Perkongsian wanita ini berkenaan kakaknya yang berjaya turunkan berat badan setelah amalkan pengambilan makanan yang khusus setiap malam benar-benar memotivasikan dirinya untuk melakukan teknik yang sama untuk turunkan berat badan.
Apa yang menarik, menu istimewa tersebut cukup mudah disediakan dan nampak begitu enak. Jadi sesiapa pun boleh sediakannya, dan resipinya ada dikongsikan di sini.
Semoga dengan cara ini turut berhasil untuk yang lain juga. Jadi tunggu apa lagi, jom baca perkongsiannya dan mulakan diet yang konsisten.
Tak boleh jadi nih! Berat badan kakak saya dah turun daripada 79kg – 73kg sebab makan ni je setiap malam. Saya nekad ni, saya nekad nak kurus mcm dia jugakk.
Ok tadi dah pegi beli semua bahan2nya. Korang tu Mana yang dah mula rasa lemak badan dah Tak Tau nak pegi Mana bolehlah try menu ni. Marilah Kita!
Bahan2
Ads
Epal hijau – ikut suka berapa bijik nak letak
Ikan kembong – rebus dan carik2 isinya
Bawang besar
Limau kasturi
Garam halus
Cara buat Ada dekat Setiap gambar.
Step 1 : Epal tu racik halus-halus canggitu. Ikutlah nak buang kulit ke tak nak. Kalau rasa nak kunyah lama-lama macam makan chewing gum tu tak yah buang kulit dia. Saya pun silap pergi buang pulak kulitnya tadi, patutlah laju je menelan.
Ads
Step 2 : Potong, racik dan hancur-hancurkan bawang macam tu. Pakai pisau je takyah pakai blender.
Ads
Step 3 : Ikan tu ambil isinya sahaja, then gaulkan semua bahan macam dalam gambar ini. Jangan lupa tabur garam halus sedikit sahaja. Perah limau kasturi, letak dalam 7 – 8 biji pun tak apa, lagi masam lagi sedap.
Siap dah, sekejap sahaja habis ni cayalah. Korang trylah buat, kita nak kurus kan.
MASA MAKAN
Waktu pengambilan menu ni antara pukul 7-8malam SAHAJA Tau. Pastu jangan makan Pape dah, kok lapar sangat telan air masak mati je
Sumber : Nazuhaina Azu via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah kematian remaja perempuan, Siti Nur Surya Ismail mengejutkan semua pihak apabila ditemui mati dibunuh dengan kejam. Dalam perkembangan terbaru, rakannya ditahan reman kerana suspek utama kematian Arwah Siti Nur Surya.
Kejadian pembunuhan tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah pelakon cantik Anzalna Nasir yang baru-baru ini meluahkan hasratnya untuk membantu keluarga mangsa.
Hasrat tersebut dinyatakan oleh pelakon berusia 32 tahun itu menerusi perkongsian di Instastory yang meminta bantuan ramai untuk membantunya bagi menghubungi keluarga mangsa.
Menerusi laporan Media Hiburan, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini meluahkan rasa simpati dan mahu menghulurkan bantuan.
Menurut Anzalna, niatnya sekadar ingin meringankan beban keluarga mangsa terutama ibu arwah yang menghidap kanser otak.
“Apa yang kita akan rasa andai kita ditimpa musibah dan ini adalah ujian berat buat keluarga arwah. Saya berbincang dengan suami dan dia turut terbuka dengan niat ini…”
“Benar dalam situasi sekarang tidak mungkin saya boleh bertemu atau ke kediaman mangsa. Tetapi memadai andai kami dapat berhubung untuk sekurang-kurangnya membantu keluarganya terutama ibu arwah…”
Menurut Anzalnya lagi, pihaknya menerima banyak mesej mengenai hal yang berkaitan. Namun masih belum berjaya mendapatkan individu yang betul-betul sahih untuk dihubungi.
“Saya ada terima banyak mesej mengenai hal yang berkaitan. Cuma setakat ini masih belum dapat nombor yang betul-betul sahih untuk dihubungi…”
“Terima kasih atas ikhtiar semua. Semoga keluarga arwah kuat menghadapi dugaan ini dan saya berdoa agar semuanya dipermudahkan…”
Terdahulu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah di Kampung Lubok Batu, Telemong oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.
Sebut sahaja bab poligami, ada yang beranggapan kaum wanita tidak boleh menerima hal yang satu ini. Manakan tidaknya, siapa yang sanggup berkongsi kasih sayang seorang lelaki dengan wanita lain.
Biarpun di dalam Islam, hukum asal poligami ialah harus dan dibolehkan seperti mana firman Allah s.w.t :
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ “ Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat.” (Surah An-Nisa’:3).
Walau bagaimanapun, hukum poligami ini boleh menjadi sunat, makruh atau haram berdasarkan suasana dan keadaan individu yang ingin berpoligami.
Dalam menyusun kehidupan berumah tangga kena ‘give and take’, tidak boleh mementingkan diri dan nafsu semata-mata. Sebelum menambah ‘cawangan’ baru, apa kata selak dahulu kemampuan diri sama ada mampu melaksanakannya. Mampu bukan hanya dari segi seks semata-mata, tetapi menyeluruh termasuk masa, wang ringgit dan sebagainya.
Isu ini dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin menerusi laman facebooknya.
“Orang lain cuma melihat pakaiannya yg cantik di luar, tetapi hanya isterinya saja yg tahu kurap kayap di kulit badannya…”
Berpisah atau bermadu…
Rata-rata wanita jika diberikan pilihan ini didalam rumahtangganya, maka dia akan memilih utk berpisah. Bukan kerana tidak boleh berkongsi, tidak boleh bermadu atau ingin mengharamkan poligami, tapi baginya lebih banyak dosa jika berkongsi…
Jangan tanya kenapa isteri tak rela bermadu, tengok dulu kemampuan diri suami…
Lagi banyak pendapatannya lebih banyak dia berhutang. Ada yg menggunakan duit isteri, ada yg ditanggung isteri bahkan ada juga yg tidak menafkahi isteri sebab isteri bekerja, isteri ada duitnya sendiri. Tapi masih berhasrat utk berpoligami? Perangai dan siapa suami itu hanya isteri yang tahu…
Sejauh mana kemampuannya…
Kerana itulah ramai wanita takut bermadu, bukan kerana tamak atau kedekut, tetapi kerana dia tahu perangai suaminya sebenar. Suami boleh buat muka 10 sen tunjuk baik dan minta simpati kekasihnya (org ketiga) tetapi dengan isteri dia jadi harimau ganas dan lapar menunggu masa untuk menerkam mangsanya…
Banyak suami nk berpoligami tapi permulaan pun dah silap…
Bernikah diseberang, bukan di Malaysia kerana dia tahu jika dia membuat permohonan di mahkamah syariah, pasti sukar utk lulus permohonannya disebabkan kemampuannya… Kemudian bila berkahwin, dia culas dan lepas daripada tanggungjawab dan sebagainya, menyebabkan pelbagai masalah dihadapi oleh isteri pertama lalu isteri pertama rasa di aniaya…
Mereka yg berpoligami tapi tidak mampu ini sebenarnya mereka tidak takutkan balasan Allah…
Mereka telah melakukan sesuatu yang diharuskan, sunnah, tetapi melanggar syarat-syarat yang ditetapkan terhadap keharusan tersebut…
Keharusan ini adalah keharusan bersyarat…
Kerana itu apabila syarat tersebut tidak dipenuhi, maka keharusan tersebut tidak ada padanya. Kerana itu, lelaki atau suami yang bertindak sedemikian, telah melakukan dosa. Atas pengalaman yang banyak berlaku dalam masyarakat seperti inilah maka kaum wanita terlalu takut untuk dimadukan.
Poligami adalah keharusan yang ditetapkan oleh Allah kerana tidak adanya jalan keluar, selain daripada berpoligami atau berkahwin lagi. Seorang isteri contohnya, yang tua, uzur atau sakit yang tidak berupaya melayani kehendak batin suaminya, adalah wajar baginya merelakan suaminya yang masih mempunyai nafsu dan mempunyai sifat adil untuk berkahwin lagi…
Jika semua sudah dipenuhi, nak anak pun isteri dah bagi, layanan semuanya baik, jadi apakah syarat lagi yg akan digunakan utk berpoligami melainkan utk kepuasan dan kepentingan diri?
Nafsu semata-mata…
Jangan paksa isteri utk berkongsi…tengok balik kelemahan dan kekurangan diri sebelum ada “rasa” nak berpoligami…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Merasakan berat beban dan ujian hidup yang sedang kita tanggung hingga ada yang patah semangat dan berbolak balik hatinya dalam mensyukuri nikmat Allah.
Namun ingatlah ada orang lain lagi besar ujiannya. Pun begitu, tetap sabar malah semakin tinggi taqwanya kepada Allah.
Dan kisah seperti ini telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Hurairah Asifa semoga turut menjentik hati dan mendidik diri kita menjadi insan yang lebih baik.
Jom baca perkongsian ini.
Wanita Istimewa Bernama Fatimah
Ini kisah benar seorang wanita bernama Fatimah. Dia tinggal di Sungai petani. Kedah sana.
Satu hari, dia call satu pusat tahfiz. Katanya dia nak jumpa sangat pengetua dia. Bunyi suara macam tegas!
“Saya nak jumpa ustaz!”
“Ya puan. Silakan”
“Tapi, boleh ustaz tunjukkan jalan kesana?”
“Kalau puan susah nak ke sini, saya boleh ambil dimana sahaja lokasi puan”
“Takpa! Saya yang nak datang. Ustaz tunjuk jalan saja” Dan, akhirnya dari sungai petani sampai alor star, jalan kaki ke seberang jalan, Alhamdulilah.
Sampai di pusat tahfiz ni. Dia di sambut oleh ustaz tadi. Ustaz ni terkejut! Sebab apa? Sebab Puan Fatimah ni buta! Kalian, buta! Mata tak nampak!
“Puan, kenapa tak cakap pada saya yang puan buta?”
“Saya tak mahu buta ni sebab ustaz akan kesian, sebab buta ni Allah yang bagi pada saya”
Dan lagi menambahkan rasa terkilan, suami dia juga buta!
“Apa hajat puan nak sangat jumpa saya?”
Wanita itu keluarkan duit RM4,000 dan diberikan pada ustaz.
“Ustaz, RM4000 ni saya nak beri wakaf wakil untuk mak, ayah dan suami saya”
“Suami saya buta ustaz, tapi inilah jodoh saya. Mak ayah saya pun juga buta. Tapi, merekalah takdir saya.
Saya beri ni sebab saya tak nak hati saya lari dari ingat pada Allah. Saya takde anak ustaz. Moga inilah pembuka segala pintu rezeki kami”
Akak, Puan Fatimah ni buta. Mak ayah dia buta. Dapat suami pun buta. Sakit melalui ujian ni takkan mampu kita rasai.
Cinta pada suami, tapi tak dapat lihat wajah suami. Cinta pada mak ayah, tapi tak tahu bagaimana rupa orang yang dia cinta.
Tapi, di uji begitu pun dia takut kalau hatinya di bolak balikkan oleh Allah. Maka, di berikan hartanya supaya hatinya kekal dengan Allah.
Kita? Apa yang kita buat untuk kekalkan hati ini supaya terus dengan Allah?
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.