Pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang kini hamil anak keduanya mengakui berat badan badannya kini semakin bertambah secara mendadak biarpun kandungannya baru berusia lima bulan.
Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Ain memaklumkan beratnya naik 10kg selepas melakukan pemeriksaan bulanan.
“Saya pergi berjumpa dengan doctor, saya periksa berat badan saya daripada 55kg sekarang naik 65kg.
“Baru lima bulan lebih hamil,” katanya.
Ads
Tambah Ain lagi, dia kini lebih bijak mengawal pemakanan pada kandungan keduanya agar tidak berlebih-lebih namun katanya dia sendiri terkejut dengan kenaikan mendadak itu.
Malah kata Ain lagi, dia risau sekiranya dia sukar mendapatkan Kembali berat badan ideal selepas bersalin kelak.
Ads
“Saya dah cuba sedaya upaya kurangkan makan tapi berat semakin naik.
Ads
“Saya risaulah lepas bersalin nanti susah nak turunkan berat badan sebanyak itu,” katanya lagi.
Terdahulu, Ain berkongsi kehamilan keduanya dengan memuat naik beberapa keping gambar ketika majlis pengumuman jantina.
Ain yang mendirikan rumahtangga bersama suaminya, Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019 dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia tiga tahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak kenal dengan Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri. Setiap kali muncul di media sosial pasti meraih perhatian.
Namun seiring dengan masa dan peningkatan usia, suami kesayangan Datin Seri Shahida mengakui sudah memperlahankan aktivitinya di media sosial dan enggan lagi melakukan gimik murahan untuk menarik perhatian warga maya.
Jelas Aliff lagi, tindakannya itu berikutan menyedari anak-anaknya semakin meningkat remaja dan mahu memberikan lebih tumpuan pada perniagaan.
“Saya mengaku awalnya saya kejar glamor sebab saya bukan artis, tapi rupa-rupanya glamor tanpa duit pun tak ada erti. Kalau perasan enam bulan kebelakangan ini, saya lebih selesa mendiamkan diri daripada kontroversi.
“Sejujurnya saya dah tak suka dengan kamera! Kalau nak cari kontroversi mudah sahaja, asal ada orang buat isu saya boleh saja menyelit sebab follower saya dah tinggi… bukan nak riak tapi itulah hakikatnya.
“Jadi sekarang saya mahu lebih matang, tengok orang lain buat gimik itu dan ini, saya rasa tak apa la sebab kita dah rasa dulu. Tak perlu lagi la. Saya cuma nak cari ketenangan,” katanya ketika ditemu bual.
Jujur mengakui, dia kini tidak sanggup lagi terpalit dengan sebarang isu panas kerana memikirkan usianya yang semakin meningkat.
Sementelah dia enggan isu panas yang tular membuatkannya menjadi malu dengan anak-anak, sekali gus menjejaskan reputasi sebagai seorang bapa.
“Anak pertama saya pun dah masuk tingkatan tiga, bila dia tanya… abah kenapa video viral macam ni, kita pun jadi malulah. Jadi saya fikir tak apa la walaupun kurang kontroversi maruah lagi penting.
“Kita nampak anak kita dah membesar remaja… jadi anak bujang dan anak dara. Kita tengok betapa struggle membesarkan mereka, kita pun dah tak boleh nak marah-marah sebab takut mereka memberontak, jadi dari situ kita sedar.
“Saya nak jaga reputasi saya sebagai bapa. Saya mahu hubungan perkahwinan saya dan isteri berkekalan. Saya nak rasa dihormati oleh isteri, anak-anak dan masyarakat,” ujarnya.
Aliff ditemui semasa majlis Malam Aspirasi D’Herb yang diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor pada malam Sabtu.
Berdepan dengan pelbagai cabaran perniagaan termasuklah kerugian, resort yang dilanda bencana alam, Aliff mengambil pendekatan menarik diri daripada mencipta sebarang kontroversi yang akhirnya memakan diri.
“Sebenarnya kontroversi ini seronok tapi biarlah dia datang secara semula jadi bukan buat-buat sebab nak glamour. Kalau ikutkan saya pun nak popular hingga umur 60 tahun tapi bukan dengan cara yang murah.
“Kita kena sedar diri, kita akan tua… tak lama lagi dah nak masuk 40 tahun, rambut pun dah beruban. Jadi saya fikir sekarang ini masa untuk saya jadi ahli perniagaan sebenar bukan nak gelenya-gelenya (gedik). Saya tak nak dah! Nanti orang kata orang tua tak sedar diri.
“Dalam tahap sekarang ni, saya nak maintain saja, Alhamdulillah semua dah cukup. Nak kata kaya tujuh keturunan saya tak berani sebab kita bukan tuhan, kita tak tahu mungkin satu hari nanti saya akan susah juga tetapi buat masa ini cukuplah boleh hantar anak ke sekolah, bayar gaji pekerja dan tidak dihimpit kontroversi murahan,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemergian seorang arkitek dan juga seorang ibu hamil sarat anak ke 5. Meskipun tidak mengenali secara dekat dengan individu bernama Aizura Zulkifli, namun pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam kepada orang ramai, dan semestinya bagi mereka yang terdekat dengannya.
Melihat perkongsian suaminya, Ahmad Zukhairi Sulaiman, meskipun isterinya telah selamat disemadikan di Alor Gajah, tetapi dia akui tiada perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa pilu perasaannya ketika ini.
Meskipun hanya seorang, tetapi pemergian Aizura Zulkifli nyata memberi kesan kepada ramai pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan Allahyarhamah khususnya ahli keluarga.
Bismillah. No words can describe how my heart feels at this moment. No words. Sayang, Saya kehilangan seorang isteri, Anak2 kehilangan seorang ibu, Adik2 kehilangan seorang kakak, Mak ayah kehilangan seorang anak, Mama abah kehilangan seorang menantu, Saudara kehilangan seorang talian darah, Rakan2 kehilangan seorang sahabat. Hilangnya seorang, kesannya ramai. If you knew how much you are loved by others, You know you’ve lived such a blessed life.
Walau hubungan kita terhenti di sini, hubungan lain kembali bersatu. “pemergian yang menyatukan”. Indah.
Saya akan jadikan fb ni ruang untuk mereka yang menyayangi ingin melihat jalan hidup anak2 kita. Agar anak2 terus disayangi. Ramai yang sayang mereka. Jangan risau.
Tambahnya, meskipun belum puas menangis kerana pemergian ini, tetapi emosi anak-anak lebih penting untuk dijaga. Malah, suaminya juga berjanji untuk menjaga anak-anak sepenuh daya.
Maaf jika saya belum puas menangis kerana terpaksa sorok tangisan dari anak-anak. Emosi mereka lebih penting dari emosi saya. Dengan izin Allah, saya mampu. Doakan saya. Saya janji akan jaga anak2 kita sedaya upaya sepenuh daya, selagi saya bernyawa, diberi kesempatan. Saya janji. Dengan izin Allah.
Terima kasih pada insan2 yang banyak membantu keluarga kami dalam mengharungi ujian ini. Hanya Allah dapat membalas amalan kalian.
Terdahulu mereka bahkan menjalani kehidupan PJJ selama sedekad apabila Aizura berkerja di Kuantan, sementara pasangannya pula di Johor.
Dengan ini berakhir siri PJJ keluarga kita di dunia, mungkin Allah ingin satukan keluarga kita di ‘sana’ nanti. Dengan izin Allah. Ameen. Saya tahu sayang tidak lagi tahu apa yang berlaku di sini, tapi ini hanya sekadar coretan untuk semangat peribadi saya. Berat. Sumpah berat. “Aku mendengar Rasulullah ﷺ, “Wanita mana saja yang meninggal sementara suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.” (HR. Ibnu Majah: 1844) “Sayang, saya redha.”
Mak ayah mana yang tidak rungsing bila anak tidak dengar kata dan keras hatinya. Mak ayah boleh amalkan doa-doa tertentu sebagai amalan harian untuk lembutkan hati anak.
Cuba amalkan doa-doa ini bagi melembutkan hati mereka. Yakinlah dengan kuasa doa.
Selain sentiasa doakan mereka dalam setiap solat kita, doa dan amalan yang dikongsikan oleh ustazah cantik manis kita ini harus kita amalkan. Ada 5 doa dan amalan yang patut kita cuba. Jangan culas.
Tip lembutkan hati orang yang kita sayang seperti anak, suami atau isteri dan ibubapa.
1.Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
2. Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
3. Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
4. Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
5. Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
Bila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Petua yang dikongsikan oleh Ustazah kita ini adalah dengan membahagiakan orang lain terlebih dahulu dalam mencari kebahagian hidup bersama.
Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah سبحانه وتعالى iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian. Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.
JKM kesan waris tiga beradik yang berada di bawah perlindungan sejak 2023. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi JKM bagi membantu proses penilaian dan kebajikan kanak-kanak tersebut.