Sebelum ini telah banyak kita dengar tentang cerita yang indah-indah berkenaan peluang mengerjakan ibadah umrah bersama pasangan di Tanah Suci. Secara tidak langsung, kita juga berharap dan berasa teruja agar suatu hari nanti kita juga dapat menjejakkan kaki ke sana untuk sama-sama merasai indahnya menunaikan ibadah bersama pasangan tercinta.
Tidak ketinggalan juga buat penyanyi, Zizi Kirana mengakui sungguh teruja untuk berangkat menunaikan ibadah umrah buat kali pertama bersama suami tercinta, Yusuf Bahrin.
Menerusi laporan Harian Metro, penyanyi Zizi Kirana, 37, mengakui sangat teruja untuk berangkat ke Kota Suci bagi menunaikan ibadah umrah buat kali pertama bersama suami tercinta, Yusuf Bahrin.
Difahamkan pasangan secocok ini akan berangkat menunaikan ibadah umrah buat kali pertama pada 24 Januari ini.
Ads
“Insya-Allah, menjelang 24 Januari ini saya akan ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah, sehari selepas tarikh ulang tahun kelahiran saya.
“Ini adalah kali pertama untuk saya dan suami menunaikan umrah. Jadi, memang kami sangat teruja untuk umrah kali pertama ini,” ujarnya.
Bertanya lanjut berkenaan persiapan sepanjang berada di sana, nyata isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin ini begitu teruja berkongsi apa yang telah dilakukan olehnya dari sudut persiapkan diri dengan ilmu ibadah, ubat-ubatan serta penyediaan pakaian musim sejuk.
Ads
“Persiapan semuanya sudah disiapkan. Kami memang serta kelas umrah di samping beberapa persiapan lain seperti pakaian dan sebagainya.
“Yang mencabarnya adalah saya dimaklumkan dalam tarikh kami di sana adalah waktu kemuncak musim sejuk. Saya pula jenis orang yang tak tahan dengan cuaca sejuk,” katanya.
Zizi berkata, dia menganggap semua itu adalah ujian Allah untuknya. Dia juga sudah menyiapkan ubat-ubatan dan pakaian musim sejuk.
Ads
Zizi juga berdoa agar semua urusannya dan suami dipermudahkan.
“Doa dan harapan saya, tentunya agar dikurniakan zuriat dalam rumah tangga kami. Pada masa sama, saya berharap proses ibadah umrah kami dipermudahkan Allah,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak adalah anugerah, tetapi ia tidak terhenti sekadar itu sahaja. Anak-anak juga adalah amanah. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendidik mereka dengan sebaik mungkin dan tahukah anada cara paling berkesan dalam mendidik anak-anak adalah melalui diri kita sendiri.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ramai mengatakan anak adalah cermin dan pantulan daripada pelakuan ibu bapanya. Oleh itu kita sebagai ibu ayah perlu menjadi contoh teladan dengan menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik di hadapan anak-anak kerana anak-anak cenderung mengikuti tingkah laku yang paling hampir dengan mereka
Anak ni peniru paling agung
Anak ni peniru paling agung. Kadang kita memang tak boleh ubah anak anak kita melainkan kita ubah perkara di sekeliling anak kita samada rancangan yang dia tonton dan juga kejiranan yang anak kita tinggal..
Tapi yang paling terbaik yang kita boleh buat untuk anak anak kita adalah dengan cara kita ubah diri kita sendiri. Kita lah sumber primer dan sumber pertama yang anak anak kita contohi dan tiru selama ini.. Tanpa disedari
Berdepan dengan orang tersayang yang bakal meninggalkan kita buat selama-lamanya adalah satu dugaan yang cukup hebat. Bayangkan hari-hari yang bakal dilalui, tiada lagi gelak tawa gurau senda dan makan bersama. Yang ada hanyalah kenangan yang dicipta bersama sebelum ini.
Inilah situasi yang dihadapi seorang anak apabila ibu yang tersayang disahkan menghidap kanser payudara.
Kisah ini dikongsikan oleh pengguna Twitter, Zarifah Nur Aida yang menguruskan arwah ibunya yang menghidap kanser stage 4.
Semoga kisah bakti anak sulung ini menjadi panduan kepada anak-anak ]yang lain supaya tidak mengabaikan ibu bapa ketika mereka sakit selain hormat dan menyayangi mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan biasa-biasa pencapaian dua beranak ini. Seorang pesara guru dan anak sulungnya mencipta kenangan cukup indah apabila sama-sama berjaya menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-104.
Lebih manis, Dr Jafni Ghazali, 60, dan anak sulungnya, Dr Nurul Huda Jafni, 29, bukan sahaja menamatkan pengajian dalam bidang yang sama iaitu Pengurusan Perniagaan, malah berpeluang berkongsi detik bersejarah itu di pentas konvokesyen yang sama.
Menurut Dr Jafni, beliau sendiri tidak menyangka akan meraikan kejayaan tersebut bersama anak sulungnya. Ini kerana walaupun mereka mendaftar pengajian pada tahun yang sama iaitu 2021, tarikh pendaftaran kemasukan semester mereka berbeza.
Namun aturan Allah itu cukup indah. Akhirnya, bapa dan anak ini berjaya menamatkan pengajian PhD UiTM bersama-sama dan menerima ijazah masing-masing pada istiadat yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM.
Berkongsi kisah perjalanan pengajiannya, Dr Jafni yang juga bekas Pengetua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Transkrian di Nibong Tebal, Pulau Pinang mengakui bukan mudah untuk sampai ke tahap ini.
Ketika masih berkhidmat sebagai pengetua, beliau perlu bergelut dengan kekangan masa dan tanggungjawab kerja. Malah selepas bersara, timbul juga persoalan dalam dirinya sama ada mahu meneruskan pengajian atau sebaliknya.
“Ketika berkhidmat sebagai pengetua, saya bergelut dengan waktu kerja, tetapi apabila sudah pencen saya berfikir sama ada nak teruskan pengajian ini atau tidak.
“Saya akui PhD bukan mudah dan perjalanannya memang kena laluinya sendirian, tetapi saya beruntung ada anak bersama-sama untuk kami berkongsi perjalanan pengajian ini,” katanya.
Sebagai seorang pendidik yang pernah mencurah bakti mendidik anak bangsa, kejayaan Dr Jafni ini pastinya memberi inspirasi besar. Biarpun sudah memasuki usia 60 tahun, semangatnya untuk terus menimba ilmu tidak pernah luntur.
Bagi Dr Jafni, cabaran paling besar sepanjang pengajian adalah menyiapkan penyelidikan ketika masih bertugas sebagai pendidik. Dalam masa sama, beliau perlu mengejar masa untuk menghantar laporan apabila tarikh akhir semakin menghampiri.
Namun kehadiran anak sulung sebagai teman seperjuangan sedikit sebanyak menjadi penguat semangat. Walaupun perjalanan PhD UiTM sering dianggap sebagai perjalanan yang sunyi dan penuh tekanan, beliau bersyukur kerana dapat berkongsi pengalaman itu bersama anak sendiri.
Sementara itu, Dr Nurul Huda pula meluahkan rasa syukur kerana dapat mengharungi pengajian peringkat tertinggi itu bersama bapanya.
Bagi beliau, momen menyarung jubah yang sama, duduk bersebelahan di dalam dewan dan menerima ijazah pada istiadat yang sama adalah kenangan paling berharga dalam hidup.
“Terharu dapat menerima ijazah dengan ayah. Walaupun kami daftar pada tahun yang sama, kami tidak jamin akan habis pengajian bersama kerana PhD ialah perjalanan yang panjang.
“Tetapi, selepas laporan penyelidikan kami diterima walaupun viva masing-masing berbeza seminggu, akhirnya dapat menamatkan pengajian bersama,” katanya.
Dr Nurul Huda yang kini bekerja sebagai pakar komunikasi serantau di sebuah syarikat di Kulim, Kedah berkata, kejayaan itu benar-benar menjadi hadiah istimewa buat dirinya dan keluarga.
Lebih mengharukan, konvokesyen kali ini juga membawa makna tersendiri buat Dr Nurul Huda kerana ia merupakan pengalaman pertamanya menaiki pentas untuk menerima ijazah.
Sebelum ini, beliau tidak berpeluang berbuat demikian ketika menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Universiti Sains Malaysia kerana menyambung pengajian di Manchester.
Ketika menamatkan pengajian Sarjana di University of Manchester pula, beliau sekali lagi tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen berikutan kekangan pandemik Covid-19.
Kisah Dr Jafni dan Dr Nurul Huda ini membuktikan bahawa ilmu tidak pernah mengenal usia. Pada usia 60 tahun, Dr Jafni menunjukkan bahawa tidak pernah terlambat untuk mengejar impian, selagi ada kemahuan dan semangat yang kuat.
Tahniah diucapkan kepada Dr Jafni Ghazali dan Dr Nurul Huda Jafni atas kejayaan membanggakan ini. Semoga kisah dua beranak ini menjadi inspirasi buat ibu bapa dan anak-anak di luar sana untuk terus belajar, saling menyokong dan tidak mudah berputus asa.
Benarlah, kejayaan akan terasa lebih manis apabila dapat diraikan bersama insan tersayang.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.