Kanak-kanak semamangnya inginkan perhatian dari orang-orang sekelilingnya lebih-lebih lagi ibu bapa. Mereka akan cuba menarik perhatian agar kehadirannya atau setiap tingkah laku mereka diketahui.
Kanak-kanak juga sukakan penghargaan dalam setiap yang mereka lakukan, itu juga adalah salah satu cara mereka untuk menarik perhatian orang di sekeliling.
Namun jika kita kurang memberi perhatian pada mereka, atau menunjukkan perhatian pada yang lain terutamana adik beradik yang lain, mereka pastinya akan memberontak, sedih malah ada yang merajuk lalu melepaskan kemarahan pada adik beradik mereka.
Paling harus dielakkan adalah mereka memendam perasaan kerana ia akan menimbulkan pelbagai lagi sifat seperti irihati dan sebagainya.
Bagaimana hendak mengatasi masalah ini.
Peka Akan Tingkah Laku Anak
Pastikan mereka tidak lepas daripada pandangan mommies dan ajak mereka berbual dalam bahasa yang mudah. Walaupun berusia dua atau tiga tahun, ingat si kecil juga mempunyai naluri kemanusiaan dan mahu dihargai.
Dahulukan Si Kecil Yang Sudah Bergelar Abang / Kakak
Ads
Haaa ni tips kena ikut ni, dahulukan abang atau kakak sebab mereka ni senang sangat rasa cemburu! Ini supaya mereka faham bahawa mereka tidak diketepikan.
Ajak Mereka Mengenali Adik Yang Baru Dilahirkan
Benarkan mereka sentuh adik kecil mereka dan cuba tanya apa yang membuatkan mereka sayang kepada adik kecil itu.
Pastikan Bahagi Perhatian Sama Rata
Ads
Pastikan juga si kecil ada dalam rutin penjagaan bayi anda agar mereka berasa penting dalam hidup kedua-dua ayah dan ibunya. Jika mahu memandikan bayi, biarkan mereka ada di sisi atau minta tolong mereka pegang tuala untuk adik kecil mereka.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Meskipun tidak mahu perkara ini berlaku namun hal yg sebaliknya boleh berlaku sekiranya suami isteri lemah dalam menghadapi godaan. Lebih memburukkan lagi jika pasangan iaitu isteri sendiri memberikan peluang atau memberikan suatu persekitaran utk menyebabkan berlakunya kecurangan. Jadi bagaimana hendak mengelakkan suami anda berlaku curang, berikut adalah tips yg mesti diketahui oleh setiap isteri mahupun suami.
1) Selalu berpenampilan Menarik
Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunya diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza.
Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dgn orang lain terutamanya jika ada yg memuji. Puji-pujjian ini ini merupakan salah satu punca yang memungkinkan berlakunay kecurangan.
2) Kehidupan Seks Yang Sihat
Memenuhi keperluan seks pasangan sgt penting utk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat yang mungkin.
3) Persamaan
Menikahlah dengan lelaki atau pasangan yang anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatan yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan untuk berlakunya kecurangan.
4) Waspada
Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.
5) Waktu Hanya Berdua.
Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya utk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.
6) Mencari Kaunselor
Jangan ragu utk mendapat khidmat dpd kaunselor ataupun org tgh sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yg sukar utk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk.
Begitu pula dgn perkahwinan. Jika bukan anda berdua yg bersikap proaktif dlm menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yg anda harapkan?
7) Menghargai Pasangan
Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dgn kesetiaan. Ucaplah terimakasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yg dilakukan.
8) Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan
Sekiranya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda sendiri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam diam, rupanya bekas personaliti TV3 yang terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim kini sedang hamil anak keempat. Berita gembira tersebut dikongsikannya menerusi Instagram rasminya semalam.
Isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid itu mengesahkan yang dirinya sedang hamil lebih tujuh bulan ketika ini.
Azrinaz mengulangi perkara sama mengumumkan berita sama saat hamil anak ketiganya, Areesya Malaykha (kini setahun empat bulan) pada tahun 2019.
Malah Azrinaz turut berseloroh memaklumkan gambar berbadan dua yang dimuat tersebut bukanlah gambar lama yang dikongsi semula.
“Ini bukan gambar ‘throwback’. Apa yang dilihat dalam ini gambar semasa. Anak lelaki atau perempuan, nak mengidam apa… saya memperkenalkan bakal anak keempat.
“Saya sudah hamil dalam tempoh 30 minggu saat ini. Alhamdulillah Tuhan berikan nikmat indah ini untuk saya dan suami sekali lagi di usia kami sekarang.
“Saya pun tak jangka akan hamil lagi dengan jarak yang dekat usia kelahiran Areesya Malaykha. Tapi kenapa perlu menunggu lagi, jika saya masih diberi kesempatan ini,” katanya.
Azrinaz turut memohon keluarga, teman dan pengikutnya di Instagram untuk mendoakan kesejahteraan diri dan anak dikandungnya itu.
“Semoga segala galanya akan lancar dan dipermudahkan. Saya dijangka melahirkan anak keempat ini awal bulan April depan,” katanya
Dalam pada itu, Azrinaz sempat berseloroh kepada BH Online saat ditanya mengenai fasa perintah kawalan manakah anak yang dikandungnya kini
“Tak tahulah nak cakap anak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sejujurnya saya tak merancang pun,” katanya.
Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lamanya itu pada 1 Mei tahun 2018
Ajal maut di tangan tuhan, tidak kira usia muda atau tua bila-bila masa sahaja kita akan dijemput pulang ke negeri abadi. Apatah lagi ketika pandemik ini, nyawa seseorang begitu mudah direntap tanpa dijangka.
Inilah yang terjadi pada pasangan suami isteri yang pada awalnya terasa teruja menanti kelahiran anak sulung mereka ke dunia. Namun tanpa diduga si isteri menjadi korban Covid-19 hingga meranapkan impian si ibu untuk menatap wajah anak sulung yang dikandung.
Menurut Mohd. Aiman Syakir, 26, isterinya, Allahyarham Izzati Najah Amran, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang pada pukul 4 petang kelmarin.
Katanya, arwah menghembuskan nafas terakhir selepas dua hari melahirkan bayi perempuan yang dinanti-nantikan mereka.
“Kami ke hospital pada Khamis lalu kerana isteri sudah rasa sakit bersalin dan dia perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dibenarkan masuk wad.
“Bagaimanapun isteri saya didapati positif Covid-19 dan doktor terpaksa mengeluarkan bayi dengan segera,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurutnya, isterinya selamat melahirkan bayi seberat 3.02 kilogram itu pada pukul 5 pagi, Sabtu lalu namun tidak dibenarkan untuk melihat anaknya sebelum kesihatannya merosot.
“Dia ditidurkan selepas oksigennya turun kepada 30 peratus sebelum disahkan meninggal dunia semalam,” ujarnya.
Bayi Dalam Keadaan Sihat
Aiman yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang berkata, bayi mereka masih ditempatkan di Hospital Pulau Pinang dan dalam keadaan sihat.
“Buat masa sekarang keluarga arwah isteri di Pendang akan menjaga anak kami memandangkan saya dan keluarga di Pulau Pinang perlu menjalani kuarantin,” jelasnya.
Tambahnya, arwah mahu menamakan anak mereka dengan nama Lilly Elleyna yang diberikan sejak awal kehamilannya.
“Saya sedih kerana kehilangan arwah isteri ketika usia perkahwinan kami baru lebih setahun dan baru menerima kelahiran cahaya mata pertama.
“Saya reda dan perlu lebih kuat untuk menjaga anak pertama kami ini walaupun dia tidak sempat rasa kasih sayang ibunya. Saya juga berharap keluarga dapat mendoakan dan beri semangat kepada saya,” katanya.
Jenazah Allahyarham Izzati Najah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Tengah, Pendang dekat sini pada pukul 12 tengah malam semalam selepas selesai proses bedah siasat.
Menakala memetik petikan berita di Harian Metro, kakak iparnya turut berasa sedih di atas permergian Izzati Najah dan turut memaklumkan mereka baharu sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan pada Julai lalu.
“Sedih kerana mereka (Izzati Najah dan Aiman Zuhaili) baharu menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 19 Julai lalu dan kedua-duanya teruja menanti masa untuk menimang cahaya mata sulung.
“Bagaimanapun Allah lebih menyayanginya dan mahu atau tidak, kami sekeluarga perlu reda malah bersyukur kerana dapat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah ketika doktor membuat panggilan video sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Aplikasi Nuramma ciptaan mahasiswa Indonesia, Ali An Nuur, menggunakan teknologi AI untuk membantu kanak-kanak menghafal Al-Quran. Inovasi ini turut melayakkan beliau memenangi Apple Swift Student Challenge 2026.