bertelur lagi. Cumanya kena kerap -Bersihkan habuk & sawang -Kena kerap bukak tingkap untuk galakkan pengudaraan bagi bilik yang sentiasa lembap. -Bersihkan almari & katil secara berkala -Vakum kawasan yang susah nampak/nak bersihkan contohnya bawah katil, celah² trek pintu/tingkap sliding. -Bagi kawasan perumahan yang banyak kupu² ni (biasanya perumahan berdekatan kawasan semak/kawasan yang belum diteroka), salah 1 cara nak kurangkan kupu² masuk dengan elakkan buka lampu luar rumah sebab serangga akan mudah tertarik pada cahaya. Harap² sikit sebanyak dapatlah bantu korang atasi masalah ulat habuk tu.