Sesekali tukar selera apa salahnya kan. Jom ibu-ibu hari ni kita sediakan menu ini untuk sajian minum petang seisi keluarga
RESEPI YEE MEE SIZZLING
===================
Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)
3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih – dicincang halus
1/2 inci halia – dicincang halus
Ayam – dipotong kecil
Ads
6 kuntum cendawan shitake kering – direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering – dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
Ads
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air
Cara-caranya:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
Ads
Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
Masukkan cendawan. Biarkan 2 – 3 minit.
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee.
Kredit Resepi ini kpd Nor Azlindawati Baharudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapakah peserta pilihan anda sekeluarga untuk dinobatkan sebagai Ratu Hijabista 2020?
Menjawab teka teki ini, jangan lupa untuk saksikan siaran langsung finale Ratu Hijabista pada 30 September (Rabu) jam 9.00 malam di saluran Astro Prima HD.
Empat orang peserta yang berentap di pentas akhir adalah Mellya Azizi, Tina Aziz, Qila Shahirah dan Fiffy Afrina.
Mengimbau kembali berkenaan penyertaan pertandingan Ratu Hijabista ini, ia terbuka kepada semua wanita Malaysia berhijab berumur di antara 21 hingga 30 tahun.
Nyata program seperti ini telah menarik lebih 550 calon peserta dengan memuatnaik video ujibakat mereka di laman sosial Instagram.
Daripada jumlah tersebut, seramai 12 finalis terbaik telah disenarai pendek menerusi sesi saringan yang ketat untuk diserap masuk.
12 FINALIS RATU HIJABISTA
1. Siti Aishah Idris, 27, Pulau Pinang
2. Nur Aqilla Sidi Ahmad, 25, Negeri Sembilan
3. Aunee Azrina Zulkifli, 27, Johor
4. Asfika Mohamad, 26, Pahang
5. Nurul Ellyna Anuar, 21, Johor
6. Nurfiyanti Afrina Roslan, 23, Pulau Pinang
7. Nur Fatin Najihah Noor Hisham, 21, Johor
8. Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman, 21, Selangor
9. Siti Sariah Abdullah, 21,
10. Shamellya Norazizi, 23, Selangor
11. Qistina Sofia Abdul Aziz, 24, Shah Alam
12. Nuryusrina Shan Firdaus Shan, 23, Kedah
Program pencarian Ratu Hijabista mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Jadi buat anda seisi keluarga, jangan lepaskan menonton episod kemuncak Ratu Hijabista ini dan sebelum itu kita tatap sekali lagi satu persatu 4 finale Ratu Hijabista yang cantik dan bijak ini.
QILA SHAHIRAH
TINA AZIZ
MELLYA AZIZI
FIFFY AFRINA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila musim durian tiba maka di merata-rata tempat akan kelihatan ramai peniaga menjual buah durian.
Bagi peminat raja buah ini memang tak sah kalau tak membelinya. Selain sedap dimakan begitu sahaja, buah durian juga boleh diolah menjadi pelbagai resipi yang sedap dinikmati.
Antara resipi berasaskan buah durian yang sering mendapat tempat di hati peminatnya adalah Serawa durian, Durian crepe, Bingka durian, kek durian dan macam-macam lagi.
Serawa durian atau ada juga yang memanggilnya kuah durian antara menu olahan raja buah yang sangat popular. Tak sah rasanya kalau musim buah durian kita tak masak menu ini.
Ia biasanya sedap dimakan bersama pulut, roti jala, roti putih, serabai, lempeng atau apa sahaja mengikut selera masing-masing.
Walaupun cara memasak Serawa Durian ini mudah sebenarnya tetapi tak semua orang berjaya mendapatkan hasil yang memuaskan hati di mana kuahnya pekat, likat dan rasa manis sedang elok.
Jom kita belajar cara masak Pulut dan Serawa Durian dikongsi oleh Roslinda Abd Hamid.
Bahan-Bahan:
Isi Durian – dari 2 biji durian
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 1/2 ketul gula Melaka
1 sudu teh garam
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
Cara menyediakan:
Bahan-bahan:
2 cawan pulut
1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Siapa sangka lukisan pada arca Putrajaya yang diletakkan di Dataran Putra selebar 1.5 meter dan tinggi 2.4 meter itu dilukis seorang remaja autisme berusia 17 tahun, Wan Jamila Wan Shaiful Bahri.
Lebih membanggakan, pemilihan lukisan itu dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lukisan berkenaan dipilih untuk diletakkan pada arca sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya, Sabtu ini.
Jika dilihat secara dekat, lukisan yang memaparkan konsep struktur bangunan dan jambatan yang terkenal di Malaysia itu sebenarnya turut dihiasi dengan doodle wanita dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban serta Jalur Gemilang.
Ibu remaja berkenaan, Noorhashimah Mohamed Noordin, 58, berkata Perbadanan Putrajaya (PPj) ada berjumpa dengan dirinya dan berminat untuk meletakkan lukisan anaknya pada arca.
Katanya, sudah tentu berita berkenaan memberi kegembiraan kepada dirinya sebagai ibu, malah turut berbangga dengan bakat dimiliki Wan Jamila.
“Memang setiap kali tiba bulan kemerdekaan, saya akan meminta dia untuk melukis apa sahaja yang bertemakan kemerdekaan. Daripada pemilihan warna hinggalah corak, semuanya dibuat olehnya tanpa bantuan sesiapa.
“Untuk lukisan pada arca berkenaan, dia berjaya siapkan dalam tempoh sebulan setengah. Dia banyak habiskan masa dalam galeri miliknya dari pagi hingga malam untuk melukis,” katanya pada pertemuan dengan Presiden PPj, Datuk Dr Aminuddin Hassim.
Bercerita lanjut mengenai anak keempatnya itu, Noorhashimah berkata, kemahiran melukis Wan Jamila dikesan sejak berusia empat tahun.
“Ketika kecil, dia suka meluahkan perasaannya melalui lukisan. Dia boleh melukis secara terperinci sesuatu kejadian itu walaupun hanya melihat sekali imbas,” katanya.
Anak keempat daripada lima beradik itu mengambil masa sebulan setengah untuk menyiapkan lukisan sebesar 152cm x 274.5cm sebelum dicetak semula untuk arca Putrajaya.
“Dia selalunya melukis dari pagi sampai malam, kadang-kadang lapan hingga 10 jam. Tetapi bergantung juga kalau dia ada acara (di luar) dia terpaksa berhenti (melukis),” katanya.
Wan Jamila mendapat pendidikan awal di sekolah rendah biasa sebelum diteruskan dengan pendidikan di rumah (homeschooling) dan terapi.
“Oleh kerana sejarah adalah subjek wajib, saya tidak rasa dia boleh membuat penilaian kritikal (critical view). Kalau matematik dan sains dia boleh buat, tetapi yang melibatkan susunan ayat dia tak boleh,” katanya.
Noorhashimah yang merupakan seorang bekas arkitek berkata beliau kini menguruskan galeri seni ‘artjamila’ yang terletak Seksyen 7, Shah Alam yang telah dibuka sejak anak istimewa itu berusia 14 tahun.
Menurut Noorhashimah, Wan Jamila pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Autism Star Artist pada National Autism Champion 2019 dan tempat ketiga di National Abilympics Painting Competition 2018.
“Dia juga dipilih sebagai impact art artist oleh sebuah organisasi berpengkalan di Switzerland kerana bagi mereka karya dia karya dia memberi impak.
“Salah satu kepakaran di melukis ikan, jadi organisasi itu berminat dengan lukisan tersebut dan minta dia melukis mengenai pencemaran laut dan mereka membeli lapan keping lukisan dengan tema itu,” jelasnya lagi.