Bercuti merupakan antara cara terbaik untuk menenangkan fikiran dan mencipta memori manis bersama keluarga. Apatah lagi jika berpeluang ke luar negara, tentunya momen tersebut cukup menarik dan mempunyai nilainya yang tersendiri.

Pun begitu bagi memastikan percutian keluarga berjalan lancar di negara orang, tentunya banyak perkara perlu dipersiapkan sebelum tarikh berangkat. Sama ada barang keperluan sendiri mahupun suami dan anak-anak, semuanya perlu dipersiapkan untuk memastikan cukup dan sekali gus memberi keselesaan sepanjang bercuti.

Menyentuh tentang mempersiapkan barangan kelengkapan untuk seorang dua anak mungkin kita merasakan sudah rumit untuk dibuat, pun begitu cuba bayangkan pula bagaimana caranya untuk keluarga yang mempunyai anak yang ramai. Berapa banyak dan berapa lama pula masa diperlukan mempersiapkan kelengkapan tersebut ye? Boleh pening kepala juga dibuatnya.

Namun dengan adanya cara yang sistematik, hal ini tidaklah begitu rumit untuk dilakukan. Ini sebagaimana perkongsian daripada puan Shaeriani A Hamat, ibu kepada tujuh orang puteri yang berusia dari 16 tahun hingga 2 tahun, berkongsi tip persiapan untuk anak-anak dan keluarganya bercuti ke Vietnam.

Bawa 7 Anak Perempuan Travel Ke Vietnam, Begini Rupanya Persiapan Mak Ayahnya Lakukan. Boleh Follow!

Semoga perkongsian ini boleh dijadikan panduan untuk keluarga yang lain juga.

Jadi jika nak tahu apa yang dipersiapkan, ini perkongsiannya:

Hari ni mama nak share tips persiapan yang mama buat untuk bawa anak7 travel jauh ( dalam negara atau oversea) (kali ni trip vietnam)

Tips ‘PERSIAPAN’ untuk bawa anak 7 bercuti

IKLAN

1) Persiapan kena 2 hari sebelum bertolak ( beg baju WAJIB 1 sorang dan kalau boleh bag sandang untuk mudah perjalanan ) nanti baru ada tanggunjawab bawa barang sendiri)

Bawa 7 Anak Perempuan Travel Ke Vietnam, Begini Rupanya Persiapan Mak Ayahnya Lakukan. Boleh Follow!

2) Anak 7 kena simpan sendiri bila mama baca berdasar ‘SENARAI’ baju , tudung, seluar dan berapa lama akan tinggl dekat sana (mama akan tentukan color dan jenis baju) biasa mama akan bagi yang ringan kurangkan berat nak pikul – list tu mama dah buat seminggu awal

3) Bag mestila ‘DITANDA’ nama sebab senang untuk cam beg masing-masing( senang untuk anak 7 cari keperluan masing-masing sebab bag kami semua sama tapi keperluan berbeza masing-masing ..ada yang uzur dan sebagainya)

4) Semua anak 7 mestilah ‘BERKASUT’ untuk keselamatan dan melancarkan perjalanan sepanjang travel ( banyak pegerakan semasa travel – walaupun puteri tapi ke sana ke mari juga)

Bawa 7 Anak Perempuan Travel Ke Vietnam, Begini Rupanya Persiapan Mak Ayahnya Lakukan. Boleh Follow!

5) Semua ‘PASSPORT’ akan ditanda mengikut susunan ikut kelahiran 1-7 untuk senangkan urusan semasa di airport ( sebab passport papa akan pegang dan bila sampai giliran pengenalan identiti papa akan bg ikut numbering- tak perlu dah buka buka)

IKLAN

Bawa 7 Anak Perempuan Travel Ke Vietnam, Begini Rupanya Persiapan Mak Ayahnya Lakukan. Boleh Follow!

6) Keluar awal untuk ke airport sebab anak 7 ramai dan masih kecik ( sampai awal tak apa sebab kita tidak tahu apa terjadi dekat tengah jalan )

Bawa 7 Anak Perempuan Travel Ke Vietnam, Begini Rupanya Persiapan Mak Ayahnya Lakukan. Boleh Follow!

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

7) Semua anak yang bawa hanset perlu memakai sling bag ( kan berhati-hati dan memudahkan benda berharga ada dekat dengan kita baru tak tertinggal) ( mama bagi 1 orang sahaja bawa sebab tak nak diaorg asyik main gadjet semasa dalam hotel..1 tu pun supaya mama nak berhubung sebab bilik berasingan)

8)Bawa makanan ringan seperti biskut, cococrouch dan honeystar dan lain-lain yang ringan untuk keperluan baby supaya tak  lapar dalam perjalanan( baby tak tahan lapar dan tak nak dia merengek sebab urusan airport memang lama dan kita tak tahu macam mana tempat orang kan)

IKLAN

9) Selalu pesan pada anak 7 supaya ‘ TEPATI MASA’ agar boleh selari dengan program travel ( bagi diaorg tahu masa itu emas baru la boleh atur kehidupan sendiri)

10) Ni yang ‘LAST’ mama suka pakaikan anak 7 baju, tudung, seluar, anak tudung semua sebab senang nak ‘CAM’ anak 7 jika jauh sikit dari kita..( sebab diaorg nama jer pompuan tapi sama jer macam anak lelaki..heheheh..) ( Kalau tak travel pon memang selalu sama..hahahah)

Bawa 7 Anak Perempuan Travel Ke Vietnam, Begini Rupanya Persiapan Mak Ayahnya Lakukan. Boleh Follow!

Inilah tips mama untk memudahkan perjalanan mama dan papa handle diaorg puteri 7 kami..

Bawa 7 Anak Perempuan Travel Ke Vietnam, Begini Rupanya Persiapan Mak Ayahnya Lakukan. Boleh Follow!

Mama & 7 puteri muslimah.

Sumber : norshaeriani.shae

 

  • Bawa 7 Anak Perempuan Travel Ke Vietnam, Begini Rupanya Persiapan Mak Ayahnya Lakukan. Boleh Follow!Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR

     

    Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

    Bawa 7 Anak Perempuan Travel Ke Vietnam, Begini Rupanya Persiapan Mak Ayahnya Lakukan. Boleh Follow!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI