Ikan segar memang sedap apabila dijadikan menu hidangan. Jika diperap untuk ikan jeruk lagi bertambah nasi.
Perkongsian menarik oleh puan Yuss Aisya untuk resipi ikan jeruk tenggiri. Boleh cuba!
Assalamualaikum semua.
Sy x pernah janji nak bg resepi ikan jeruk ni sbb sy berniaga. Ramai yg minta resepi dan sy x reply. Namun sy fikir semula rezeki kita semua Allah yg tentukan. Sy x akan kaya menjual ikan atau daging tetapi berkongsi rezeki buat sy rasa ‘kaya’. Dgn rendah hati sy kongsikan resepinya.
~#Tenggiri_jeruk
Ads
Bersihkan tenggiri segar.
Perap dgn :
*Jus limau Kasturi / nipis / lemon
*Garam secukupnya
*Halia hiris halus spt mancis
*Lengkuas hiris halus spt mancis
Sedikit ketumbar biji
Sedikit daun sage utk aroma, tidak wajib (herba Inggeris)
Black pepper (kisar)
Semua bahan bertanda * hendaklah kuantiti yg secukupnya (garam mesti bersalut) utk awet ikan supaya x busuk & tahan lama dgn izin Allah. Simpan peti bawah sahaja. Lepas 12 jam boleh goreng.
Tentu ramai yang menggemari manisnya rasa lala yang dimasak lemak cili api atau dimasak tumis masam manis dan pelbagai menu yang lainnya. Tidak dinafikan, menikmatinya boleh buat makan berselera.
Pun begitu mungkin ada jyang pernah ‘terkena’ sedang enak makan tiba-tiba ada satu dua lala yang ingin dibuka cengkerangnya penuh dengan lumpur atau pun berpasir. Memang boleh buat kita putus selera, bahkan ada yang terus berhenti makan dibuatnya.
Tidak mahu berdepan dengan situasi tersebut, ada perkara yang perlu anda buat sebelum memulakan untuk memasak lala tersebut. Ini sebagaimana menerusi perkongsian video daripada @shira.azi di aplikasi TikTok. Dia telah berkongsi petua yang paling ringkas untuk membersihkan lala agar bahagian dalam cengkerang bersih daripada lumpur dan pasir.
Menurutnya dengan hanya direndam bersama hirisan cili padi, dan dibiarkan hingga 15-20 minit, cengkerang lala akan terbuka dengan sendirinya dan ini akan memudahkan untuk kita mencucinya dengan bersih.
Kemudian setelah dicuci bersih, bolehlah dimasak lala dengan menu yang digemari.
Menakala untuk menghilangkan bau hanyir laut pada lala, boleh juga ditambahkan garam atau daun limau semasa merendam lala.
Meninjau di ruangan komen, ramai juga yang berkongsi petua yang digunakan untuk merendam lala, dan ramai antaranya biasa menggunakan garam sahaja. Bahkan ada juga yang teruja untuk mencuba petua yang dikongsikan di dalam video tersebut yang meraih hampir 600 ribu tontonan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bukanlah tidak berjaya menghasilkan Nasi Ayam yang enak tetapi mencuba resipi baru yang rasanya lebih enak dan sedikit berbeza pastinya buat semua ibu-ibu teruja untuk mencuba. Lebih-lebih lagi untuk hidangan rumah terbuka ini. nak jemput kawan-kawan ke rumah, cuba buat Nasi Ayam Ini, Confirm tetamu anda suka nanti!
Perkongsian Puan Rafiza Idayu di facebooknya pernah mendapat sambutan yang cukup luar biasa. Dia yang menggunakan resipi perapan ayam yang diadaptasi daripada resepi masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckingham. Berikut merupakan petua dan rahsia yang diberikan olehnya.
RESIPI NASI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
RESEPI PERAPAN AYAM
BAHAN-BAHAN:
RESIPI SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
Rahsia Mendapatkan Ayam ‘Juicy’
* Air rebusan ini akan digunakan untuk membuat sup ayam dan masak nasi. Tujuan kita menggunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air yang banyak hingga tenggelam ayam.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ketika lock down ni, tentu mak-mak mencari resipi yang mudah untuk memasak kudapan buat anak-anak.
Maklumlah tidak dapat ke mana-mana tentu anak-anak asyik ulang alik ke dapur. Selain makan roti atau biskut apa kata buat kudapan bebola kentang. Ia seakan kuih cekodok pisang. Menariknya kuih ini menggunakan bahan asas iaitu kentang.
Rasanya memang sedap! Rangup diluar, lembut di dalam. Malah daripada perkongsian sebelum ini ada yang telah ubah suai dengan meletakkan keju sebagai inti dalam bebola. Rasa memang superb!
Nak tahu cara nak buat, selanjutnya ikuti resipi viral ini.
Bebola Kentang Rangup
Resepi 3 bahan jer . ~Kentang 5 biji( Direbus .toskan..dilenyek2) ~Tepung Jagung 5 sudu besar ~Sedikit garam Satukan semua. Bulat-bulatkan…Masa ni..sapu sedikit minyak atas tapak tangan.
Goreng . Lebih sedap cicah dengan sos cili.
Siap! Boleh juga buat dengan cara ni. Bulat2kan pastu celup dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti..
Selamat mencuba!
Sumber: Zuraini Ramli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Humairah dan Umar cemerlang dalam pelajaran serta dipuji guru kerana sahsiah yang baik. Nurul Shuhada meluahkan rasa syukur dan bangga terhadap pencapaian membanggakan kedua-dua anaknya.