Bercerita lanjut tentang merawat penyakit buasir ini, orang yang layak bercakap tentang hal ini lain tidak bukan adalah doktor yang bertauliah. Jadi kali ini kita baca perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin moga dengan perkongsian ini dapat memberi pencerahan buat kita. Maklumlah ada kalanya nak berjumpa doktor bila terkena buasir ni ada rasa malunya juga. Jadi jom hadam info ini.
“Doktor saya buang air besar, ada darah menitik. Tak sakit, tapi darah buat saya risau. Itu buasir ke?”
Ramai orang alami buasir, tapi segan nak jumpa doktor. Kalau boleh tak nak orang tahu. Takut diketawakan. Jangan risau, ini serba sedikit tentang buasir.
Buasir adalah salur darah vena yang membengkak di bahagian bawah rektum dan dubur akibat berlaku pertambahan tekanan pada vena tersebut.
Jika buasir berlaku di dalam rektum, biasanya tidak sakit dan hanya disedari bila ada darah segar semasa buang air besar.
Jika buasir berlaku dekat pada dubur, lazimnya ia sakit, ada unjuran terkeluar dari dubur. Kadang berdarah, kadang tidak.
“Apa yang boleh sebabkan buasir terjadi, doktor?”
Ia terjadi kerana peningkatan tekanan pada vena di dubur, dan keadaan berikut boleh menyumbang kepadanya;
1. Meneran semasa membuang air besar kerana masalah sembelit.
2. Perubahan hormon dan pembesaran janin dalam rahim ketika hamil.
3. Banyak lemak pada organ dalaman dan abdomen kerana kegemukan.
4. Berdiri jangka waktu yang lama setiap hari atau mengangkat benda berat
“Perlukah saya berjumpa dengan doktor?”
Jika dah kena buasir, boleh cuba rawatan berikut di rumah untuk kurangkan bengkak dan sakit.
Ads
1. Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
2. Jika ada bengkakan, gunakan ais untuk surutkan bengkak atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
3. Ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol, atau ibuprofen. Boleh beli di farmasi.
4. Dapatkan krim sapuan atau supositori untuk rawatan buasir di farmasi. Contohnya: Proctosedyl.
Ads
Tapi, jika ada pendarahan, seeloknya dapatkan nasihat dari doktor bagi memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti fissura atau kanser usus.
“Kalau nak elak ia berulang kembali, macam mana pula?”
1. Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin.
3. Bersenaman setiap hari untuk menjaga berat badan dan kecergasan tubuh.
4. Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit jika anda sembelit.
“kalau dia kerap jadi dan teruk, ada rawatan lain ke?”
Ads
Jangan risau, ada rawatan lanjut untuk buasir. Antaranya:
1. Rubber band ligation: di mana gelung getah yang kecil dipasang di pangkal buasir menyebabkan aliran darah ke kawasan tersebut terhenti dan buasir tersebut mengecut.
2. Sclerotherapy: di mana sejenis cecair contohnya Phenol disuntik ke dalam buasir tersebut menyebabkan dinding saluran vena tersebut mengecut.
3. Hemorrhoidectomy: di mana pembedahan dilakukan untuk membuang buasir tersebut. Pesakit yang menjalani prosedur ini mengambil masa 2-4 minggu untuk pulih.
4. Doppler guided transanal hemorrhoidal dearterialization: di mana ultrasound digunakan untuk mengenalpasti aliran darah arterial terbabit yang kemudiannya disekat.
5. stappler hemmorhoidectomy: pembedahan untuk membuang bahagian tisu yang longgar yang menyebabkan buasir keluar dari dubur.
“Ada apa-apa lagi saya perlu tahu, doktor?”
Buasir kerap juga terjadi pada wanita dalam berpantang. Ada amalan berpantang yang menyarankan ibu-ibu untuk kurangkan minum air dan mengelakkan memakan buah atau sayur-sayuran tertentu.
Ini boleh mengakibatkan masalah buasir. Oleh itu, ibu-ibu dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berpantang dan mendapatkan nasihat dan rawatan doktor sekiranya mengalami sembelit atau simptom buasir semasa tempoh berpantang.
Melipat baju untuk nampak lagi kemas dan mudah adalah dengan buat teknik ‘tuck in’. Nak tahu bagaimana pula caranya, jom semak perkongsian daripada puan Azue ini yang berkongsi step by step di akaun fbnya.
Jom semak.
L I P A T B A J U C A R A “T U C K I N”
Kakak kalau lipat baju bebudak ni, memang dah letak sesiap sepasang — Baju + seluar. Senang nak cari, baik tuan punya baju mahupun ayah pada tuan baju.
Tapi, kekadang mereka ni masih tak jumpa mana pasangan baju dan seluar. Sama jugak bila balik kampung, kakak dah letak sesiap baju dengan pasangan dia tapi masih berkubang beg itu.
Kakak pernah nampak kat mana ntah ada orang share cara lipat baju cara tuck in. So mari kita cuba pulak.
Apa yang korang perlukan hanya lah ⤵️
— Baju yang tak berlipat (cari satu baju dengan seluar nya)
Step 1 : Terbalikkan baju.
Step 2 : Letakkan seluar di tengah-tengah baju.
Step 3 : Lipat hiking seluar biar sama dengan baju.
Step 4 : Lipat baju sebelah kiri
Step 5 : Dan juga sebelah kanan. Lengan biarkan macam dalam gambar. Make sure tidak terlebih daripada lipatan baju.
Step 6 : Lipat baju 1/3 macam dalam gambar.
Step 7 : Contoh lipatan lengan yang dah dijadikan poket untuk tuck in nanti.
Step 8 : Masukkan hujung baju dipoket belakang (refer gambar sebelum) dan siap!
Ibu mana tak cemas, hati mana yang tak gusar bila mana anak yang disayangi tiba-tiba ‘hilang’. Namun segala kerisauan lenyap bila menerima berita daripada si anak akan ‘kehilangannya’ itu. Lebih menyentuh hati ibu ini bila mengetahui keberadaan si anak tersebut.
Demikian kisah yang dikongsikan oleh puan Ruhaidini Abd Kadir menerusi laman facebooknya baru-baru ini. Beliau awalnya ingin mengajak bersarapan bersama sempena hari jadi si anak tetapi diberitahu yang anak tiada di rumah kerana sudah keluar dengan rakan-rakannya. Benar! Semalam (15hb Ogos) merupakan ulang tahun Aiman Zaharudin yang ke-21.
Selepas waktu Syuruk semalam, saya mencari aiman untuk sama-sama bersarapan pagi. Namun, dimaklumkan oleh pembantu rumah – awal pagi lagi aiman telah keluar dengan rakan-rakan baiknya; Luqman, Azmil, Harun, Naim dan Manol.
Rupa-rupanya Aiman memilih pendekatan yang berbeza dalam menyambut hari kelahirannya. Dia bersama rakan-rakan meraikan hari jadi dengan membersihkan tanah perkuburan. Membuatkan si ibu hilang kata-kata dek kerana terharu dan tersentuh hati. Rupa-rupanya, Aiman memilih untuk meraikan hari jadinya pada 15 Ogos 2020 dengan sahabat dunia akhiratnya – membersihkan Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi.
Dari Syuruk hingga selesai Zuhur, Aiman dan rakan karib bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan yang merupakan ‘rumah kediaman’ terakhir kita di dunia yang fana ini.
Saya sebagai ibu yang melahirkan aiman ke dunia ini; hilang kata-kata!
#myaiman #myheart #mysoul
(Man…terima kasih untuk sebuah kasih sayang man yang sangat berharga)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hubungan suami isteri itu banyak cabarannya dan dalam usaha untuk kekal bahagia hingga ke hujung nyawa, tentunya ada beberapa proses yang perlu dipelajari. Dan salah satunya adalah dalam hal belajar berdepan dengan situasi perbincangan yang tenang dan sihat jika ada berselisih pendapat.
Ungkapan sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri, seakan begitu sering kita dengar. Namun persoalannya bagaimana cara terbaik untuk kita berdepan dengan masalah itu agar dapat diatasi. Sekali gus menjadikan hubungan semakin bertambah baik dan bukannya terus bermasam muka hingga menyebabkan masalah menjadi lebih serius.
Untuk itu, cara hendak berbincang dengan pasangan perlu dipelajari. Dan ini disenaraikan oleh Ustazah Ainun Mardhiah, bolehlah dijadikan panduan bersama.
BELAJAR BERBINCANG : TIPS RUMAHTANGGA AMAN
Bismillah.
Antara skill yang perlu ada dalam diri suami isteri adalah belajar berbincang dan belajar menerima pendapat orang lain.
Kenapa ‘BELAJAR’?
Sebab belajar itu adalah proses, ianya memakan masa. Berbincang bermakna kita perlu sediakan diri dan hati untuk rendahkan ego, sedia dikritik dan sedia berlapang dada jika pendapat kita ditolak.
Tips berbincang :
1. Elakkan mindset “macamanapun aku nak menang! ”
2. Mula dengan Bismillah.
3. Dengar pendapat kedua-dua pihak dengan baik. Pandang matanya. Fokus.
4. Bila dikritik : Pujuk diri dengan sebut “Astaghfirullah..Astaghfirullah..Alhamdulillah, Alhamdulillah..” InsyaAllah ada hikmah di sebalik kritikan dan teguran tu walaupun pedih.
5. Jika perbincangan makin tegang. Duduk, jangan lari. Jangan lempar pinggan. Salah satu pihak perlu mengalah. Bukan bertikam lidah nak tegakkan siapa yang betul. Mengalah tidak bererti kalah.
6. Say Thank You. InsyaAllah, mana yang saya silap saya akan betulkan. Saya akan usaha insyaAllah untuk rumahtangga kita, kerana ALLAH.
7. Zikir “Hasbunallah wa ni’mal wakil..Ya Allah, kuatkan aku untuk menjadi isteri/suami yang Engkau redha Ya Allah. Aku hanya seorang hamba yang ingin membawa keluarga ke arah kebaikan. Maafkan semua kesilapanku.” Percayalah, bila kita serahkan urusan hidup ini kepada Allah, kita akan lebih tenang.
8. Berubah kerana Allah, kesannya akan menjadi lebih besar. Ulang-ulang bercakap kepada diri, “Ya Allah, aku ingin menjadi hambaMu yang baik InsyaAllah.”
9. Rumahtangga adalah proses didikan. Didik diri untuk sabar, didik diri untuk kawal marah, didik diri untuk terima insan-insan dengan seadanya.
10. Pasangan kita tak sempurna, kita pun tak sempurna kan? Semua orang ada kelemahan diri masing-masing. Belajarlah untuk memaafkan. Sakit untuk memaafkan, namun tak mustahil dengan bantuan dan pimpinan dari Allah InsyaAllah.
Rumahtangga adalah sekolah didikan akhlak. Belajar dan terus belajar, tiada kalimah putus asa InsyaAllah