Membeli rumah untuk anak beranak berteduh daripada hujan panas, nyata bukanlah perkara mudah. Kalau boleh semua antara kita mahukan sebuah kediaman impian yang serba serbi sempurna dan baharu.
Pun begitu, berbeza dengan keluarga Mohd Aswandi ini yang lebih selesa membeli rumah subsale untuk anak beranaknya berteduh. Pun begitu, jangan pandang sebelah mata dengan rumah subsale ini.
Siapa sangka rumah yang kalau dilihat pada awalnya seakan tiada apa yang menarik, namun setelah melakukan sedikit sentuhan dekorasi ia mampu memberi impak wow. Jom semak perkongsian ayah kepada seorang anak ini.
Pertama sekali syukur Alhamdulillah saya dan isteri berjaya membeli sebuah rumah subsale teres setingkat di kota tinggi,Johor. Harga rumah 220k beli direct owner..harga rumah di Johor sangat keras yaa..ni pun rezeki orang nak jual harga tu..
Serba sedikit gambar sebelum(ada penyewa) dan selepas untuk dikongsi buat semua..rumah teres ruang tamu memanjang..sakit kepala jugak mula-mula cari idea..konsep entah la campuq berterabuq abehh…janji simple tak berselerak….Banyak juga buat sendiri belajar sikit-sikit dari Kelab Kaki Deko ni..memang sangat jimatkan kos..Sekarang kami bahagia ada rumah..Syukur Alhamdulillah..semoga rezeki anda semua juga ada..amin..
Ads
Bahagian depan rumah sebelum..masa ni penyewa dah keluar..dia pun cakap slow-slow bro..memang sakit nak buat rumah ni..
sebelum diubah suaisaiz rumah 22 x 70
Dah mula buat bahagian depan sikit-sikit and wiring buat balik..follow jugak kawan buat..banyak dapat ilmu.
Tadaaa…slow-slow kami deko buat sendiri..idea banyak dari google..wife banyak idea saya kuli dia..haha
Ads
Pandangan dari bahagian bilik..barang tak banyak..tak suka…rimas…haha
Kadang kala gelagat anak-anak ini akan membuatkan ibu bapa tak kering gusi. Ada sahaja yang mencuit hati. Terbaru, anak penyanyi Tomok, Arrianshah Akid yang merupakan anak sulungnya yang berusia tujuh tahun.
Gelagatnya yang menulis nama Tomok pada kertas ujian telah dikongsi diinstagramnya telah mendapat perhatian peminatnya. Bukan untuk memaparkan keputusan peperiksaan tetapi cara Arrian menulis nama Tomok pada kertas berkenaan. Kertas peperiksaan Arrian ini merupakan salah satu keputusan cemerlangnya yang kini sedang belajar di tahun satu.
Aktiviti mengemas rumah seperti mengemop lantai memang selalu kita buat setiap hari. Rutin harian ini nampak mudah pada pandangan mata kita. Tetapi sebenarnya ada banyak ilmu yang harus kita pelajari.
Mengemop lantai hingga benar-benar bersih dan diistilah bersih di sisi islam, Ustaz Syed Shahridzan buat pencerahan ke atas permasalahan ini. Jangan pandang mudah. Pastikan rumah kita, syurga kita anak beranak ini bebas najis dan bersih.
AIR MOP LANTAI BERCAMPUR NAJIS
Banyak orang zaman sekarang, bila ada najis seperti muntah, tahi lipas ke, cicak ke, dia buang dulu najis kmudian mop, cuma, dia tak guna air mutlak, dia guna air mop lantai (sabun lantai). Adakah semua kawasan lantai yang dia mop menjadi najis atau kawasan najis tu sahaja selepas mop?
Menurut mazhab Syafi’ie, air yang berkapasiti 2 kolah (230 liter) dan ke atas bercampur dengan najis, maka air tersebut tidak bertukar menjadi najis melainkan berubah salah satu dari 3 sifat air tersebut, iaitu bau, warna atau rasa. Ini berdasarkan sepotong hadith yang menyebut:
Maksudnya: Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Jika kandungan air mencapai dua kolah maka ia tidak mengandungi kotoran.” Dalam suatu lafaz hadith: “Tidak bernajis”. (Diriwayatkan oleh Imam empat dan dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah, Hakim, dan Ibnu Hibban)
Jadi jika air mutlak 2 kolah dan ke atas berubah salah satu sifatnya contoh jernih berubah warna kekuningan disebabkan najis, maka air itu bukan lagi air mutlak malah kategori air mutanajjis (air najis). Ini berdasarkan hadith baginda -sallallahu ‘alaihi wa sallam- yang menjelaskan:
وَعَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ – صلى الله عليه وسلم: «إِنَّ الْمَاءَ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ، إِلَّا مَا غَلَبَ عَلَى رِيحِهِ وَطَعْمِهِ، وَلَوْنِهِ». أَخْرَجَهُ ابْنُ مَاجَهْ
Maksudnya: Abu Umamah al-Bahily RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Sesungguhnya air itu tidak ada sesuatu pun yang menajiskan ia kecuali sesuatu yang dapat merubah bau, rasa dan warnanya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Manakala air di bawah kapasiti dua kolah, jika bercampur dengan najis maka secara automatik ia berubah menjadi air mutanajjis (air najis) meskipun tidak berubah sifat sama sekali. Ini kerana kekuatan menolak kesan najis hanya ada pada air yang berkapasiti 2 kolah dan ke atas sepertimana yang dinyatakan oleh Baginda -sallalhu ‘alaihi wa sallam- dalam hadith di atas.
Berbalik kepada air mop yang bercampur najis seperti najis dan muntah. Mengikut kaedah mazhab Syafi’ie, air mop di dalam baldi bercampur dengan najis maka air itu menjadi air mutanajjis. Bahan bernajis seperti air mutanajjis haram dimanfaatkan termasuklah mop lantai menurut mazhab Syafi’ie. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab-kitab fiqh Syafi’ie antaranya Imam al-Khatib al-Syirbini -Rahimahullah-, sepertimana kata beliau di dalam karangannya ‘al-Iqna Fi Hall Alfaz Abi Syuja’:
لو أخذ دما أجنبيا ولطخ به نفسه أي بدنه أو ثوبه فإنه لا يعفى عن شيء منه لتعديه بذلك فإن التضمخ بالنجاسة حرام
Maksudnya: ” Begitu juga seseorang yang mengambil darah orang lain(ajnabi) kemudian melumuri dirinya iaitu badannya atau pakaiannya maka ia tidak dimaafkan sedikit darinya kerana lumuran darah yang melampau pada dirinya, sesungguhnya meletakkan(menyentuh) najis adalah haram”.
Oleh disarankan sesiapa yang mop lantai agar mengelakkan dari membersihkan lantai yang dengan air yang sudah bercampur dengan najis. Ini kerana kapasiti air di dalam baldi ternyata di bawah kadar 2 kolah, maka ia bernajis apabila bercampur najis meskipun tidak berubah sifatnya. Ini kerana air yang bernajis tidak dikira mampu menyucikan sesuatu tempat dari najis.
Jika lantai yang sudah dimop dengan air yang bercampur najis yang tidak dimaafkan, maka wajib lantai dibilas/disapu dengan air mutlak sehingga hilang kesan-kesan najis pada tempat itu. Apa pun terpulang kepada kebijaksaan masing-masing untuk melaksanakan cara penyucian tempat yang bernajis mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak.
Antara najis yang dimaafkan ialah najis cicak yang terlalu sedikit. Sebagai contoh najis cicak dua tiga butir termasuk ke dalam air baldi, ia dikategori najis yang dimaafkan selagimana ia tidak merubah sifat air. Ini kerana tahi cicak antara najis yang sukar untuk dielakkan. Jika ia banyak maka tidak dimaafkan iaitu menajiskan air yang sedikit walaupun tidak berubah sifat.
Bolehkan membersihkan tempat bernajis dengan air sabun? Menurut mazhab Syafi’ie, tempat atau benda yang terkena najis wajib dibersihkan dengan air mutlak dan tidak sah dengan air mutlak yang bercampur dengan bahan lain seperti sabun. Tiada masalah untuk menggunakan air sabun untuk basuhan awal namun basuhan kedua mestilah menggunakan(bilas) air mutlak.
Menurut mazhab Hanafi, air mutlak yang berubah sifatnya dengan bahan lain seperti sabun maka ia tetap suci dan menyucikan. Pendapat mazhab Hanafi boleh diamalkan jika melibatkan kawasan terlalu besar seperti kilang dan proses pembersihan melibatkan mesin canggih yang menggunakan sabun, ini termasuk kategori darurat. Manakala tempat yang kecil seperti rumah maka jangan lari dari kaedah mazhab Syafi’ie.
Rasanya semua rakyat Malaysia mengalami rasa kebimbangan akan kesihatan diri. Bagi yang telah membuat saringan covid-19 pastinya trauma jika mendapat panggilan dari pihak hospital.
Jika anda disahkan postive, pastinya anda akan kuarantin. Bukan itu sahaja, ada beberapa tindakan susulan yang dilakukan oleh kakitangan perubatan di rumah individu berkenaan.
Ikuti perkongsian lelaki ini.
INILAH TINDAKAN SUSULAN DI RUMAH PESAKIT.
Covid-19 : ” Hello Encik, anda positive Coronavirus”
Alhamdulillah wallahuakbar.
Apa pernah anda terfikir, setelah membuat saringan dan anda dikhendaki menjalani kuarantin di rumah tiba-tiba pihak hospital menelefon anda dan mengesahkan bahawa keputusan screening anda adalah POSITIVE COVID-19.
Apa yang akan berlaku seterus nya dirumah anda?
Nah, sudi-sudilah membaca post dibawah ini. Gambar dan tulisan itu milik sepenuh nya Dr Narish Kumar.
Setelah menerima keputusan ujian yang disahkan positif, pejabat kesihatan akan segera memastikan 3 benda dilakukan SERTA MERTA.
3 TINDAKAN WAJIB
1) menyelaras pemindahan pesakit je hospital kuarantin dengan kadar segera.
2) menyiasat pergerakan pesakit dan mencari SETIAP kontak pesakit, ahli keluarga, sedara mara, kawan, rakan sekerja, majikan Dan sesiapa pun yang pernah rapat dengan pesakit dalam tempoh ini biar pun hanya sekadar teman membawang semasa berjoging. Dan seterusnya menyelaras proses isolasi SETIAP pesakit dan mengambil sampel untuk diuji. Seorang pesakit berupaya mempunyai 20 – 200 kontak. So, bayangkanlah.
3) Pasukan khas akan dihantar untuk melakukan proses dekontaminasi/ disinfeksi ( decontamination) di premis premis yang telah dilawati pesakit.
Semua proses ini dilakukan untuk SETIAP pesakit yang disahkan menghidap penyakit tersebut.
Sekadar berkongsi, kut kut ada yang x pasti apa pejabat kesihatan buat.
GAMBAR Proses disinfeksi di premis yang telah dikunjungi pesakit. Gambar diambil seketika lalu. BUKAN PALSU.
Sheikh Muszaphar berkongsi cabaran membesarkan anak kembar Adam dan Noah yang mempunyai perkembangan berbeza sehingga berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan matematik.