Bestnya kan perkahwinan tu selalu jadi benda yang diluar jangkaan. Pernah ke terfikir kalau kawin dengan orang luar?
Mana la tahu kalau dah rezeki tahun depan beraya dekat Australia ke Jepun ke.
Seronok tengok orang lain boleh guna banyak bahasa. Bukan itu je, boleh ajar anak dari kecik juga untuk guna banyak bahasa di rumah.
Dekat situ pon dah ada banyak peluang dan kebaikan guna banyak bahasa kan.
KIMCHI DURIAN BERMAAFAN DI PAGI RAYA
Siapa je tak kenal pasangan selebriti perkahwinan campur Malaysia kelate dengan Korea ni.
Maryam dan Ryzal yang berkahwin pada tahun 2019 menarik perhatian orang ramai.
Bukan sebab perkahwinan antara orang Malaysia dengan orang Korea je, yang lagi hebat sebab Ryzal orang kelate. Kimchi cicah budu ke ni?
Ha baru-baru ni raya, Maryam salam bermaaf-maafan dengan Ryzal di pagi raya dalam bahasa Korea.
Ads
Wahh hebat betul beraya dalam bahasa Korea. Mujur tak ada subtitle. Baru je nak kepochi.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Ryzal, Maryam salam untuk beraya dengannya. Rina pon elok je tengok mak ayah dekat tepi.
“Cara isteri Korea bermaafan di pagi raya, banyak betul alasan,” – Ryzal Ibrahim
Ryzal bergurau dengan Maryam katanya minta maaf elok-elok baru dia bawa jalan-jalan. Maryam pon apa lagi kemain minta maaf dalam bahasa Korea, baru syahdu dan ikhlas.
Ads
“Dia nak ikhlas, memang kena guna bahasa sendiri baru feel kan,” – Netizen
Kataya Ryzal, dia turut minta maaf kalau ada salah silap. Maryam pon laju je jawab “betul” dalam bahasa Korea. Maryam memang dah tunggu saat-saat ni.
Netizen pon laju je jadi translator. Ada bagusnya jugak kan tengok K-drama. Mana la tahu dapat peluang kerja jadi translator. Masyuk jugak tu.
Kalau ke pasaraya selalu kita perhatikan ada anak-anak yang baring di lantai sambil mengamuk. Biasanya kes hendak dibelikan mainan atau ada permasalahan lain yang mengganggu emosinya.
Ada juga keluarga berhenti di pertengahan jalan atau di tempat parking kereta gara-gara anak menangis dan mula memberontak. Bukan biasa-biasa tapi kuatnya sampai boleh didengari segenap ruang. Hebat.
Tapi hal ini sebenarnya adalah perkara biasa bagi kita mak ayah. Mungkin bagi yang berkahwin dan punya anak hal ini sudah terlalu biasa. Bagi yang bujang pula, jangan sekali-kali menjeling atau menegur. Dengar apa kata Doktor Taufik Razif ini.
Pernah ada sorang budak ni mengamuk sampai terjerit jerit dan berguling guling di depan saya tapi saya tak masuk campur.
Salah masuk campur boleh jatuh air muka mak ayahnya. Ni 5 benda kita tak boleh buat kalau nampak anak orang lain mengamuk di depan kita :
1. Kita tengking anak tersebut
Tengkingan hanya memburukkan keadaan. Samada anak tu jadi makin mengamuk atau anak tu jadi diam terus. Bagus untuk jangka masa pendek tapi buruk untuk jangka masa panjang. Anak mungkin akan trauma dengan ‘strangers’ buat selama
lamanya.
2. Kita pandang anak tu dan keluarganya tu dengan pandangan sinis
Pandangan sinis hanya akan membuatkan mak ayah si anak yang tengah mengamuk tu menjadi lebih cemas. Rasa cemas tu tadi hanya akan membuatkan emosi mak ayah menjadi lebih kacau bilau. Bagaimana nak kawal emosi anak kalau emosi mak ayah sendiri tengah kacau dan tak stabil kan?
3. Jangan mengata
Anak yang mengamuk dan tantrum ni boleh jadi pada sesiapa sahaja. Ianya boleh jadi pada sesiapa sekalipun pada pakar kanak kanak kerana tantrum dan amukan adalah cara anak-anak berkomunikasi dan meluahkan rasa di dada. Kita tak boleh
stop benda tu 100% tapi kita boleh bimbing supaya ianya terkawal dan tak melampaui batas.
4. Jangan anggap anak tu nakal
Anak mengamuk dan tantrum tak semestinya anak nakal. Anak tantrum adalah anak yang masih dalam proses untuk belajar ‘self regulation’ dan ‘communication’.
5. Jangan malukan mak ayahnya di depan umum
Walaupun di mata kita, kita nampak mak ayah tu tadi macam tak pandai kawal anak, kita tetap kena bersangka baik. Kita kena ingat, anak anak tantrum ni mengamuk ni banyak sebabnya. Boleh jadi ianya disebabkan keperluan fisiologinya tak dipenuhi seperti tak cukup tidur, lampin penuh, lapar ataupun kepanasan.
Boleh jadi juga kerana ransangan sekeliling terlampau banyak. Contohnya bunyi bising ataupun cahaya lampu yang terlalu berkelip dan terang. Jadi tak adil kita nak menghakimi mak ayah hanya kerana anaknya mengamuk.
Tapi kalau dah tahu anak kita suka tantrum, kita elakkan ke tempat-tempat yang boleh mengganggu orang lain ye. Kita saling memahami, itu yang terbaik.
Kredit: Taufik Raziq
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Trending, drama bertajuk . 7 hari Mencintaiku yang berkisar kepincangan rumahtangga akibat campur tangan orang luar sama ada ibu ayah atau mertua. Sebagaimana watak dalam cerita ini, yang dikenali sebagai ‘Mak Leha’ telah menjadi bualan hangat warganet lantaran sikapnya mengakibatkan rumah tangga anaknya Kuzairi dan menantu, Mia porak peranda.
Lantaran itu, seorang lelaki menyatakan pandangan menerusi facebook miliknya, mempersoalkan adakah wujud watak Mak Leha sebagai mertua dalam dunia realiti yang akan menjadi penghalang kepada pasangan suami isteri yang inginkan hidup bahagia till jannah.
Ikuti perkongsian ini.
Ada ke mertua macam Mak Leha ni…
Ada…apsal plak xde…yg teruk dari Mak Leha pun ada…
Ada mertua yg smpai jumpa bomoh, hanya nak anaknya berpisah dgn menantu…ada mertua yg mencanang kekurangan dan kelemahan menantu, hanya kerana menantu tu x ngam dgn dia…ada mertua yg sedaya upaya hasut anaknya dgn memburuk2kan menantu, hanya kerana dia ada pilihan lain…
Ada mertua yg marah dan jeling bila menantu suruh anaknya buat keje…ada mertua yg cemburu dan dengki bila menantu dpt hadiah atau dibawa pergi jalan2…ada mertua yg anggap menantu tu pesaing dan perampas anaknya dari dia…
Ada mertua yg sentiasa mempertahankan anaknya walaupun terang2 anaknya buat salah…ada mertua yg sentiasa mempertikaikan apa yg menantu buat baik dari segi masakan, layanan, ataupun soal penjagaan anak…
Ada mertua yg selalu masuk campur urusan rumahtangga anaknya…ada mertua yg selalu buat keputusan utk rumahtangga anaknya…
Untung lagi dpt mertua mcm Mak Leha sbb dia tahu jugak nak insaf, nak bertaubat, nak sedar salah silap dia…yg ada diluar ni, belum tentu sedar, belum tentu insaf dan belum tentu lagi nak bertaubat…
Selagi tak bercerai berai, selagi tak huru hara, selagi tu la matlamat dia tak tercapai…
Kita sering bercakap tentang betapa besarnya pengorbanan ibu dan ayah dalam membesarkan anak-anak. Siang malam memerah keringat mencari rezeki, demi menjanjikan hidup yang lebih sempurna untuk anak-anak. Ya, melakukan pengorbanan ini setiap ibu ayah akan lakukan dengan sepenuh hati.
Pun begitu, kita juga sering terdengar kisah-kisah menyentuh bilamana ada anak yang telah besar panjang, berkira-kira untuk menguruskan ibu dan ayah yang telah uzur dikampung. Begitu banyak alasan diberikan, namun tidak bagi Mohamad Adam Nasrudin, yang merupakan anak ke lapan daripadan sembilan adik beradik ini.
Baginya, biarlah tugas itu digalas dibahunya untuk memberikan khidmat buat ibu Puan Haizan Che Mohamed yang tidak mampu lagi mengurus diri dek kerana serangan penyakit angin ahmar.
Memetik laporan daripada Harian Metro, anak lelaki ini bila mendapat tahu tahap kesihatan ibunya, terus mengambil keputusan pantas bertindak memberi notis berhenti kerja 24 jam untuk balik ke kampung demi menjaga ibu.
“Adik beradik yang lain sudah berumah tangga dan menetap di luar Kelantan, jadi atas sebab itu saya mengambil tanggungjawab menguruskan emak sepenuh masa.
“Setiap hari, rutin saya bermula dengan menyuap emak makan kerana dia seorang kidal dan tidak dapat menyuap menggunakan tangan kanan.
“Untuk mandi pula, saya perlu mengangkat emak dan meletaknya atas kerusi roda sebelum dimandikan dalam bilik air.”
Anak kelapan daripada sembilan adik beradik ini, secara bergilir-gilir dengan abangnya menguruskan ibu yang terlantar dek kerana lumpuh sebelah badan. Tanggungjawab ini dipikul kerana ayahnya juga telah uzur dan tidak mampu mengurus isterinya.
Menurut laporan Harian Metro lagi, Ketika ditanya sama ada timbul atau tidak perasaan menyesal kerana melepaskan kerjaya di syarikat tempatnya bekerja sebelum ini, Mohamad Adam berkata, keputusan itu diambil selepas memikirkan semasak-masaknya malah tidak kesal demi membalas jasa ibunya.
“Saya turut berdoa semoga emak akan sembuh suatu hari nanti dan saya mampu kembali bekerja demi masa depan.
“Buat sementara ini, biarlah saya terus berkorban bagi memastikan emak tidak terabai dan sudah semestinya sebagai anak wajib menjalankan tanggungjawab menjaganya,” katanya.