Petua untuk menanam pokok kesum sentiasa mendapat perhatian ramai. Maklumlah pokok ini adalah antara tanaman yang sukar subur dan jangka hayatnya sekejap sahaja. Paling biasa berlaku, tanam pokok tapi tak jadi subur.
Namun bagi pekebun yang menanam tanaman ini sebagai sumber pendapatan pastinya ada petua tersendiri untuk memastikan tanaman sentiasa subur merimbun dan jangka hayatnya pun panjang.
Tentu ada rahsianya! Sebagaimana perkongsian seorang pekebun yang sudah enam tahun melakukan penjagaan pokok kesum dengan cara mencantas pada waktu tertentu agar pokok tumbuh subur.
Rupanya ini rahsianya, cantas pokok kesum waktu mula nak berbunga.
Di sini saya nak kongsikan cara saya menjaga pokok kesom supaya ia sentiasa subur dan panjang jangka hayatnya. Selalunya bila nak tanam pokok ni susah betul nak hidup, bila dah hidup pendek pulak umurnya.
Ini pengalaman saya hampir 6 tahun menjaga pokok kesom ni dari mula tanam sampailah ke hari ini.
Asalnya tanam dalam 3 rumpun kecil sahaja, sekarang dah merebak menjadi rumpun yang besar.
Ini cara penjagaan pokok kesum agar sentiasa subur.
1.Bila pokok kesom dah hampir mengeluarkan bunganya, menandakan pokok sudah matang dan dah tua. Jika di biarkan berterusan lama kelamaan ia akan mati.
Ads
2. Sebaiknya bila dah mula nak berbunga, kerat atau cantas. Tinggalkan sejengkal atau dua jengkal dari aras tanah.
Selepas di kerat/cantas….
3. Lepas tu tambah sedikit tanah pada rumpun pokok dan beri baja organik dahulu.
Waktu siram kena pagi dan petang, 2 kali!
4. Kena sentiasa siram pagi dan petang. Pada masa ini penyiraman sangat penting agar tanah sentiasa lembab. Jika tanah selalu kering, pokok akan terus mati pulak. Ingat ya pesanan ni
Ads
Jangan lupa letak baja!
5. Bila dah nampak pokok mula mengeluarkan pucuk baru, berilah baja kopi ataupun baja NPK Hijau 15:15:15. In syaa Allah pokok kesom akan menjadi pokok baru semula.
Lebih kurang 10 hari selepas di kerat/cantas. Pokok dah mula berpucuk baru semula…. Masa ini dh boleh beri baja kopi atau baja NPK Hijau 15:15:15.
5. Tanam atas tanah sahaja. Pokok kesom baru tumbuh dan menjadi pokok baru semula setelah di kerat/cantas..
Ads
6. Tanam dalam kotak polysterin pun sama juga penjagaannya macam tanam atas tanah… Sebelum di kerat/cantas. Tebuk bahagia tepi sahaja. Dasar tak tebuk. Ia bertujuan supaya ada sedikit air bertakung bersama tanah dlm polysterin tu..
Info: Tanam dalam kotak polysterin tu ada air+ tanah. In syaaAllah boleh tahan dalam 4 hari tak siram. Jika atas tanah tengok keadaan cuaca juga.
Inilah kitaran yg kita kena buat utk pastikan pokok kesum sentiasa subur dan panjang jangka hayatnya.
Baru-baru ini, Datin Dr Halina, isteri kesayangan Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha ada memuat naik satu posting yang mendoakan suaminya supaya mendapat haji yang mabrur. Datuk Dr Sheikh Muszaphar berangkat menunaikan haji bersama ibunya.
Dia yang memberitahu suaminya itu baru berangkat turut menyelitkan pesanan yang lucu tetapi membuatkan netizen membuat tafsiran sendiri. Ayatnya yang meminta handbag baru membuatkan netizen menyangka dia mahu menambah anak lagi.
Kapsyen Dr Halina berbunyi:
Hubsy left to the airport. @drsheikhmuszaphar Jgn risaukan anak2 ok. I will take care of them. Semoga mendapat haji mabrur dan semoga I dpt handbag baru ? aminnnn.
Pejam celik pejam celik, sedar-sedar berganjak lagi usia kita di tahun baru ini. Semoga dengan bertambahnya umur, menjadikan kita semua lebih matang dan cekal dalam mendepani hari-hari yang mendatang.
Seandainya tahun 2022 ini ada dikalangan kita sudah berusia 40an atau 50an, sebenarnya ada banyak benda atau perkara yang perlu diubah dalam diri. Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja dengan sia-sia hingga detik pengakhiran hidup.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Prof Madya Dr Kamal di media sosial.
Banyak benda kau kena ubah!
1.Bersederhana dalam bekerja, sebab kau kena lebihkan usaha mendekati Allah dan keluarga
2.Ambik cuti dan tinggalkan hal-hal kerja seketika untuk kau lebih mendekati anak-anak yang sedang membesar
3.Berhenti untuk fikir masalah kerja di rumah, rumah adalah masa terbaik kau untuk tenang.
4.Tak perlu korbankan masa kau untuk orang lain, tapi korbankan masa kau untuk Allah dan keluarga
5.Jangan teragak-agak berkata TIDAK untuk kerja orang lain yang kau kena buat, kerana diusia ini kau perlu memilih untuk bekerja dengan tenang!
6.Tinggalkan manusia-manusia yang mengambil kesempatan pada kau! Biar kawan tak ramai dari ramai yang haramjadah
7.Jauhi mereka yang hipokrit, terutama yang fake!
8.Cari kawan yang ikhlas dan lebih mendamaikan, jauhi mereka yang berlagak baik tapi hati busuk.
9.Jaga kesihatan, kawal pemakanan dan bersenam! Enjoy dengan keluarga!
10.Berehatlah dari dunia yang sementara, 40an-50an adalah masa mencari ketenangan untuk 60an dan seterusnya yang lebih baik bila bersara.40an. Usia terbaik untuk pergi umrah pada yang belum pernah pergi, kerana badan masih sihat.
Sumber : Prof Madya Dr Kamal
Jom tonton video menarik adik-adik Bintang Kecil di Scream Park Sunway Lagoon.
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
Rumah tangga yang bahagia boleh dikekalkan dengan memberi perhatian pada beberapa perkara kecil yang sebenarnya penting dalam menjaga perhubungan sesama pasangan.
1. Perkahwinan bukan untuk kita mencari pasangan yang melengkapkan segala keperluan, makan, minum, pakaian, layan kita macam raja atau permaisuri. Sampai satu masa nanti, kita akan merasa penat dan kecewa, sebab pasangan ini sifatnya saling melengkapi bukan tempat kita mengharapkan itu dan ini.
2. Gambar sanding save dalam beg duit masing-masing. Bila tawar hati, tenung lama-lama gambar tu.. Ingat balik kenangan indah bersama pasangan.
3. Perkahwinan yang sebenar ialah satu perkongsian dan pengorbanan. Tak sempurna takpe yang penting berusaha untuk jadikan hidup rasa sempurna dan bahagia dengan cara kita.
4. Perkahwinan bukan untuk kita menerima sahaja tetapi bersedialah untuk memberi juga.
5. Jangan diungkit segala kekurangan dan kelemahan pasangan kerana lemah dan kurang itu memang fitrah manusia. Selagi namanya manusia, kita juga miliki fitrah yang sama.
6. Bila Allah datangkan bahagia dalam rumahtangga, itu tandanya Allah nak kita ucapkan rasa syukur. Simpan baik-baik kenangan itu dalam dairy kita.. Tidak perlu kita terjemahkan dalam media sosial kerana risau timbulnya rasa riyak.
7. Jangan terlalu mengharapkan fizikal dan kecantikan pasangan kita macam dulu-dulu, kerana kitapun tahu bila pasangan mengharapkan kita begitu, kita jadi buntu.
8. Pandang jauh ke hadapan, berazam untuk bina anak-anak yang hebat, soleh solehah. Berhenti mengikut hawa nafsu kerana di penghujung usiapun dia buat kita seperti mahu hidup seribu tahun.
Kunci kebahagiaan rumahtangga bukan hanya pada hadiah cincin berlian dan kereta mewah tetapi amalan lain dalam kehidupan.
#1. Menjaga Solat
Semua sudah maklum, solat merupakan tiang agama. Kukuhnya agama, kukuhlah rumah tangga anda, inshaAllah. Tidak kira sesibuk mana anda dan pasangan, pastikan anda menjaga solat anda bersama-sama.
Saling mengingati sekiranya salah seorang daripada anda terleka. Paling baik sekiranya suami berjemaah di surau dan isteri menjaga solat diawal waktu. InshaAllah sekiranya anda dan pasangan menjaga suruhan utama Allah, Allah pasti akan menjaga hubungan anda.perkara kecil kebahagian keluarga, aktivit kebahagian keluarga, kebahagian keluarga, keluarga bahagia
#2. Ucap Terima Kasih Sekurang-kurangnya Sehari Sekali
Anda sering mengucapkan terima kasih pada orang lain walaupun sorang tersebut sekadar memberi anda laluan di kedai runcit yang sempit.
Ucapkan terima kasih pada isteri anda atas hidangan makan malam yang disediakan beliau. Ucapkan terima kasih pada suami anda kerana menghantar anak-anak ke sekolah. Ucapkan terima kasih pada pasangan kerana membasuh sendiri pinggannya sebaik lepas makan.
Kata-kata penghargaan boleh mengingatkan pasangan anda betapa anda menyayanginya dan dengan mengetahui beliau dikasihi, si dia akan berusaha menjadi yang lebih baik untuk anda.
#3. Berikan Layanan Pada Si Dia Dengan Penuh Hormat Dihadapan Orang Lain
Tidak kira anda menghadiri kenduri, temujanji bersama kawan rapat, menghabiskan masa bersama keluarga di kampung atau menemaninya membeli barang di pasar, layanlah pasangan anda dengan penuh hormat. Pimpin tangannya sewaktu berjalan. Berikan senyuman manis padanya. Letakkan tangan anda di atas bahunya.
4. Belajar Untuk Meminta Sesuatu Dengan Lembut Dan Baik
Anda harap suami anda tidak lupa memasukkan baju kotor dalam bakul? Anda kempunan suatu makanan dan berharap isteri anda memasaknya? Anda mahu suami sama-sama membantu anda didapur?
Pastikan anda bertanya, berbanding menyuruh. Sebagai manusia biasa, kita pasti tidak suka disuruh. Begitu juga pasangan anda. Sebagai contoh, daripada berkata “Maknye, saya nak kopi”
Adalah lebih manis sekiranya anda berkata “Sayang, boleh awak buatkan kopi untuk saya?” Dua ayat yang membawa pada maksud dan hasil yang sama, tetapi ayat kedua kedengaran lebih mudah untuk dipenuhi. Lebih-lebih lagi disaat isteri anda baru lepas pulang dari kerja, penat dan terkial-kial menyediakan makan malam untuk keluarga.
Sebagai contoh lain, daripada berkata “Abang, sidaikan kain”. Adalah lebih manis sekiranya diganti dengan “Abang, boleh saya minta tolong awak sidaikan kain?” Sekiranya anda menjadi orang yang disuruh, mana antara dua ayat ini menjadi pilihan anda untuk melaksanakannya segera?
#5. Lakukan Sesuatu Untuk Si Dia Sama Seperti Yang Pernah Anda Lakukan Diawal Perkahwinan
Hantar bunga padanya ditempat kerja. Selitkan nota dalam beg kerjanya. Dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, singgah ke kedai dan belikan coklat kegemarannya. Peluk si dia sekuatnya semasa dia merajuk. Puji ketampanannya dan penat lelahnya mencari rezeki untuk keluarga. Hantarkan mesej mengucapkan kata-kata rindu sewaktu di pejabat.
Sekali sekala, pergilah “berbulan madu” untuk mengeratkan hubungan. Perbuatan kecil ini bukan sahaja menggembirakan hati pasangan, ia juga boleh mengimbau balik kenangan manis bersama yang menautkan kasih anda padanya.
#6. Berusaha Memperbaiki Diri Menjadi Yang Lebih Baik Setiap Hari
Buktikan cinta anda dengan berusaha memperbaiki tabiat yang biasa anda lakukan, tetapi tidak disenangi pasangan. Sebagai contoh, sekiranya dia mahu anda kekal sihat dan mengempiskan perut, berusaha pergi ke gym atau mengayuh basikal setiap hari. Lebih bagus sekiranya anda melakukan aktiviti tersebut bersamanya.
Sekiranya pasangan anda seorang yang pembersih, hentikan membiarkan stokin kotor bersepah diatas lantai atau lupa memberus gigi setiap malam. Mengucapkan kata-kata sayang selalu ada baiknya, tetapi lebih baik sekiranya kasih sayang itu turut diluahkan dengan perbuatan.
Kredit: Aminah Mat Yusoff dan semuanyajdt.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di