
Amalan minum air herba atau jamu dikalangan wanita yang telah berkahwin seakan satu kemestian untuk tujuan menjaga kesihatan dalaman dan luaran.
Oleh itu tidak hairanlah, terdapat pelbagai jenis minuman herba dan antaranya Jamu Beras Air Kencur menjadi pilihan untuk diamalkan.
Menariknya jamu kencur ini boleh dihasilkan sendiri. Dan ini ramuan yang diperlukan.
Jamu Air Beras Kencur
Bahan-bahan:
2 genggam cekur / kencur
1 genggam halia
1 genggam beras (yang sudah dicuci dan direndam 3jam)
1 ketul gula melaka kecil
1 sudu teh kecil bunga cengkih
1 liter air
Cara Penyediaan:
1. Cuci beras dan rendam selama 3 jam sampai nampak putih.
2. Cuci dan kupas kulit cekur / kencur dan halia.
3. Masukkan beras, cekur dan halia ke dalam blender dan blendkan sampai jadi pes.
4. Tuangkan pes itu ke dalam periuk tanah liat.
5. Masukkan bunga cengkih dan gula melaka.
6. Masak sampai mendidih dan tapiskan untuk asingkan air dan hampasnya.
7. Biarkan sejuk sebelum masuk botol.
8. Minum 1 kali atau 2 kali sehari ikut keperluan badan.
Minum suam, panas atau sejuk ikut keperluan badan masing masing. Dalam amalan berjamu, amat penting supaya mengamalkan secara berpada pada dan jangan terlalu taksub sampai membebankan badan.

Satu yang kita kena ingat, bila amalkan jamu, jangan pula dicampur dengan ubat atau vitamin lain. Jarakkan masa sekurang kurang 1 ke 2 jam. Pastikan minum jumlah air yang banyak supaya jamu dapat ‘bekerja’ dengan lebih berkesan.
Apa Manfaat Air Kencur?
Kalau kita amalkan selalu pasti ada ganjarannya untuk tubuh. Selain mengatasi masalah angin dalam badan, dalaman wanita juga jadi lebih mantap. Lebih segar malah badan lebih bertenaga dan taklah selalu sakit-sakit badan.

Malah bagi wanita berpantang, jamu kencur ini juga baik untuk mengecutkan rahim dan melegakan masalah bengkak dan angin dalam perut. Malah lenguh-lenguh sendi juga dapat dihilangkan.
Nak lagi power, usahakan tambah sedikit manjakani ke dalam air jamu ini. Pasti hasilnya lebih tip top dan mantap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

















2. masukkan serbuk cofee dan emolco dalam bahan yg kite larut kan td kacau baru masuk dalam adunan telur dan gula tadi.
3. last masuk tepung kite kacau laju-laju
4. kalau korg suke boleh tambah coffee coklat chips kat bakery ade jual.dalam 1/2 cawan kacau
5. loyang 8×8/9×9 nipis sikit. panas kan oven 170 dan masa 5 mnt turun kan suhu 150 dan bakar 45 mnt
6. yeay siap. Aalhamdulillah.semoga bermanfaat dan korang boleh gunakan untuk jualan ya
7. kalau nak wat die punye lorek tu mak ajar sebotol nutella botol kecil tu letak sket minyak kacau guna sudu dan masuk piping beg.lorek die zigzag eh