Mesti ramai ibu-ibu yang dah biasa beli ayam di pasar raya atau pasar biasa. Tdakalanya cepat berbau andai tidak di proses cepat, kerana itu, ibu-ibu selalu mencuci terus setiap kali pulang dari pasar.
Tetapi ada nuga yang bila dah balik tu nak cepat, terus je simpan dalam peti sejuk atau diletakkan di bahagian freezer tu kan.
Sebenarnya ada tips dan langkah-langkah penting yang kita boleh buat supaya ayam tak busuk bila nak dimasak.
Jom kita baca tips dan cara simpan ayam yang dikongsikan oleh Puan Hana Rahman . Moga bermanfaat!
Ads
Tips menyimpan ayam dlm peti ais supaya tak busuk bila nak dimasak.
Apabila ayam sampai di rumah sama ada pi beli sendiri atau dihantar oleh runner. Kalau tk nak potong lagi, maksudnya sejam lagi baru sempat potong dan bersihkan. Buka plastik, letak dlm besen. Siram air paip sekejab. Check dulu samaada ayam dah busuk atau masih elok. Confirm kan sb ramai yg cakap terbeli ayam busuk, kalau kita beli ayam masih elok, kedian pasa penjual duk tuduh depa juai ayam busuk. Padahal kita simpan dlm peti ais sblm cuci.
Ads
Jangan biarkan terperap dlm plastik kemudian humban dlm peti ais. Ayam akan membusuk jgk walaupun terus masuk dlm peti ais sb kekotoran najis, darah dan lendir ayam akan mempercepatkan proses membusuk. Lebih2 lagi peti ais kita dah sarat, jadi proses sejuk dan beku menjadi lambat. Masa ni lah bakteria mula menjentik2 ayam kita😊
Seelok2 terus buka plastik potong dan bersihkan. Lepas tu toskan biar air basuh ayamturun, masukkan dlm plastik atau sebarang bekas la kemudian letak 3 atau 4 helai daun pandan baru letak dlm frezzer. Bungkus dulu dgn kertas surat khabar pun ok. Daun pandan boleh mengelakkan ayam cepat busuk.
Ads
Ayam dlm gambar ni sis beli pada hari selasa lepas, petang ni keluarkan. Lagi satu jangan rendam ayam lama2. Rendam sekejab lps tu toskan biar ayam terlerai sendiri. Ayam masih segar seperti baru disembelih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menu hari ini pilih yang simple je ibu-ibu, mudah tapi membuka selera seisi keluarga. Kalau waktu bulan puasa memang resipi ini satu kemestian, tak beli di bazar ramadan pasti buat sendiri kan.
Baik ikan mahupun ayam percik mesti wajib dihidangkan. Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri kuah percik yang sedap tapi mudah, boleh cuba resipi dari puan Afy AL Habibi. Tengok pun dan terlir. Cikgu pilih untuk berkongsi semula resepi ikan percik warisan keluarga cikgu. Cikgu rasa rugi pula kalau tak tunjuk langkah masak satu persatu. Sebab cikgu tengok bulan puasa kali ini makin ramai yang cari balik resepi cikgu sayang ni.
Cikgu buat ikan percik tu betul-betul duduk bersila berguru depan mak. Resepi yang sememangnya turun temurun dari emak. Tak ada rahsia yang disembunyikan. Cikgu belajar masa balik kampung dua tahun lepas. Haa. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya. Kalau nak buat ayam percik ada cara berbeza. Nanti cikgu kongsi lagi lain kali.
Yang pasti kawan yang sudah cuba resepi ini mereka suka sangat. Cikgu lebih suka percik warna merah dari putih. Bezanya satu sahaja. Boleh baca dekat gambar di bawah.
Musim bulan puasa bazar di Kelantan memang tersohorlah menu percik ni. Jadi puasa dalam tempoh pkp sekarang bolehlah kawan cikgu cuba buat sendiri.
Ikut sahaja semua langkah cikgu bagi. Mesti menjadi dengan sedapnya. Boleh follow cikgu untuk resepi lengkap yang lain.
Terima kasih emak kongsi resepi paling enak!
Bahan-bahan
Ikan Kembung 5 ekor
( basuh bersih dan kelar ikan)
– 2 batang serai
– 5 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 1/2 inci kunyit hidup
( Semua bahan di hiris nipis) Masukkan dalam tabung pengisar. Tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal atau jenama lain. Kisar hingga lumat.
cara membuat:
Lumur rata bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.
Bahan untuk kuah percik
– 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 hiris nipis halia
– Secubit belacan
– 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Kisar semua bahan hingga lumat. cara membuat:
1. Tambahkan sekali 6 senduk santan segera. ( Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa) Tambahkan 1 senduk air kosong. 2. Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar ( kisar sendiri). Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik. Nak buat warna percik putih maka tak perlulah letak cili kisar. Itu bezanya. Pada warna sahaja. 3. Letak periuk atas dapur. Buka api perlahan. Perahkan sehiris limau nipis. 4. Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit serbuk perasa Hilal atau jenama lain* kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat. Kacau kuah dengan api sederhana besar. 5. Tutup api setelah kuah berbuih mendidih. Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.
6. Bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy. 7. Sendukkan kuah percik tadi dan ratakan atas badan ikan. Salutkan dua kali untuk hasil yang cantik. Masa ni memang tak tahan bau kuah yang disalai sekali atas bara api.
Nikmat yang tak dapat diucapkan. Haa Siap. Nampak sedap kan?
Semoga bermanfaat.
#resepicikguafy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hubungan mentua dan menantu perempuan sering menjadi isu dalam rumah tangga. Macam-macam hal yang dikaitkan antara mereka termasuklah tidak berpuas hati antara satu sama lain. Lagi-lagi kalau bukan menantu pilihan, ada saja yang tak kena.
Namun tak semua mentua bersikap sedemikian. Ada yang baik dan melayan menantu ibarat anak sendiri.
Menerusi satu posting di Twitter, seorang pengguna yang dikenali sebagai Nasriq telah memuat naik satu video yang memaparkan ibunya membuat kejutan hari ulang tahun perkahwinan abang serta kakak iparnya.
Walaupun sekadar kejutan biasa sahaja, namun ia tetap berjaya menarik perhatian warganet yang berasa gembira melihat hubungan akrab antara mentua dan juga menantu. Siapa kata hubungan mentua dan menantu perempuan ni asyik panas je kan. Inilah antara yang terbaik boleh dijadikan contoh kepada keluarga lain.
Mak aku buat kek sebab nak surprisekan kakak ipar aku. Anniversary diaorg yg ke-6 . ?❤️ pic.twitter.com/JTvQYp7pFH
Menurut Nasriq, hari tersebut adalah hari ulang tahun perkahwinan yang ke-6 dan ibunya telah mengejutkan mereka disebalik pintu dengan sebiji kek ditangan.
Hubungan baik mentua-menantu
Situasi comel tersebut telah membuatkan ramai warganet menurunkan komen di Twitter milik Nasriq. Rata-rata memuji layanan mesra keluarganya terhadap menantu mereka dan hubungan baik antara ibu mentua serta kakak ipar Nasriq.
Ramai ibu bapa ingin menyediakan simpanan buat anak sejak kecil lagi. Namun akibat tiada pengurusan kewangan yang betul dan tiada kesungguhan, mengakibatkan impian itu tertangguh.
Usah tunggu lagi! Nak menyimpan ni kena komited dan displin. Sebagaimana yang dilakukan oleh wanita ini. Nak tahu caranya jom kita pelajari!
Harini aku nak berkongsi tips menyimpan duit secara kreatif sesuai untuk mak pak yang nak menyimpan untuk anak.
1. Sediakan botol kuih raya Sediakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Korang hiaslah ikut suka. Asalkan botol tu boleh bagi korang motivasi nak menyimpan. Nak letak gamba DSV pun boleh.
2. Berbelanja Korang tak payah sekat perbelanjaan pun. Beli je keperluan hidup seharian. Trick nya adalah NEVER EVER USE RM20 TO PURCHASE. Gunakan duit lain yang ada selain RM20 tu.
Kalau terpaksa pecah RM50 tu pecahkanlah sebab bakinya nanti korang mungkin dapat RM20 lagi. Dan kalau kau keluar DUIT dari mesin ATM ada 5 keping RM20, dan itu je duit kau yang ada, tepikan jugak RM20. Korang takde pilihan.
3. Masukkan duit dalam tabung
Balik je rumah, pastikan lepas buka kasut bagi salam dan tanpa letak wallet/ hembeg tu, masukkan semua RM20 yang korang ada dalam botol. Korang mungkin tenung botol tu yang mula dengan sekeping RM20 sambil kata “Alahai besarnya RM20 ni. Aduhai!” Tapi sila bertabah dan jangan rasa demotivated. RAHSIAnya jangan fikir!
4. Ulang langkah 1, 2, 3 Ulang langkah 1,2,3 sampai tiba harinya tabung anda penuh melimpah selama setahun. Ya kau ada 365 hari untuk lalui perjuangan RM20 kau ni.
5. Kira duit sama-sama Cukup 365 hari korang ajak anak yang ditabungkan tadi duduk sama-sama kira berapa banyak DUIT untuk dia dah dikumpulkan. Proses pengiraan bersama ni adalah proses paling memuaskan tak tergambar dek kata-kata. Korang mesti kena try buat. Bunyi gemersik lembut duit RM20 tu bergeseran memang tak leh nak explain.
Dah jadi rutin kami untuk buat “Trick” LUAR BIASA ni sejak setahun lepas. Walaupun pernah sampai 10 keping RM 20 terkorban dalam satu hari. Keluar gak lah air mata bonda dia kahkah. Tapi, nikmatnya adalah dalam masa 365 hari, kami berjaya kumpul RM12600 untuk anak kami si Eusoff. Aik macam mana boleh banyak sangad ni? Entahlah. Yang penting perasaan best dapat kumpul dalam tak sedar tu tak tau nak luah macam mana. Rasa nak lompat bintang!
Kenapa RM20?
1. Lebih senang nampak Disebabkan warna oren, kau akan sedar dengan cepat yang itu duit yang kau kena simpan. Secara otomatik kau akan tepikan. Taklah terlalu besar macam RM50 sampai kau rasa macam nak tersedak bila nak asingkan. Huhu!
2. Paksa diri suami isteri Aku pernah baca saving duit syiling atau saving hari pertama RM1, hari kedua RM2, sampailah hari ke 30 dalam bulan tu RM30. Banyak jugak sebenarnya bila kau simpan duit ikut hari tu, busuk-busuk dalam RM500 jugak lah kau dapat sebulan.
Tapi Aku jenis suka push diri Aku. Samalah dengan Bonda dia. Aku kira-kira balik, disiplin asingkan RM20 yang aku buat ni, hasilnya RM12600 setahun. Maka puratanya lebih kurang RM34 sehari kau dah simpan!
Kalau tak paksa diri, Kau boleh shopping online berleluasa tapi menyimpan kau rasa payahnya! Jangan risau Kau takkan mati kebuluran.
3. Terjamin jumlah simpanan
Memandangkan kau menyimpan RM20, bila kau dah mula kau akan latih diri kau dan minda tanpa sedar kau yang RM20 ni hak anak kau. Mula-mula kau rasa terbeban tapi lama-lama kau akan rasa seronok tengok duit tu makin banyak dan kau tahu jumlahnya taklah ciput.
Kesimpulan yang Aku boleh buat adalah ada cara yang parents boleh paksa diri untuk buat kalau tak dapat simpan beribu reban sebulan untuk anak sebab kita bukan orang kaya. Lainlah kita dah memang stabil ada ‘lebih’ tiap bulan. Bila dah mula menyimpan memang kita akan bentuk disiplin kita sikit. Tak yah memboros sangat. Kalau tak boleh RM20, RM5 atau RM10 pun boleh. Asalkan kau mula je. Selagi tak mula selagi tu botol tempeyek tu kosong.
Akhir sekali kau bawaklah duit tu pegi bank. Masukkan dalam saving atas nama anak Kau dan kau akan rasa satu perasaan bahagia dan tenang bila kau tahu, apa-apa hal anak kau ada dah duit simpanan. Tak banyak pun at least ada. Kan?
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520