Setiap ujian yang diterima seseorang pasti ada hikmahnya. Jika kita diuji, usah mengeluh pasti ada hikmah yang terkandung di sebaliknya. Kita adalah insan terpilih yang mendapat perhatian Dia.

Demikian juga dengan keluarga ini yang hidup dalam kedaaan kekurangan. Namun kerajinan ketua keluarga wajar dipuji kerana biarpun serba kekurangan, namun masih tetap berusaha mencari rezeki buat mereka sekeluarga.

Inilah kisah hidup seorang penoreh getah dan keluarganya mendapat perhatian kerana memerlukan sumbangan sebanyak RM 7,000 untuk menyiapkan rumah yang terbengkalai yang pernah dibinanya.

“Beratap Nipah, Berdinding Plywood.  Di Sini Dapur, Di Sinilah Ruang Tamu.” Keluarga Ni Mohon Bantuan RM7K!

Kesusahan keluarga ini mendapat perhatian Puan Natipah Abu  yang merupakan seorang sukarelawan yang memberi bantuan dan banyak membantu mereka yang memerlukan.

Justeru, puan Natipah Abu mengajak orang ramai untuk menyalurkan sumbangan buat keluarga ini.

IKLAN

Kalau nak jumpa Mat tu .. kena mai musim hujan ! Kalau dak, jangan harap boleh jumpa dia .. motong tak berenti dia tu ! “
Itulah gambaran orang kampung tentang betapa rajinnya Hamba Allah ini. Dengan motosikal cabuknya, dia berulang-alik selama 40 minit sehari satu hala untuk menoreh di sebuah ladang getah.

Sungguhpun dia seorang yang rajin, tetapi buat masa ini … hasil tulang empat keratnya itu belum mampu untuk memberikan keselesaan kepada keluarganya.
Dia hanya dibayar RM1 untuk sekilo getah yang dijual kepada pihak majikan. Tetapi apakan daya, itulah satu-satunya ikhtiar yang dia mampu untuk mencari rezeki yang halal bagi membesarkan ketiga-tiga orang anaknya.

“Beratap Nipah, Berdinding Plywood.  Di Sini Dapur, Di Sinilah Ruang Tamu.” Keluarga Ni Mohon Bantuan RM7K!

IKLAN

Tinggal nun jauh di pedalaman , rata- rata penghuni kampung itu tinggal di atas tanah yang bukan hak milik sendiri. Atas sebab itulah pihak berwajib tidak dapat menyalurkan bantuan.
Semua barangan di dalam pondok buruknya yang berbumbungkan atap nipah dan rimbunan pohon markisa itu, merupakan barangan terpakai sumbangan orang. Bahkan … pakaian mereka juga, terpakai belaka.

Empat tahun yang lalu … sebaik lahirnya anak sulung Mat, dia mula membina sebuah rumah yang seadanya untuk mereka sekeluarga dengan cara mengumpul wang sedikit demi sedikit.
Namun masa berlalu .. anak semakin bertambah, Mat sudah tidak mampu lagi untuk mengumpul wang dan impian Mat untuk menyiapkan rumah itu sebagai tanda kasih kepada permaisuri hatinya pun terhenti di situ.

Alhamdulillah … bahan binaan utk ibu rumah, akan disumbangkan oleh seorang Hamba Allah manakala selebihnya, akan diselesaikan dengan sumbangan dari kita.
Yang menjadi tanggung jawab kita ialah menyiapkan dapur, bilik air , pendawaian elektrik dan menyediakan perabut asas seadanya utk keluarga ini.
Untuk kos upah pula .. Mat boleh bertukang cuma bahagian-bahagian tertentu saja yang akan diupah.

IKLAN

“Beratap Nipah, Berdinding Plywood.  Di Sini Dapur, Di Sinilah Ruang Tamu.” Keluarga Ni Mohon Bantuan RM7K!

Sungguh pun Mat hanya seorang penoreh getah, namun keperluan anak-anak yang berusia 4 tahun, 2 tahun dan 5 bulan itu, tetap menjadi keutamaannya. Tidak pernah sekali-kali dia membiarkan insan di bawah tanggungannya kelaparan.
Jumaat yang barakah, kita niatkan Sedekah Jumaat ini untuk membantu saudara kita, Muhammad Shuid Bin Che Ahmad ( 36 tahun ) menyiapkan rumah barunya yang terbengkalai.

Semoga Allah murahkan rezeki keluarga ini dan hasil sedekah kita beramai-beramai sorang sedikit ini akan membolehkan mereka hidup dalam keadaan yang lebih sempurna berbanding hari ini di rumah baru kelak.
Sesungguhnya, di saat kita nyenyak tidur diulit mimpi indah di atas tilam yang empuk di dalam bilik yang indah … ada saudara kita di luar sana yang tidurnya hanya berselimutkan dingin malam.

Satu kita beri , sepuluh Allah ganti InsyaAllah ! .

Buat anda yang ingin menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian  menerusi MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521 atau boleh berhubung terus dengan puan Natipah Abu menerusi laman facebooknya.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI