Pengalaman menaikki motor di sekeliling kampung setiap petang bersama ayah sewaktu kanak-kanak tentunya menjadi antara kenangan indah untuk dikenang. Saat itu, kita duduk di seat hadapan dan lagaknya seperti kita yang menunggang motor. Memang seronok!
Lagi-lagi bila angin petang menerpa ke wajah, boleh terbuai jadinya hingga terlena. Jadi tidak hairanlah kalau boleh setiap petang, seronok rasanya jika di bawa bersiar-siar.
Mungkin perasaan yang sama juga dirasai oleh anak kecil berusia 2 tahun ini bilamana ayahnya telah menyediakan tempat duduk yang lebih selesa di bahagian raga motor untuk mudah baginya membawa anaknya bersiar-siar.
Malah menurut ayahnya iaitu Encik Syafiq Mansor, idea itu timbul bila memikirkan cara untuk pastikan anak selesa dan dapat duduk dengan stabil. Jika tidak terasa payah juga kerana perlu sebelah tangan memegang anak ketika memandu.
“Disebabkan seat jauh sangat dengan bakul menyebabkan anak tak dapat duduk elok-elok masa tengah bawak motor…jadi hari ni saya tukang tempat duduk portable untuk letak dekat bakul motor.
Ads
“Saya selit je dekat besi bakul tu..tak nak pakai boleh cabut simpan. Mudah nak bawak anak naik motor. Guna kayu lebihan-lebihan je ni.. alat pun tradisional je semua. Kos saya suma skru sahaja.
Ads
Memastikan anak selesa duduk di atas tempat duduk yang dihasilkan, Syafiq juga kini merancang untuk upgrade dengan meletakkan span yang dibalut kemas. Tempahan telah pun di buat di dalam talian dan bila span selamat diterima akan dibuat dengan segera.
Pengorbanan seorang isteri. Inilah contoh isteri dan ibu mithali yang sanggup berkorban segalanya demi yang tersayang. dek kerana tidak mahu mengganggu tumpuan sang suami yang sibuk sebagai orang nombor satu Negara, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sanggup menyembunyikan berita yang dirinya mempunyai kanser payudara.
Semalam Tun Hasmah berkongsi pengalamannya sebagai seorang ‘survivor’ kanser payudara dan telah menjalani rawatan penyakit berkenaan pada Mac lepas.
Beliau berkata doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan kecil pada kiri payudaranya setelah menjalani pemeriksaan mammogram dan rawatan biopsi di sebuah hospital di ibu negara.
Menurutnya, doktor mengesahkan beliau menghidap kanser payudara pada Mac lalu ketika usianya 92 tahun.
“(Ketika itu) apabila saya rasa tidak sedap, saya terus jumpa doktor. Dalam seminggu, saya disahkan mempunyai ketumbuhan kecil.
“Alhamdulillah ia (ketumbuhan) kecil, yang penting adalah jangan takut untuk melakukan pemeriksaan (kesihatan).
“Saya adalah survivor’ kanser payudara, bersyukur kerana melakukan pemeriksaan awal dan terus menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan seminggu kemudian.
“Sebelum itu saya buat sedikit kesilapan kerana tidak memaklumkan kepada suami membuat ujian berkenaan. Ketika itu Tun Mahathir sibuk dan beliau baru pulang dari luar negara atas urusan kerja.
“Saya hanya maklumkan kepada anak-anak, namun lima hari kemudian doktor pakar datang ke rumah memaklumkan keputusan ujian berkenaan.
“Tun terkejut tetapi dia sendiri sarankan buat pembedahan secepat mungkin. Syukur saya dapat ceritakan kepada anda mengenai kisah dan pengalaman ini.
“Saya ingat lagi hari Isnin dapat keputusan, selepas itu tunggu sampai hari Jumaat masuk wad, petang periksa lagi sekali nak sahkan betul-betul ada ketumbuhan di situ, Sabtu pagi saya masuk bilik bedah, petang selesai pembedahan dan keesokannya saya dibenarkan pulang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL Pink October) 2019 di Hospital Kuala Lumpur, hari ini.
Dr Siti Hasmah berkata rata-rata wanita takut untuk menjalani ujian saringan mengesan kanser payudara kerana stigma takut dan malu masih menebal selain kurang pengetahuan.
“Kanser payudara boleh berlaku pada sesiapa sahaja tidak kira umur daripada muda sehinggalah umur 90-an seperti saya.
“Jangan gadaikan nyawa kita kepada jenis kanser yang boleh dicegah sekiranya dapat dikesan dari awal, kerana lebih cepat dapat rawatan lagi cepat kita boleh sembuh.
“Pemeriksaan kesihatan itu merupakan satu tanggungjawab yang perlu diberi kepada diri kita yang masih sihat sebelum mahu menjaga orang lain,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa KL Pink October 2019, Dr Ros Suzanna Ahmad Bustamam berkata kempen yang bermula sejak semalam sehingga Sabtu ini menyasarkan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam di 10 kawasan Parlimen sekitar ibu kota.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu seramai 913 wanita disaring, 104 wanita masih mendapat pemeriksaan lanjut, sebahagian mereka masih dalam temu janji dan 27 rumah pesakit kanser telah dilawati.
“Bagaimanapun daripada jumlah itu, kurang 30 peratus wanita yang telah diberikan temu janji hadir ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut walaupun ditawarkan pengangkutan percuma dan ini sangat membimbangkan kami kerana mereka adalah berpotensi menghidap kanser,” katanya.
Beliau berkata bilangan kes pesakit kanser payudara meningkat setiap tahun dan 18 peratus daripada keseluruhan penyakit kanser adalah kanser payudara.
“Lebih malang apabila lebih 40 peratus daripada pesakit yang datang mendapatkan rawatan adalah pesakit pada peringkat ketiga dan keempat.
“Justeru, kempen ini bukan sahaja memastikan golongan sasar membuat saringan dan pemeriksaan tetapi juga menerapkan maklumat penting tentang penjagaan kesihatan, bantuan dan peranan agensi terlibat dalam membantu mereka meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara,” katanya.
Sumber: Bernama & Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkahwinan menyatukan dua hati dan jiwa dalam satu ikatan. Manisnya hubungan itu apabila sama-sama membantu dan bersatu dalam melayari alam rumah tangga.
Bagi seorang isteri, tiada yang lebih diharapkan selain mahu menjadi yang terbaik dan solehah di suami tersayang. Bahagia seorang suami terletak di tangan seorang isteri, begitu juga sebaliknya.
Sebagai ketua keluarga, sudah pasti suami mengharapkan isterinya sentiasa menurut katanya. Isteri yang solehah ialah seorang isteri yang sentiasa patuh dan taat kepada suaminya. Namun adakah memadai hanya isteri yang dituntut untuk menjadi solehah. Bagaimana pula dengan suami tonggak rumahtangga?
Jom baca perkongsian dari Firdaus Shakirin. Moga sama-sama mendapat manfaat daripadanya.
“Isteri tak automatik jadi solehah…”
Tanya mana-mana suami, semua akan jawab, nak isteri yang solehah…
”Semoga dia dapat menjadi seorang isteri yang solehah…”
Tapi, saat kita kawin dengan dia, kita takkan dapat secara automatik, dengan segera, “seorang isteri yang solehah”…sebagai suami, kita bertanggungjwb bentuk dia, bimbing dia dan didik dia ke arah “solehah” yang kita nak tu…
Bukan sekadar mengungkap atau mengimpikan “isteri yang solehah” tanpa perlu berbuat apa-apa… kemudian fikir, kalau dia free hair, pakai ketat-ketat, tak tutup aurat, dan kita pulak sebagai suami tak kata apa-apa, tak tegur, tak nasihat, kita biar, maka adakah itu ciri-ciri “solehah” yang kita nak dari seorang isteri?
Solehahnya seorang isteri itu dengan solehnya seorang suami…
Saya kata macam ni sebab, kalau suami itu tahu hukum hakam agama, tahu perintah dan larangan agama, maka dia akan nasihat tak isterinya untuk tutup aurat? Dia akan tegur tak cara pemakaian isterinya, perbuatan & tingkah laku isterinya? Hatta sebelum jadi isteri lagi dia dah tegur, dah nasihat sebab dia tahu batas-batas yang dibenarkan dalam agama…
Apa yang boleh, apa yang tak boleh…
Katakanlah kita dapat isteri yang baik, yang “hampir solehah” dan kita pula kurang baik…isteri tegur, isteri nasihat, kita pulak tak dengar, kita tak nak terima…agak-agak sampai bila dia boleh mengekalkan “kebaikan” dan “kesolehan” dia tu? Agak-agak sampai bila dia boleh bertahan dengan perangai kita? Baik macam mana pun seseorang tu, kalau hari-hari dia mengadap perkara yang menguji kesabaran dia, lama-lama kebaikan dia boleh pudar & hilang, dan dia boleh berubah…
Jadi, kalau kita nak isteri kita jadi solehah, maka tanya diri sendiri, apa yang kita “dah buat” untuk dia jadi solehah…
Renung-renungkan dan selamat beramal…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap orang mengimpikan untuk memiliki sebuah majlis yang istimewa untuk hari-hari yang tertentu mengikut citarasa tersendiri dalam sentuhan hiasan dalamannya seperti majlis perkahwinan atau pertunangan.
Namun begitu, berbeza pula dengan seorang gadis ini merisik hanya di kedai makan telah tular beberapa hari ini di laman Tiktok.
Video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang bernama @aidadaud7yang juga merupakan kakak sulung kepada seorang adik lelaki yang ingin merisik buah hatinya telah mendapat perhatian ramai dan menjadi tular kerana majlis merisik adiknya yang begitu sederhana.
Dalam video tersebut juga dapat dilihat ibu dan ayah kepada wanita yang dilamar tersebut. Ibu wanita yang dilamar iaitu wanita yang memakai tudung merah dan kelabu itu pada awalnya tersilap ingin menyarungkan cincin kepada anak perempuannya.
Kemudian, kakak lelaki yang ingin melamar tersebut atau dengan panggilan kaklong telah menegur dan mengambil tugasan menyarungkan cincin tersebut. Mereka kelihatan sangat mesra dan mendapat pujian daripada orang ramai kerana kelihatan tidak kekok dan bersahaja.
Kaklong yang merupakan bakal kakak ipar gadis tersebut juga sempat ‘sound’ dengan nada bergurau dengan mengatakan “kahwin elok-elok, kalau berkelahi aku rembat”. Kesemua mereka tertawa dengan jenaka tersebut dan dipersetujui oleh ibu kepada wanita yang dilamar itu. Berdasarkan video itu, ramai yang memuji dan menyatakan hasrat mereka untuk mengadakan majlis sederhana seperti tu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji majlis yang dibuat secara ringkas ini kerana lebih memudahkan dan tidak perlu berbelanja lebih. Malah, ada juga individu lain yang berkongsi cerita mereka turut buat majlis sebegini sebelum ini.
Sumber: Tiktok aidadaud7
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.