Mematahkan hujung bendi adalah menjadi perkara kebiasaan yang akan kita lakukan ketika memilih bendi sebelum dibeli. Andai bila dibengkoknya hujung bendi dan patah elok, itu menandakan bendi masih muda. Namun jika sebaliknya berlaku, itu bermakna bendi tersebut sudah tua dan liat. Ini apa yang kita semua sedia faham.

Pun begitu, sedar atau tidak perbuatan kita ini akan menyebabkan bendi yang dijual oleh peniaga menjadi rosak, tidak elok dan ini kadang kala menyebabkan peniaga berasa tidak puas hati bila sayur-sayur yang dijual dibuat begitu.

Oleh sebab itu, lebih baik kita bertukar cara dan teknik untuk memastikan bendi yang ingin dibeli masih muda dan enak dimakan. Tapi bagaimana caranya?

Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya ada cara lebih baik dan lebih mudah untuk anda lakukan tanpa perlu lagi mematahkan hujung bendi untuk kenal pasti sama ada tua ada muda.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Encik Azuan Abdullah, beliau banyak pengalaman dalam berkebun dan tidak lokek berkongsi ilmunya di media sosial.

Untuk itu, jom ketahui cara yang dimaksudkannya itu.


Tips Beli Bendi Tanpa Patahkan Hujung Buah

Pagi semalam masa jalan-jalan dekat kebun, kawan ada tanya macam mana nak kenal buah bendi yang muda dan sesuai untuk dimakan tanpa patahkan hujung buah.

Nak patahkan hujung buah, kena marah ke tokey kedai. Jika tak patahkan dan beli bendi tua, kena bebel dua tiga bakul pulak dengan isteri. Serba salah aku ni. Rintih kawan saya sambil buat muka seposen.

Senang jer cara nak kenal buah bendi ni balas saya spontan.

Okey, dah senang sangat. Tolong cerita sikit macam mana caranya aku nak kenal buah bendi ni sambung kawan saya lagi dengan muka tak puas hati.

 

IKLAN

Saya pun ambil pisau dan ajak beliau pergi dekat pokok bendi. Terus saya potong 4 biji buah bendi dan bagi beliau pegang. Kami pun jalan sama-sama ke tempat teduh.

Bendi ni kita boleh kelaskan kepada 5 tahap.

1. Sangat muda

2. Muda

3. Tua

4. Sangat Tua

5. Tua Bangka

IKLAN

Macam mana nak kenal 5 tahap ni? Aku dah tak sabar nak tahu ni celah kawan saya lagi.

Beli Bendi Tak Perlu Patahkan Hujung Buahnya Lagi. Tapi Buat Cara Ni, Confirm Pilihan Anda Tak Ada Yang Tua!

Sangat Muda:Buah yang sangat muda ni tiada lubang udara di tangkai buah. Rujuk gambar buah nombor 1. Buah ni sangat sedap untuk kita celur, rasa manis bendi tu ada. Cicah dengan budu tempoyak dan nasi panas-panas, gerenti tak cukup nasi satu pinggan.

Beli Bendi Tak Perlu Patahkan Hujung Buahnya Lagi. Tapi Buat Cara Ni, Confirm Pilihan Anda Tak Ada Yang Tua!

Buah tahap ni tak sesuai untuk kita buat masak kari atau asam pedas sebab ianya terlalu lembut. Nanti dia akan pecah dan lembik, tiada rasa bendi nanti.

 

Muda :Buah muda akan ada lubang udara yang kecil di tangkai buah. Rujuk gambar nombor 2. Biasanya saiz lubang tu besar jarum je. Sangat sesuai untuk dibuat masak singgang, kari dengan kepala tenggiri dan asam pedas ikan pari. Perghh memang terangkat weh.

IKLAN

Beli Bendi Tak Perlu Patahkan Hujung Buahnya Lagi. Tapi Buat Cara Ni, Confirm Pilihan Anda Tak Ada Yang Tua!

 

Tua :Buah tua ni akan ada lubang udara saiz mata ball pen di tangkai buah. Rujuk gambar nombor 3. Tidak sesuai untuk dimakan sebab buahnya dah agak keras. Tahap ni la yang biasa banyak kita silap beli.

Sangat Tua :Buah sangat tua ni lubang di tangkainya dah besar sangat, lebih kurang saiz lidi sate. Buahnya dah rasa keras dan mula berkayu. Tak boleh nak makan sebab buah dah rasa macam bersepah dan tak rasa apa-apa.

Tua Bangka :Buah tua bangka ni 100% buah dah bertukar warna jadi coklat dan kering. Maaf tiada dalam gambar sebab buah diladang kami belum sampai tahap ni lagi. Buah tahap ni la kita simpan untuk buat benih.

Patutlah mu kata mudah , memang senang sangat nak tahu bendi ni muda atau tua. Yang tiada lubang udara di tangkai tu sangat muda. Akan ada lubang udara kecil bila muda dan lubang udara jadi makin besar bila buah makin tua. Betul kan? Tanya kawan saya nak kan kepastian.

Ya, dah betul tu.

Lepas ni confirm orang rumah aku tak ”ngepek” dah bila aku beli bendi nanti. Silap-silap dia pulak tanya aku macam mana cara nak pilih bendi muda tanpa perlu patahkan hujung buah kan. 

Ajarkan juga ilmu ni pada keluarga kita ye SEBAB mungkin masih ramai yang belum tahu.

sumber : Azuan Abdullah 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI