Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana hendak kekalkan rumah sentiasa kemas dan bersih sepanjang waktu. Tentu ada sahaja antara kita mengatakan seakan mustahil untuk dilakukan. Lebih-lebih lagi jika punya anak masih kecil. Baru sahaja kemas ruang tamu, tidak sampai lima minit ruang lain pula bersepah.

Tapi lain pula bagi pasangan suami isteri ini iaitu Encik Fendi Isa dan Puan Maslina. Mereka mampu menjadikan kediaman mereka sentiasa bersih dan kemas walau pun rumah tersebut dihuni bersama 3 orang anak yang masih kecil.

Rumah Sentiasa Kemas Walau Ada Anak Kecil. Boleh Ikut Cara Keluarga Ni Buat!

Ikuti perkongsian tip yang dipraktikkan agar kediaman kita juga dapat sentiasa kekal bersih, tersusun dan kemas sentiasa. Jom semak.

Rumah Sentiasa Kemas Walau Ada Anak Kecil. Boleh Ikut Cara Keluarga Ni Buat!


Ramai yang PM saya tanya tips untuk rumah sentiasa kemas bila ada anak kecil yang suka sepah-sepahkan rumah. Ada juga saya terbaca komen pada gambar yang saya post dengan mengatakan ”alaaaa dia xde anak kecik, boleh la deko-deko kemas macam tu…”.

IKLAN

Untuk pengetahuan, saya ada 3 orang anak yang masih kecil, paling kecil umur 1 tahun setengah. So saya kongsikan apa yang saya buat utk ‘maintain’ kekemasan rumah saya:

1. Asuh anak untuk suka mengemas setiap kali main atau sepah-sepahkan mainan. Sangat penting untuk kita tidak menghalang mereka main sepah-sepah, tapi tanamkan tabiat suka simpan mainan ke tempat asal selepas main. Biarkan mereka main sepenuhnya.

2. Ajar mereka untuk mengemas sejak dari kecik lagi. Sebagai mak ayah, kita kena sabar bila mereka sepah-sepahkan rumah kerana kanak-kanak bawah umur 3-4 tahun masih belum memahami sepenuhnya untuk kemas. So, kita kena konsisten untuk bagi arahan, mesej: kemas selepas main. Mula-mula susah untuk mereka akur, tapi percaya lah lama-lama mereka akan ikut.

ARTIKEL MENARIK : 10 Beradik Sepakat Renovate Rumah Mak Ayah Untuk Lebih Selesa & Membahagiakan!

IKLAN

3. Tetapkan peraturan yang objektif dan konsisten seperti main hanya kat ruang main, tidak boleh main di ruang makan atau ruang tamu. Terapkan disiplin, sebelum tidur kena pastikan mereka kemas dahulu mainan yang mereka sepahkan, setiap hari setiap malam.

Rumah Sentiasa Kemas Walau Ada Anak Kecil. Boleh Ikut Cara Keluarga Ni Buat!

5. Kanak-kanak kecil suka untuk alihkan aksesori kecil seperti lilin, bunga dan hiasan lain. Di sini kita kena sentiasa igatkan mereka, ‘jangan main’, ‘jangan sentuh’ nanti jatuh/pecah dan sebagainya setiap kali mereka berbuat demikian dengan nada bersahaja dan tidak marah. Biasanya dalam tempoh 1-2 bulan, anak-anak yang umur bawah 2 tahun pasti akan mengulangi perkara yang sama, maka arahan kita mesti konsisten. JANGAN SESEKALI MENENGKING ATAU GUNA NADA MARAH-MARAH. Lama kelamaan mereka akan faham dan tak akan mengulanginya.

6. Peranan kita sebagai ibu bapa. Ada masanya mereka tetap akan sepahkan rumah dan tidak akan kemas balik. Maka, kita sendiri kena pastikan setiap hari sebelum tidur, kita sendiri akan kemaskan rumah, letak semua barang di tempat asal. Yang penting, kena rajin dan terus menerus melakukannya setiap hari, bukan sekali seminggu.

IKLAN

7. Kalaupun kita sendiri tiada masa untuk mengemas rumah sebab letih balik kerja, kita cuba gunakan khidmat bibik yang bayar jam, seperti RM50 untuk 4 jam sebagai contohnya. Yang paling utama, konsisten dalam menjaga kekemasan rumah dan tidak bertangguh. Sikap bertangguh ini lama kelamaan menyebabkan rumah akan tidak kemas dan deko-deko kita yang cantik tidak bertahan lama.

Nota: Semua tips ini adalah berdasarkan pengelaman saya semata-mata dan tidak diambil dari mana-mana pembacaan atau rujukan.

sumber : Fendi Isa VIA Kelab Dekorasi IKEA Malaysia

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI