Nak anak pandai dan mudah terima ilmu belajar di sekolah ada caranya. Selain doa ibu bapa, terdapat beberapa cara lain yang boleh dipraktikan.

Ikuti perkongsian ini.

Begini Cara Nak Buat Anak Mudah Ingat Bila Belajar. Ustazah Ini Kongsi Tip.
Gambar hiasan

Bekal yang anak-anak wajib bawa ke sekolah.

1. Bisikan kata-kata semangat.

Setiap pagi sebelum anak-anak melangkah kaki ke sekolah, selain dari makanan untuk jasmani, mereka memerlukan makan untuk rohani dan emosi.

“Awak anak hebat dan kuat”

“Awak anak pandai dan cerdik”

“Awak anak soleh, awak boleh”

Kata semangat ini jika di ulang-ulang, anak akan percaya mereka seperti itu. Menguatkan jiwa dan menambah keyakinan diri mereka.

IKLAN

Biasanya anak yang dimarahi, dihambur dengan kata-kata negatif akan hadir ke sekolah dalam keadaan murung, tidak bersemangat, suka menyendiri, tidak suka berkawan, sukar menerima teguran dan kuat membantah.

2. Pesanan azimat.

Selalu pesan pada anak, hormati guru, taat dengan ajaran dan suruhan guru. Gunakan bahasa yang sopan semasa bercakap dengan guru dan kawan, sentiasa bersedia menghulurkan bantuan jika diperlukan.

Jangan gunakan barang kawan tanpa keizinan. Jaga barang yang diamanahkan oleh ibu ayah sebaiknya. Kurangkan keluar masuk tandas kerana ia mengganggu proses pembelajaran di sekolah.

Pesanan ini mendisiplinkan anak. Sekurangnya mereka tahu garis sempadan yang perlu diikuti. Mereka tidak berdisiplin bukan kerana nakal, tetapi mereka tidak diajar untuk mematuhinya.

IKLAN

3. Doa mujarab.

Letak tangan kanan di ubun-ubun kepala anak, kemudian baca doa ini.

اللهم حفظه كما حفظت من عبادك الصالحين.

” Allahumma haffazhu kama haffzta min ‘ibadikassolihiin”

Ya Allah jagalah anakku seperti Engkau menjaga hambaMU yang soleh”

IKLAN

اللهم فقهه فالدين وعلمه التأويل

“Allahumma faqqihhu fid diin, wa’ allimhutta’wil”

Ya Allah berikanlah kefahaman kepadanya tentang agama dan ajarilah ia ilmu ta’wil ( tafsir Al-Qur’an)

Amalkanlah selalu, jangan terlepas. Doa adalah vitamin untuk minda dan fizikal anak. Ia menjadi pelindung dan membawa keberkatan dalam hidup anak. Doa yang baik adalah lambang keredhaan ibu ayah dan anak akan beroleh redha Allah SWT dengan asbab doa ini.

4. Penyerahan muktamad.

Serahkanlah sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah dan guru yang mendidik. Usah timbul perasaan ragu dan rasa tidak percaya.

Bina ukhuwwah dengan guru, saling bekerjasama dan ucaplah ” Saya serahkan anak ini untuk cikgu didik, betulkan mana yang silap, pandulah mana yang tersasar”

Sumber: Aminah Mat Yusoff
#BicarakuKeranaAllah
#AllahSentiasaDhati

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI