Umum mengetahui anak pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor baru-baru ini dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan.
Dalam satu temu bual Sharnaaz memberitahu anaknya, Jebat Jayden sedang mendapatkan rawatan selepas mengalami masalah saluran kencing, Urinary Tract Infection (UTI) sejak dari usia enam bulan.
Pagi tadi pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini ada memuat naik satu perkongsian mengenai anak kesayangannya.
Dalam perkongsian tersebut, dia memohon para peminat dan pengikut Instagram (IG)nya untuk sama-sama mendoakan kesihatan anaknya. Jelas Sharnaaz, anaknya kini berada dalam keadaan kurang baik.
“Doakan anak saya selamat…@jebatjayden dalam keadaan kurang baik. Doalah di bulan mulia ini. Terima kasih untuk Jebat Jayden Ahmad B Sharnaaz Ahmad dan mengharapkan doa serta keberkatan bulan Ramadan,” tulisnya.
Rata-rata netizen menghulurkan rasa simpati dan mendoakan kesihatan Jebat Ayden kembali sembuh. Dalam masa yang sama, mereka turut menasihati Sharnaaz dan isteri supaya tidak berhenti mendoakan Jebat Jayden.
Dalam satu lagi perkongsian lain, Sharnaaz turut memuat naik luahan hati yang menyatakan kasih sayang terhadap anak lelakinya itu.
Melihat kepada posting tersebut, jelas menggambarkan kerisauan seorang bapa terhadap anaknya. “I love you sayang…Doakan Jebat na…I am half brave then you my boy…Your name make you so strong Insya-Allah…Strong like your name my Jebat, our Jebat…Baba love you so much,” tulisnya.
Walau apapun yang sedang dilalui Jebat Ayden, sama-sama kita doakan agar bayi ini diberi kesembuhan dan sentiasa dilindungi Allah SWT.
Masih terpahat ingatan mengenai tragedi pada 13 Julai tahun lepas apabila seorang kanak-kanak, Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari, ketika itu berusia lima tahun cedera parah setelah dihempap peti sejuk. Kisahnya telah mendapat simpati dan doa agar dirinya kembali sembuh agar kembali menjadi kanak-kanak yang ceria.
Namun hari ini khabaran duka dikongsikan oleh bapanya, Mohd Bukhari Zainal Annuar menerusi facebook bahawa anak kesayangannya telah menemui sang pencipta setelah 14 bulan terlantar sakit akibat tragedi itu.
Allahyarham Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari,6, menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.30 petang tadi di sebuah hotel di Melaka ketika sedang menjalani rawatan saraf.
“Saya dan isteri membawa Muhammad Fawwaz ke sana sebagai ikhtiar rawatan untuk kesembuhannya. Tapi ALLAH lebih sayangkannya dan dia meninggal dunia di samping saya dan isteri.”
Terdahulu, Mohd Bukhari melalui perkongsiannya memaklumkan anaknya menunjukkan perkembangan positif seperti menggerakkan kaki dan tangan dan semakin aktif.
Namun, Allah lebih sayang kepadanya. Anak syurga ini pergi jua meninggalkan orang tersayang. Laporan Sinar Harian, jenazah dibawa pulang ke rumah mentuanya di Kampung Gedung Lalang Ampangan dan dijangka dikebumikan jam 8 pagi esok.
Sumber : Sinar Harian, Mohd Bukhari Zainal Anuar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah tentu suami yang inginkan isteri menjadi suri rumah sepenuh masa agar dapat lebih banyak meluangkan masa untuk keluarga dan menguruskan hal-hal berkaitan rumah dan anak berbanding jika bekerja. Lebih-lebih lagi bagi suami yang berkemampuan untuk menanggung segala keperluan. Namun ada suami kadang kala, merendahkan isteri dengan tidak menghargai pengorbanan yang diberikan isteri.
Begitulah perkongsian Mohd Fhais yang melihat bahawa perkahwinan memerlukan kerjasama dan sikap tolak ansur agar tidak wujud salah faham antara pasangan.
Buat para suami yang selalu merendah rendahkan kerja surirumah, sila baca!
Kahwin ni erti kata lain ialah kerjasama. Tanpa kerjasama, kahwin tu jadi sia-sia..
Bukan sedikit tapi selalu sangat dah kawan-kawan lelaki ni datang jumpa saya cakap isteri diorang tak ada buat apa, duduk rumah goyang kaki je.
Cakap memang senang, cuba buat dulu.
Terus terang saya cakap, kerja di rumah ni jauh berkali ganda lebih penat dari kerja di pejabat.
Saya sendiri sedang hadap benda ni. Menguruskan bisnes dari rumah dan jaga anak dari usia dia 3 bulan sampai la sekarang nak masuk setahun. Letih wei!
Bangun pagi memang tak sempat nak buat kerja lain dah. Aisy rizqi ni setiap pagi jam 6 dia dah bangun. Asal gerak sikit dari katil dia mesti terjaga. Telinga lintah betul!
Dari bangun leka menguruskan dia. Tukar pampers, mandi, makan, bawa dia jalan dan akhir sekali jam 10-11 dia mesti tidur. Masa ni la baru sempat nak menguruskan diri sendiri.
Kelam kabut mandi, bersihkan diri, basuh baju, basuh pinggan, tengok email dan makan. Semua ni kena selesai dalam 1 jam.
Masuk tengahari budak bertuah ni mesti bangun. Bila dah bangun memang susah nak buat kerja lain. Melayan dia main sahaja.
Penat melayan dia main sampai pinggang lutut semua sakit-sakit sebab kena tunduk selalu.
Itu yang kalau budak bertuah ni nak main apa pun saya bagi je. Asalkan dia leka, sebab kalau dia tak leka kita yang penat nak melekakan dia.
Ini baru kejadian sebelah siang, malam lain pula ceritanya. Senang cerita kerja jaga anak ni tak ada waktu rehat dan tak ada kesudahan.
Rutin dia berputar-putar benda yang sama setiap hari. Ini yang buat penat tu berganda-ganda.
Ini tak cerita lagi waktu terdesak nak membuang air tapi anak tak nak berenggang. Seksa wei tahan-tahan ni.
Kalau anak dua tiga orang, lagi la masyallah dia punya letih berpuluh kali ganda. Kagum betul dengan mereka yang sudi dan berjaya jaga anak ramai di rumah seorang diri.
Tapi apa pun saya bersyukur sebab ada pasangan yang baik dan prihatin.
Kami sama-sama buat segala tugasan di rumah. Nampak sahaja ada tugas yang belum di buat, terus buat tanpa banyak bunyi. Menuding jari jauh sekali.
Kahwin ni erti kata lain ialah kerjasama. Tanpa kerjasama, kahwin tu jadi sia-sia..
Kalau masih ada lagi si suami yang berkata begini saya cabar dia ambil alih tugas isteri sehari dari pagi sampai malam. Tengok goyang kaki ke tak goyang kaki.
Mohd Fhais Penat sangat tapi berbaloi dapat tengok anak membesar depan mata.
p/s : Tolong kongsikan dengan geng-geng suami yang lain benda ni, harap lepas baca ni diorang akan berhenti merendah rendahkan kerjaya surirumah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.