Mak ayah mana yang tidak bimbang bila anak mula batuk tak berhenti. Bukan sahaja ubat bahkan bermacam cara tetapi tetap tak serasi pada anak.
Masalah batuk anak terutama jenis yang berkahak tidak boleh dibiarkan lama. Ia boleh melarat malah menjadi permasalahan lain. malah menurut perkongsian Dr Erna Nadia, masalah batuk yang lama melebihi tempoh tiga hingga empat minggu boleh menyebabkan bronchitis dan masalah gerd.
Kalau batuk lama (kanak kanak biasa lebih 3-4 minggu, dewasa lebih 6-8 minggu), batuk yang ada setiap hari tapi tak kerap, ianya boleh jadi bronchitis dan boleh juga sebab GERD.
Awat tiba tiba GERD pula ni doktor? Sebab lama sangat batuk, ianya meninggikan pressure dalam perut, asid dalam perut boleh ter-reflux ( naik ke atas).
Jadi, jangan pelik kalau tiba tiba anda dapat ubat angin/gastrik sebab ianya sebenarnya nak membantu merawat refluks anda.
Biasa batuk lama ni, mungkin tanda tanda anda ada asthma atau alahan kepada sesuatu atau masalah paru paru kronik. Jadi memang kena bagi doktor periksa.
Ads
Kalau masa batuk lama tu, ada demam ke, ada sesak nafas, ada rasa macam cepat letih, sakit dada, kurang selera makan, berat badan turun, muka biru kadangkala, nadi jadi laju, rasa dada berat, kahak berdarah atau muntah darah, tolonglah pi jumpa doktor terus.
Boleh jadi masalah lain termasuklah kanser, boleh jadi tibi atau masalah lain. Bronchitis ini berlaku sebab kahak banyak dan pekat sangat dalam salur paru paru. Jadi ianya ambil masa lama nak baik, nak nak kalau disebabkan oleh kuman virus. Sebab tu batuk lama, takdak demam, tak perlu antibiotik pun.
Cuma perlu makan ubat batuk, minum banyak air masak/ kosong dan ada kes perlu ubat gastrik untuk kawal refluks.
Ads
Bagi yang merokok dan vape tu, berhentilah kalau kena bronchitis. Memang lagilah lambat nak baik. Kalau anak anak atau isteri kena bronchitis pun berhentilah rokok sebab asap rokok dan vape ni melekat lama kat mulut dan permukaan di pakaian anda. Kesian orang sekeliling anda.
Kalau memang dah ada asthma, jangan lupa pakai inhaler asthma anda. Pantau cara anak anak pakai inhaler/aerochamber depa na. Kadang tu depa salah cara guna. Budak budak kan.
Ada juga yang jadi sebab alahan. Kalau ada pakai humidifier kat rumah, make sure tak tambah apa apa dalam humidifier anda ya. Banyak kes alahan jadi sebab masalah ni. Make sure udara dalam rumah terkawal elok.
Elakkan tidur directly bawah aircond. Kalau dah lebih sebulan tak baik baik tu, haruslah kena periksa na.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Baju berbau hapak boleh menyebabkan anda kurang selesa terutama apabila berada di tempat ramai orang. Masalah ini berlaku mungkin disebabkan baju tersebut disimpan terlalu lama atau tidak kering dengan betul sebelum anda menyimpannya di dalam almari.
Berikut tiga tip untuk pastikan baju dalam almari anda tidak berbau hapak tanpa mengeluarkan kos yang banyak.
1. Serbuk kopi – Serbuk kopi mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan. Isi serbuk kopi ke dalam bekas atau tin yang bertutup, tebuk lubang di bahagian atas tin tersebut dan simpan di dalam almari. Tak perlu isi serbuk kopi tu penuh satu tin, separuh pun boleh.
2. Sabun buku – Sabun yang terdedah pada suhu bilik, mampu menghasilkan bau yang kuat untuk menjadikan bau pakaian anda lebih wangi. Pilih jenis bau sabun kesukaan anda dan letakkan sabun itu di atas satu lapisan kain nipis di dalam almari.
3. Uncang herba – Isi uncang kapas dengan herba kesukaan anda. Contohnya bunga lavender atau serai, kemudian gantungkan atau letakkan di dalam almari yang bertutup.
Sumber: Era fm
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rasanya semua antara kita maklum, bahawa bila kadar kolestrol tinggi dalam darah itu merupakan petanda kepada keadaan yang kurang bagus untuk tubuh. Sesuatu usaha perlu dilakukan untuk mengurangkan kadar kolestrol tersebut.
Selain perlu mendapatkan pemeriksaan doktor disamping berubah untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan mengawal pengambilan makanan yang sihat, tidak salah kiranya mencari alternatif dengan mengamalkan petua-petua terdahulu.
Nyata begitu banyak petua untuk tujuan menurunkan kadar kolestrol ini, dan antara yang dapat dikongsikan di sini adalah seperti berikut, jom semak.
PETUA TURUNKAN KOLESTROL & BERAT BADAN
Bahan-bahannya
3 sudu besar biji Barli
2-3 sudu kecil madu
3 gelas air
1 hirisan lemon
Ini sukatan untuk satu gelas,kalau nak lebih tambahkan aiq lagi.
Cara penyediaannya:
1. sebelum rebus Barli tu,basuh dan rendam dulu selama 2-3 jam
2. pastu rebus dengan sukatan 3 gelas air, gunakan api yang kecil@sederhana
3. Rebus sehingga dapat 1 gelas air rebusan Barli dan Barli dah nampak empuk
4. Kemudian sejuk
5. Bila dah sejuk,tuang ke dlm gelas dan masukkan 2-3 sudu madu asli(boleh jugak nak digantikan gula)
6. Perahkan sedikit lemon@masukkan hirisan lemon ke dlm gelas. Kacau rata.sedia untuk diminum.sesuai sgt anak2 minum time balik sekolah.betoi2 menyegarkan
Selain petua di atas, boleh juga diamalkan minum air jus daripada nanas dan sawi sebagaimana yang dikongsikan oleh Zaleha Muhammad.
BAHAN-BAHANNYA :-
* Buah nanas
* Sayur sawi
CARA-CARANYA:
1) Dikisar halus bahan tu sampai jadi jus.
2) Minum 1 kali sehari, setiap hari.
KHASIAT BUAH NENAS YANG RAMAI ORANG TAK TAHU :-
1) Melegakan masalah sem belit
2) Mengurangkan dan menghilangkan rasamual
3) Mempunyai agen anti penbekuandarah
4) Sangat sesuai untuk anda yang ingin menurunkan berat badan.
5) Mengembalikan kolagen untuk membuatkan anda kelihatan sentiasa muda
KHASIAT SAYUR SAWI YANG RAMAI ORANG TAK TAHU :-
1) Dapat menguatkan dan menyihatkan tulang kita.
2) Sayur sawi dan sayuran hijau yang lain dapat membantu untuk mencegah kanser
3) Amat digalakkan untuk pesakit diabetis jadikan amalkan pemakanan seharian.
3) Menyihatkan rambut dan kulit kerana mampu untuk memperbanyakkan kolagen dalam badan kita.
4) Sayur sawi juga dapat membantu untuk anda mendapatkan tidur yang selesa.
Andai tidak suka dengan rasa gabungan ramuan tersebut, anda juga boleh mencuba petua ini yang diamalkan oleh Aishah Saud untuk menurunkan kolestrol. Terbukti amalan ini serasi buatnya dan dikongsikan di media sosial perbezaan bacaan kolestrol, dari 7.9 kini turun kepada 5.9 setelah amalkan minum tersebut.
Jom ketahui apa ramuannya.
Bahan-bahan:
Halia – ketuk
Serai – ketuk
Halba
Air 3 cawan
(Rebus semua Kat ats dlm 15 minit)
Siap perah lemon. Boleh juga letak madu sikit.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan kebiasaanya di dalam kereta pasti ada sekurang-kurangnya sebotol dua air mineral yang sengaja ditinggalkan. Alasanya satu, kononnya jika terasa haus semasa memandu bolehlah diminum seteguk dua bagi membasahkan tekak yang kering.
Tapi tahukah anda, air yang dibotolkan apabila terdedah dengan cuaca panas melampau akan menghasilkan bahan-bahan toksik yang mampu mengundang barah!
Umumnya, wanita memang terdedah dengan pelbagai penyakit, hinggakan jika meminum air dari botol plastik sekalipun boleh menjadi punca kanser payu dara.
Kenyataan ini bukan sengaja diada-adakan tetapi hakikat yang diakui oleh selebriti antarabangsa, Sheryl Crow. Dia mengakui salah satu punca dia mengalami kanser payu dara ialah tabiatnya meminum air mineral yang diletakkan di dalam keretanya. Crow mengatakan demikian ketika tampil dalam satu rancangan bual bicara, Ellen Show lama dahulu.
Manakala dalam satu kajian yang dijalankan oleh Profesor Madya Rahmat Awang dari Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia mendapati bahan kimia yang terdapat dari plastik mempunyai kemudaratan.Beliau berkata, ramai tidak menyedari bahaya plastik serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya.
Jadi cuba bayangkan jika kita kerap minum air yang ditinggal di dalam kereta, bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah jika ahli keluarga yang lain juga minum air tersebut akan mendap kesan yang sama.
Menyedari hal ini, Najmi Zawawi turut terpanggil berkongsi bahaya minum air yang tersimpan lama di dalam kereta. Jom ketahui apa katanya.
BAHAYA AIR MINERAL DALAM KERETA
Aku sendiri pun tak tahu tentang perkara ini pada awalnya. Biasa dari zaman sebelum kahwin lagi air mineral dalam kereta sangat menyelerakan lebih-lebih lagi bila baru balik dari bermain di padang dan sebagainya.
Dalam keadaan dahaga, pastinya air dalam kereta ini akan disambar terlebih dahulu. Boleh habis satu botol dengan pantas. Tak semestinya air mineral, bahkan 100 plus dan apa-apa air dalam botol plastic jika kita tinggalkan dalam kereta sebenarnya sangat-sangat bahaya.
Nasib baik isteri aku sedar dan cepat nasihatkan. Sejak itu aku berhenti minum apa-apa air yang ditinggalkan berhari-hari dalam kereta.
Secara logiknya, botol air yang terdedah kepada panas akan menghasilkan bahan-bahan toksik yang mendorong kepada pertumbuhan sel-sel tidak normal iaitu barah.
Hawa panas yang memanaskan bahan plastik (botol) memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser.
Bila dah tahu macam ini, ubat-ubatan pun sebenarnya tidak terkecuali dan sangat berisiko jika ditinggalkan dalam kereta terlalu lama. Begitu juga dengan botol susu anak dan sebagainya.
Kononnya nak tinggal ubat atau air dalam kereta senang untuk kegunaan di kemudian hari. Malangnya ianya pasti tidak akan sama lagi akibat kesan perubahan kimia dari plastic dan bahan itu sendiri.