Bercuti merupakan antara cara terbaik untuk menenangkan fikiran dan mencipta memori manis bersama keluarga. Apatah lagi jika berpeluang ke luar negara, tentunya momen tersebut cukup menarik dan mempunyai nilainya yang tersendiri.
Pun begitu bagi memastikan percutian keluarga berjalan lancar di negara orang, tentunya banyak perkara perlu dipersiapkan sebelum tarikh berangkat. Sama ada barang keperluan sendiri mahupun suami dan anak-anak, semuanya perlu dipersiapkan untuk memastikan cukup dan sekali gus memberi keselesaan sepanjang bercuti.
Menyentuh tentang mempersiapkan barangan kelengkapan untuk seorang dua anak mungkin kita merasakan sudah rumit untuk dibuat, pun begitu cuba bayangkan pula bagaimana caranya untuk keluarga yang mempunyai anak yang ramai. Berapa banyak dan berapa lama pula masa diperlukan mempersiapkan kelengkapan tersebut ye? Boleh pening kepala juga dibuatnya.
Namun dengan adanya cara yang sistematik, hal ini tidaklah begitu rumit untuk dilakukan. Ini sebagaimana perkongsian daripada puan Shaeriani A Hamat, ibu kepada tujuh orang puteri yang berusia dari 16 tahun hingga 2 tahun, berkongsi tip persiapan untuk anak-anak dan keluarganya bercuti ke Vietnam.
Semoga perkongsian ini boleh dijadikan panduan untuk keluarga yang lain juga.
Jadi jika nak tahu apa yang dipersiapkan, ini perkongsiannya:
Hari ni mama nak share tips persiapan yang mama buat untuk bawa anak7 travel jauh ( dalam negara atau oversea) (kali ni trip vietnam)
Tips ‘PERSIAPAN’ untuk bawa anak 7 bercuti
1) Persiapan kena 2 hari sebelum bertolak ( beg baju WAJIB 1 sorang dan kalau boleh bag sandang untuk mudah perjalanan ) nanti baru ada tanggunjawab bawa barang sendiri)
Ads
2) Anak 7 kena simpan sendiri bila mama baca berdasar ‘SENARAI’ baju , tudung, seluar dan berapa lama akan tinggl dekat sana (mama akan tentukan color dan jenis baju) biasa mama akan bagi yang ringan kurangkan berat nak pikul – list tu mama dah buat seminggu awal
3) Bag mestila ‘DITANDA’ nama sebab senang untuk cam beg masing-masing( senang untuk anak 7 cari keperluan masing-masing sebab bag kami semua sama tapi keperluan berbeza masing-masing ..ada yang uzur dan sebagainya)
4) Semua anak 7 mestilah ‘BERKASUT’ untuk keselamatan dan melancarkan perjalanan sepanjang travel ( banyak pegerakan semasa travel – walaupun puteri tapi ke sana ke mari juga)
5) Semua ‘PASSPORT’ akan ditanda mengikut susunan ikut kelahiran 1-7 untuk senangkan urusan semasa di airport ( sebab passport papa akan pegang dan bila sampai giliran pengenalan identiti papa akan bg ikut numbering- tak perlu dah buka buka)
Ads
6) Keluar awal untuk ke airport sebab anak 7 ramai dan masih kecik ( sampai awal tak apa sebab kita tidak tahu apa terjadi dekat tengah jalan )
7) Semua anak yang bawa hanset perlu memakai sling bag ( kan berhati-hati dan memudahkan benda berharga ada dekat dengan kita baru tak tertinggal) ( mama bagi 1 orang sahaja bawa sebab tak nak diaorg asyik main gadjet semasa dalam hotel..1 tu pun supaya mama nak berhubung sebab bilik berasingan)
8)Bawa makanan ringan seperti biskut, cococrouch dan honeystar dan lain-lain yang ringan untuk keperluan baby supaya tak lapar dalam perjalanan( baby tak tahan lapar dan tak nak dia merengek sebab urusan airport memang lama dan kita tak tahu macam mana tempat orang kan)
9) Selalu pesan pada anak 7 supaya ‘ TEPATI MASA’ agar boleh selari dengan program travel ( bagi diaorg tahu masa itu emas baru la boleh atur kehidupan sendiri)
10) Ni yang ‘LAST’ mama suka pakaikan anak 7 baju, tudung, seluar, anak tudung semua sebab senang nak ‘CAM’ anak 7 jika jauh sikit dari kita..( sebab diaorg nama jer pompuan tapi sama jer macam anak lelaki..heheheh..) ( Kalau tak travel pon memang selalu sama..hahahah)
Ads
Inilah tips mama untk memudahkan perjalanan mama dan papa handle diaorg puteri 7 kami..
‘Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi’, itulah pepatah yang sesuai buat anak gadis Nora Ariffin, Putri Dahlia yang trending di Spotify dan Youtube selepas melancarkan single, Old Love yang turut menampilkan penyanyi muda, Yuji kini mendapat lebih dari 3 juta tontonan.
Menurut Nora yang berkongsikan maklumat ini di laman Instagramnya, dia berpendapat anak gadisnya itu mewarisi bakat seni arwah bapanya, Johan Nawawi. Malah dia sebagai ibu, turut tumpang gembira dan mendoakan agar Putri Dahlia diberi peluang untuk melangkah dengan lebih jauh.
“You are gifted Putri..Bakat itu kurniaan & anugerah Allah ..Harus sentiasa bersyukur.. Putri Dahlia mewarisi bakat dari ayahnya, arwah Johan Nawawi, kalau pun ada dari saya mungkin sedikit sahaja.
“Sebagai ibu, saya tumpang gembira & sentiasa berdoa agar Putri Dahlia diberi peluang untuk melangkah lebih jauh & kekal dengan keunikan tersendiri.” tulisnya.
Akui kehidupan ibarat sebuah roda. Nora mengatakan bahawa generasi baru harus diberi laluan untuk mewarnai industri seni.
“Lumrah kehidupan..Its a process. Hidup sebagai artis ibarat roda. Bila kita sudah meningkat usia, kita wajar beri laluan pada legasi & generasi baru untuk mewarnai industri.” tambahnya lagi.
Di akhir hantarannya, Nora memberitahu dia yang sudah menjadi anak seni selama 30 tahun itu, merasa sudah cukup bersyukur dengan segala anugerah dan pengalaman yang ada, serta bersedia untuk berkongsi ilmu.
Siapa sangka setelah 30 tahun lebih dalam industri seni tanah air, ini kali pertama Pelakon dan pelawak Bell Ngasri tercalon dalam sebuah anugerah yang sering menjadi impian para selebriti sebagai bukti keringat mereka akhirnya menunjukkan hasil bila mendapat anugerah.
Baru-baru ini, Bell tercalon dalam Top 5 kategori Artis Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35).
Rentetan daripada itu, Bell tau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri telah diwawancara dalam satu stesen radio dan tidak mampu menahan sebak apabila bercerita tentang ibunya yang bersedih sejak lima hari lalu tercalon dalam kategori tersebut.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok radio Kool 101, Bell menitipkan ucapan agar ibunya tidak terlalu memikirkan tentang pencalonan sulungnya di anugerah berprestij itu.
“Mama jangan sedih-sedih..saya tahu dia terlalu fikirkan anak-anak dia.
“Relaks sahaja mama, jangan difikirkan sangat ini semua perkara kecil sahaja. Bintang popular ke bintang tak popular ke..anugerah ke tak perlu fikir-fikir.” katanya.
Dalam pada itu, aktor berusia 42 tahun ini sama sekali tidak pernah menyangka sepanjang penglibatannya dalam dunia seni dia akan berjaya membolos Top 5 bagi kategori tersebut.
“Ini adalah satu tahap yang saya sendiri tak pernah terfikir. Sebelum ini saya tak jadi macam ini pun saya tetap okay, Alhamdulillah.
“Saya masih boleh hidup, janganlah mama sedih. Termasuk juga adik-beradik saya lebih-lebih lagi yang seangkatan dengan saya..untuk Darling, Anne.” tambahnya.
Penyampai segmen Pagi On Point, Haiza dilihat turut mengalirkan air mata apabila Bell mendedahkan bahawa hasil lakonan dia dan adik-beradiknya pernah dijadikan sebagai punca pendapatan keluarga.
“Pernah sampai satu tahap kami berlakon untuk menyara hidup. Alhamdulillah saya dan adik-beradik saya sudah berjaya.
“Kami tak pernah meminta lebih dan saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana membawa saya ke Top 5.” jelasnya.
Sekadar info, ini merupakan pencalonan pertama Bell di dalam ABPBH setelah lebih 30 tahun berada di dalam industri hiburan. Antara calon lain yang bakal berentap adalah Zizan Razak, Johan, Syahmi Sazli dan Jaa Suzuran.
Undian kini masih dibuka buat peminat untuk mengundi selebriti kegemaran melalui laman web rasmi www.abpbh.com.my.
Sumber: TikTok
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sweetnya melihat cara selebriti cef dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob, melayan anaknya melalui perkongsian di instagramnya hari ini.
Melalui caption menjelaskan bahawa anak sulungnya, Ahmad Fariedz Shah yang lebih mesra disapa Payish, ingin membuat nasi lemak dan teruja untuk menjual di restoran miliknya.
Malah cara ini boleh membantu anak-anak yakin diri jika diberi kesempatan untuk melakukan sendiri.
Memberi kata-kata semangat kepada anaknya dengan membuat promosi kepada yang berminat boleh datang ke restotarannya namun stok nasi lemak anaknya terhad.
Terdahulu, perkahwinan Fazley dengan isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz selama kira-kira 13 tahun telah dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah yang lebih mesra disapa Payish, 11, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 10, dan Ahmad Firudz Shah (Piyush), 8 dan Alayna Salma,2 tahun.
Sumber: Instagram Fazleyyaakob
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di