Apabila menyentuh mengenai pelbagai resepi berkaitan dengan masakan ayam memang menyelerakan. Jika anda bercadang untuk membuat menu berasaskan ayam. Ikuti perkongsian ini yang menggunakan beberapa bahan asas masakan untuk memberi rasa yang enak. Bahan-bahan itu diperap sebelum dimasak. Jom semak bahan-bahannya.
Chiken wing sweet & spicy
chicken wings – bersihkan kicap manis – brand apa pun ok sos tiram madu sos cili pedas serbuk sweet paprika@serbuk cili serbuk black pepper bawang putih n halia (termasuk kunyit tu yang kuning..ehehehe..tumbuk lumat yer) halia tu dalam 2ruas..bwg putih dalam 10 ulas utk 10ketul chicken wings perencah cukup rasa..klo xnak boleh letak garam n gula secukup rasa.
Ads
cara-cara membuatnya
campurkan semua bahan secukup rasa. Perap selama sejam atau lebih panaskan minyak dalam kuali (sikit ajer). Tuangkan semua masuk.guna api perlahan saja. Biarkan masak, alihkan untuk elakkan hangit.
Ads
Ads
Dah siap! selamat mencuba!!
Sumber: Amira Hasan via Koleksi Resepi Masakan Ayam
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Santan kotak antara yang menjadi pilihan ibu-ibu terutama jika last minute tiada santan segar di rumah. Memandangkan santan kotak boleh dibeli dan disimpan dalam tempoh yang lama, jadi tiada masalah berbanding santan segar.
Ada yang suka membeli dalam pek yang besar, ada juga yang gemarkan pek kecil. Jika membeli pek besar, lebihannya terpaksalah kita simpan di dalam peti ais. Kadangkala kalau tak sempat masak, santan yang kita simpan basi begitu sahaja. Sudahnya terpaksa dibuang dan membazir.
Perkongsian cara penyimpanan santan yang dilakukan oleh Hafizah Hayat menerusi facebooknya ini boleh kita contohi. Paling penting dapat elakkan pembaziran. Asingkan awal-awal dan guna hanya yang perlu sahaja. Jom kita ikut langkahnya.
Ya Allah , kenapa la boleh tak terfikir . Packing kecik-kecik , letak kat tempat beku.
Nak pakai nati defrost danblend guna air panas. Santan pon tak ketul -ketul .
Terima kasihlah owner gambar , share ilmu ni . Kalau tidak sampai kesudah takut beli santan kotak besar .Yela takut tak habis dan basikan.
Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi tip apabila menggunakan santan kotak besar. Menurut Saudari Diana Afiqah, selepas menggunakan santak kotak, kelepet kan atas dan boleh digunakan lagi santan tu jika diperlukan.
Jika bercadangan inginkan masakan panas yang simple dan sedap, apa kata buat mi hailam.
Nampak mudah aje nak buat masakan ni, tapi jika bahan-bahan yang tak cukup, rasanya tentu lain.
Nak tahu rahsia menjadikan mi hailam ini lebih sedap. Ikuti perkongsian oleh Puan Hasniza Hassan yang memaparkan resepi mi hailam istimewa dengan tumis lada hitam.
Bau aroma masakan ini membangkitkan selera makan. Cara ini menarik perhatian ramai hingga mendapat share yang tinggi dikalangan warganet. Jom buat menu ni hari ini.
Kuah mi hailam ni istimewa dan lain sedikit sebab ditumis dengan lada hitam. Kak Has dapat resepi ni dari mak saudara kak Has, Rohani Othman.
Punyalah suka, suami kak Has pernah request mi hailam ni untuk menu berbuka puasa selama 5 hari berturut-turut.
Kak Has nak kongsikan dengan kalian bahan-bahannya untuk 1 – 1 1/2 peket mi.
Bahan-bahanya:
– 11 ulas bawang putih dikisar/ tumbuk
– 1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar
– Daging yang dipotong kecil-kecil (kalau rebus dulu lagi senang dan cepat)
– 1 mangkuk stok air udang, kalau ada
– 15 ekor udang (terpulang nak banyak mana)
– 4 ekor sotong yang dihiris (terpulang juga)
– 1 biji tomato dibelah 2
– 1-2 biji cili merah dipotong
– Kobis dihiris dan sawi dipotong
– Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa
– Garam dan gula secukup rasa
– 1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Cara-caranya membuatnya :
Tumis bawang putih dan lada hitam.
Tumis hingga kekuningan
Masukkan daging dan tambah air. Boleh masukkan stok air rebusan kulit udang kalau ada. Biarkan mendidih. Pastikan daging empuk.
Masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram.
Masukkan udang dan sotong. Jangan lama sangat nanti kecut.
Masukkan cili merah dan tomato. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa
Terus masukkan kobis.
Dah mendidih dan hendak diangkat, masukkan sawi. Tambahkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Gaul rata.
Masukkan mi.
Gaul rata dan terus hidang. Masukkan mi hanya apabila sedia untuk dihidangkan dan dimakan. Jika tidak, mi akan kembang.
Berbudi pada tanah sememangnya tiada ruginya.Apatah lagi bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri. Namun begitu, bukan semua hasil semaian membuahkan hasil yang diharapkan ada yang langsung tidak berputik mahupun berbunga meski pelbagai cara telah digunakan.
Bagaimana pun Aisyah Othaman dari #abuNummuulfahminikebun, berkongsi petua yang cukup mudah untuk mengatasi masalah tanaman ini.
Menariknya ia dilakukan tanpa mengeluarkan kos sesen pun. Hanya menggunakan daun-daun kering!. Hasilnya pula boleh dilihat dalam masa hanya dua minggu.
Berikut adalah perkongsian beliau:
“Pokok limau dari #abuNummuulfahminikebun sedang membesar dan mengeluarkan hasil dengan banyaknya selepas setahun lebih ditanam…Alhamdulillah..
Sepanjang setahun lebih ni ada sekali letak baja masa awal-awal ditanam…Selepas itu tak letak apa-apa.
Dalam bulan Februari baru-baru ni, baru teringat satu petua daripada mak, yang dilakukan pada pokok bunga kantan yang ditanam.
Caranya:
Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok.
Saya cuba buat perkara pada pokok limau, selepas dua minggu dengan izin-Nya, pokok limau ini mula berputik dengan banyaknya.
22 Februari 2017- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluar banyak putik.
15 Mac 2017-Selepas bunga gugur, pokok limau mula berbuah.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di