Pengorbanan seorang isteri. Inilah contoh isteri dan ibu mithali yang sanggup berkorban segalanya demi yang tersayang. dek kerana tidak mahu mengganggu tumpuan sang suami yang sibuk sebagai orang nombor satu Negara, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sanggup menyembunyikan berita yang dirinya mempunyai kanser payudara.
Semalam Tun Hasmah berkongsi pengalamannya sebagai seorang ‘survivor’ kanser payudara dan telah menjalani rawatan penyakit berkenaan pada Mac lepas.
Beliau berkata doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan kecil pada kiri payudaranya setelah menjalani pemeriksaan mammogram dan rawatan biopsi di sebuah hospital di ibu negara.
Menurutnya, doktor mengesahkan beliau menghidap kanser payudara pada Mac lalu ketika usianya 92 tahun.
“(Ketika itu) apabila saya rasa tidak sedap, saya terus jumpa doktor. Dalam seminggu, saya disahkan mempunyai ketumbuhan kecil.
“Alhamdulillah ia (ketumbuhan) kecil, yang penting adalah jangan takut untuk melakukan pemeriksaan (kesihatan).
“Saya adalah survivor’ kanser payudara, bersyukur kerana melakukan pemeriksaan awal dan terus menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan seminggu kemudian.
“Sebelum itu saya buat sedikit kesilapan kerana tidak memaklumkan kepada suami membuat ujian berkenaan. Ketika itu Tun Mahathir sibuk dan beliau baru pulang dari luar negara atas urusan kerja.
Ads
“Saya hanya maklumkan kepada anak-anak, namun lima hari kemudian doktor pakar datang ke rumah memaklumkan keputusan ujian berkenaan.
“Tun terkejut tetapi dia sendiri sarankan buat pembedahan secepat mungkin. Syukur saya dapat ceritakan kepada anda mengenai kisah dan pengalaman ini.
“Saya ingat lagi hari Isnin dapat keputusan, selepas itu tunggu sampai hari Jumaat masuk wad, petang periksa lagi sekali nak sahkan betul-betul ada ketumbuhan di situ, Sabtu pagi saya masuk bilik bedah, petang selesai pembedahan dan keesokannya saya dibenarkan pulang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL Pink October) 2019 di Hospital Kuala Lumpur, hari ini.
Ads
Dr Siti Hasmah berkata rata-rata wanita takut untuk menjalani ujian saringan mengesan kanser payudara kerana stigma takut dan malu masih menebal selain kurang pengetahuan.
“Kanser payudara boleh berlaku pada sesiapa sahaja tidak kira umur daripada muda sehinggalah umur 90-an seperti saya.
“Jangan gadaikan nyawa kita kepada jenis kanser yang boleh dicegah sekiranya dapat dikesan dari awal, kerana lebih cepat dapat rawatan lagi cepat kita boleh sembuh.
“Pemeriksaan kesihatan itu merupakan satu tanggungjawab yang perlu diberi kepada diri kita yang masih sihat sebelum mahu menjaga orang lain,” katanya.
Ads
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa KL Pink October 2019, Dr Ros Suzanna Ahmad Bustamam berkata kempen yang bermula sejak semalam sehingga Sabtu ini menyasarkan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam di 10 kawasan Parlimen sekitar ibu kota.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu seramai 913 wanita disaring, 104 wanita masih mendapat pemeriksaan lanjut, sebahagian mereka masih dalam temu janji dan 27 rumah pesakit kanser telah dilawati.
“Bagaimanapun daripada jumlah itu, kurang 30 peratus wanita yang telah diberikan temu janji hadir ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut walaupun ditawarkan pengangkutan percuma dan ini sangat membimbangkan kami kerana mereka adalah berpotensi menghidap kanser,” katanya.
Beliau berkata bilangan kes pesakit kanser payudara meningkat setiap tahun dan 18 peratus daripada keseluruhan penyakit kanser adalah kanser payudara.
“Lebih malang apabila lebih 40 peratus daripada pesakit yang datang mendapatkan rawatan adalah pesakit pada peringkat ketiga dan keempat.
“Justeru, kempen ini bukan sahaja memastikan golongan sasar membuat saringan dan pemeriksaan tetapi juga menerapkan maklumat penting tentang penjagaan kesihatan, bantuan dan peranan agensi terlibat dalam membantu mereka meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara,” katanya.
Sumber: Bernama & Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Operasi besar-besaran bermula jam 8 malam tadi dijalankan oleh Polis Kontinjen Selangor di seluruh negeri Selangor dalam memberi pengetahuan dan nasihat kepada orang ramai berkaitan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
Ia merangkumi sekatan jalan raya dan berjumpa dengan orang awam.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmat, operasi tersebut bagi memastikan secara umumnya masyarakat di negeri faham dengan perintah kawalan pergerakan yang telah dikuatkuasakan sejak hari ini.
Kata beliau, banyak aduan diterima tentang orang awam yang masih berada di luar rumah sekaligus membuktikan golongan ini gagal memahami perintah yang dikeluarkan.
“Jadi kita lakukan operasi bermula malam ini bagi memastikan tidak ada sesiapa yang berada di luar tanpa alasan munasabah, berada dalam kumpulan besar. Kita akan beri pemahaman serta nasihat kepada mereka untuk akur dengan perintah.
“Kita akan nasihat mereka untuk balik seandainya ada lagi yang berada di luar rumah, operasi ini juga melibatkan seluruh negeri di mana kita ada 16 daerah secara keseluruhannya.
“Ketua Polis Daerah pula akan membuat ‘roadblock’ di setiap kawasan mereka bagi memantau aktiviti orang awam sebelum nasihat mereka pulang, ketika ini kita akan masih gunakan kaedah nasihat,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat sebentar tadi.
Kata Fadzil lagi, pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk tangkapan dan membuka kerta siasatan kepada mereka yang degil.
“Kita akan guna kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sekarang.
“Operasi ini akan bermula sekitar jam 8 malam dan akan berakhir hanya selepas kita berpuas hati setiap rakyat di negeri ini mematuhi arahan dibawah perintah kawalan ini,” tegasnya.
Sumber: MalaysiaGazette
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Adik Umar atau nama sebenarnya Umar Amirul Shakur Haiccal bukan sahaja bertuah kerana mendapat peluang mewawancara tokoh negarawan terhebat iaitu Tun Dr Mahathir Muhammad malah kehadirannya telah mendapat liputan dari beberapa laman sosial. Lebih membanggakan lagi Tun Dr Mahathir sendiri juga bebesar hati mengabadikan momen tersebut di laman sosial beliau. Namun pasti ramai tertanya-tanya di sebalik temuramah tersebut. Bagaimana Umar terpilih dan apa yang berlaku sepanjang temuramah tersebut.
Pertemuan yang sangat singkat namun penuh bermakna ini sebenarnya di atur oleh pihak Bintang Kecil Nu Ideaktiv. Adik Umar yang sememangnya merupakan salah seorang hos untuk Saluran Youtube Bintang Kecil di pilih untuk menjayakan episod pertama BK MEET LAGENDA.
Ramai yang kagum dengan kepetahan kanak-kanak cilik ini yang tidak kekok berhadapan dengan bekas pemimpin negara itu. Malah kebijaksaan dan kepetahan Umar telah menambat hati Tun M yang menulis panjang lebar mengenai Umar di laman sosial @chedetofficial. Kanak-kanak berusia 12 tahun ini sememangnya punya pengalaman dalam dunia lakonan dan pengacaraan. Pernah membintangi beberapa drama dan menjadi pengacara dalam segmen adik tanya di rancangan Pa&Ma yang pernah bersiaran di Astro RIA.
Berikut adalah kronologi pertemua antara Umar dan Tun Dr Mahathir Muhammad
1. Bintang Kecil Nu Ideaktiv merupakan pihak yang bertanggungjawab mengatur pertemuan ini dan Umar terpilih berdasarkan pengalaman serta kepetahannya.
Bersama Team Bintang Kecil Nu Ideaktiv
2. Bintang Kecil yang aktif menerbitkan video-video inspirasi bagi kanak-kanak di Platform Youtube telah mengadakan segmen baru bagi tahun 2023 iaitu BK Thowback Lagenda. Ianya membuka peluang kepada kanak-kanak untuk bertemu tokoh /idola mereka namun dalam masa yang sama memperkenalkan golongan yang pernah mengharumkan nama negara kepada generasi muda.
3. Umar merupakan salah seorang peserta yang terpilih untuk bertemu dengan idolanya iaitu Tun Dr Mahathir Muhammad sekaligus membuka tirai segmen ini bagi episod pertama yang ditayangkan Februari ini.
4. Episod pertemuan ini seumpama atuk dengan cucu. Keduanya tidak kekok walaupun pertama kali berjumpa. Malah Tun M dengan ‘sporting’ melayan keletah Umar apabila ditanya mengenai helmet Star Wars yang terdapat di biliknya.
5. Aksi Umar mengajar Tun M membuat mini love mengundang tawa kru produksi malah ianya tidak di rancang dan Tun M juga dengan sporting melayan permintaan Umar untuk membuat mini love semasa bergambar.
6. Umar dan Tun spontan bercakap loghat kedah
7. Tun Dr Mahathir sempat berikan nasihat kepada Umar andai ingin menjadi seorang PM.
8. Soalan spontan dari Umar mengenai umur Tun M membuatkan ramai terkejut. Tapi Tun M tetap cool menjawab soalan itu. Paling mendebarkan apabila Umar bertanya kepada Tun M, ‘Apa Perasaan 2 Kali Menjadi Perdana Menteri?’ dan apakah aktiviti yang Tun M lakukan kini selepas kegagalannya mempertahankan kerusi?. ‘
Nak tahu apa jawapan dan nasihat Tun Dr Mahathir pada Umar tonton video ini sampai habis:
Pengorbanan seorang ibu, sanggup bertarung nyawa demi melahirkan zuriat. Antara hidup dan mati, namun ketentuan Ilahi tak siapa mampu meneka. Perginya ibu muda ini usai melahirkan bayinya baru-baru ini cukup meruntun jiwa
Baru-baru ini tular di laman Facebook AdEk Eyka yang memuat naik kisah kehilangan kakaknya, arwah Siti Aisyah Binti Zulkafli yang meninggal dunia selepas melahirkan bayi sulung.
Dalam kegembiraan bakal menimang cahaya mata ibu muda ini dijemput bertemu Yang Maha Esa. Belum sempat si kecil menatap dan merasai kasih sayang seorang ibu, apa lagi seteguk susu ibu.
Di dalam perkongsian tersebut, wanita ini menceritakan semula momen yang cukup memilukan di saat pemergian kakaknya. Anak saudaranya itu sedikit pun tidak menangis dari awal sehingga urusan pengebumian selesai. Masih terasa . Pergi meninggalkan Anak sulung .. Anak yg baik langsung Tak menangis pemergian ibunya sejak dilahirkan sehingga selesai urusan pengebumian ibunya .. Seolah olah faham supaya memudahkan urusan ibunya .. Mati syahid itu sudah pasti .
Menurut Eyka lagi, dia sempat membaca diari arwah namun enggan mendedahkan isi kandungannyakerana itu menjadi rahsia antaranya serta keluarga. Apa yg buat aku terasa 1001 perasaan serbesalah bila terbaca buku diari arwah . Biarlah aku saja yg tahu apa yg ditulisnya.. Allahu andai masih hidup masih banyak nak diperbetulkan balik menangis air Mata darah sekali Pon takkan tebus rasa serbasalah aku..
Siti Aisyah Binti Zulkafli 17/8/2020
Betul org kata ketika masih ada Tak menghargai Rasa biasa , bila sudah tiada baru terasa sejuta penyesalan. Penyesalan yang takda guna bila terkubur sekali rasa serba salah
Al-fatihah.
Alfatihah buat arwah Siti Aisya Zulkafli, semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman. Buat keluarga arwah, semoga tabah dan reda dengan ujian yang menimpa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.