Cuaca sejuk dan dingin ni pastinya enak jika makan makanan yang hangat dan menyegarkan seperti sup soto. Bukan itu sahaja, soto juga dilengkapi dengan menu sampingan yang lebih menyedapkan hidangan itu.

Mengikut resipi yang dikongsikan oleh Khadijah Jaafar menu ini juga tidak susah untuk dibuat dan lebih menjimatkan. Selain itu, pengguna profil Facebook ini juga ada berkongsi rahsia buat sambal kicap yang lebih sedap dan tahan lama. Selamat mencuba!

Sup Soto

Makan Semangkuk Memang Tak Cukup! Resipi Soto Meletop Ni Confirm Buat Suami Terpikat

Bahan-Bahan:

  1. 1 ekor ayam – potong 4
  2. 3 sudu besar rempah soto/rempah sup
  3. ¼ sudu kecil serbuk lada putih
  4. 1 jug air
  5. 4 sekawan (cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga)

Bahan Kisar

  1. 1 biji bawang besar
  2. 5 ulas bawang merah
  3. 2 ulas bawang putih
  4. 1 inci halia
  5. 1 batang serai

Cara-Cara:

– Tumiskan 4 sekawan dan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau & sedikit kuning. Kemudian, masukkan ayam bersama dengan rempah soto/rempah sup. Jika tiada rempah soto ganti dengan rempah sup.

– Kacau sehingga sebati dengan ayam. Bila sudah sebati dengan ayam, tuangkan air. Masukkan serbuk lada putih, perasakan dengan garam. Masakkan sehingga mendidih & ayam masak.

IKLAN

– Setelah masak, keluarkan ayam. Gorengkan ayam sehingga luarnya garing. Angkat dan carikkan ayam.

Sambal Kicap 

Makan Semangkuk Memang Tak Cukup! Resipi Soto Meletop Ni Confirm Buat Suami Terpikat

Bahan-Bahan:

  1. 2 genggam cili padi hijau
  2. 2 ulas bawang putih
  3. Kicap

Cara-Cara:

IKLAN

– Goreng seketika dua bahan di atas.

– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng. Bila digoreng sambal kicap akan tahan lama & lebih sedap.

– Kisarkan dalam blender dengan kicap. Kicap tu letak sehingga tutup paras cili.

– Kisar sehingga hancur semuanya.

Bergedil 

IKLAN

Makan Semangkuk Memang Tak Cukup! Resipi Soto Meletop Ni Confirm Buat Suami Terpikat

Bahan-Bahan:

  1. 5 biji kentang – kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci
  2. 3 sudu besar daging cincang/ayam cincang
  3. 3 sudu besar bawang goreng
  4. Sedikit daun sup
  5. ¼ sudu kecil serbuk lada putih
  6. Garam
  7. 1 biji telur ayam

Cara-Cara:

– Goreng dulu ubi kentang sehingga lembut dan kekuningan.

– Lenyekkan ubi kentang semasa masih panas. Masukkan daging cincang, daun sup, lada putih dan garam. Bentukkan bergedil.

– Panaskan kuali. Sementara itu, pecahkan telur, kacau telur.

– Celup begedil di dalam telur dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Tunggu sehingga bahagian bawah begedil keras sedikit baru dialihkan untuk mengelak begedil dari hancur.

Sumber: Khadijah Jaafar

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI