Biasanya, bila nak cuci comforter mesti kita akan ke kedai dobi. Jika hendak dicuci sendiri, terasa seperti tidak muat pula mesin yang ada. Lagi-lagi bila ‘disumbat’ dengan pakaian lain, bertambah tidak bergerak jadinya mesin tersebut.
Cara tersebut bukan sahaja cucian tidak bersih malah boleh merosakkan material comforter juga.
Namun berbeza kisahnya jika dicuci dengan kaedah yang dikongsikan oleh Nurul Ain ini.
Pagi ini mommy basuh comforter.
Dulu selalu pakai cara A. Namun selepas jumpa cara basuh comforter/toto/selimut dengan betul itu hari, sekarang saya guna cara B pula. Katanya dobi pun basuh macam ni.
Ads
Kenapa? Untuk elak material comforter dari rosak. Tak mahulah terburai isinya atau terkoyak apabila habis proses basuhan nanti kan. Hurm. Mungkin ada betulnya juga.
Caranya mudah ya amat.
1. Gulung gulung dulu sebelum masuk mesin
Ads
Gulung ikut saiz mesin. Saya guna mesin 8kg (cara gulung ada di ruang komen).
2. Pastikan masuk secara menegak seperti dalam gambar B.
3. Letak bahagian kotor dibahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif.
Ads
Hasilnya, memang bersih dan material tak rosak. Perlu letak cecair pencuci lebih sikit.
Jika ada sebarang najis atau kotoran melampau perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh masuk mesin. Taknak masuk mesin pun tak mengapa. Lambatlah sikit keringnya nanti. Terpulang.
Sukar diungkapkan dengan kata-kata apabila orang yang disayangi pergi buat selama-lamanya. Lebih memilukan apabila melihat wajah anak-anak yang masih kecil yang tidak mengetahui apa yang berlaku.
Namun siapa kita yang mampu menolak takdirNya. Demikian juga yang berlaku apabila pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya, semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi, Muhammad Hamadi Zakaria dan isterinya, Nur Syuhadah Zaini, masing-masing berusia 31 tahun dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja.
Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal berkuasa tinggi Honda CBR 500R dinaiki pasangan ini tidak sempat mengelak dua motosikal bergesel di hadapannya sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.
Mangsa gagal mengelak dua motosikal jenis Yamaha LC135 dan Suzuki Axelo yang bergesel di tengah jalan lorong motosikal berkenaan. Dua lagi penunggang motosikal yang parah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut. Mereka yang parah dikenali sebagai Mohd Saad Ismail, 45, dan Sainuddin Sukur, 51.
Menurut Fatimah Mohd Yatim, 60 ibu kepada Nur Syuhadah Zaini, pasangan ini juga telah mengambil cuti untuk menghantar ibu bapa mentua mereka mengerjakan haji.
“DIA dan suami mengambil cuti esok untuk menghantar ibu bapa mentuanya ke Kompleks TH (Tabung Haji) di Sepang, tak sangka hajat mereka itu tak kesampaian,” kata Fatimah Mohd Yatim,60.
“Saya terkejut apabila dihubungi polis menggunakan nombor telefon Hamadi mengatakan bahawa anak dan menantunya maut dalam kemalangan.
“Kali terakhir saya bertemu dengan Syuhadah adalah semalam ketika bersarapan pagi bersama dengannya, namun dia tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya semalam.
Menurutnya lagi, pasangan itu tinggal di Seksyen 19 bersama dua anak perempuan mereka iaitu Hana Safiyyah, 6, dan Hani Safina, 2.
“Anak mereka seolah-olah faham dengan apa yang berlaku, namun masih dalam keadaan kebingungan.
“Patutlah perasaan saya berdebar-debar sejak daripada semalam dan tidak sangka sebenarnya itu adalah petanda dia dan menantu akan pergi selamanya,” katanya.
Sementara itu, Ibu kepada Muhammad Hamadi, Halimah Mohd Isa, 60-an, kelihatan sugul dan menitiskan air mata di surau manakala suaminya Zakaria Tajudin, 60-an, sesekali dilihat mengesat air mata.
Zakaria ketika ditemui berkata, segala yang terjadi itu adalah ketentuan Yang Maha Esa. Jelasnya, anak dan menantunya menaiki motosikal setiap hari ke tempat kerja.
“Terlalu sedih namun saya sekeluarga reda dengan kemalangan yang mengorbankan nyawa anak dan menantu.
“Saya dan isteri akan berangkat mengerjakan ibadah haji, esok (hari ini) dan kedua-dua mereka sudah merancang untuk menghantar kami ke Kompleks Tabung Haji (TH), namun takdir Allah SWT mengatasi segalanya,” katanya.
Jenazah pasangan ini dikebumikan bersebelahan di antara satu sama lain. Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara serta kenalan kedua-dua pasangan berkenaan menghadiri upacara pengebumian itu.
Lebih menyayat hati, kedua-dua cahaya mata pasangan itu, Hana Safiyyah, 6 dan Hana Safina, turut hadir mengiringi jenazah kedua-dua insan tersayang mereka ke tanah perkuburan.
Anak kecil itu dipangku datuk serta ahli keluarga lain dan reaksi wajah mereka seolah-oleh mengerti bahawa tiada lagi tempat mengadu serta bermanja.
Nak berdiet memang bukan mudah, lebih-lebih lagi kerana terpaksa menyusukan bayi yang masih kecil.
Jangan putus harapan untuk kurus. Mungkin mencuba seperti yang disarankan oleh wanita ini dapat membantu ibu tampil jelita.
Gadis bernama Sophia Safian yang berkongsi di facebooknya ini boleh kita jadikan sumber inspirasi untuk turunkan berat dan dapatkan berat ideal. Menariknya dari berat 90 kg hingga berjaya mencecah 63 kg, wanita ini berjaya
mengurangkan sebanyak 27 kg dalam masa 3 bulan sahaja. Wow, super hebat!
Diet pisang buat perut sentiasa kenyang malah masih dibekalkan dengan khasiat pisang. Pun begitu, kalau mak-mak nak cuba, janganlah berlebih-lebihan pula ya. Kena selang selikan dengan makanan sihat lain supaya lebih seimbang. Ikut
je cara gadis ni ajarkan. Jom cuba!
NI BUKAN IKLAN PRODUK KURUS!
Sapo sini yang badan jenis rangka besar & tinggi (163cm) macam hakak ce ngaku . Tak pe babe, jangan susah hati kalau dah beranak lebih dari 3 orang kalau berat badan cecah 90kilo ke atas pun,
“KALAU NIAT & SEMANGAT NAK KURUS RAYA TAHUN 2018, BUAT SUNGGUH-SUNGGUH ! TAK NAK JANGAN BUAT TERUS”
DALAM TEMPOH 3 BULAN NI hakak dah berjaya loose dari waist 34 to 31 inch, dari 90 kilo to 63 kilo, next TARGET waist 30 inch, berat 60kg.
Meh hakak share sikit camne korang boleh start diet bulan Mac sampai dekat nak raya nanti.
1st step, WAJIB ADA “GENG KURUS” (Cara mudah ajak BFF kurus bersama)
2nd step, (sila baca penerangan di bawah)
DIET PISANG 12 HARI PERTAMA (2:2:1) atau (2:1:2)
Jenis pisang: Cavendish
Percaya tak dalam tempoh 12 hari jer hakak boleh reduce 5 kilo secara mendadak bila amalkan diet pisang ni? Percaya jer laaa memang menjadi pun. Syaratnya,
BANGUN PAGI
1. Minum 200ml air masak suam (fungsi untuk detox dan tidak lah mengejut buah pinggang awak tiba2 nak kena proses air manis dulu)
2. Makan 2 biji pisang dan minum secawan air masak suam (nanti korang akan rase macam kembang je dalam perut tu sbb pisang kaya dengan fiber)
3. Sarapan pagi boleh apply diet atkins jika perlu. Hakak pulak selang seli kan makan sosej goreng/omellete/roti wholemeal + salad + mayo
TENGAHARI
1. Sebelum makan tengahari makan dulu 1 atau 2 biji pisang lagi (supaya awak tak rasa nak makan banyak pun waktu tengahari)
2. Boleh apply diet atkins jika perlu. (Tapi hakak ni anak dah 3 ada anak kecik lagi umur 3 tahun so kalau tak makan nasi hakak boleh menggigil. Jadi hakak limitkan makan nasi hanya setengah senduk, 1/2 pinggan WAJIB lauk sayur/ulam + 1/4 lagi ayam/ikan bakar)
MAKAN MALAM SEBELUM 6PM
1. Boleh apply diet atkins jika perlu (hakak pulak petang2 macam ni hakak suka makan biskut Weetameal, so bila perut dah rasa kembang hakak stop makan biskut. Ataupun petang2 hakak suka makan sup sayur/tomyam sayur, nasi seboleh2nya elakkan).
2. Then malam sebelum tidur makan lagi sebiji pisang. Macam tu lah yang hakak amalkan setiap hari sampai lah masuk hari ke-12. Bila timbang berat jer, “Oh my god! Menjadi babe, reduce 5kilo sape nak kasi!”
Masuk hari ke-13 sampai lah ke hari ni hakak cuma diet dengan cara kurangkan makan karbo, lebihkan protein.
TIPS PERUT KEMPIS :
Rajin-rajinlah amalkan minum air lemon suam waktu pagi dan bila-bila masa saja (tidak campur gula). In shaa Allah perut korang akan kembali flat walaupun sebelum ni lepas beranak perut menggeleber jer.
Nak lagi bagus campurkan dengan halia boleh buang angin dalam badan, sebab bila kita tengah diet ni tak mustahil angin mudah masuk badan sebab kita kurang makan. Alang-alang nak kurus & cantik tu, tak rugi kalau amalkan penjagaan kesihatan dalaman & luaran. Baru lah lengkap. Seminggu sekali boleh amalkan juga minum air manjakani (tips mengikat hati suami )
Selamat mencuba!
cc: Thanks to my lovely BFF dunia akhirat Anas Ashikin yang menjadi PUNCA UTAMA kenapa hakak boleh diet sampai sekarang. Kalau tak de geng kurus bersama pun tak jalan jugak, betul tak geng? So nak kurus mesti kena ada kawan, baru semangat nak kurus menjadi-jadi.
Sumber: Sophia Safian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Stok udang selalu kita gunakan dalam sajian membuat Mi Udang tetapi tahu tak ada banyak menu berkuah lain yang boleh kita gunakan stok udang ini.
Malah kalau nak masak sayur pun boleh gunakan air stok ini sebagai tumisannya. Rasanya memang berbeza. Jadi janganlah dibuang ya, simpan kulit dan kepala udang dan buat stok simpanan.
Menurut perkongsian Chef Sue M Arukin, pakar masakan Melayu, stok air rebusan udang ini boleh digunakan sebagai penambah perisa dalam pelbagai jenis masakan berkuah seperti Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi. Ermm..memang rugilah kalau terus dibuang saja. Jom ikut caranya.
CARA HASILKAN STOK UDANG
1. Basuh bersih kepala dan kulitnya.
2. Kemudian rebus dengan air hingga memenuhi periuk. Biarkan direbus hingga air rebusan tinggal separuh.
3. Jika suka, kulit dan kepala udang ini juga boleh dikisar.
4. Kemudian sejukkan dan tapiskan airnya. Sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan.
Selalunya saya simpan dalam bekas kecil-kecil (untuk sekali guna). Boleh disimpan beberapa bulan lamanya. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan berkuah.
Tip Bersihkan Udang
Malah beliau turut berkongsi cara nak bersihkan udang dengan sebaiknya. Ini penting.
Caranya:
2. Buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.