Nak masak organ dalaman binatang seperti ayam dan lembu, kenalah cuci sebersih-bersihnya. Misalnya bahagian perut, usus dan sebagainya.
Semalam tular seorang wanita memuat naik gambar sup perut yang dibelinya, tetapi tidak dibasuh dengan bersih. Pada awalnya, dia menyangka lemak perut, tetapi rupanya tahi lembu!
Ketika kejadian, sup tersebut berbau busuk selepas dipanaskan. Setelah diperiksa, pasti anda akan kembang tekak dibuatnya.
Ads
Beli sup perut dengan harga RM20. Kononnya kedai tu ramai org kata sedap.
Jadi kita pun terliur try lah beli. Beli bungkus nak makan dekat rumah.
Ads
Time nak panaskan sup tu bau busuk. Tengok-tengok ada 2 ketul perut bulat penuh taik.
Call peniaga dia kata tu lemak dalam perut. Macamlah kita ni tak pandai beza lemak dengan taik.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata terkejut dengan peniaga yang sambil lewa dalam penyediaan makanan. Malah ada juga yang perkongsi pengalaman sendiri berdepan dengan situasi sama seperti ini.
Tiada kata-kata dapat menggambarkan kebahagiaan hidup bilamana penantian untuk menimang cahaya mata sudah dicapai.
Tiada yang lebih Lengkap sudah fitrah seorang wanita bila mana bergelar seorang ibu. Rumah tangga kian berseri dengan hadirnya si kecil ini dalam hidup suami isteri.
Demikian juga dengan pelakon dan juga usahawan cantik manis Nur Fazura Sharifuddin atau mesra disapa Fazura. Sudah punya suami penyayang, kerjaya seni dan perniagaan yang stabil.
Kini dikurniakan cahaya mata perempuan yang comel sebagai pelengkap bahtera rumah tangga cukup membuatkan kehidupan Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-27 itu kian bahagia dan sempurna.
“Tidak dinafikan, pengalaman kali pertama menjadi ibu sangat mencabar. Ini kerana banyak perkara yang saya belum tahu terutama apabila anak menangis malam. Ketika awal kelahiran, Fatima kerap bangun malam untuk menyusu.
“Jika menangis pun, sebab nak menyusu. Saya bersyukur Fatima bukannya jenis yang banyak meragam, tak susah untuk menjaganya. Saya bernasib baik mama dan ibu mentua banyak membantu sejak saya bersalin, berpantang hinggalah sekarang.
“Kini, selepas tiga bulan melahirkan, saya sudah boleh membiasakan diri dengan rutin harian. Saya seronok menjalankan tugas seorang ibu,” katanya.
Terbaru, isteri kesayangan aktor Fattah Amin ini berkongsi video pendek menerusi laman instagramnya.
Video yang dimuat naik itu disertakan dengan kapsyen menyatakan dirinya begitu teruja dan mengakui peranan menjadi seorang ibu merupakan pengalaman yang seronok.
“My best role yet,” demikian kapsyennya yang ditulis ringkas namun cukup bermakna.
Gambar Fatima telah menarik perhatian peminat dan pengikutnya dan mendapat tanda suka lebih 400,000. Sementelah lama yang menanti untuk melihat wajah si kecil buah hati pasangan ini.
Posting selebriti berusia 37 tahun itu menerima komen netizen yang memuji dirinya pasti akan menjadi ibu yang terbaik kepada puteri kesayangan.
Tidak dinafikan, antara suami dan isteri pasti ada jurang perbezaan antara satu sama lain. Tak kira dalam apa jua hal termasuklah bab anak-anak. Malah benda simple seperti memilih pakaian sesuai untuk anak-anak pakai juga kadang kala menjadi punca suami isteri bertekak.
Kalau malas nak pening pasal shopping pakaian, beli saja online. Ada macam-macam pilihan. Contohnya, DPAMmulai 25-31 Julai ni tengah buat ‘free shipping’ untuk semua barangan. Klik siniuntuk beli sekarang dan jangan lupa masukkan kod DPAMFS!
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fhais menerusi facebooknya.
Orang Perempuan Memang Sensitif Bab Pakaian.
Kita dah siap tukar pampers anak, mandikan anak, pakaikan baju anak bukan dia nak puji.
Dia complain lagi ada la.
Pagi tadi kejut Rania bangun nak pergi sekolah. Tapi macam biasa kejut orang lain yang bangun dulu orang lain. Aisy bangun dulu jadi dia mandi dulu.
Sebelum mak-nya pergi kerja malam semalam, baju sekolah Rania semua dah disiapkan. Rania punya baju tak ada masalah. Aisy je tak sedia.
Dah kelam kabut pagi tu, mana ada masa nak selongkar almari cari baju. Mana yang lalu depan mata tu je la sambar.
Sudahnya ini la baju yang Aisy pakai. Baju batman, seluar pendek kakak dia. Dalam hati tak apa la, pakai duduk rumah je.
Tup tup, balik je isteri dari kerja belum sempat masuk rumah lagi, baru nak buka kasut dekat pintu masuk lagi dia dah berkerut dahi cakap apa baju Aisy pakai ni.
Katanya seluar baju ni tak match. Ni baju lain, seluar lain. Huduh katanya.
Walaupun pakai kat rumah tak boleh macam ni. Macam macam la dia bagi alasan.
Nanti seluar Batman tu tak ada kawan dia aka baju, seluar kakak ni corak gegirl mana boleh Aisy pakai. Seluar besar dari orangnya. Bla..bla..
Pengajaran sungguh.
Dengan orang perempuan bab pakaian memang tak boleh buat main. Pakaian ni hal serius!
Terutama bab pakaian anak. Tak pelik la orang perempuan ni boleh beza beza baju malam dan baju siang anak.
Sebab sumpah saya sampai sekarang tak boleh nak beza mana baju siang dan mana baju malam. Dua-dua baju sama.
Yang saya tahu cuma beza 2 perkara. Sama ada anak bogel atau pakai baju.
Dulu, pantang anak-anak sakit demam mulalah resah si ibu menjaga permata hati tidak kira siang dan malam. Bila anak dah meningkat dewasa, jadi tugas anak pula menjaga orang tua seperti mana mereka menjaga waktu kecil dulu.
Bagi yang mengenali dan mengikuti chef selebriti, Datuk (Dr) Cef Redzuawan Ismail pasti tahu individu yang lebih dikenali sebagai Chef Wan ini tinggal bersama ibunya, Noraini Abdullah yang juga kini mengalami dementia serta disahkan menghidap kanser payudara.
Tidak dinafikan bukan mudah untuk menjaga orang tua terutama apabila menguruskan bab yang berkaitan dengan kesihatan. Pujian harus diberikan pada Chef Wan kerana beliau sabar dan sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan baik menjaga ibunya yang kini sudah berusia 90 tahun dan lebih mesra dipanggil Cik Ani.
Baru-baru ini, Chef Wan mendedahkan beliau telah menerima tawaran untuk menjadi hos bagi beberapa buah program televisyen berkaitan kulinari dan travelog di laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Chef Wan berpendapat program bagi rancangan-rancangan tersebut memerlukan komitmen dan waktu yang agak panjang untuk tempoh penggambaran.
“Pihak pengarah sebuah stesen tv berbayar mahukan saya mengacarakan program 22 episod dan disiarkan pada bulan Ramadan. Mereka memerlukan waktu saya selama enam minggu, Januari hingga Februari untuk menjelajah dalam satu negeri sahaja. Pihak penaja mahukan saya juga sebab sudah hampir tiga tahun saya tidak menjadi hos untuk program hari raya.
“Beberapa hari kemudian, datang pula satu lagi tawaran. Mereka mahukan saya muncul di sebuah program komedi travelog di Jepun. Mereka perlukan dua minggu waktu saya untuk lapan episod. Ketika itu saya tidak berikan sebarang jawapan sebab saya masih perlu menyemak jadual,” tulisnya di bahagian kapsyen perkongsian tersebut.
Bagaimanapun, Chef Wan berat hati untuk menerima tawaran tersebut selepas mengetahui perkembangan terkini mengenai penyakit kanser payudara ibu yang semakin merebak, beliau keberatan untuk berjauhan lama dengan ibunya.
“Saya asyik terfikir macam manalah hendak menjelajah ke tengah Asia. Untuk merakamkan program ini sahaja memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat minggu. Dua hari lepas, saya baru diberitahu yang penyakit kanser ibu saya sudah semakin merebak. Saya terpaksa membuat keputusan untuk tidak menerima tawaran-tawaran tersebut,” jelasnya lagi.
Dalam masa sama, Chef Wan memuji sikap pihak penerbit kerana bersetuju untuk menangguhkan penggambaran program pada bulan yang lain.
“Bayangkan kalau saya ke luar negara dan ibu saya jatuh sakit, macam manalah saya boleh senang hati hendak bekerja bukan? Jika lokasi dekat, satu jam atau dua jam penerbangan, bolehlah balik. Jadi, saya fikir, keputusan yang terbaik adalah untuk tidak mengacarakan program tersebut demi menjaga ibu saya.
“Saya juga minta pihak stesen tv tersebut untuk menangguhkan siri jelajah saya ke bulan Mei atau Jun. Mereka bersetuju. Alhamdulillah.” tambahnya.
“Ibu kita ni la satu2nya…Duit bila2 boleh cari jika rajin dan berkemampuan tetapi my time and precious moment with my mom can never be bought again.😔😔”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan yang dilakukan oleh Chef Wan dalam keikhlasan beliau menjaga ibunya.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...