Baru beberapa hari bergelar suami isteri, kisah perkahwinan Neelofa dan PU Riz masih diperkata ramai. Saban masa ada sahaja gambar-gambar yang dimuat naik di media sosial.
Ibu mana yang tidak sebak dan sedih terpaksa melepaskan anak yang selama ini menjadi kesayangan kepada orang lain. Namun, sebagai ibu, Noor Kartini akur, ketentuan ilahi tak siapa boleh menghalang.
Apabila sampai masa dan jodoh si anak, sebagai ibu dia reda dan dalam masa yang bersyukur kerana si anak dipertemukan jodoh yang baik.
Demikian pengharapan dan kata-kata ibu Neelofa di dalam satu perkongsian di laman instagram miliknya.
”Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan” . Allahuakbar Allah Maha Besar, Segala Puji Hanya PadaMu. . Syukur Alhamdullilah segala apa yang dirancangkan berjalan dengan baik dan dirahmati.
Ads
Belian menarik di SINI . Ya Allah, ikatan mereka dibina atas perancangan Mu, atas rencana Mu, Aku sebagai ibu mensyukuri apa yang telah Engkau rencanakan kerana Engkau adalah sebaik baik perancang. . Wahai Anakku sayang @neelofa , taati dan sayangi lah suami Mu Haris dan serikanlah mahligai cinta mu setiap saat dan setiap waktu seperti mana Adam dan Hawa , Yusuf dan Zulaikha dan sepeti Engkau satukan Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah . Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia akhirat kelak InsyaAllah.
Ads
Cuci mata wangian murah di SINI . Ya Allah Ya Tuhanku, berkati dan serikan mahligai cinta mereka dengan siraman cinta setiap masa dan kurniakan kepada mereka zuriat yang soleh dan juga solehah. . Doa Mama dan keluarga sentiasa mengiringi gerak langkah dan perjalanan kamu wahai sayang ku, berat tangan ini melepaskan mu sayang tetatpi ku tahu ini aturan yang baik buat mu kerana Allah kurniakan kamu pasangan yang baik untuk menyambut lepasan tanganku ke tangannya dan terus membimbing mu ke jalan Allah. . Mama sentiasa sayangkan love. Semoga berbahagia dan bercinta hingga ke Jannah. . Amiin Allahumma Amiin
Namapun kanak-kanak, jika kena bebelan mesti makin nakal dibuatnya. Susah nak didik anak untuk lakukan rangsangan minda. Bukan memaksa anak-anak melakukan aktiviti membaca semata untuk merangsang mindanya tetapu melakukan aktiviti yang disukainya. Barulah mudah untuk memdidik anak-anak.
Perkongsian pakar ini ada benarnya, Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif psikologi perkembangan tahun awal serta soksiologi pendidikan usia praformal.
Perkataan berlawanan atau antonim perkataan ‘cerdas’ ialah ‘lembam’ atau ‘lembap’. Lawan kepada kanak-kanak cerdas ialah kanak-kanak yang lambat berfikir; tidak cekap menduga atau tidak cergas melakukan aktiviti. Papa dan mama mana yang tidak mahu anak manja mereka menjadi pintar lagi cerdas?
Saya tertarik dengan kata-kata pakar perkembangan kanak-kanak pada usia praformal (0-6 tahun), Dr Barbara Wolf. Kata beliau (terjemahan sedikit lebih kurang), “Orang dewasa rasa bahawa ‘mendidik’ kanak-kanak bererti kita perlu beri ceramah dan nasihat kepada mereka. Pendapat ini salah!
Sebaliknya, untuk merangsang minda dan mengasah kecerdasan si kecil, kita perlu mengambil kesempatan daripada ‘detik semula jadi sehari-hari’ untuk bertanya dan mengasah kecerdasan si kecil!”
Di bawah, disediakan lima aktiviti ‘detik semula jadi sehari-hari’ yang akan membantu merangsang minda si kecil menjadi pintar lagi cerdas
Aktiviti 1: Bermain bersama-sama
Si kecil mana yang tidak suka bermain? Luangkanlah masa setiap hari walaupun sebentar untuk bermain bersama-sama dengan anak anda, sesibuk mana pun anda dengan aktiviti harian lain. Ketika bermain bersama-sama, tanyalah soalan kepada si kecil.
Minta anak kecil anda terangkan apa yang dia sedang lakukan, tanya kepadanya tentang objektif permainan itu, kaitkan aktiviti itu dengan kemahiran mengira atau menulis, malah apa-apa sahaja yang menjadikan aktiviti bermain itu lebih ‘bererti’ boleh anda lakukan.
Bermain bersama-sama sambil berfikir dan bersembang bukan sekadar mengasah kecerdasan tetapi mama dan papa akan meningkatkan tahap ikatan (bonding) antara orang tua dan anak yang mengeratkan hubungan keluarga dan rasa sayang antara satu sama lain.
Aktiviti2: Membuat kerja-kerja di dalam rumah bersama-sama!
Memberi anak kecil anda tugas-tugas di dalam dan di sekitar rumah bukan sahaja memberikan rasa tanggungjawab. Malah ia akan dapat membantunya menguasai beberapa kemahiran hidup dan kemahiran asas lain.
Memang benar, ada kalanya si kecil sekadar ‘mengganggu’ ketika anda sedang menyapu lantai, melipat pakaian, membuat kuih atau mencuci pinggan mangkuk. Akan tetapi, mama dan papa perlu mengubah persepsi dan memberi peluang kepada si kecil untuk membantu mereka.
‘Membantu’ dalam konteks ini, biarlah berpadanan dengan usia si kecil manja itu. Yang paling utama, jangan sia-siakan peluang untuk menjana minda si kecil yang cerdas melalui aktiviti-aktiviti rutin di dalam rumah dan di sekitar kediaman anda.
Aktiviti 3: Makan dan minum bersama-sama!
Dalam kesibukan sehari-hari, papa dan mama kadang-kadang tidak dapat makan bersama tetapi waktu makan juga boleh menjadi masa untuk merangsang kecerdasan minda si kecil secara tidak langsung.
Kemahiran mengira boleh diasah dengan mengira berapa suap yang si kecil sudah makan, konsep warna boleh diasah dengan membandingkan warna makanan dengan krayon, asas pemakanan dan nutrisi pula boleh disampaikan kepada si kecil berusia antara 5-6 tahun.
Rutin sebelum makan seperti membaca doa makan dan melafaz ertinya juga jangan kita lupakan. Sambil mama atau papa menyuap makanan ke dalam mulut si kecil, suapkan juga asas-asas ilmu yang baik ke dalam minda aktif si kecil manja itu.
Aktiviti-aktiviti lain, bagaimana pula?
Kalau diikutkan, semua aktiviti seharian si kecil boleh menjadi aktiviti yang merangsang mindanya dengan syarat papa dan mama sama-sama ‘menyertai’ aktiviti berkenaan dan tidak mensia-siakan segala peluang yang ada untuk mengasah kecerdasan minda.
Berjalan bersama-sama di taman permainan, membeli barang rumah bersama-sama di pasar raya, melihat flora dan fauna yang ada di sekeliling kita, melihat dunia di luar kerana sedang menaiki kenderaan, termasuk juga bersedia untuk tidur.
Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti rutin yang biasa anda lakukan, semuanya boleh dimanfaatkan ke arah kecerdasan. Cuma harus ditekankan di sini, biarlah aktiviti untuk mengasah minda itu sesuai dengan peringkat usia dan kecenderungan serta minat si kecil juga. Jangan terlalu ‘memaksa’ anak anda hingga aktiviti bermain berubah menjadi seakan-akan kuliah pelajar universiti pula!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
PrIhatin dengan nasib rakyat Palestin, ramai yang tampil menghulurkan bantuan. Jika semalam Khairul Aming menyerahkan sebahagian hasil keuntungan jualan Sambalnya, terbaru jurusolek terkenal iaitu Mua Bellaz pula berbuat demikian.
Menerusi perkongsiannya, Bellaz menderma sebanyak RM20 ribu kepada Persatuan Cinta Gaza. Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Bella atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini menerusi akaun facebook dan Instagramnya.
Pertama kali Syukur kehadrat ilahi diatas kurniaan rezeki pinjamannya buat saya dan keluarga…kedua syukur pada semua yg mana support bellaz membeli barangan dri Bellaz Beauty…tanpa anda xmungkin bellaz dpt sumbangkan buat saudara kita di palestin hampa bnyk support bellaz .
“Semoga ada pahala sumbangan buat kita semua…aminnn Ya Allah ni la cara bantuan yg kami dapat lakukan walaupun jauh dari mereka…kau lindungilah mereka saudara2ku di palestine…aminn
Sapa yg mencari account mna yg nak di bankin nk bantu bellaz ada letak di bawah nnti share kt kwan2 yg mncari ..
Memang seronok jika berpeluang menaiki kapal terbang. Maklumlah, kos untuk seorang pun boleh cecah ratus ringgit, kecuali jika ada promosi harga akan murah.
Namun bagi mereka yang sudah biasa menaiki pesawat ia perkara biasa, cuma yang jarang dan tidak pernah akan berkelakuan pelik ketika berada didalam kapal terbang.
Maklumlah peluang nak kapal terbang ni bukan selalu dapat. Sebagaimana perkongsian seorang juru terbang, Faliq Samsudin berkongsi kisah lucu apabila melihat pelbagai ragam penumpang.
Bukan untuk buat ‘sentap’ tetapi sekadar peringatan bersama disebabkan antara ragam yang ditonjolkan melibatkan tata cara dan tertib ketika dalam pesawat.
Jom kita tengok 8 peel penumpang ni.
Ada jugak orang macam ni ek??
“Ragam penumpang bila naik flight..”
Harini aku rasa macam rajin lak nak kongsi ragam² penumpang yang aku pernah jumpa sepanjang aku fly.. Macam² pe’el weyhh.Aku bahagi kepada beberapa kategori.. So.. Lets Jom…
1. Geng “Small Try”.. Geng ni akan cuba untuk complain apa sahaja yang dia nampak depan mata.. Lepas dah complain.. Dia akan try mintak upgrade.. Memang jenis “take advantage of the situation”.. Biasanya nak mintak upgrade ke Business Class atau First Class laa.. Complain seat ekonomi sempit laa.. Tak dapat window seat laa.. Kacang masin tak cukup masin laa.. Opps.. Yang kacang masin ni aku reka.. Apa² jer la.. Bukan tak boleh complain.. Tapi biarlah berpada.. Nasib dia tak complain kata Captain tak cukup hensem.. Kalau tak, aku suruh dia duduk kat atas sayap satgi.. Baru dia tau!.. Haa.. Nak upgrade sangat kan?? .. Gurau sajorrr..
2.Geng “Karen”.. “Karen” ni adalah gelaran kepada orang yang suka demand & rasa diri dia entitled.. Nak kenal diorang ni senang jer.. Kalau ada masalah sikit jer.. Diorang ni la akan first cakap.. “I want to speak to the Captain”.. Kalau kat darat pulak.. Dia akan cakap.. “I want to speak to your manager!”.. Dia rasa hanya pihak atasan jer yang layak cakap dengan dia.. Bajet dia special kot.. Kalau berdepan dengan geng ni.. Terus aku teringat iklan ~ “Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?”.. Selain tu.. Ada jugak kategori hybrid.. Ni lagi special.. Lepas dah jadi “Karen”.. Boleh pulak dia convert masuk geng “Small Try”.. Mintak upgrade.. Memang idokk lerr..
3. Geng “Do you know who I am??”.. Geng ni pantang ditegur.. Walaupun terang² dia yang salah.. Kalau tegur jer mula lah.. “I’m a lawyer”.. “I’m an engineer”.. “I’m a doctor”.. Semua keluar.. Ataupun antara yang paling fames kat Malaysia ni.. “I’m a Dato’ you know!”.. Geng ni biasanya dia rasa diri dia dah hebat sangat.. Kasta tinggi orang kata.. Bagi dia.. “Ko tu drebar kapal terbang jer tau tak??”.. Yea lahh.. Ko sorang jer lah yang hebat.. Ambiklah.. Nak sangat!..
4.Geng “Suka try stewardess”.. Geng ni biasanya perasan dia tu most eligible bachelor la.. Takpun most eligible husband.. Pantang nampak stewardess cun.. Dia akan try mengorat.. Terjadi few times dalam flight aku.. Ada tu sampai sanggup dia berdiri kat galley dari KK sampai ke KL sebab nak mengayat.. Dekat 2 jam berdiri tuu.. Stewardess tu nak buat kerja pun payah.. Sampai terpaksa mintak tolong aku.. Apa lagi.. Aku pun bajet hero la.. “Tinggg”.. Aku ON seat belt sign.. Pastu suruh semua orang duduk sebab bad weather.. Kacau daun kan aku ni?.. Haha.. Adan Uke..
5.Geng “Paparazzi”.. Geng ni semua benda dia nak ambik gambar.. Gambar kapal terbang.. Gambar kacang masin.. Gambar stewardess menguap.. etc.. Gambar aku taknak pulak dia ambik? .. Ok.. Ni aku nak habaq.. Tak salah nak ambik gambar kapal terbang untuk kenangan.. Tapi.. Kalau ikut PDPA.. Sebenarnya korang tak dibenarkan untuk ambik gambar orang lain tanpa kebenaran.. Apatah lagi bila orang tu dalam uniform tengah bertugas.. Salah di sisi undang² okeyhh!!..
6. Geng “Aku nak dulu”.. Geng ni semua benda dia nak dulu.. Time boarding dia sibuk nak naik dulu.. Time makan dia nak dulu.. Time disembark pun muka dia jugak la sibuk bangun nak keluar dulu.. Apa ntah yang nak dikejar. Padahal pintu pun tak bukak lagi.. Kapal pun tak betul² parking lagi.. Haa.. Yang ni ramai orang buat.. Berbuih mulut stewardess dok cakap.. “Sila berada di tempat duduk anda sehingga isyarat tali pinggang keledar dipadamkan”.. Perlukah diulang dalam Bahasa Urdu baru orang nak faham?..
7.Geng “Tapau ikat tepi”.. Geng ni punya logik semua yang di beri dalam kapal terbang tu adalah hak penumpang.. Selimut.. Bantal.. Headphone.. Semua nak ditapau nyer. Pernah sekali aku buat flight umrah ke Madinah.. Turun kat terminal tetiba nampak ada penumpang kitorang tadi tengah solat kat satu sudut.. Macam kenal jer selimut purple yang diguna sebagai sejadah tu.. Kecik besar kecik besar jer nengoknye.. Nasib dia tak tapau kerusi kapal terbang tu sekali.
Dan yang terakhir dalam list aku ni..
8.Geng “Penumpang kiriman Tuhan”.. Geng ni memang dambaan mana² crew yang bertugas la.. Suruh duduk, dia duduk.. Suruh makan, dia makan.. Tutup lampu suruh tidur, dia tidur.. Senang kata geng ni memudahkan kerja crew la.. Cakap pun sopan jer.. Hormat kat crew yang bertugas.. Angelic gitteww.. Mostly orang² Malaysia tergolong dalam geng ni la.. Syabas Mere Bete.. Keep it up okeyhh?.. Takyah rasa peer pressure nak ikut sangat geng² tak ketahuan macam kat atas tu
“Kita mudahkan urusan orang.. InsyaAllah.. Allah akan mudahkan urusan kita”..
So.. Dah tau belum korang tergolong dalam kategori mana?.. Jap.. Takyah cakap.. Aku tau.. Orang Malaysia semua baik² belaka.. Mestilah semua tergolong dalam kategori “Penumpang kiriman Tuhan”..
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520