Main kutu sebagaimana kita maklum adalah apabila ada sekumpulan individu yang setuju untuk menyumbangkan wang dalam kuantiti yang sama setiap bulan untuk tempuh waktu yang ditetapkan.
Biasanya cabutan atau undian akan dilakukan untuk menentukan siapa berhak menerima duit kutu yang dikumpulkan itu secara bergilir-gilir.
Tidak dinafikan antara kita beranggapan dengan bermain kutu bersama saudara-mara, jiran tetangga atau rakan sepejabat akan dapat membantu masalah kewangan atau untuk tujuan membeli barangan berharga dan sebagainya.
Namun dalam sedar atau tidak, sebenarnya dengan bermain kutu kita rupanya menambah hutang. Ini sebagaimana cuba dijelaskan oleh pakar kewangan Dr Azizul Azli Ahmad.
BERHENTILAH MAIN KUTU?
Satu budaya menyimpan duit sejak zaman dulu kala adalah bermain ‘kutu’.
Dipejabat saya juga, budaya ini masih subur sebenarnya.
Jika pakatan ada 12 orang maka, kita akan buat cabutan siapa yang dapat bulan pertama sehingga bulan 12.
Malah ada yang negosasi,
“Boleh bagi aku bulan 8 sebab road tax Audi aku mati”. Cerita Syukri.
Ads
Jika kita kutip RM100 sebulan, sekali dapat RM1200.
Membina Hutang
Bila bulan pertama kita dah dapat, bulan depan kita dah mula berhutang dengan kawan kawan.
Kita dah dapat RM1200, dan kita mula berhutang RM1100 pada semua kawan kawan.
Bagaimana jika belum habis giliran kita, kita dijemput illahi pergi. Mati itu pasti!.
Ads
Elakkan main kutu kerana ia membina hutang sebenarnya.
Buat Arahan Potongan Tetap
Jika susah sangat nak menyimpan. Isi borang arahan tetap potongan masuk terus ASB atau Tabung Haji.
Ia lebih terjamin.
Secara perundangan satu kesalahan, secara hukum ianya dilarang.
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
Bebanan sara hidup keluarga pada masa kini yang dirasakan kian meningkat, tentunya lebih terkesan ditanggung oleh suami yang mencari nafkah. Apatah lagi, jika keluarga besar, pasti besar jugalah perbelanjaan yang harus diperuntukkan.
Lantarana itu, seorang usahawan El Azman berkongsi realiti sebenar perbelanjaan seorang suami. Bayangkan dengan gaji RM3000, tidak sampai hujung bulan wang gaji habis dibelanjakan untuk keluarga tercinta. Itulah realitinya!
Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:
– Bil air RM30.00
– Duit rumah RM700.00
– Duit kereta RM700.00
– Bil telefon suami dan isteri RM200.00
– Bil elektrik RM170.00
– Ansuran motor kapcai RM150.00
– Yuran Tuisyen anak RM150.00
– Tukar RM150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.
Jumlah keseluruhan habis dibelanjakan RM2,250.00.
Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,
‘Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah malam nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari Sabtu cutikan?’.
Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Sampai di rumah disambut pula dengan anak yang bongsu..
‘Ayah.. Cikgu adik cakap hari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru..”
Isteri spontan menyampuk..
‘Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..’
Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..
‘Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari Isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..’
Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).
Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dengan bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).
Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.
Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.
Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.
Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).
Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan juga dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak RM30.00 (Baki gaji RM263.50).
Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 minta dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .
Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. Isteripun selamba berkata..
‘Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru ni. Murah jer.. RM15 hengget..’
Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yang tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.
Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.
Malamnya pulak, beri pada isteri RM150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!
Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari Jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak?
Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih…
‘… Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie…’
Lalu isteri menjawab dengan sinis..
‘.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama ni? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?”
Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu.
Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?
Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.
sumber : El Azman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tindakan segelintir yang ambil ringan tentang perlunya kuarantin 14 hari bagi individu yang terdedah kepada virus covid-19, nyata ianya cukup membimbangkan.
Hakikatnya, ada sebabnya perlu mengasingkan diri hingga 14 hari tanpa perlu pergi ke mana-mana. Dan ini dijelaskan melalui fakta sains yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia, semoga dapat pencerahan dan kefahaman untuk semua agar patuh arahan kuarantin 14 hari.
Sains Disebalik Kuarantin 14 Hari
Semua individu yang disyaki telah terdedah dengan virus covid-19 kini diwajibkan menjalani tempoh kuarantin 14 hari. Mereka adalah kontak rapat kepada kes Covid-19 dan juga Individu yang baru pulang dari negara luar.
1. Mengapa 14 hari? Bukan 10 hari atau 7 hari?
Ini adalah kerana tempoh pengeraman virus (incubation period) bagi virus ini adalah antara 4-5 hari sehingga 14 hari.
Kajian juga menunjukkan, 97.5% individu yang dijangkiti hanya menunjukkan gejala pada hari ke 11 selepas dijangkiti.
2. Selepas ujian kali pertama, adakah bermakna individu tersebut telah bebas sepenuhnya dari jangkitan?
TIDAK, walaupun telah disahkan NEGATIF pada ujian kali pertama, individu tersebut masih perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.
3. Bilakah seseorang individu boleh dibebaskan sepenuhnya dari tempoh kuarantin?
Pada hari ke 13, ujian ulangan akan dilakukan pada semua individu yang didalam pemantauan. Sekiranya ujian ulangan ini NEGATIF, pembebasan akan diberikan pada hari ke 14.
Adakah sesiapa terkecuali dari menjalani proses kuarantin ini?
Pada 25 Mac 2020, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri menjalani kuarantin wajib setelah 7 petugas istana dikesan postif Covid-19
Pada 22 Mei 2020, PM Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari setelah salah seorang pegawai yang menghadiri menyuarat pasca kabinet disahkan positif.
Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Bersama kita patuh dan mengambil langkah pencegahan untuk mengekang penularan jangkitan.
Sumber: WHO- Transmission of SARS-CoV-2 , Implications for infection prevention precautions
Umum mengetahui Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah seorang yang sangat gemar memasak dan kerap memuat naik perkongsian menu masakan di laman Instagramnya.
Baru-baru ini, Tuanku Permaisuri berkongsi satu gambar di mana berlaku kemalangan kecil di dapur.
accident !!! sy terhangat mangkok diatas api …. sy ingat corningware …. n mangkok itu pecah … nasib baik dpt selamat kan sambal bilis sy !!! 🙈🙈🙈 meletop kuat !!! anak2 masuk pantry check mama ok tak !
Rata-rata warganet meminta supaya Tunku Azizah berhati-hati. Namun, tak kurang juga kapsyen dimuat naik membuatkan ramai terhibur.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.