Pempengaruh media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Duriankimchi mencuri perhatian warganet apabila memuat naik beberapa foto memaparkan dirinya mengenakan hijab.
Malah, menerusi perkongsian di Instagramnya itu, Maryam memaklumkan, sejak dia berjinak-jinak memakai hijab timbul rasa risau sekiranya dia berasa panas namun, sebaliknya pula yang berlaku.
“Hari ini saya buat face call dengan ibu saya. Ibu saya tanya ‘tak panas ke pakai tudung?
“Sebenarnya saya pun selalu risau bila pakai tudung rasa lagi panas. Tapi sampai sekarang saya tak rasa panas sangat bila saya ikhlas pakai tudung bukan terpaksa. Alhamdulillah, Allah makes everything easy,” tulisnya.
Perkongsian Maryam itu mendapat respons positif dalam kalangan warganet apabila rata-rata mereka memuji penampilan dan mendoakan agar dia kekal istiqamah mengenakan hijab.
Ads
Terdahulu, perkongsian Maryam di TikTok juga mendapat pujian ramai apabila tampil mengenakan busana dan hijab berwarna putih sekaligus menyerlahkan lagi keayuannya.
Kerjasama, persefahaman dan komunikasi yang baik adalah antara sikap yang mesti ada dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Memahami akan pentingnya aspek ini dalam kekeluargaan, maka Majalah Keluarga menganjurkan aktiviti Treasure Hunt di Lost World Of Tambun (LWOT), Ipoh Perak pada 6 April yang lalu.
Acara berlangsung dengan meriah apabila disertai oleh keluarga yang datang dari pelbagai negeri. Setiap ahli keluarga ini di bahagikan menjadi lima kumpulan membentuk keluarga besar yang istimewa. Kumpulan berkenaan diberi nama seperti grup Mutiara, Jade, Berlian, Emas dan Permata telah diberi ‘task’ untuk setiap check point treasure hunt.
Terdahulu sebelum treasure hunt bermula, peserta diberi taklimat dan senaman regangan untuk mengelak kecederaan otot semasa acara treasure hunt dimulakan. Dalam pada itu, acara dimeriahkan dengan cabutan bertuah.
Majlis juga diserikan dengan kehadiran selebriti bagi slot, Meet & Greet bersama Irma Hasmie dan keluarga menjadi penyeri program kekeluargaan ini.
Dalam ucapan aluan, Editor Majalah Keluarga, Marliana Shamsuddin, melahirkan rasa kagum dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua peserta. Setiap keluarga sanggup datang seawal pagi untuk menyertai program ini dan kerjasama yang diberikan amat dihargai. Katanya lagi, program ini diadakan bagi tujuan merapatkan hubungan antara anak beranak selain menerapkan elemen kerjasama di antara keluarga besar program #kelurgagader ini. Beliau turut melahirkan rasa bangga dengan sokongan dan kerjasama pihak Lost World Of Tambun yang membantu merealisasikan program kekeluargaan kali ini dengan jayanya.
Acara kemuncak program ini adalah penyampaian hadiah kepada pemenang yang berjaya. Pemenang bagi pertandingan treasure hunt dimenangi kumpulan Emas yang membawa hadiah barangan Nestle dan tiket percutian. Bagaimana pun buat kumpulan Berlian, Jade, Permata dan Mutiara, mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Turut membawa pulang barangan Nestle sebagai penghargaan. Antara penaja hadiah lain yang turut memberikan sumbangan ialah Safi ubat gigi mikro kalsium, Huggies Gentle Clean Care Baby Wipes , Safi pembersih muka dan Kleenex Tsum Tsum Tisu dan Shopee.
Cabutan bertuah
Tahniah kepada semua pemenang! Semoga berjumpa lagi di program Keluarga Gader seterusnya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Seakan tidak mampu untuk dibayangkan kesedihan yang ditanggung oleh Puan Lilis Handayani Sukran, 24 apabila menerima perkhabaran daripada pengasuhnya mengatakan anaknya sudah tidak bermaya lagi.
Difahamkan anak perempuannya itu baru berusia 4 bulan yang diberi nama Luna Aralyn Amar Ridhwan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuhnya sebelum ditemui lemah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).
Memetik berita yang dikongsikan di Utusan Malaysia, ibu bayi berkenaan sangat sedih dengan pemergian anak tunggalnya yang baru dilahirkan akhir Julai lalu.
Diminta Segera Datang
“Masa itu, saya berada di tempat kerja, dapat panggilan dari pengasuh yang memaklumkan muka anak sudah biru dan dia suruh segera datang ke rumahnya.
“Bayi ini merupakan satu-satunya anak saya dan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik, HTJ di sini hari ini.
Sementara itu, bapa saudara bayi tersebut, Nashrullah Mohd. Non, 32, berkata, buat masa ini, punca kematian masih belum dikenal pasti dan keputusan hasil bedah siasat hanya akan diperoleh dalam masa terdekat.
“Jenazah bayi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol selepas solat Zuhur hari ini,” katanya.
Wajah Anak Pucat & Tiada Tindak Balas
Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 4.40 petang semalam, ibu mangsa yang berada di tempat kerja menerima panggilan telefon daripada pengasuh yang memintanya datang segera ke kediamannya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini kerana bayi itu dalam keadaan sangat lemah dan wajahnya pucat.
Beliau berkata, sebaik tiba, ibunya mendapati keadaan kulit wajah anaknya, Luna Aralyn, empat bulan, telah pucat dan tiada tindak balas apabila dia cuba mengejutkannya.
Bayi itu kemudiannya dihantar ke HTJ di sini untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.