Tentu ada yang ingin tahu cara yang betul menyimpan daging berkilo-kilo sempena Hari Raya Qurban ini.

Mustahil sekali kalau nak dijamu kesemuanya untuk keluarga. Jadi, nak tak nak kenalah simpan juga separuh dan jadikan stok daging di rumah. Lagi-lagi kalau saiz keluarga agak kecil dan bukan semua ahli gemar makan daging.

Tips & Cara Betul Menyimpan Daging Korban

Begini Cara Simpan Daging Korban Dengan Betul Supaya Tahan Lama.

Untuk itu, kena tahulah cara betul untuk menyimpan daging tersebut supaya ia kekal sedap, terasa segar, kekal kualitinya dan paling penting boleh tersimpan untuk tempoh yang agak lama.

Menerusi FB Chef Mawi, beliau telah berkongsi kaedah penyimpanan daging yang betul yang patut dicuba, lebih-lebih lagi ketika banyak korban dilakukan.

1. Elak Cuci Daging Korban/Segar Sebelum Disimpan

Sebelum disimpan, daging korban yang segar jangan dicuci. Jika dicuci guna air paip, dikhuatiri kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging seterusnya merosakkan kualiti daging tersebut.

IKLAN

Mencuci daging hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pada keesokan harinya.

2. Simpan Daging Dalam Kuantiti Kecil ke dalam Sejuk Beku (Freezer)

Begini Cara Simpan Daging Korban Dengan Betul Supaya Tahan Lama.

Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan (2-4 kg) di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.

IKLAN

Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja. Biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. In Sha Allah daging korban yang segar tadi dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

3. Elak Terus Simpan Daging ke Dalam Ruang Sejuk Beku

Begini Cara Simpan Daging Korban Dengan Betul Supaya Tahan Lama.

Sebelum disimpan di dalam freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.

IKLAN

4. Elak Cairkan Daging Beku Guna Air Panas

Jika hendak memasak daging korban yang telah beku, jangan cairkan ais dalam daging atau daging yang beku tersebut menggunakan air panas!

Cara yang betul adalah meletakkan daging beku tersebut di bawah air paip bersuhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging lembut dan ais cair, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

5. Guna Plastik Lutsinar

Jangan guna plastik warna hitam kerana ia adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Sebaiknya gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar yang ada seal.

Sumber: FB Chef Mawi via hasrulhassan.com

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI