Jika mahu peti ais di rumah kemas dan mudah diuruskan, caranya mudah sahaja. Apabila barang tersusun kemas, mudah ibu-ibu jika nak mengambil bahan untuk memasak. Bukan tu jer, barang pun tahan lama dan tak mudah rosak.
Macam mana nak bagi peti ais kemas dan teratur, mari baca tip yang dikongsikan oleh puan Hani Myhani.
Pengurusan peti ais yang betul utk bahan-bahan:
💚 SOS (sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka)
Ada yang suka simpan kat luar tp cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis “refrigerate after opening”.
Ini utk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bhgn pintu peti ais.
💚 SUSU
Ads
Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dlm peti ais dibhgn pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpn dgn tin2 sekali dlm peti ais, sbb kita tahu dlm peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason 😅 tu belum lg kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang
Susu segar/ susu kotak simpan kat bhgn dalam, jgn simpan kat bhgn pintu. Bhgn pintu suhu nya pling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cpt rosak
💚TELUR
Cara menyimpan telur dengan betul
Ada dua cara:
1. Simpan di luar peti ais
Ads
✅lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang2nya sebelum best before date)
✅jgn dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan utk menghalang bakteria masuk dlm telur dan percepatkan proses telur rosak
✅simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan skjp pnas sekejap sejuk
2. Simpan dalam peti ais (chiller)
✅Jangan disimpan di bhgn pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bhgn dalam peti (bahagian shelf) sbb pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cpt rosak.
Ads
✅kalau disimpan bhgn dlm peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat utk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jgn dibasuh for same reason as above) dgn makanan lain dlm peti ais
✅jgn dibasuh telur, nak masak baru basuh
💚UBAT-UBATAN
Ramai yang suka letak ubat dlm peti lagi-lagi bhgn pintu peti ais,kan? 😅 Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bhgn pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada. Ubat2 cecair sngt sensitif dgh haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasan nya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dlm kabinet yang jauh dr chy matahari dan agak dingin.
So nak simpan kat mana, simpan je dlm kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpn je dlm pntry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu. Detail Pengurusan kabinet ubat hani nnt hani update.
Update: kalau ubat antibiotik selalu hosp/klinik bg yg dlm bentuk serbuk, kita balik rumah kena bancuh sendiri kan? Ya, yg ubat tu shj boleh simpan dlm peti ais (seeloknya kat bhgn dalam peti bukan kat pintu). Kemudian, ubat antibiotik tu kena makan/habiskan dlm tempoh tertentu, cthnya 5 hari, selepas 5 hr kalau ubat tu tak habis, kena buang ya, tak perlu simpan smpi anak tak sihat next time pulak 😊 sorry lmbt update y ni, ingt nak masuk sekali dlm post pengurusan ubat nnt 😅, tp since rmi yg keliru dgn ubat antibiotik n dgn ubat y lain, hn update kat sini ya. Apa2 pun, please please read the label 😍
Semoga perkongsian bermanfaat 😘
#kemasrumahwithhani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada orang kata perabot antik, vintaj, ‘rera’ mahu pun klasik seperti gerobok lauk ini, mempunyai nilai sentimental buat yang pernah memiliki perabot tersebut. Maka tidak hairanlah selagi elok akan digunakan dan dipelihara selagi mampu.
Pun begitu melalui perkongsian kisah daripada Alied Wahab di dalam group Tukang Apa Hari Ini, siapa sangka gerobok ikan tersebut ada yang telah membuangnya dan diambil olehnya untuk dibaik pulih secara DIY.
Apa yang lebih mengujakan selepas dilakukan transformasi gerobok tersebut yang awalnya terlihat usang dan buruk, bertukar menjadi lebih elegan dan eksklusif. Sekali gus membuatkan ramai terpesona dan teruja.
Ujarnya yang menyifatkan penemuan perabot itu sebagai rezeki berkata,”Bermula pkp 3.0, tejumpa gobok lauk di tempat pembuangan sampah. ‘Ini harta karun ni’. Kutip bawa balik baik pulih mana mampu. Boleh la, baru niat di hati nak cari di kedai, rezeki alhamdulillah dapat juga Allah bagi”
Langkah demi langkah :
1. Buangkan jaring hijau, bersihkan sawang dan kekotoran yang ada.
2. Letak filler untuk tutup aib yang ada.
3. Kesat permukaan gerobok dengan kertas pasir bagi halus.
4. Buat para rak dalam almari.
5. Cat dengan warna hitam mati (timber shade)
6. Bahagian bawah kaki almari saya ada potong sikit selepas diganti dengan furniture rubber leg yang dibeli di Shopee.
7. Pemegang pintu (furniture handle) juga beli di Shopee.
8. Shelf di dalam dibeli di kedai hardware. Diperbuat dari kayu dan berharga RM45 sepapan. Panjangnya 12 kaki. Gerobok ini memerlukan dua papan sebegini.
9. Cermin akan dibeli kemudian memandangkan kedai cermin ditutup semasa PKP.
Seorang demi seorang Selebriti yang mengambil keputusan untuk berhijab. Terbaru, pelakon dan pelawak dari seberang Vicha Saywho berkongsi berita tersebut.
Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman berkata dia masih belajar serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik.
“Bismillah Ya Allah. Saya minta tolong kepada semua untuk mendoakan yang baik-baik. Saya budak masih belajar. Insya-Allah.
“Niat untuk bertudung memang sudah lama. Malah, sepanjang Ramadan lalu saya cuba memakai tudung perlahan-lahan. Apa yang menjadi kebimbangan selama ini adalah jika keputusan untuk bertudung akan menyukarkan peluang saya untuk mencari makan dalam bidang ini sebab saya adalah seorang pelawak.
“Namun, melihat kejadian demi kejadian yang berlaku termasuk pemergian Allahyarham Siti Sarah benar-benar membuka mata saya untuk berhijrah.
“Bila-bila masa Allah boleh ambil nyawa saya dan sudah tiba masanya untuk saya berhijrah ke arah yang lebih baik.
“Saya terfikir sampai bila saya kena takut dengan pekerjaan sedangkan Tuhan yang maha memberi kekayaan dan rezeki kepada umatnya,” ujar Vicha Saywho yang berkongsi mengenai penghijrahannya itu.
Vicha berkata, selepas berbincang dengan rakan-rakan yang kebanyakannya sudah bertudung, dia kuatkan hati dan dekatkan diri dengan Allah.
“Hari ini adalah detik paling indah dalam hidup saya dan saya mohon doa daripada orang ramai supaya saya terus istiqamah.
“Saya juga berharap Allah akan terus beri perasaan ketakutan dalam dunia ini sampai bila-bila. Saya bimbang jika keadaan negara sudah kembali pulih dan kita mendapat semula nikmat dunia, kita lupa untuk dengan-Nya,” katanya.
Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Vicha turut mengakui berasa malu dengan anak-anaknya yang sudah lama berhijab dan hanya dirinya sahaja yang masih belum berhijab.
“Ya Allah, baru perasan dalam keluarga sayalah yang baru berhijab. Malunya sedangkan anak-anak saya semua pun pakai hijab dah lama.
“Ampunkan saya Ya Allah. Subhanallah, Insya-Allah tiada kata terlambat untuk hamba-Nya yang ingin belajar dan memperbaiki dirinya,” katanya.
Baru-baru ini, Vicha diserang penyakit gastrik sehingga terpaksa dirawat di hospital gara-gara terlalu memikirkan keadaan tiga anaknya di Indonesia yang sudah dua tahun tidak bertemu.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut Syawal tiba. Segala persiapan pasti sudah disediakan. Bagi yang diperantaun pasti tak sabar untuk pulang ke kampung. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang terpaksa bertugas demi negara.
Namun, kita hanya mampu merancang, yang menentukan adalah Dia Yang Satu. Kegembiraan keluarga ini bakal pulang ke kampung beraya musnah bila mana suami tercinta kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya.
TUNGGU abang,” demikian kata terakhir Lans Koperal Mohd Ishraf Ismail, 27, kepada isterinya sebelum maut dalam kemalangan di Jalan Persisiran Perling arah Iskandar Puteri dua hari lalu.
Menurut Nor Adeela Mad Hashim, 26, mereka sekeluarga sepatutnya pulang berhari raya di Alor Setar, Kedah. Malah, segala perancangan sudah dibuat termasuk menyiapkan kelengkapan dua anak mereka Muhammad Adam Iskandar, 7, dan Muhammad Ishabil, 3, untuk pulang ke Kedah.
Tetapi kegembiraan tersebut bertukar tragedi bila mana suaminya menemui ajal akibat dirempuh motosikal ketika melakukan pemeriksaan bersama rakan setugas.
Katanya, suaminya teruja untuk pulang berhari raya memandangkan ia pertama kali dapat berbuat demikian selepas lima tahun bertugas di negeri ini.
“Dia sangat bersungguh-sungguh untuk beraya di kampung tahun ini, apatah lagi sudah lima tahun kami tidak pulang beraya.
“Arwah suami juga sudah siap membeli kelengkapan kami sekeluarga ketika memperoleh gaji pada 23 Mei lalu dan tidak sangka kepulangan yang dijanjikan akan membawa jasad suami.
Menurutnya, kali terakhir dia bertemu suaminya itu pada 3 pagi selepas arwah menghantar dua bungkus nasi lemak untuk bersahur.
“Kebetulan saya teringin makan nasi lemak dan dia balik belikan saya nasi lemak itu untuk bersahur,” katanya.
Katanya, suaminya bekerja syif malam bermula jam 11.30 malam dan selesai tugas pada jam 8 pagi tadi.
“Saya dapat tahu kemalangan itu dari rakan setugas dan tidak tahu apa yang berlaku terhadapnya lagi.
“Sebaik mengetahui kejadian itu anak sulung hanya dimaklumkan bahawa ayahnya sedang sakit, selain tidak mengetahui perkara sebenar,” katanya.
Jenazah yang selesai menjalani proses bedah siasat pada jam 2 petang tadi disembahyangkan di Surau Taman Melor sebelum dibawa ke kampung halamannya di Kampung Paya Tok Teh, Malau Jitra, Kedah.
Sementara itu suasana penuh emosi dapat dilihat di ruang menunggu bilik mayat HSA apabila isteri dan dua anak anggota polis itu dilihat berada di kawasan terbabit.
Paling sebak apabila anak sulung arwah dilihat enggan melihat jenazah arwah bapanya, namun dipujuk rakan-rakan ayahnya untuk melihat kali terakhir.