Dengan sekali lafaz, penyanyi MK K-Clique telahpun sah bergelar suami kepada Siti Hajaar Datuk Sri Dr Syeikh Nordin pagi tadi dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak di Masjid Jami’il Huda, Ampang.
Pada majlis itu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, memberikan mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan manakala wang hantaran dirahsiakan. Malah, akuinya persiapan pernikahan hanya dilakukan dalam masa dua minggu sahaja kerana mahu menyelesaikan perkara wajib dahulu.
Dalam pelbagai momen menarik sepanjang majlis pernikahan tersebut, salah satu yang menjadi perhatian orang ramai adalah ketika MK menyantuni ibu dan bapanya.
Tular sebuah video yang dimuat naik oleh peminatnya di laman Tiktok ketika MK memberi kejutan kepada ibunya. Dalam video tersebut, dapat dilihat penyanyi tersebut memeluk dan memberikan bunga serta gelang tangan kepada ibu sebagai kejutan selepas dia bergelar suami.
Ads
Malah, bukan itu sahaja, video usai selamat diijab kabul yang kelihatan MK bangun dan salam ayah serta ibunya juga telah mencetuskan sebak dalam kalangan peminatnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan MK yang memuliakan ibu bapa tersayang. Malah, ada yang mengatakan betapa beruntungnya isteri kerana tahu bagaimana dia memuliakan seorang wanita melihat daripada layanan sewaktu mereka bersama ibu dan keluarga.
Ads
Terdahulu, MK telah mengikat tali pertunangan dengan Siti Hajaar pada 7 Mei 2023 dan diadakan secara tertutup.
Bercerita perihal mandi, itu memang menjadi aktiviti kebiasaan setiap antara kita. Malah sebagai ibu, kita juga sudah biasa memandikan anak-anak semasa mereka kecil. Namun ada sesuatu yang antara kita jarang hendak buat tentang mandi ini.
Apakah dia? Ia adalah mandi dengan pasangan. Mungkin kalau ada yang pernah buat di awal-awal perkahwinan, namun bila usia perkahwinan semakin matang, terasa segan dan malas pula untuk terus melakukan aktiviti nan satu ini.
Sebenarnya, alangkah ruginya kita sebagai isteri jika tidak mengekalkan amalan mandi bersama suami. Nak tahu apa sebabnya, jom semak!
[su_highlight background=”#e9e4e5″ color=”#a1192c”]5 Manfaat Mandi Bersama Pasangan[/su_highlight]
Cara untuk kekal romantis memang banyak, dan salah satu daripadanya adalah dengan mandi bersama. Apabila suami dan isteri melakukan aktiviti privacy sepertinya ini yang dilakukan bersama-sama akan menambah keharmonian dan romantisnya hubungan di dalam rumah tangga.
2. Bentuk badan lebih menawan
Tidak dinafikan bila bentuk badan semakin kurang menarik boleh menyebabkan sesetengahnya berasa malu untuk mandi bersama. Namun jangan jadikan ini alasan tetapi jadi ia sebagai semangat untuk berusaha menjaga bentuk badan dengan sebaik mungkin agar terlihat sempurna di mata pasangan.
Setuju atau tidak, bila mandi bersama sebenarnya lagi mudah untuk kita dapat membersihkan diri? Apa tidaknya, saat mandi bersama itulah bolehlah suami tolong sabun dan gosok pada bahagian-bahagian badan yang tidak dijangkau oleh tangan kita sendiri.
Kalau sesiapa yang belum pernah mandi bersama, baik cuba sekarang dan rasa kesannya. Biasanya selepas mandi bersama suami anda akan rasa lebih tenang dan bebanan atau tekanan kerja akan hilang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon Fatin Afeefa kini tampil berkongsi wajah anak pertamanya bersama suami, pempengaruh Aliff Awang yang rupanya sudah tujuh bulan melahirkan cahaya mata pertamanya bersama suami.
Ia disahkan oleh Alif yang mesra disapa Opai dalam Instagram miliknya yang kelihatan bersama seorang bayi berserta kapsyen memaklumkan perasaan bergelar bapa.
Entri terbaru pelakon berbakat ini dalam satu majlis aqiqah yang diadakan membuatkan ramai yang teruja.
Mana tidaknya, majlis aqiqah yang dihias indah dan cantik bertemakan warna biru itu bagi meraikan kesayangan mereka, Muhammad Jibril yang kini sudah pun berusia tujuh bulan.
“Kehidupan yang cantik sebagai seorang bapa. Agak sibuk sejak kebelakangan ini untuk menghabiskan masa bersama anak yang cantik, bijak dan bersemangat.
“Ke arah kehidupan yang baharu,” katanya.
Melalui satu perkongsian video, Fatin yang turut berada di sisi suami turut memangku buah hati tersayangnya.
“Esok (hari ini) akikah anak kami dan hanya bawah 10 orang sahaja yang tahu sebab kami mahu jadi ibu bapa yang tenang.
“Ini anak kami berdua yang sudah berusia tujuh bulan. Kenapa baru sekarang nak beritahu mengenai anak?.
“Mak dan dia (Fatin) sudah bising sebab anak sudah besar dan dapat kad pengenalan tidak mungkin tak boleh beritahu,” katanya.
Terdahulu, timbul spekulasi apabila netizen mendakwa Fatin sedang berbadan dua selain terkejut apabila timbul desas-desus mengatakan dia sudah melahirkan cahaya mata.
Fatin dan Opai berkahwin pada Disember 2022. Menerusi perkahwinan sebelum ini, Fatin mempunyai dua orang anak, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
Bahagia itu mahal harganya dan tidak ternilai. Jika diam itu memberi kebahagiaan buat hubungan anda dan pasangan, pilih lah yang itu. Hakikatnya dalam sebuah perkahwinan, setiap pasangan harus berlapang dada. Hormat pasangan, berilah ruang apabila diperlukan. Tetapi beritahu segalanya yang mereka perlu tahu. Inilah kunci kebahagiaan hubungan suami isteri. Ikuti perkongsian oleh lelaki Akhtar Syamir ini mengenai makna sebenar sebuah privasi dan rahsia perkahwinan.
Merungkai Makna Sebenar Privasi dan Rahsia Selepas Berkahwin.
Selepas lafaz “aku terima nikah …” segala-galanya berubah. Ikatan perkahwinan ialah gabungan antara dua orang, dua hati, dua entiti, dua jiwa dan dua kehidupan menjadi satu.
Ini termasuklah privasi. Namun, terlalu ramai yang keliru dengan maksud privasi dan mentafsirkannya sebagai rahsia peribadi. Privasi bukan bermaksud rahsia peribadi. Kita bukan sedang berbincang mengenai data peribadi seperti nombor kad pengenalan, nama email dan maklumat peribadi lain. Kita sedang berbicara mengenai privasi antara suami dan isteri.
Privasi adalah satu keadaan di mana seseorang itu tidak diganggu.
Bukankah itu lebih kurang sama dengan rahsia peribadi? Tidak sama sekali. Contoh privasi yang terbaik ialah sewaktu di dalam tandas. Anda perlukan privasi. Anda mahu bersendirian. Anda tidak mahu diganggu.
Sama juga dengan keadaan apabila anda dalam situasi yang sangat kecewa dengan sesuatu perkara. Anda perlukan masa bersendirian untuk tenangkan jiwa. Walaupun telah berkahwin, kadang-kala apabila di dalam situasi ini, pada mulanya memang anda perlukan privasi. Apabila jiwa sudah tenang, barulah pasangan boleh masuk kembali ke jiwa untuk membantu menaikkan semula semangat anda.
Jadi, kalau rahsia peribadi itu bukan privasi, apakah yang dimaksudkan dengan rahsia peribadi itu sendiri?
Rahsia peribadi bermaksud dengan sengaja menyembunyikan sesuatu maklumat dari pasangan. Namun, di sini ada 2 pengecualian sebenarnya. Pengecualian, iaitu perkara yang boleh dirahsiakan.
2 perkara rahsia peribadi tersebut adalah :
1. Perhubungan masa lampau.
Perlu saya tekankan di sini, apa sahaja yang berlaku SEBELUM seseorang suami atau isteri bertemu dan bercinta dengan pasangannya, segala perhubungan masa lampau dan maklumat berkenaan perhubungan lalu itu adalah hak orang itu dan bukannya hak pasangannya. Pasangan tidak mempunyai hak untuk memaksa suami atau isteri mendedahkan apa yang berlaku dahulu, SEBELUM mereka bertemu.
Satu lagi perkara yang paling tidak patut dilakukan ialah “menghukum” pasangan di atas perhubungan masa lalunya. Mengungkit dan memerli pasangan juga sepatutnya dielakkan sepenuhnya. Saya yakin ramai yang buat begini terutakanya semasa bergaduh. Tolong berhenti dan elakkan.
2. Pendapat peribadi yang sensitif contohnya mengenai keluarga pasangan.
Walaupun sudah berkahwin, jika ada pendapat yang tidak baik dan terlalu sensitif terhadap ahli keluarga, simpanlah di dalam hati.
Tidak perlu luahkan melainkan pasangan sendiri yang mahu.
Cara yang paling mudah ialah dengan bersetuju sahaja apabila pasangan sendiri yang berkata perkara yang sama. Kadang-kala, kebenaran itu terlalu pahit untuk ditelan meskipun ianya benar. Terutamanya jika ianya perkara yang tidak elok.
Rahsia peribadi yang sepatutnya tidak dirahsiakan lagi dari pasangan adalah :
1. Password telefon, email dan komputer.
Jika pasangan tidak membenarkan anda memeriksa telefon, email dan komputer, pasti ada perkara yang ingin dirahsiakan. Tiada alasan berkenaan hal ini sebenarnya. Berhentilah mengelak dan menyatakan pasangan tiada hak untuk periksa telefon anda.
Nak Privasi Lepas Kahwin, Kena Tengok Pada Situasinya. Pasangan akan Menjaga Bila Kita Sakit Dan Mengiringi
Mereka adalah pasangan hidup anda. Mereka yang akan menjaga anda bila anda sakit. Mereka yang akan menyuapkan makanan bila anda tak mampu. Mereka jugalah yang akan membersihkan najis kamu apabila kamu terlantar nanti. Dan akhirnya, mereka yang akan mengiringi anda sehingga ke liang lahad. Masih mahu berahsia?
Orang yang dengan rela hati membenarkan pasangan memeriksa telefon dan lain-lain adalah orang yang berterus-terang, terbuka dan tiada rahsia. Di sini akan datangnya kepercayaan dan ikatan yang lebih erat dengan pasangan.
2. Kegiatan harian.
Pasangan sememangnya wajib tahu apa yang anda lakukan seharian. Ini adalah untuk keselamatan anda dan keluarga. Jangan gunakan perkataan mengongkong kerana ianya amat jauh berbeza. Memberitahu ke mana,di mana dan apa yang anda lakukan bakal menenangkan jiwa pasangan dan membuatkannya rasa selamat. Ianya juga bagus jika terjadi apa-apa pada diri anda dan pasangan.
3. Keadaan kewangan.
Pasangan perlu sedia maklum. Selepas berkahwin, kehidupan suami atau isteri kadang-kala bergantung sepenuhnya kepada pasangannya. Jadi, sangat adil bagi pasangan untuk tahu keadaan kewangan keluarga. Mereka perlu tahu, mereka ada hak untuk tahu apa yang dibelanjakan dan apa keadaan semasa kewangan keluarga. Perlu terima pandangan pasangan mengenai hal ini. Kadang-kala mereka ada cadangan dan jalan penyelesaian supaya tidak membazir. 2 kepala pasti lebih baik dari 1.
Pokok pangkalnya adalah hormat menghormati. Jika anda hormat pasangan anda, jangan ungkit perkara yang lalu dan jangan berahsia dengan pasangan tentang perkara sekarang. Jika anda hormat pasangan anda, berilah mereka ruang apabila diperlukan tetapi beritahu segalanya yang mereka perlu tahu.
Anda bukan lagi hidup bujang, sila sedar diri yang pasangan anda adalah tanggungjawab anda. Peribadi anda adalah peribadi pasangan anda. Privasi ini penting, rahsia itu bahaya. Jika disimpan terlalu lama, ia akan membinasa.
Semoga ramai yang membuka mata dan menolak tepi ego berkenaan hal ini. Sayangi pasangan anda. Elakkan akar-akar kecurangan ini dari bertumbuh.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.