Biasanya apabila ibu-ibu memotong sayur, pasti hujungnya akan dipotong dan dibuang kan. Lepas ini, jangan terus buang, tanam keratan tersebut dan lihat hasilnya nanti.
Seperti yang ditunjukkan oleh wanita ini yang berkongsi cara tanam sendiri dengan menggunakan keratan sayur Sawi. Perkongsian dibuat menerusi laman facebook puan Puan Oggy Bungsu.
Cukup mudah caranya dan menggunakan keratan sayur tersebut beserta tanah, tetapi menjadi. Tiga hari sahaja sudah nampak hasilnya.
Hehehe.. Saja try test tanam guna keratan untuk sawi. Eh, jadilah pulak. Harap membesar dengan baik ye.. Jauh² ya ulat…
Cara tanam:
Ads
Sediakan tanah di dalam bekas yang siap dilubangkan untuk memastikan saliran baik dan tanah sentiasa lembap. Tapi bukan banyak air.
2. Selepas dipotong keratan sawi, rendam seketika di dalam air paip biasa lebih kurang 30 minit.
Ads
3. Kemudian, terus tanam pada medium yang disediakan. Jangan tanam terlalu dalam. Pastikan bahagian yang berdaun (pucuk) tidak terlindung oleh tanah.
Berdepan dengan banjir saban tahun diakui banyak kerosakan harta benda yang perlu ditanggung oleh mangsa banjir. Ini membuatkan lelaki ini mempunyai caranya yang tersendiri untuk memastikan rumah yang dihuni dapat diselamatkan daripada dimasuki air banjir sekali gus dapat meminimakan kos baikpulih jika terjadi banjir besar.
Menurutnya, dengan kaedah yang dikongsikan ini sesuai dipraktikkan bagi mereka yang bersedia untuk hadapi banjir yang pada paras ketinggian 1- 2 kaki tinggi sahaja. Selebih dari tu sebaiknya eloklah berpindah ketempat yang lebih selamat.
Oleh itu, jom kita fahamkan teknik yang digunakan olehnya dan bolehlah dijadikan panduan bersama untuk kegunaan di masa akan datang.
Persediaan Hadapi Banjir
Pada mangsa-mangsa banjir dan mereka yang duduk di kawasan berpotensi banjir sedikit perkongsiaan dari saya untuk persediaan banjir di masa akan datang (kalau ayaq dah masuk dalam rumah baru nak buh.. no use la pulak hehe)
Jika anda nak kurangkan kesan air banjir masuk kedalam rumah anda.. dalam gambar tu cara RG buat benteng dari air banjir masuk rumah.
Peralatan asas perlu ada
1. Plastik ( paling best plastik biru yang jual kat hardware sebab tebal dan murah)
2. Batu bata ( ukur panjang ruang yang anda perlu tutup & ketinggian bata yang anda nak bubuh)
3. Plastersin (bagi tutup ruangan antara celah pintu belah dalam dan luar khususnya ruangan pintu ke lantai rumah)
4. pump ayaq tujuannya untuk sedut ayaq jika benteng banjir anda tadi dibolosi lebih-lebih lagi diruangan bilik air. )
(submersible water pump yang rege RM150 ke bawah yang ni ..jika ada sangat bagus..tapi kalau tak de pun tak pe jika tak cukup bajet..sebaiknya stdby satu kat rumah jika rumah anda memang ada potensi naik air..)
Alhamdulillah 90% berjaya menyekat air masuk dan mampu mengurangkan risiko damage kepada harta benda anda serta tak penat sangat nak kemas rumah lepas banjir surut.
Cara ni hanya sesuai bagi hadapi banjir yang pada paras ketinggian 1- 2 kaki tinggi sahaja.
Selebih dari tu sebaiknya eloklah berpindah ketempat yang lebih selamat.
Jika rumah anda dimasuki air sekalipun ..jangan susah hati. Selepas banjir surut…sila buat tuntutan claim banjir dengan menghubungi syarikat takaful @ insurance rumah anda (bagi yang ada amik perlindungan banjir).
Mereka akan hantar adjuster inspect rumah anda dan in shaa Allah dalam masa 2 minggu pampasan akan dibayar ke acct anda dengan duit pampasan tersebut dapatlah digunakan untuk baik pulih apa yang rosak dan guna untuk kos pembersihan.
Semoga bermanfaat dan kita sama-sama berdoa agar Allah swt lindungi kita semua..aamiin
Jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang banjir boleh hubungi RG untuk khidmat nasihat percuma, sebab RG tiap-tiap tahun hadap banjir dah hampir selama 10 tahun.
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/radzi.ghani.9/posts/4647800225256456″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Radzi Ghani [/su_button]
Usaha gigih lelaki ini membantu pelajar dan mereka yang memerlukan wajar dijadikan contoh oleh guru lain. Pengorbanan guru bernama Mohd Fadli Salleh membolehkan dipilih sebagai pemenang Guru Inspirasi McDonald’s 2019.
Melihatkan perkongsian ilmiah beliau di Facebook selain tidak pernah merungut jauh sekali berhenti dari membantu dan menziarahi keluarga demi keluarga yang kurang berkemampuan, sememangnya beliau layak dipilih.
Mendedikasikan anugerah tersebut kepada orang tuanya, Cikgu Mohd Fadli Salleh berkongsi kisah dan nasihat yang sehingga kini dipraktikkannya.
PESAN MA DAN ABAH.
Sebaik sampai di rumah tadi, perkara pertama aku lakukan ialah telefon abah dan ma. Aku ceritakan betapa gembiranya aku dinobatkan sebagai Guru Inspirasi McDonald’s 2019.
Seronok betul ma dan abah dengar perkhabaran itu. Seperti biasa, abah akan pesan duit yang diterima jangan lupa sedekahkan sebahagian. Itu penting untuk keberkatan, kata abah.
Kata abah, jangan lupa bahagian isteri dan mak mertua. Isteri ini punca rezeki kita. Jaga mak mertua elok-elok sebagaimana kita jaga mak dan ayah sendiri.
Ma pun sama. Nasihat dan ingatan diberikan. Kata ma,
“Li tahu tak? Antara doa ma yang tak putus-putus setiap kali berdoa ialah meminta agar Tuhan tidak menjadikan anak-anak ma hina di dunia dan hina di akhirat.
Berpuluh tahun ma berdoa, satu demi satu Tuhan makbulkan. Doa ni Tuhan tak makbul terus, sampai masa yang sesuai Dia akan makbulkan.
Bila kita dimuliakan, bila kita diberi kesenangan dan kelebihan, kena tunjuk tanda syukur pada Tuhan. Kena sentiasa bersyukur dan sentiasa merendah diri.
Jangan sampai semua kemuliaan dan kelebihan yang tuhan beri itu menjadi istidraj pula. Kita tak nak kelebihan dan kemuliaan yang Tuhan beri itu menjadi punca kelalaian kita pula padaNYA.
Biar setiap nikmat dan rezeki Tuhan kirim itu makin mendekatkan diri kita pada Allah taala.”
Tenang ma memberi nasihat kepada aku.
Seperti selalu. Sepanjang masa dan selama usia ma takkan pernah penat untuk memberi nasihat.
Ah, abah dan ma.
Tiada doa untuk aku lebih ikhlas dan tulus yang diutuskan di dunia melebihi doa-doa kalian.
Meski pun ma dan abah tiada Fb dan tidak terbaca coretan ini, sesungguhnya aku lebih menyayangi kalian lebih dari nyawa ini sendiri.
Terima kasih atas setiap kata nasihat dan pengorbanan sepanjang masa.
Rumah tangga mana yang tidak dilanda badai. Ada sahaja pergolakan kecil yang mencorakkan hubungan rumah tangga kita. Tak gaduh, nangis-nangis dan pujuk memujuk, tak seronok pula rasanya.
Tapi itu kisahnya bila mana adanya pergaduhan kecil. Bagaimana pula dengan kecurangan. Kecurangan yang dilakukan tak kira suami atau isteri. Tentu perit rasanya, apatah lagi bila ditipu sekian lama oleh sang suami. Peritnya usah cakaplah.
Bukan mengajar untuk isteri sentiasa berasa sangsi dengan suami tetapi berjaga-jaga adalah jalan lebih baik. Ini tanda-tanda bila mana suami mula menunjukkan kecurangannya. Isteri sila periksa!
1. Berubah sikap menjadi panas baran
Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda. Berjaga-jaga dengan perubahannya.
2. Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk
Pasangan yang curang juga boleh dikesan bila mana dia menjadi orang yang paling sibuk. Mungkin masanya buat isteri dan anak-anak tiba-tiba sahaja semakin berkurangan. Ada sahaja alasan kerja dan kesibukan tanpa henti yang dilakukannya. Periksa!
3. Bercakap secara sembunyi
Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi- sembunyi dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian.
4. Mengubah gaya penampilan
Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah penampilan menjadi lebih muda dan segak, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Lelaki tidak mungkin akan berubah secara drastik, terutama bab penampilan. Selain isterinya, siapa lagi yang menentukan gayanya. Cuba fikirkan!
5. Marah Bila Tanya Lokasi
Suami akan marah-marah tak tentu pasal bila mana ditanya dimana lokasinya berada. Sebelum ini mungkin tidak menjaga soalnya padanya tetapi tiba-tiba sahaja dia merasakan segala aktivitinya harus dirahsiakan.
6. Ghairah Atau Tak Ghairah
Ada dua perkara yang perlu diberikan perhatian. Suami tiba-tiba jadi semakin ghairah dengan isteri kerana rasa bersalahnya pada isteri atau dia semakin kurang rasa sayang untuk bersama. Perhatikan.
7. Menjadi Perahsia
Menjadi perahsia secara tiba-tiba itu pelik. Telefon sudah diletakkan password, telefon tidak dibiarkan di mana-mana malah bawa masuk ke tandas. Malah segala media sosial ditukar password baru. Bukankah itu pelik!
8. Terlebih ‘Caring’
Suami yang tidak caring tetapi tiba-tiba mengubah moodnya menjadi lebih caring adalah petanda pelik. Kalau suami hendak berubah, dari awal lagi dia sudah berubah, tak perlulah secara tiba-tiba. Pasti ada sesuatu!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.