Bercerita lanjut tentang merawat penyakit buasir ini, orang yang layak bercakap tentang hal ini lain tidak bukan adalah doktor yang bertauliah. Jadi kali ini kita baca perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin moga dengan perkongsian ini dapat memberi pencerahan buat kita. Maklumlah ada kalanya nak berjumpa doktor bila terkena buasir ni ada rasa malunya juga. Jadi jom hadam info ini.
“Doktor saya buang air besar, ada darah menitik. Tak sakit, tapi darah buat saya risau. Itu buasir ke?”
Ramai orang alami buasir, tapi segan nak jumpa doktor. Kalau boleh tak nak orang tahu. Takut diketawakan. Jangan risau, ini serba sedikit tentang buasir.
Buasir adalah salur darah vena yang membengkak di bahagian bawah rektum dan dubur akibat berlaku pertambahan tekanan pada vena tersebut.
Jika buasir berlaku di dalam rektum, biasanya tidak sakit dan hanya disedari bila ada darah segar semasa buang air besar.
Jika buasir berlaku dekat pada dubur, lazimnya ia sakit, ada unjuran terkeluar dari dubur. Kadang berdarah, kadang tidak.
“Apa yang boleh sebabkan buasir terjadi, doktor?”
Ia terjadi kerana peningkatan tekanan pada vena di dubur, dan keadaan berikut boleh menyumbang kepadanya;
1. Meneran semasa membuang air besar kerana masalah sembelit.
2. Perubahan hormon dan pembesaran janin dalam rahim ketika hamil.
3. Banyak lemak pada organ dalaman dan abdomen kerana kegemukan.
4. Berdiri jangka waktu yang lama setiap hari atau mengangkat benda berat
“Perlukah saya berjumpa dengan doktor?”
Jika dah kena buasir, boleh cuba rawatan berikut di rumah untuk kurangkan bengkak dan sakit.
1. Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
2. Jika ada bengkakan, gunakan ais untuk surutkan bengkak atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
3. Ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol, atau ibuprofen. Boleh beli di farmasi.
4. Dapatkan krim sapuan atau supositori untuk rawatan buasir di farmasi. Contohnya: Proctosedyl.
Tapi, jika ada pendarahan, seeloknya dapatkan nasihat dari doktor bagi memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti fissura atau kanser usus.
“Kalau nak elak ia berulang kembali, macam mana pula?”
1. Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin.
3. Bersenaman setiap hari untuk menjaga berat badan dan kecergasan tubuh.
4. Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit jika anda sembelit.
“kalau dia kerap jadi dan teruk, ada rawatan lain ke?”
Jangan risau, ada rawatan lanjut untuk buasir. Antaranya:
1. Rubber band ligation: di mana gelung getah yang kecil dipasang di pangkal buasir menyebabkan aliran darah ke kawasan tersebut terhenti dan buasir tersebut mengecut.
2. Sclerotherapy: di mana sejenis cecair contohnya Phenol disuntik ke dalam buasir tersebut menyebabkan dinding saluran vena tersebut mengecut.
3. Hemorrhoidectomy: di mana pembedahan dilakukan untuk membuang buasir tersebut. Pesakit yang menjalani prosedur ini mengambil masa 2-4 minggu untuk pulih.
4. Doppler guided transanal hemorrhoidal dearterialization: di mana ultrasound digunakan untuk mengenalpasti aliran darah arterial terbabit yang kemudiannya disekat.
5. stappler hemmorhoidectomy: pembedahan untuk membuang bahagian tisu yang longgar yang menyebabkan buasir keluar dari dubur.
“Ada apa-apa lagi saya perlu tahu, doktor?”
Buasir kerap juga terjadi pada wanita dalam berpantang. Ada amalan berpantang yang menyarankan ibu-ibu untuk kurangkan minum air dan mengelakkan memakan buah atau sayur-sayuran tertentu.
Ini boleh mengakibatkan masalah buasir. Oleh itu, ibu-ibu dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berpantang dan mendapatkan nasihat dan rawatan doktor sekiranya mengalami sembelit atau simptom buasir semasa tempoh berpantang.
Biasanya kita orang perempuan ini bila hari-hari melakukan kerja-kerja berat untuk mengurus rumah tangga pastinya kulit tangan akan terasa kasar dan terlihat kusam. Bila berjabat tangan dengan orang lain terasa segan juga dibuatnya. Jika tidak mahu terus berperasaan begitu, apa kata amalkan petua ini dari sekarang.
bahan-bahan:
1 tbs soda bikarbonat
1 biji limau nipis
1 genggam asam jawa
Lotion vaseline
Seketul tangan untuk disental
Step 1 :
Step 2 :
Step 3 :
Sedap wehhh bau tangan perap tangan tu 15min tau. Kalau buat dengan kerap cantik cam che ta la tangan ye dak. Papa balik satgi nak hulur tangan kat dia hahahaah.
Psstt.. Abaikan tangan gebu berurat angkat kettlebell hari-hari tu
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.