Memasuki usia dua tahun lebih, Jebat Jayden yang merupakan anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sering menjadi tumpuan ramai. sementelah si ayah dan ibunya sering memuat naik perkongsian mengenai anak sulung mereka ini di laman instagram masing-masing.
Walaupun belum fasih bercakap namun gelagatnya sering membuatkan ramai terhibur. Baru-baru ini, Sharnaaz memuat naik satu video berdurasi 2 minit menunjukkan Jayden sedang menangis di dalam kereta.
Di dalam video berkenaan jayden meluahkan perasaannya sehingga membuatkan ramai yang tertanya-tanya apa punca menyebabkan si kecil itu menangis kerana tidak memahami butiran percakapannya.
Ads
Berat mata melihat, Berat lagi masalah negara jebat jayden.
Demikian kapsyen yang ditulis Sharnaaz tanpa menerangkan situasi yang berlaku pada anaknya itu.
Ads
Rupa-rupanya Jebat mahu bermain permainan boling di dalam kereta namun dalam masa yang sama tidak membenarkan ayahnya memberhentikan kereta. Apa yang membuatkan Jayden menangis apabila pin bolingnya akan terjatuh apabila kereta tersebut bergerak.
Sambil menangis Jayden ‘membebel’ kepada ayahnya membuatkan ramai tertanya-tanya apakah yang diperkatakan oleh anak lelaki pelakon berkenaan.
jayden yang belum fasih bercakap tetapi tetap berusaha untuk meluahkan perasaannya kepada Sharnaaz dengan menggunakan bahasa ‘asing’.
Ramai yang terhibur dan bersimpati terhadap Jayden. Dalam masa yang sama, ada yang meminta Sharnaaz dapat meletakkan subtitle supaya mereka dapat memahami apa yang dikatakan oleh Jayden.
zizanrazak869 Tunggu keluar netflix baru ade subtitle ni. Sabar sikit lg…
msmaia379 Comey dia dok kata tak boleh nangis sambil tunjuk jari tapi dlm dok kata nangis jugak. Haha comey. Treasure this moment mamu, nanti depa besaq kita akan rindu moments2 ni semua
niesyasyazandrieanaYa allah xtau la aunty nk sedih ka nk gelak, nampak berat sgt masalah hebat nie😘 apa laaa y dia geram sampai sakit hati sgt tu yaaa jebat
momoromoloPenuh dengan penceritaan & pengharapan dalam tangisan. Syahdu sungguh Jebat 😅 anak aunty pun stress klu pin tu jatuh sblm waktunya.
Bang kami perlu subtitle
azlin_shaBerat mata memandang……. Jebat dh meluahkan rasa dia tue😂😂
Anak-anak ni waktu kecil lah mudah nak diajar dan dibentuk. Segala apa yang masuk dalam minda mereka mudah untuk mereka ingati dan perlu selalu amalkan supaya apa yang dipelajari tidak mudah untuk lupa.
Baru-baru ini, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, berkongsi anak sulungnya, Siti Aafiyah yang sekali lagi mencuri tumpuan warganet apabila membaca potongan Surah ‘Abasa dengan lancar.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan puteri sulungnya itu menghafaz potongan ayat al-Quran tersebut dengan fasih.
“Semalam sambil kemas bilik office, sambil nyanyi lagu dan buka mikrofon, ingat nak karaoke dua atau tiga lagu. Tak sempat ibu nak nyanyi, Aafiyah dah take over.
“Ibu saja suruh dia baca Surah ‘Abasa ayat 1 hingga 8..masih ingat tak?
“Alhamdulillah ingat lagi..hujung-hujung tu biasalah dah tak fokus,” tulis Siti di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen tersebut, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum apabila mendengar hafazan Aafiyah dalam membaca potongan surah tersebut.
Malah pendakwah, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman turut meninggalkan komen dengan mengharapkan Aafiyah dapat menjadi seorang Qariah yang berjaya suatu hari nanti.
Sebelum ini, gelagat Aafiyah menyanyikan lagu tamil popular, Munbe Vaa nyanyian penyanyi dan komposer terkenal, AR Rahman turut mendapat perhatian.
Wargamaya Titip Doa, Maya Karim Hampir Lemas, Terpaksa Sedut Oksigen.
Rupanya bergelar pelakon ini bukan suatu yang mudah. Tambahan pula terpaksa melakukan babak di kawasan yang bahaya hingga boleh menjejaskan keselamatan diri.
Setiap babak yang dirasakan bahaya, kebiasaan production penggambaran akan menyediakan anggota perubatan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak dingini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Siapa sangka, kejadian yang tidak dingini berlaku kepada aktres terkenal, Maya Karim apabila mengalami serangan anxiety secara tiba-tiba di lokasi pengambaran filem Telaga Suriram.
Menerusi hantaran di Instagramnya Maya kelihatan sedang dirawat oleh unit perubatan yang memberikan bantuan oksigen kepadanya.
“Dan kebimbangan melanda saya lagi malam tadi semasa merakam adegan bawah air.”
“Saya terpaksa berehat seketika pada pukul 3 pagi dan mengambil oksigen tambahan.”
“Nasib baik ada medic on set. Itu yang pelik, bukanye saya tak boleh berenang, ataupun tak biasa dengan air.”
AKUI TERLALU PENAT
Pelakon cantik yang berusia 43 tahun ini juga mengakui kejadian yang menimpanya barangkali disebabkan dirinya keletihan akibat kesibukan dengan kerja.
“Rasa-rasanye antara punca semalam adalah terlalu penat akibat perjalanan kerja yang sibuk di Singapura dan terus ke set untuk penggambaran malam di dalam air.”
“Badan dan minda saya keletihan dan otak saya masuk ke zon beku. Otak macam jem gila bila nak selam, tahan nafas dan berlakon tengah2 malam. Saya tidak boleh bernafas!”
Sekiranya anak-anak mengadu telinga mereka sakit atau tidak selesa, apa yang biasanya anda lakukan? Ikuti perkongsian daripada Dr. Ezairy M. Sallih ini. Jom semak.
“Doktor, anak saya ini saya periksa banyak sangat tahi telinga dia, saya korek-korek pun masih ada, sekarang dah sakit pulak. Saya nak buat macam mana doktor?”
Apabila sebut berkenaan masalah ini, pelbagai persoalan yang biasa akan ditemui. Saya akan cuba jawab satu-persatu.
Bagaimana sebenarnya tanda-tanda anak anda sedang mengalami ‘impacted ear eax’ iaitu tahi telinga keras?
1. Kurang pendengaran disebabkan bunyi berdesing, bunyi luar biasa, tidak normal dan sebagainya.
2. Merasa telinga tertutup atau ‘block’.
3. Mengalami sakit telinga secara tiba-tiba dan tiada tanda jangkitan seperti demam.
Apa sebenarnya yang menyebabkan yang menyebabkan tahi telinga boleh mengeras?
1. Salur telinga yang kecil. Ini akan mengakibatkan tahi telinga lebih mudah terperangkap dalam salur telinga.
2. Bad cleaning habit, kerap sangat cuba bersihkan sendiri di rumah. Tahukah anda tindakan anda yang menggunakan cotton bud atau alatan lain hanya akan menyebabkan tahi telinga lebih masuk ke dalam!
3. Penghasilan ear wax yang terlalu banyak. Ini adalah berbeza mengikut individu. Sesetengah orang memang akan menghasilkan lebih ear wax berbanding orang lain.
4. Kerap berkumpul air di telinga bersama kerap jangkitan atau kecederaan di salur telinga boleh menyebabkan masalah pada salur telinga. Untuk sesetengah keadaan, ear wax lebih mudah tersumbat selepas itu disebabkan salur telinga yang mengecil akibat sebab-sebab yang saya sebutkan tadi.
Perlu ke saya bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan?
1. Ya, anda perlu bawa anak anda bertemu doktor jika anak-anak anda mengalami gejala seperti saya sebut di atas.
2. Pemeriksaan mata kasar anda atau sekadar menggunakan lampu tidak akan mampu mengesahkan masalah ini. Ia perlu pemeriksaan doktor.
Perlukah saya bersihkan sendiri telinga anak saya di rumah?
1. Tak boleh. Tahi telinga tidak perlu dibersihkan sendiri. Ia amat berbahaya. Anda boleh mencederakan salur dan gegendang telinga.
2. Jika tahi telinga tidak mendatangkan sebarang masalah kepada pesakit, doktor juga tidak akan melakukan sebarang perkara kepada pesakit.
3. Tindakan membersihkan di rumah menggunakan apa juga alat seperti cotton bud atau alatan besi hanya akan menyebabkan ear wax masuk lebih ke dalam!
Oleh itu, bagaimana impacted ear wax atau tahi telinga dirawat?
1. Ubat titis telinga untuk melembutkan tahi telinga akan diberi jika pesakit mengalami simptom seperti hang saya sebutkan.
2. Ear syringing. Ada sesetengah doktor yang menggunakan teknik ini untuk membersihkan telinga iaitu dengan menggunakan air.
3. Teknik paling berkesan pada saya ialah ear suctioning dimana doktor akan menyedut tahi telinga keluar. Ini hanya akan dilakukan jika pesakit ada masalah pada ear wax tersebut. Tidak akan dilakukan jika pesakit tidak ada apa-apa masalah.
***************************************
Info gambar:
Gambar 1 menunjukkan jika anda membersihkan telinga, ia hanya akan menyebabkan tahi telinga lebih masuk ke dalam salur pendengaran telinga.
Gambar 2 menunjukkan putik kapas berisiko untuk tertinggal di dalam telinga sekiranya anda sering membersihkan telinga anda.
Gambar 3 menunjukkan keadaan telinga yang dilihat menggunakan otoscope. Bagaimana ia sebelum (penuh dengan tahi telinga) dan selepas dibersihkan oleh doktor(gegendang telinga dapat dilihat).
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...