Sebagaimana kelaziman bila seorang anak gadis bernikah, bapa kandung akan menjadi walinya. Namun sekiranya bapa tidak ada kerana meninggal dunia maka hak wali berpindah kepada datuk pengantin perempuan itu; dan jika datuk juga meninggal dunia maka hak wali itu berpindah kepada saudara lelaki seibu-sebapa kepada pengantin perempuan dan begitulah bidang kuasa wali mengikut tertib susunannya.
Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah menjadi wali ialah lelaki yang beragama Islam, berakal, adil, merdeka, dan baligh.
Baru-baru ini viral kisah seorang remaja berumur 14 tahun sanggup menggalas tanggungjawab menjadi wali kepada kakak sulungnya yang selamat dinikahkan pada hari Ahad yang lalu.
Peristiwa tersebut dirakam dan dimuat naik oleh ibunya @azzaasha di aplikasi TikTok yang memaparkan remaja lelaki terbabit nampak gementar ketika membaca lafaz ijab kepada pasangan kakaknya.
Namun selepas lafaz nikah dibacakan oleh abang iparnya, remaja itu tidak dapat menahan sebak.
“Alhamdulillah selesai pernikahan anakanda sulung, dinikahkan oleh adiknya,” katanya dalam video tersebut.
IKLAN
Sementara itu, majlis yang diadakan di sebuah masjid dan rata-rata tetamu yang hadir turut melahirkan rasa sebak serta kagum dengan keyakinan dan kebolehan remaja lelaki berkenaan menyempurnakan sesi akad hanya sekali lafaz.
Dalam pada itu, rakaman tersebut turut mendapat perkongsian pengguna yang lain dan pelbagai reaksi diberikan menerusi ruangan komen.
“Siapa nangis, kita ‘gang’.”
“Menitis air mata, sama umur dengan anak kedua saya,” kata warganet yang memberikan komen pada video tersebut.
IKLAN
“Terharu sangat.. auto leleh air mata, awak sungguh berani dik..,” kata yang lain pula.
“Suatu masa nanti anak saya jugak akan mewalikan akaknya🥺🥺.mengmbil tanggungjawap arwah ayah nya..🥺,” luah salah seorang warganet dengan sayu.
“Nangis juga tengok vtt akak ni 🥺 perasaan berat untuk melepaskan sorang kakak kepada orang lain,” komen yang lainnya.
Hidup ini sementara untuk kita harungi bersama pasangan hidup. Begitu juga dengan suami tersayang.
Bagi seorang isteri, rumahtangga yang bahagia adalah kehidupan yang diimpikan.
Keluarga sakinah terbentuk daripada suami yang memimpinnya.
Ikuti perkongsian ini.
Syurga untuk suami dan ayah
1. Perkataan takpe yang mengundang bahaya
Seorang lelaki yang telah berkahwin, bukan sahaja perlu menanggung dosa sendiri, malah dia juga perlu menanggung dosa si isteri, anak-anak perempuan yang belum berkahwin dan anak-anak yang belum baligh.
Beringat-ringatlah wahai isteri dan anak perempuan, jangan asbab kita suami dan ayah yang baik ini Allah humban ke dalam neraka.
Jangan tertipu dengan perkataan takpe…
Takpe buka aurat kerana belum dapat hidayah.
Takpe bertiktok sampai menampakkan keghairahan kerana itu trend terkini.
Takpe buat tutorial makeup kat laman sosial kerana nak jual products.
Takpe buat video prank sampai masuk bilik, tidur atas katil sebab nak buat orang terhibur.
Allahuakbar…Banyaknya dosa yang nak suami dan ayah tanggung.
Hargailah tanggungjawab seorang suami dan ayah. Patuh segala arahan dan permintaannya.
Besar tanggungjawab mereka yang sebenar.
Berperanan sebagai tiang dalam masyarakat bermaksud menguasai ilmu dunia dan juga akhirat. Jika pekerjaannya ahli perniagaan, Engineer, Arkitek, Doktor, Guru dan sebagainya, paling koman dia perlu jadi imam solat lima waktu untuk anak isteri, mesti pandai baca al-Quran dan mengajarkannya ( jika hafiz al-Quran lagi hebat nilainya di sisi Allah), baca tahlil serta miliki ilmu asas pengurusan jenazah jika berlaku kematian jiran terdekat serta menguasai asas ilmu faraid.
Jika kita longgokkan macam2 masalah pada mereka, berpeluangkah mereka meningkatkan diri untuk menjadi lelaki Qawwamah mengikut kehendak Ilahi…
Mereka hanya manusia.
2. Telan semua peel isteri dan anak dengan sabar
Kena rajuk, kena marah nga isteri tapi nafkah jalan macam biasa. Ada ayah atau suami yang sanggup korbankan keinginan. Mereka ada perasaan marah, sedih, gembira, mahu disayangi, disantuni, dimanja. Tapi kita buat seolah mereka takde perasan itu.
Yang kita nampak mereka kuat, mereka kebal tapi jika kita selak satu persatu pengorbanan mereka.. boleh menyesal seumur hidup dibuatnya kerana kita tidak pernah nak jaga perasaan mereka.
Kena ingat satu perkara.Suami adalah kunci syurga untuk isteri.
.Dosa isteri dan anak perempuan pula jadi penyebab mereka ke neraka.
KEBAIKKAN SUAMI
Ingatlah kebaikan seorang suami dan ayah. Mereka sanggup berdikit-dikit setiap kali mendapat gaji, tidak pernah dahulukan diri sendiri, tetapi meletakkan keperluan keluarga sebagai pariority.
Teringat almarhum ayahanda, bekerja sebagai pegawai halaqah ( menyampaikan kuliah agama dari masjid ke masjid), gaji tidak sebesar manapun tetapi pengorbanan untuk membesarkan anak seramai 9 orang, sanggup travel sejauh 50 KM ( kadang-kadang naik motor) dan bermalam di surau bertemankan suara unggas dan nyamuk, tidur beralaskan tikar ( surau kayu dan banyak lubang). Alhamdulillah, rezeki kami tidak pernah sempit malah sentiasa mencukupi.
Allahuakbar..
pengorbanan inilah yang telah membentuk jati diri saya sebagai anak. Inilah motivasi paling hebat.
3. Lindungilah aurat isteri dan anak.. Please
Melindungi dan mengasihi ahli keluarga , bermaksud menyelamatkan mereka dari bakaran api neraka. Memilih pakaian yang baik-baik untuk ahli keluarga, menyediakan keperluan yang baik-baik, bekalkan pengetahuan yang baik-baik. Wajib..Dek kerana perubahan zaman, tanpa sedar kita teruk dijajah dengan 3F, Fesyen, Fun (Hiburan) dan Food ( Makanan).
Semuanya terhidang, semakin lama fesyen yang melampau sudah dianggap biasa-biasa, hiburan yang keterlaluan juga menjadi halwa, begitu juga makanan yang datang dari pelbagai sumber tidak termampu untuk dibeza. Hanya ilmu, kebijaksanaan, iman dan takwa yang mampu membimbing diri untuk kekal istiqamah dalam sunnah.
4. Maafkanlah isteri dan anak-anak.. Sesungguhnya mereka adalah ujian dari Allah
Sikap orang islam yang paling baik ialah sabar dan pemaaf. Bijak mengawal emosi dan kemarahan dalam apa jua keadaan. Inilah bahagian yang paling susah. Tidak ramai orang lelaki yang dapat mengawal emosi apabila berada dalam keadaan tertekan, terutamanya apabila diasak dengan ujian yang bertubi-tubi.
Seorang suami yang adil kepada isteri dan anak-anaknya tidak akan membuka aib mereka di hadapan orang lain. Tidak merendahkan antara satu sama lain dan menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh ahli keluarga sekalipun ia kebaikan yang kecil.
Amalkan sunnah bermusyawarah apabila berdepan dengan masalah tertentu. Keadilan yang dituntut oleh agama ialah bagaimana seorang lelaki itu bertindak waras terhadap keluarganya.
5. Hormat suami dan ayah sebagai pemimpin keluarga
Nabi pernah bersabda:
Setiap kamu adalah pemimpin
Dan setiap pemimpin bertangungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.
Seorang imam (pemimpin) bertanggungjawab terhadap rakyat di bawah pimpinannya.
Seorang lelaki bertanggungjawab terhadap ahli keluarga serta mereka yang terletak di bawah tanggungannya..
(Sahih Bukhri)
Tanggungjawab paling besar seorang lelaki terhadap ahli keluarganya ialah mengajar tentang kalimah tauhid, ilmu tentang ketuhanan, menerapkan rasa kasih dan sayang pada Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah Baginda di dalam rumah dan selalu membugarkan segala kisah perjuangan Baginda untuk ummat manusia.
Isteri yang sayang dan kasih kepada Rasulullah SAW dengan asbab dipupuk oleh seorang suami akan menjadikan kehidupan ini diberkati , melahirkan zuriat yang baik dan cerdik.
Tidak ada contoh paling baik yang Allah bekalkan untuk manusia kecuali Nabi Muhammad SAW.
Ingat! Jangan pernah memandang kehidupan beragama ini jumud dan tidak moden, kitalah yang membentuk persepsi sedemikian. Nak bahagia cari orang yang beragama, nak gembira cari sahabat yang beragama, nak cemerlang dan berjaya kena jadi orang yang beragama nak genggam dunia dan akhiratpun mesti bijak ilmu yang selari dengan agama.
Allahumma Thabbit Qalbi Fi Diinik.
Yakin dan percayalah bersikap adil dan seimbang dalam setiap tindakan mampu menyelesaikan banyak masalah sosial.
Menyimpan udang terlalu lama di dalam peti sejuk adakalanya menyebabkan rasanya sudah tidak segar lagi. Malah warnanya juga bertukar kehitaman. Sebab itu, bila dimasak rasanya tidak enak dan berbau. Untuk ibu-ibu yang nak atasi masalah ini, apa kata cuba perkongsian dari puan Zai Norizah. Dengan menggunakan gula pasir, masalah ini dapat di atasi.
Dulu-dulu bos cina saya bagi petua..
Kalau nak simpan udang tahan lama & fresh isinya..taburkan gula sebelum simpan dalam peti ais..saya ikut petua nie dari dulu..
Memang betul..isi udang tak lembik2 & lembut.. Korang kalau nak cuba..boleh cuba..
Selain kaedah ini, ada juga cara lain yang boleh ibu-ibu praktikkan. En Abahhanya memasukkan air ke dalam bekas berisi udang sebelum disimpan.
Ni cara saya simpan udang untuk kekal fresh, udang direndam air sebelum simpan dlm tempat beku. Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Menimang cahaya mata menjadi impian setiap pasangan berkahwin sebagai pelengkap kepada rumah tangga. Namun hanya isteri sahaja yang tahu betapa proses kehamilan, sehinggalah melahirkan bukan sesuatu yang mudah. Pelbagai dugaan dan ujian yang terpaksa di lalui terutama bagi yang bermasalah.
Jika sang suami merasakan selepas melahirkan, selesai sudah segala masalah. Namun itu salah, sebaliknya ada lagi dugaan buat si ibu. Demikian yang diluahkan oleh saudara Hafiz Mahamad ini cukup menarik untuk dibaca.
Harini rasa bersalah pula dengan wife & diri sendiri
Saya ingat, selepas bersalin. Yang kena focusnya baby sebab saya tengok wife macam okay. Baru saya faham, luar nampak okay tapi dalaman wife sahaja yg tahu.
Saya ingatkan, saya jaga baby dah okay. Malam bangun panaskan susu & sbgnya. Tapi ada satu malam saya terjaga tengok wife “breast pump” sampai tertidur tidur.
Saya tak perasan kalau Aina bangun, Aina kalau dia penat ke apa dia tak cakap, tapi saya tau dia lemah lagi siang malam.
Semalam pulak, dia kena bengkak susu. Saya ingatkan, keluarkan jela susu tu then should be ok. Rupanya tak, kena amik masa. Haih la Ya Allah kuatkan isteriku.
Saya ada baca tips, husb & wife kena ada shift untuk jaga baby siang malam. Tapi saya rasa tips tu tak berguna untuk saya. Saya & Aina kena faham each other dengan lebih kuat lagi
Sepanjang Aina pregnant, saya tak pernah missed teman dia checkup sampailah ke labour room. Saya ingatkan pengorbanan saya dah kuat & balance, rupanya tidak. Saya baru usaha 5%, yg kuat siang malam itu Aina. I’m so sorry @syafiqahaina.
Anak adalah anugerah, isteri juga adalah hadiah. So saya bersyukur dapat isteri yg kuat macamni. I love you so much @syafiqahaina
@raisyaarisa besar nanti jadi budak pandai, budak kaya, budak solehah. Jaga mummy awak baik baik okay sayang.
Okay harini kita kasi tukar, Daddy buktikan yg saya boleh kuat macam dia @syafiqahaina ❤️
Kanom Piak Poon atau Puding Pandan Thai ini antara sajian pencuci mulut yang sangat terkenal di negara Thailand. Memang sedap. Simple sangat, rasa lemak manis kuah santan dan puding, lembut, cair dalam mulut!