Belum Reda Isu Ayam, Kini Bekalan Ikan Kurang & Harga Meningkat

Share

Belum reda isu kenaikan dan kekurangan bekalan ayam di Malaysia, kini timbul pula masalah bekalan ikan yang dilaporkan turut berkurangan sekaligus berlaku kenaikan harga.

Menerusi laporan yang dibuat myMetro, kenaikan harga  sebanyak 20% di Kelantan disebabkan nelayan di negeri itu tidak dapat turun ke laut berikutan keadaan cuaca buruk sejak seminggu lalu.

Keadaan itu membahayakan nyawa nelayan sekali gus menyebabkan mereka tidak boleh menjalankan aktiviti menangkap ikan di laut.

Harga ikan dilaporkan telah naik mendadak dengan selayang kecil berharga RM12 sekilogram berbanding RM8 sekilogram sebelum ini dan kerisi sebanyak RM16 sekilogram berbanding RM10 sekilogram sebelum ini.

Manakala Sinar Harian pula melaporkan, di Johor, bekalan ikan dan hidupan laut berkurangan sebanyak 50% berbanding sebelum ini menyebabkan harganya meningkat sekitar RM1 sehingga RM4 sekilogram.

 

Hal ini berlaku disebabkan faktor cuaca selain kos pengangkutan yang semakin mahal.

Ikan kembung, cencaru dan selar kuning mengalami masalah kekurangan bekalan yang ketara dan kini kebanyakannya hanya boleh diperolehi dari pembekal di Perak.

Sebelum ini,  kembung dijual pada harga RM14 hingga RM16 sekilogram namun telah mula meningkat dan dijual antara RM18 hingga RM20 sekilogram.

Ikan selayang pula sekarang RM15.50 sekilogram berbanding hanya RM11 manakala cencaru pula naik ke RM11 berbanding hanya antara RM8 hingga RM9 sekilogram.

Sumber: Harian Metro & Sinar Harian


ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN