Bukan mudah untuk kita menurunkan berat badan hatta 1kg sekali pun. Hal ini tentu ada antaranya yang perasan. Puaslah lakukan pelbagai cara namun jika ada pengurangan, ianya sedikit sangat. Berbeza pula bila bab makan terlebih sedikit daripada biasa, terus berkilo-kilo penambahan pula berlaku.
Faham akan kepayahan dan masalah itu, hingga tidak ramai yang mampu untuk terus konsisten berdiet. Namun berbeza dengan wanita ini. Berbekalkan semangat dan disiplin yang diamalkannya hingga berjaya turunkan berat badan bukan 1kg atau 2kg lemak daripada tubuhnya telah disingkirkan tetapi 35.5kg! Bayangkanlah, apa yang dilakukan oleh wanita ini sehingga turun sebegitu banyak dalam masa 8 bulan. Nak tahu lanjut, jom semak perkongsiannya.
Hari-hari diet tanpa jemu. Hampir 8 bulan. Wani berjaya lost 35.5kg. Tak kurus macam orang lain. Tapi kurus sikit dari dulu.
Orang tanya. Macam mana-mana diet ni. Wani cuma bagitahu. Jaga makan. Jangan makan waktu malam. Jangan minum air manis. Tu yang Wani amal selama diet. Dari mula-mula start diet dah amal minum green tea jasmine.
Air kosong. 3-4 liter sehari. Memang akan ulang-ulang ke tandas. Ke hulu hilir bawa botol air. Bukan senang nak kurus.
Setiap kali makan. Wajib makan on time. Pagi 9 am. Lunch 1 pm. Dinner 6 pm. Lepas 7 pm memang tak makan dah. Makan makanan berkhasiat ( panggang atau rebus ). Kurangkan garam.
Ads
Setiap minggu. 3-5kali Wani akan bersenam. Sekarang ni selang-selang cardio workout dengan zumba. Kalau dulu zumba je. Wani pilih untuk senam dalam rumah je. Lagi senang. Jimat masa.
Tenkiu untuk husband wani. Sentiasa support wife mu ini.
Nampak langsing di sisi suami
Diet bukan untuk dipuji. Tapi untuk diri sendiri. Sekurang-kurangnya Wani dah usaha untuk hidup sihat.
Ads
Sarapan ringkas namun nampak menyelerakan
Kat sini. Wani sertakan contoh breakfast + green tea jasmine setiap pagi. Tak pernah miss.
Ads
Pada posting terdahulu, Wani turut berkongsi perbezaan gambarnya ketika turun 27kg dalam masa 6 bulan selepas berdiet dengan sebelum berdiet.
Makan masa sebab diet seimbang dan jaga makanan. Nak kurangkan 12-10kg lagi. (doakan wani ).
Makanan bersantan memang cukup sensitif kalau nak dimasak. Lebih-lebih kalau hendak disimpan keesokkan harinya atau lebih lama lagi.
Biasanya makanan bersantan jarang disediakan lebih awal, semuanya bagi mengelakkan ia basi.
Pun begitu sebenarnya ada cara nak pastikan makanan bersantan ini kekal lama. Bagaimana caranya?Biarkan Reneh Lama
Ketika mendidihkan sebarang kuah bersantan, pastikan dibiarkan ia direneh lama tetapi menggunakan api yang kecil. Cara ini buat santan masak sekata dan mampu bertahan lebih lama.
Asingkan Santan
Cara lain untuk pastikan menu bersantan bertahan lebih lama adalah dengan menumis bahan tumis dengan lama supaya apabila dimasukkan santan, ia tidak bertindak balas dan mengakibatkan santan lebih cepat basi.
Nak lebih hebat lagi, asingkan bahan tumisan dan kuah bersantan. Masak lodeh misalnya, boleh dimasak tumisan bahan lodeh terlebih dahulu dan bila hendak makan, hanya masukkan santan dan didihkan seperti biasa.
Santan Mentah Tahan Lama?
Santan mentah yang diperah secara asli memang enak dimasak. Malah rasa lemaknya memang enak. Pun begitu santan jenis ini tidak mampu bertahan lama walaupun diletakkan dalam peti sejuk yang beku.
Apabila dimasak, jika dimasukkan ke dalam peti sejuk pada tempoh yang lama adakalanya buat teksturnya sudah tidak elok lagi. Rasanya juga sudah tidak lemak dan sedikit masam.
Bagaimana nak pastikan santan ini kekal segar?
Cara 1:
1. Basahkan beberapa helaian surat khabar.
2. Bungkus kemas santan.
3. Simpan dalam tempat beku.
* Hasilnya walaupun santan beku tetapi tetap segar malah tidak terpisah air dan santanya. Malah ketika masak pun, santan tidak berketul-ketul.
Cara 2:
1. Masak santan bersama garam hingga mendidih.
2. Sejukkan sekejap.
3. Kemudian masukkan santan ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk.
Cara ini buat santan dapat bertahan hingga 1 bulan.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tip ‘awet’ kayu, tak mudah reput dan rosak, terdedah hujan, panas pun masih kukuh. Selalunya masalah yang sering dialami ialah kayu yang digunakan untuk kerja-kerja DIY menjadi reput dan rosak.
Tahukah anda bahawa ada cara untuk mengatasi masalah ini. Seperti tip yang dikongsikan oleh Atama Aaeman ini, tiada lagi masalah kayu reput dan rosak. Jadi tidak perlulah kita kerap beli kayu baru bagi menggantikan kayu-kayu yang reput dan rosak.
PETUA MENGAWET KAYU
Ramai tukang suka menggunakan kayu untuk projek-projek DIY. Kayu memang cantik dan berseni semula jadi selain senang dibentuk, dicantum dan dikendali. Tetapi kayu lama kelamaan akan reput, rosak tekstur asal dan hilang kekuatannya terutama jika terdedah kepada faktor cuaca, kulat dan serangga.
Saya kongsikan di sini petua mengawet kayu supaya tahan lama yang diajarkan oleh bapa saya seorang tukang rumah, tukang kayu dan pernah terlibat dengan industri kayu balak di Sarawak selama berpuluh tahun.
Teknik rawatan kayu ini sangat ekonomik. Saya hanya gunakan campuran ubat gegat (naphthalene) dengan minyak diesel. Sediakan bahan dalam kuantiti sesuai dengan jumlah kayu yang hendak dirawat. Biasanya seliter diesel cukup untuk 1 meter padu kayu.
Saya gunakan sebungkus ubat gegat. Ubat gegat ditumbuk halus sehingga menjadi tepung dan dilarutkan di dalam minyak diesel. Gunakan topeng pernafasan yang sesuai semasa penyediaan dan proses merawat kayu sebab wap naphthalene ini bahaya jika disedut berlebihan.
Kayu yang hendak dirawat mestilah betul-betul kering. Campuran bahan tadi boleh disapu dengan berus atau penggelek cat, ataupun disembur ke atas kayu. Biarkan ia meresap ke dalam kayu dan keringkan. Jangan jemur terus di bawah matahari.
Setelah rawatan, kayu masih boleh diketam atau dilicinkan. Pastikan kayusudah betul-betul kering dari kesan berminyak pada permukaan sebelum mengecat. Warna asal kayu tidak akan terjejas jika rawatan dibuat dengan betul. Kayu yang saya rawat dengan teknik ini terbukti tahan lama tanpa kesan kerosakan akibat cuaca, kulat mahupun serangga.
Bau ubat gegat akan kekal dalam isi kayu untuk tempoh bertahun-tahun walaupun kayu terdedah dengan cuaca panas dan lembap. Malah kalau naik ke atas syiling rumah saya yang rangkanya dibuat dengan kayu terawat ini kita akan hidu bau ubat gegat walaupun setelah lebih 5 tahun! Lipas, cicak, tikus dan serangga-serangga perosak memang tak berani dekat.
Gambar menunjukkan rak tempat isteri saya menanam bunga yang dibuat daripada kayu terawat dengan teknik ini. Selepas rawatan, kayu tersebut terbiar selama lebih empat tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak bunga ini.
Semasa memotong, bau naphthalene masih kuat dan kayu masih kekal elok. Rak bunga ini sudah lebih setahun di situ tanpa dicat dan terdedah kepada cuaca di tepi pantai yang panas dan lembap, di atas tanah tanpa beralas.
German Cookies ni antara Biskut Raya paling senang nak buat. Selain bahan yang digunakan sedikit, cara mengadunnya juga mudah. Hanya gentel-gentel, bakar dan siap. Mudah kan!
Paling best biskut ini yang mudah cair di dalam mulut. Gerenti anak-anak suka. Untuk ibu-ibu yang nak cuba, boleh gunakan resipi yang dikongsikan oleh Azura Felulaini.
German Cookies @ Deutshe Kekse 🇩🇪
Kuih Raya yg agak rare sikit this year 🤭 Siap!!
Saje ja kalini try buat rainbow version 😘 biskut ni texturenya sgt light & melt in your mouth gitu 🤭 Budak2 mesti suka sgt 😋 Jom Cuba
Cara penyediannya:
1- Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap. bahagikan kepada 7 bahagian dan masukkan warna yg disukai
2- Ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susuh atas dulang pembakar. guna garfu dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3-. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di