Doa ibu bapa mengiringi perjalanan anak-anak  membesar menjadi insan yang berjaya. Bagi tujuan tersebut, ibu bapa kena memainkan peranan menjadi petunjuk arah buat anak-anak supaya tidak tersalah pilih jalan. Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkannya.

Jika Mahu Anak Jadi Hebat, Ibu Bapa Kena Berhenti Menakutkan Mereka. Awas, Kesan Kata-Kata Ibarat DoaMenurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose yang juga Parenting Guru, jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi cemerlang. Jika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.

Jika Mahu Anak Jadi Hebat, Ibu Bapa Kena Berhenti Menakutkan Mereka. Awas, Kesan Kata-Kata Ibarat Doa
Gambar hiasan

“Saya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.

Jika Mahu Anak Jadi Hebat, Ibu Bapa Kena Berhenti Menakutkan Mereka. Awas, Kesan Kata-Kata Ibarat DoaUntuk menjadi juara , ibu bapa dan anak mesti dapat bertahan hidup di dalam dunia penuh cabaran ini. Ini memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi terutamanya bagi ibu bapa. Ibu bapa mesti mengawal diri dan senantiasa memastikan diri memberi input yang baik kepada anak-anak.

Pertama, ibu bapa mesti mengawal perkataan yang keluar dari mulut. Jika mahu anak jadi berani, berhentilah menakutkan mereka. Jika mahu anak menjadi baik, berhentilah mengatakan mereka jahat. Jika mahu anak yang berdisiplin, berhentilah mengatakan mereka itu ‘ hyperactive’. Perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memprogramkan otak anak-anak kita,” ujarnya lagi.

Jika Mahu Anak Jadi Hebat, Ibu Bapa Kena Berhenti Menakutkan Mereka. Awas, Kesan Kata-Kata Ibarat Doa
Gambar hiasan

Bila perkataan itu terlalu kerap dia kaitkan kepada anak itu, maka anak itu akan mengambilnya sebagai milik dia. Dia akan mengaitkan imej kendirinya dengan perkataan itu. Bila itu sudah menjadi miliknya, maka menukarnya menjadi payah. Pada peringkat ini, ia bukan sekadar mental sahaja, tetapi jiwa juga terlibat.

“Terdapat ibu bapa yang tidak suka menggunakan perkataan positif kepada anak-anak mereka contohnya, comel, bijak, rajin, cantik dan sebagainya. Kononnya pada pendapat mereka, anak-anak yang selalu dipuji akan bengkak kepala mereka. Nanti, anak akan menjadi bongkak.

IKLAN

Jika Mahu Anak Jadi Hebat, Ibu Bapa Kena Berhenti Menakutkan Mereka. Awas, Kesan Kata-Kata Ibarat Doa“Memuji sebenarnya tidak meninggalkan kesan negatif jika dilakukan dengan betul. Contohnya, jika anak itu bijak, katakan dia bijak dan kemudian tanya dia mengapa dia suka menjadi bijak. Semasa itu semaikan nilai-nilai murni untuk menjadi pendorong dia untuk menjadi bijak.

Jika Mahu Anak Jadi Hebat, Ibu Bapa Kena Berhenti Menakutkan Mereka. Awas, Kesan Kata-Kata Ibarat Doa
Gambar hiasan

Contohnya, dia menjadi bijak dan suka belajar kerana dia mahu menolong orang lain menjadi bijak juga. Walaupun pada usia yang masih kecil. Janganlah membandingkan kebijaksanaan dia kelembapan budak lain pula. Kemudiannya memuji dia melangit tinggi. Inilah yang membawa takbur.

Jika mereka tidak suka bergaul dengan orang lain, janganlah itu sahaja yang disebut berkali-kali. Jangan pula mengait perkara itu sebagai peribadinya. Gunalah perkataan yang boleh memprogramkan dia untuk suka bergaul.

Jika Mahu Anak Jadi Hebat, Ibu Bapa Kena Berhenti Menakutkan Mereka. Awas, Kesan Kata-Kata Ibarat Doa

“Contohnya, ” Fia, suka berkawan, nanti bila Fia dah kenal kawan, Fia suka bermain dengan dia, kan?” Ini menyediakan anak itu untuk menerima identiti asing ini dan menjadikannya hak dia. Gambaran ini disemaikan di minda mereka sedari kecil lagi.

IKLAN

Jika Mahu Anak Jadi Hebat, Ibu Bapa Kena Berhenti Menakutkan Mereka. Awas, Kesan Kata-Kata Ibarat DoaMempunyai imej kendiri yang positif adalah perisai yang paling penting untuk berjaya hidup di dalam dunia yang penuh negatif ini. Oleh itu adalah amat penting bagi ibu bapa membina imej kendiri yang positif di dalam anak kecil mereka. Janganlah mengaitkan perkara-perkara yang negatif dengan diri anak-anak.


ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!

ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!

“Mak Paling Happy Saya Rasa.” Lee Chong Wei Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan, Warganet Titip Tahniah!

IKLAN

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Jika Mahu Anak Jadi Hebat, Ibu Bapa Kena Berhenti Menakutkan Mereka. Awas, Kesan Kata-Kata Ibarat Doa

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI