Bayi 30 hari maut dikasari jururawat bukan meninggal tersedak susu, rakaman cctv jadi bukti. Menurut bapa bayi tersebut, bayinya dikasari sehingga meninggal dunia bukan tersedak susu sepertimana yang dilaporkan awalnya.
Bayi 30 Hari Maut Dikasari Jururawat Bukan Tersedak Susu, Rakaman CCTV Jadi Bukti
Bayi malang itu maut itu semasa di bawah jagaan seorang jururawat di sebuah pusat jagaan berpantang di Kota Bharu, Kelantan.
BAPA BAYI MALANG ITU, CHOO KAMIN, 30, MEMBERITAHU PERKARA SEBENAR ITU TERBONGKAR APABILA MEREKA MENYAKSIKAN SENDIRI KEJADIAN YANG MENIMPA ANAK SULUNGNYA, CHOO JYN HERN MELALUI RAKAMAN KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) YANG ADA DI BILIK PUSAT JAGAAN ITU.
Dakwanya, bayi yang dinantikan selama tiga tahun itu diperlakukan dengan kasar oleh jururawat tersebut sehingga isterinya, Yap Pei Yin, 29, melalui trauma yang teruk apabila kejadian terbabit berlaku pada hari lahirnya iaitu 9 September.
📍Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa. Ada pelbagai hadiah menarik yang menanti para pemenang, jangan tunggu lagi. Jom daftar sekarang di sini 👇🏼 https://kliik.je/product-details/111?title=baby-merangkak-race
“Sehingga sekarang emosi isteri tidak stabil malah setiap kali ingin mengepam susu, dia akan menangis teringat anak kami.
“Saya pilih pusat jagaan berpantang tersebut untuk mendapatkan rawatan terbaik buat isteri serta anak. Kami membayar RM13,000 untuk rawatan selama 28 hari.
“KAMI SEPATUTNYA KELUAR DARI PUSAT TERSEBUT PADA 10 SEPTEMBER DAN KEJADIAN ITU BERLAKU SEHARI SEBELUMNYA,” KATANYA.
Sebelum itu keluarga tersebut menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.
Susulan kejadian terbabit, Kamin serta ahli keluarganya akan mengambil tindakan saman terhadap pusat jagaan berpantang itu serta menyerahkan kes jururawat terbabit kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Ujarnya, kejadian itu memberikan trauma bukan sahaja kepada isteri tetapi ibunya, Gan Pheck Chin, 60, yang sangat menantikan kehadiran cucu lelaki itu.
Ads
“Sehingga hari ini ibu masih bersedih dan kami berharap nasib yang menimpa anak kami ini akan mendapat pembelaan,” katanya.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan, bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga mangsa di sebuah pusat jagaan berpantang di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 5.30 pagi.
Menurut beliau, laporan diterima berkaitan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi berkenaan.
Pada Rabu, seorang jururawat direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia 30 hari pada Isnin.
Kucing dipelihara sejak dari zaman dahulu lagi. Malah Nabi Muhammad SAW juga memiliki seekor kucing kesayangan yang diberi nama Mueeza. Namun ada juga yang masih merasa takut untuk memelihara kucing kerana dikhuatiri membawa keburukan dalam kesihatan.
Namun hakikatnya memelihara si bulus memberi banyak manfaat termasuk memberi rezeki yang tidak pernah putus. Selain memiliki kucing peliharaan sendiri, kita juga boleh memberi makan kepada kucing jalanan.
Begitu yang dilakukan oleh lelaki ini. Menariknya, beliau menyediakan bekas makanan khas supaya kucing jalanan mendapat bekalan makanan yang mencukupi setiap hari.
Ikuti perkongsiannya.
D.I.Y. cat feeder untuk stray cat belakang umah.
Bahan-bahannya ialah:- 2 biji botol mineral water 10 liter, cable tie, super glue & gula secukup rasa. Cara-caranya pula :- 1) Botol yang besar yang isi makanan tu tebuk kat bahagian bawah dalam anggaran 5cm panjang & 3cm lebar untuk makanan turun. 2) Botol yang untuk takung makanan pula potong ambik bahagian bawah aje lebih kurang 4 ke 5cm tinggi dari bawah. Kemudian potong pulak sikit kat bahagian yang kita nak sambung kat botol tinggi isi makanan. 3) Nak sambung cuma pakai cable tie. Kalau nak lagi cantik boleh pakai super glue. 4) Gula tu digunakan untuk buat air minum selepas selesai modified botol.
Ni antara soalan-soalan yang lazim akan orang tanya.
1- Tak masuk angin ke makanan nanti?
Jawapan – Kucing-kucing gelandangan ni tak memilih sangat makanan masuk angin atau tidak. Boleh guna kretiviti sendiri untuk elak makanan masuk angin.
2- Tak bersemut ke?
Jawapan – Boleh guna kreativiti sendiri, nak sapu minyak kat bawah feeder tu ke nak bubuh dalam bekas air jangan kasi semut naik ke. Terpulang.
3- Tak kena air hujan ke?
Jawapan – Letak la kat tempat tak kena hujan.
Semoga rezeki bertambah melimpah apabila berbuat baik dengan haiwan kesayangan junjungan Nabi Muhammad SAW.
Kredit: Eddie Mustaffa, D’Cat D’ Hati
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seringkali wanita khususnya ibu yang melahirkan sukar untuk mendapatkan kembali bentuk badan selepas bersalin, demikian yang dilalui selebriti terkenal, Fazura.
Jujur mengakui, proses mendapatkan berat badan ideal bagi dirinya bukan satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi selepas bersalinkan anak sulung lebih setahun lalu.
Ketika mengandungkan cahaya mata sulungnya, Nur Fazura Sharifuddin mengakui berat badannya pernah mencecah sehingga 76 kilogram (kg).
Namun, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu tidak putus asa sebaliknya cuba mengamalkan rutin sihat demi memiliki tubuh sihat.
“Saya berusaha (menguruskan badan). Antara lain mungkin sebab sibuk kadang terlupa makan. Ada ketikanya saya bersenam cuma tidaklah macam dulu. Sebelum ini dalam seminggu dapat tiga kali bersenam. Sekarang satu atau dua minggu dapat buat sekali sahaja.
“Cuma bila ada peluang untuk ‘workout’ dalam sejam dua tu, saya akan betul-betul fokus. Selebihnya saya elakkan ambil menu berat selepas jam 6 petang,” katanya lagi.
Isteri kesayangan pelakon Fattah Amin ini juga sering menerima banyak pandangan mengenai soal pemakanan demi anak yang dikandung.
“Pada sebelah pagi, saya minum air kosong dan lemon bersama oat, kemudian tengah hari saya akan ambil hidangan berat seperti nasi dan sebagainya. Makan malam jam 6 petang dan sekiranya lapar akan makan buah sajalah.
“Ketika hamil, saya mendengar nasihat orang luar yang minta saya makan apa sahaja demi mendapatkan bayi comel dan gebu. Minum pula Milo Ais Tabur boleh dikatakan setiap hari.
“Kata mereka makan saja, nanti lepas bersalin mesti cepat kurus. Ketika hamil, berat badan saya sekitar 76kg. Bila bersalin berat badan turun ke 65kg dan sekarang 54kg. Wanita bila bersalin perubahan berat badan itu akan berbeza-beza,” katanya lagi.
Terdahulu, Fazura teruja dan bersyukur atas kerjasama bersama Profesor Datuk Dr Che Muhaya Mohamad.
“Alhamdullillah, syukur kerana termakbulnya hasrat saya untuk berkolaborasi bersama insan yang dikasihi, Bonda Muhaya untuk koleksi telekung bersama jenama beliau, Muhayya Magical.
“Koleksi Fazura x Muhayya ini menampilkan dua koleksi, Rindu Ramadan dan Sayang Syawal yang terdiri dari pelbagai warna menarik sempena Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang ,” katanya.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima 2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel melibatkan jumlah sebanyak RM8.78 bilion setakat 22 Mei tahun ini.
Sumber foto: BERNAMA
Ketua Pegawai Operasinya, Sazaliza Zainuddin berkata, selepas pilihan tersebut dibuka pada 12 Mei lalu, sebanyak 3.04 juta permohonan untuk pengeluaran Akaun Fleksibel telah diluluskan berjumlah RM5.52 bilion.
“KWSP menjangkakan jumlah permohonan untuk pemindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera mereka kepada Akaun Fleksibel akan terus meningkat sehingga tarikh tutup pada 31 Ogos 2024.
“Kami juga gembira melihat peningkatan ketara permohonan melalui aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun.
“Ini mencerminkan usaha kami untuk meningkatkan pengalaman dan kebolehcapaian pengguna, di samping kami terus berinovasi dan mengembangkan penawaran digital kami,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sumber foto: BERNAMA
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, KWSP memperkenalkan Akaun Fleksibel yang membolehkan ahli mereka mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan.
Dalam pada itu, ujar Sazaliza, ahli-ahli dinasihatkan supaya tidak tergesa-gesa membuat pemindahan ke Akaun Fleksibel memandangkan tarikh tutup bagi urusan tersebut ialah pada 31 Ogos tahun ini.
“Ahli yang masih belum mendaftar dengan KWSP i-Akaun digalakkan berbuat demikian bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel.
“Ahli dinasihatkan untuk mendaftar atau mengemas kini nombor telefon bimbit mereka melalui Terminal Layan Diri (SST) yang terdapat di mana-mana cawangan KWSP bagi tujuan menerima Kod Kebenaran Urus Niaga (TAC) bagi mengesahkan identiti mereka semasa menjalankan transaksi.
“Pengeluaran dari Akaun Fleksibel boleh dibuat pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan, dengan pengeluaran minimum RM50,” ujarnya.