Cuaca sejuk dan dingin ni pastinya enak jika makan makanan yang hangat dan menyegarkan seperti sup soto. Bukan itu sahaja, soto juga dilengkapi dengan menu sampingan yang lebih menyedapkan hidangan itu.
Mengikut resipi yang dikongsikan oleh Khadijah Jaafar menu ini juga tidak susah untuk dibuat dan lebih menjimatkan. Selain itu, pengguna profil Facebook ini juga ada berkongsi rahsia buat sambal kicap yang lebih sedap dan tahan lama. Selamat mencuba!
Sup Soto
Bahan-Bahan:
Bahan Kisar
Cara-Cara:
– Tumiskan 4 sekawan dan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau & sedikit kuning. Kemudian, masukkan ayam bersama dengan rempah soto/rempah sup. Jika tiada rempah soto ganti dengan rempah sup.
– Kacau sehingga sebati dengan ayam. Bila sudah sebati dengan ayam, tuangkan air. Masukkan serbuk lada putih, perasakan dengan garam. Masakkan sehingga mendidih & ayam masak.
– Setelah masak, keluarkan ayam. Gorengkan ayam sehingga luarnya garing. Angkat dan carikkan ayam.
Sambal Kicap
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng. Bila digoreng sambal kicap akan tahan lama & lebih sedap.
– Kisarkan dalam blender dengan kicap. Kicap tu letak sehingga tutup paras cili.
– Kisar sehingga hancur semuanya.
Bergedil
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Goreng dulu ubi kentang sehingga lembut dan kekuningan.
– Lenyekkan ubi kentang semasa masih panas. Masukkan daging cincang, daun sup, lada putih dan garam. Bentukkan bergedil.
– Panaskan kuali. Sementara itu, pecahkan telur, kacau telur.
– Celup begedil di dalam telur dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Tunggu sehingga bahagian bawah begedil keras sedikit baru dialihkan untuk mengelak begedil dari hancur.
Kisah petugas hospital yang terpaksa menjahit sendiri peralatan perlindungan diri (PPE) selain ada yang menggunakan plastik serta beg sampah sebagai perlindungan diri menyebabkan ramai yang bersimpati dan membantu dalam mengatasi masalah tersebut.
Justeru, ramai yang tampil menghulurkan bantuan. Sebuah gerakan dilancarkan oleh sekumpulan anak yatim dan asnaf di Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP), Kajang, Selangor bagi memanfaatkan masa lapang susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan pada 17 Mac lalu.
Inisiatif berkenaan menumpukan kepada pembuatan PPE seperti pelindung muka (visor), topeng muka (mask), coverall, gaun bedah, tudung kepala dan lain-lain untuk memenuhi permintaan yang amat tinggi oleh barisan hadapan negara yang sedang mendepani COVID-19.
Kira-kira 120 warga RPWP menyumbangkan tenaga dan masa mereka dengan sasaran menghasilkan sehingga 3,000 unit pelindung muka sehari.
“Projek ini bermula dengan panggilan seorang doktor perubatan dari sebuah NGO yang terlibat membantu tugas barisan hadapan pada jam 1 pagi. Bekalan PPE sudah amat meruncing.
“Para doktor sudah sampai ke tahap menggunakan plastik sampah dan apron pakai buang tukang masak untuk melindungi diri. Ramai juga barisan hadapan yang telah dijangkiti,” ujar Pengasas Bersama RPWP, Saiful Nang, dalam satu kenyataan.
Disebabkan permintaan yang sangat tinggi dan mendesak rentetan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di seluruh dunia, maka proses pengimportan barangan memakan masa yang lama.
“Malam itu juga gerakan ini dilancarkan dan alhamdulillah 2,000 unit yang diminta dapat disiapkan dalam masa dua hari namun habis diedarkan kepada barisan hadapan tidak sampai satu hari,” ujarnya.
Difahamkan, jumlah pengeluaran PPE telah melonjak kepada 3,000 unit sehari. Penghasilan dilakukan sepenuhnya di rumah kebajikan asnaf dan anak yatim RPWP di Sungai Ramal Baru tanpa melanggar PKP yang telah ditetapkan.
Proses pembuatan secara Do-It-Yourself (DIY) tidak semestinya secara sambil lewa sebaliknya ia menuruti kaedah pembuatan yang diperakui sebagai amalan pengeluaran yang baik (good manufacturing practice – GMP). Sehubungan itu, kebersihan dan pengawalan kualiti produk turut diutamakan.
Malah, bahan-bahan yang digunakan adalah dua kali ganda lebih tebal dan kukuh berbanding di pasaran yang ditempah khas dari kilang.
“Anak-anak RPWP sangat gembira dengan aktiviti begini. Di samping dapat mengisi masa lapang di rumah ini, kerja tangan mereka turut berperanan sebagai barisan sokongan kepada wira-wira negara di barisan hadapan.
“Lebih-lebih lagi, projek ini dapat memberikan pendedahan pendidikan dan pengalaman kepada mereka dalam bidang pembuatan dan pengilangan,” tambah Saiful.
Projek Pelangi PPE ini menyasarkan sejumlah minimum 100,000 unit. Kini mereka telahpun berjaya menghasilkan sebanyak 15,000 unit. Sumbangan dari orang awam mampu menggandakan lagi keluaran bagi mencukupkan keperluan bagi petugas kesihatan kita yang semakin mendesak.
Untuk rekod, Projek Pelangi yang dijalankan warga RPWP bermula pada tahun 2015, sewaktu inisiatif menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Untuk menyumbang boleh terus ke laman sesawang www.projekpelangi.com dan menyokong crowd funding Bantuan PPE (COVID-19) ataupun berhubung terus di talian 016-360 5047.
Apabila sampai waktunya, setiap antara kita pasti akan pulang ke negeri abadi menemui Sang Pencipta. Cara dan bagaimana seseorang itu akan menemui ajal, itu menjadi rahsia Ilahi.
Untuk itu mari kita muhasabah diri dengan satu perkongsian daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh, beliau baru sahaja kehilangan ayah tercinta.
Kisah yang dikongsikan ini cukup luar biasa dan menyentuh hati warganet. Cikgu Fadli berkongsi antara wasiat yang telah ditulis oleh abahnya sejak tahun 2018. Cukup detail isi kandungan wasiat tersebut berkenaan pengurusan jenazah yang perlu dilaksanakan oleh anak-anaknya.
Menurut Cikgu Fadli lagi Abah selalu pesan kat anak-anak, “Abah tulis dah wasiat untuk urus jenazah abah jika abah tiada nanti.”
Teringat pesan abah, balik sahaja rumah Kak Ma terus masuk bilik dan buka laci abah. Terkejut Kak Ma. Ada satu sampul tertulis ‘Wasiat Pengurusan Jenazah Abah’.
Sampul itu dibawa keluar. Ada 3 muka surat semuanya. Details abah tulis bagaimana pengurusan jenazah yang abah mahukan. Berapa orang perlu turun ke liang lahad, siapa perlu mandikan abah, perlu beri apa dan berapa untuk orang solat jenazah, berapa orang yang solat jenazah, dan sebagainya.
Lengkap.
Wasiat ini ditulis pada 30/5/2018 lagi. Abah juga berpesan dalam tulisan agar tunaikan wasiat beliau dengan ikhlas.
Petang tadi aku ke Madrasah Darul Al Aitam. Nak jumpa ustaz supaya buat solat jenazah ghaib. Ustaz sini baik belaka dengan abah. Surau dalam madrasah ni abah waqafkan bersama tanah.
Sebaik sampai surau, ada beberapa ustaz sedang turun tangga. Bila aku sampaikan niat untuk solat jenazah ghaib, katanya mereka baru selesai buat. Allah. Tak perlu disuruh-suruh. Tak perlu diajak orang dah buat. MasyaAllah.
Wasiat abah kami akan laksanakan di dua tempat. Di sini dan di bumi Mekah.
Kat Bukit Ajyad, Mekah abah ada satu rumah. Abah waqafkan untuk orang duduk dan guna sejak 2010.
Cucu saudara abah Sheikh Aiman yang duduk dan jaga rumah tu. Wasiat abah kami sampaikan juga pada Sheikh Aiman ni.
Terus semua persiapan dibuat. Bacaan Kulhu dan jamuan makan disediakan.
Abah tenang di sana ya. Kami adik-beradik akan pastikan semua wasiat abah ini dilaksanakan dengan baik, sempurna dan penuh dengan keikhlasan.
Antara wasiat abah. Lengkap dengan kira-kira dan abah dah sediakan duit secukupnya. Kata abah, tak perlu guna duit anak-anak. Last tu abah sebut lagi, sedekah pada kanak-kanak dan orang tua, RM500. Abah memang kasih dan sayang pada kanak-kanak dan orang tua.
Ah, details sungguh abah merancang kematiannya. Selepas mati masih lagi boleh berbuat kebaikan. MasyaAllah, ini pedoman untuk aku ikuti diakhir hayatku nanti.
Terima kasih abah tidak pernah berhenti mendidik bahkan selepas meninggal dunia masih mendidik kami. Sayang abah hingga ke syurga.
Dunia hanya pinjaman. Semua yang dipinjam pasti dipulangkan. Yang kekal hanyalah amalan.
Wasiat ini ditemui sebaik kami pulang dari kubur. Memang abah ada berpesan masa hayatnya, abah dah tinggalkan wasiat khas pengurusan jenazah abah.
Tak sangka begitu detail sekali. Siapa yang mandikan jenazah abah pun ada abah tulis. Siapa yang patut turun ke liang lahad pun ditulis.
Di mana kubur abah patut ditanam pun abah dah tandakan. Allahu. Abah cukup bersedia untuk kembali bertemu Allah taala. Semoga Allah menerima segala amal ibadah abah. Kami anak-anak akan terus menerus mengirim doa. Rindu abah ketat-ketat.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.