Ratu Pop Tradisional, Noraniza Idris, melakar sejarah baharu apabila nama tercatat dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia yang berlangsung di Dataran Merdeka, pada Ahad.
Noraniza atau lebih mesra dipanggil kak ani mendendangkan lagu baharu beliau berjudul Ala Ewa-Ewa duet bersama Hazama serta dua lagu popular, Intan Payung dan Dikir Putri diiringi 565 penari yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah sekitar Lembah Klang dan pelajar antarabangsa dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Noraniza berkata, persediaan kurang daripada 10 hari menghimpunkan 565 peserta menghadiri bengkel bukan sesuatu yang mudah.
“Saya bersyukur berkat kehadiran guru pengiring yang sangat komited, acara ini berjaya dilancarkan. Kepuasan tidak sama dengan menang anugerah kerana pengiktirafan ini seolah-olah kita melahirkan sesuatu buat generasi pelapis.
“Pada peringkat awal, saya berhasrat mengundang peserta antarabangsa sepenuhnya. Namun, disebabkan universiti dan sekolah antarabangsa sedang bercuti, jadi saya terpaksa berbincang semula dengan MBOR untuk mengubah kriteria kelayakan rekod yang masih belum terisi.
“Dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKIM) dan sekolah antarabangsa, impian itu akhirnya terlaksana.
Ads
“Walaupun hanya sempat melatih mereka dalam tempoh lapan hari sahaja,” katanya.
Tambah Noraniza, acara itu menjadi hari bersejarah buatnya apabila dapat membawakan lagu Irama Malaysia dalam persembahan khas tarian asas tradisional yang terdiri daripada peserta tidak berpengalaman dalam seni dan budaya.
“Kalau ikutkan hampir gugur jantung, sedih, pelbagai cabaran dan dugaan untuk melatih peserta dalam tempoh yang singkat.
“Kami mengadakan tujuh bengkel secara berperingkat semata-mata melatih pelajar ini. Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran berjaya menerima pengiktirafan ini,” katanya.
Acara yang mencipta rekod itu berlangsung selama tujuh minit di Dataran Merdeka bagi mengisi menutup tirai Festival Permainan Malaysia anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan.
Ads
Selain Malaysia, persembahan khas tarian asas tradisional disertai pelajar pelbagai negara iaitu India, Myanmar, Afrika Selatan, Turkiye, China, Bangladesh, Thailand, Nigeria, Iraq, Nepal dan Jepun.
Objektif utama acara itu untuk mengangkat semula Irama Malaysia sebagai salah satu agenda kempen #SaveIramaMalaysia agar terus dekat di hati generasi pelapis melalui aktiviti bengkel dan pensijilan aktiviti kokurikulum yang membabitkan merit pelajar.
Acara dianjurkan bersama Malaysia International Tourism Development Associasion (MiTDA) dan Persatuan Tatihseni Malaysia juga bertujuan mengembalikan kegemilangan sektor pelancongan Malaysia ke tahap lebih membanggakan di kalangan masyarakat Malaysia khasnya.
Ads
Ia juga berperanan sebagai aktiviti tarikan pelancong untuk terus bercuti ke Malaysia menerusi aktiviti seni dan kebudayaan di Malaysia.
Sumber : Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bilik rumah kampung bertukar wajah selepas di ‘makeover’. Sebelum diubahsuai, bilik rumah kampung ini jenis kayu yang nampak sudah usang. Bagaimanapun penghuni kediaman ternyata bijak mengubahsuai bilik tersebut.
Bilik Rumah Kampung Dinding Papan
Apabila melihatkan hasilnya sangat mengkagumkan. Memang ketara nampak berubah ‘wajah’ bilik asal dengan ‘wajah’ bilik yang baru. Siapa kata rumah kampung tak sesuai diaplikasikan dengan konsep moden.
Jom kita cuci mata dengan perubahan yang dilakukan pada bilik berdindingkan papan serta usang ini.
Perasan tak kadang-kadang tu ada sahaja orang yang tidak dikenali tiba-tiba tag atau mantion kita di facebook.
Lagi memalukan kalau tag untuk content 18sx. Mahu tak tidur malam dibuatnya memikirkan apalah rakan-rakan fb fikirkan tentang diri kita bila ada mantion fb kita berkenaan content sebegitu yang tidak bermoral.
Sebelum terus-menerus menanggung gelisah kerana rasa malu,tahukah anda bahawa sebenarnya ianya boleh dihentikan.
Ini seperti mana yang dilakukan oleh pemilik akaun TikTok LinnZack berkongsi cara untuk hentikan tag content 18sx di Facebook dengan cara yang peling mudah dan cepat.
Langkah 1 : Klik pada garisan tiga yang berada di sebelah kanan
Langkah 2 : Setelah itu klik pada simbul setting
Langkah 3 : Pergi ke bahagian audience and visibility
Langkah 4 : Klik pada profail and tangging
Langkah 5 : Klik pada tangging, ada dua bahagian yang anda perlu pilih sama ada untuk friends atau only me
Langkah 6 : Setelah itu, klik pada bahagian reviewing, anda boleh ubah sama ada untuk buka atau tutup di ruangan tersebut.
Menurut perkongsian wanita ini, dia hanya buka untuk kawan di facebook sahaja. Jika orang yang tidak dikenali cuba untuk tag pasti tidak akan naik nama anda di Facebook.
Jadi tunggu apa lagi, jom buat langkah-langkah yang dikongsikan ini untuk kebaikan anda juga.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Mencantikkan rumah kita dengan pelbagai konsep dekorasi untuk memberi keselesaan kepada ahli keluarga selain olahan perabot dan warna ruang dinding, tidak dinafikan penggayaan lampu sebagai elemen pencahayaan juga memainkan peranan penting untuk mencipta mood ruang kediaman.
Menyentuh tentang lampu rumah, umumnya kita akan terpukau bila melihat adanya lampu chandelier atau lampu gantung yang pelbagai rekaan menghiasi ruang tamu utama berbanding hanya menggunakan lampu kalimantang. Impaknya luar biasa!
Tambah teruja untuk menggayakan lampu gantung ini bila terbaca perkongsian daripada Korie Mansor ini.
Bayangkan dengan hanya bermodalkan bawah RM 50, lampu gantung dapat dihasilkannya. Kos ini memang jauh bezanya jika ingin dibandingkan apa yang sedia ada dipasaran.
Nak tahu bagaimana cara dia hasilkannya, jom semak bahan-bahan yang digunakan olehnya terlebih dahulu.
Lampu gantung DIY
Jadi la utk rumah sendiri…buat sendiri kos tak sampai rm50
Bahan-bahan:
Gelas plastik 3pcs = rm6
Pinggan tin = rm2.10
Wayar hitam = rm2
Soket lampu =rm4.60
Lampu LED. = rm16.80 Total = rm31.50
Step 1: Buat lubang pada bahagian bawah gelas plastik
Step 2 : Masukkan lampu dan sambungkan dengan wayar hitam.
Step 3 :Siap untuk digantung
Pun begitu diakui, bagi yang pandai buat wiring bolehlah mencuba untuk hasilkannya.
Buat kaum ibu yang tak berapa reti bab kerja-kerja begini bolehlah kita minta tolong dari en suami.
Bulan Ramadan dan Syawal sememangnya membawa seribu satu makna, bukan sahaja sebagai masa untuk mempertingkatkan amalan ibadah, malah sebagai waktu terbaik untuk mempereratkan hubungan...