Menerima ujian disahkan diri positif covid-19 dan turut dialami oleh ibu dan ayah yang telah berusia, tentunya merupakan ujian yang berat untuk diterima. Tidak dengan itu, belum pun surut rasa bebanan yang ditanggung, kini ibu dan ayah pula telah kembali ke negeri abadi.
“Mereka dah janji nak sehidup semati, tak sangka akhirnya mereka ‘pergi’ bersama,” luah Zuriyani Ramli, sayu bercerita tentang ibu dan bapanya yang meninggal dunia akibat COVID-19 masing-masing pada Jumaat dan semalam ketika menerima rawatan di Hospital Sik, Kedah.
Menurut sumber, Zuriyani, 42, yang turut disahkan positif COVID-19 dan dirawat di hospital sama berasa terkilan apabila tidak dapat menatap wajah ibunya, Salmah Shariff, 74, buat kali terakhir sebelum jenazah dibawa keluar dari hospital untuk dikebumikan.
Namun, suri rumah itu tetap bersyukur kerana bapanya Ramli Awang, 82, ditempatkan di wad sama dengannya dan sempat meluangkan masa sehingga warga emas itu pula dijemput Ilahi.
Salmah Shariff (kiri) dan suaminya Ramli Awang (kanan) meninggal dunia selang 24 jam selepas disahkan positif COVID-19 Jumaat lalu. – NSTP/Ihsan Zuriyani Ramli
“Kami bertiga dirawat di hospital sama dan saya duduk satu wad dengan ayah, mak pula menerima rawatan di wad kecemasan. Jadi saya tak dapat tengok mak langsung dari mula masuk hospital sampai beliau meninggal dunia pukul 11.50 malam hari Jumaat lepas.
“Ayah duduk satu wad dengan saya dan kami sempat baca Yassin sama-sama. Malah, semasa ayah nazak saya sempat ajar ayah mengucap dan beliau menghembuskan nafas terakhir depan mata saya pada pukul 12.05 tengah malam semalam,” kata Zuriyani dalam nada sebak ketika dihubungi di sini, malam tadi.
Zuriyani yang tinggal di Kampung Kota Bukit, Jeneri, di sini bersama suami dan lima anaknya berusia antara enam hingga 20 tahun berkata, bapanya yang menghidap strok tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu sebelum ibunya menyusul beberapa minggu kemudian.
“Sebelum ini ayah dan mak tinggal di rumah mereka di Kampung Batu 9, Gurun, bersama seorang lagi adik lelaki saya yang belum berkahwin. Saya bawa ayah duduk dengan saya sebab nak jaga dia dan mak pun ikut sekali selepas itu,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai jangkitan COVID-19, Zuriyani berkata beliau tidak pasti siapa yang pertama dijangkiti dahulu, namun penyakit itu mula dikesan pada dirinya.
Ads
Zuriyani berkata sebelum disahkan positif COVID-19, dia mengalami demam dan batuk selama seminggu dan beransur pulih, namun memutuskan untuk ke hospital bagi mendapatkan ubat batuk pada Jumaat lepas.
“Di hospital, doktor kata saya perlu buat ujian calitan. Apabila tahu saya positif COVID-19 saya terus telefon adik lelaki saya suruh bawa ayah ke hospital, sebab ayah juga beberapa hari sudah demam dan sejak itu tak boleh bercakap. Mak pula batuk-batuk tapi ingatkan batuk biasa sebab usia tua,” katanya.
Wanita itu berkata selepas bapanya disahkan positif COVID-19 pihak hospital mengambil ibunya di rumah yang kemudian turut disahkan positif dan dimasukkan ke wad kecemasan disebabkan keadaannya yang agak lemah.
“Saya tak sangka mereka positif. Saya ingat ayah yang kritikal sebab ada strok, tapi tak sangka mak yang pergi dulu sebelum ayah. Saya tak tahu kena jangkitan dari mana sebab saya tidak pergi ke mana-mana, rutin harian saya jaga mak ayah dan masak untuk mereka sahaja,” katanya.
Zuriyani berkata suami dan lima anaknya turut menjalani ujian saringan COVID-19, namun keputusannya belum dimaklumkan dan berharap mereka bebas jangkitan.
Ads
“Sebelum ini, ayah ada cakap yang dia nak beraya (Hari Raya Aidiladha) dengan saya sekeluarga, malangnya tak kesampaian. Ayah juga selalu pesan agar jangan tinggal sembahyang,” katanya yang turut memberitahu jenazah ibu dan bapanya dikebumikan di tanah perkuburan di kampung mereka.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo ketika dihubungi berkata pasangan suami isteri warga emas itu dimasukkan ke Hospital Sik pada Jumaat lepas dengan gejala jangkitan salur pernafasan dan kematian adalah akibat pneumonia COVID-19.
Ibu adalah insan istimewa yang sukar dicari ganti. Bekas Isteri kepada Ally Iskandar, Farah Lee telah melahirkan rasa kebimbangan setelah menerima perkhabaran sedih apabila ibunya dimasukkan ke hospital setelah mengalami keretakan tulang kaki akibat tersadung di pintu bilik.
Naluri sebagai anak pastinya risau mengenai kesihatan ibu tersayang. Luahan isi hatinya telah dinyatakan menerusi laman media sosial miliknya.
Get well soon Mama. Anak 5 orang, 3 orang takde kat Malaysia, time ni pulak nak jatuh retak tulang kaki. Takpe inshaAllah banyak hikmah tu. . Mama balik Terengganu, tersadung depan pintu bilik. Now warded kat KTS. Siapa free jemput melawat Mama ya, bagi dia happy sikit. Confirm sedih tu rindu anak dia jauh-jauh belaka. Yang tak dapat visit mohon doakan Mama ya, biar Mama cepat sihat. Mak saya ni hati tisu sikit.
Nanti dah tak sejuk sangat Mama datang UK.
Farah Lee telah menulis catatan berkenaan lantaran tidak dapat berada disisi ibu tercinta ekoran kini berada di United Kingdom. Beliau berhijrah ke negara berkenaan bersama anak tunggalnya, Maream Esabel bagi menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak di University of Leeds, England awal September lalu.
Selain itu, beliau berharap pengikutnya untuk mendoakan ibunya supaya kembali sihat.
Kisah dua adik beradik ini mengundang sebak ramai orang bila mana mereka menyaksikan sendiri ibu yang disayangi pergi buat selama-lamanya.
Difahamkan, ibu kepada dua adik beradik ini meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, lebih memilukan lagi apabila kedua beradik ini menyaksikan sendiri jasad ibu mereka di jalan yang sama.
Kisah dua beradik ini viral selepas Nurfa Ray berkongsi cerita duka dua beradik ini.
Rata-rata menghulurkan rasa simpati dan tak kurang memberikan kata-kata semangat supaya adik-beradik ini tidak terus dilanda kesedihan. Antara yang turut memberi perhatian akan nasib keluarga ini adalah termasuklah Ebit lew, pendakwah yang disayangi ramai.
Dalam satau perkongsian di laman faceboknya, Ebit Lew memuat naik beberapa keping gambar ketika membuat alwatan ke rumah adik-beradik berkenaan sambil menghulurkan bantuan. Sayunya berbual dengan adik Fatihah Aina darjah 1 dan abangnya 18 tahun baru kehilangan mak. Masa ke sekolah berdua naik motor nampak maknya baru kemalangan masa nak pergi kerja. Motor lain. Arwah kerja cleaner.. Ya Allah. Adik berdua tinggal bersama neneknya. Keduanya tengok jer saya sampai tadi terus nak menangis dan nak peluk saya. Terasa macam keluarga. Cara mereka cakap pada saya macam keluarga dekat sangat. Dia kata sayang saya sambil menangis.
Ya Allah. Banyak kali mereka menangis hadir dekat saya. Abang Fatihah baik sangat adik ni. ada buku tulisan saya. Dia kerja kebun getah sebelum ini. Awal tahun ni dia naik motor seorang diri dengar ceramah saya di dataran kemaman. Jauh juga. Katanya masa tu dia peluk saya di pentas. Dia beli buku saya masa tu dengan duit gaji sendiri. Saya masih ingat. Ya Allah. Dua-dua macam nak bercerita lagi. Saya pesan padanya. Ustaz rindu mak. Rindu nak jumpa dalam syurga. Adik berdua belajar rajin jadi orang baik nanti jumpa mak dalam syurga. Adik tu kata, ustaz doakan mak saya masuk syurga Firdaus ya.
Syukur saya hadiahkan sedikit belanja buat mereka dan hadiah lain-lain. Syukur yang membantu saya sampai ke sini cikgu Fatihah, guru besar dan rakan guru yang sangat ambil berat pelajar. Terima kasih cikgu-cikgu dan pibg yang kuat dan hebat.
Sayunya berbual dengan adik Fatihah Aina darjah 1 dan abangnya 18 tahun baru kehilangan mak. Masa ke sekolah berdua naik…
Anak kita akan layan orang sekeliling mereka sebagai mana mereka di layan.
Anak yang sering di raikan akan meraikan
Anak yang sering disokong akan juga menyokong orang sekeliling.
Anak yang sering di ajak berbincang akan mudah berbincang dengan orang.
Anak yang dilayan dengan baik akan baik dengan orang sekeliling.
Anak yang dihargai akan selalu menghargai.
Begitulah anak anak kita, apa yang kita beri dan layan mereka, begitu juga layanan mereka pada orang sekeliling.
Mereka tidak pandai bermuka muka
Apa yang mereka dapat itu yang mereka akan kembalikan
Apa yang mereka faham mereka itu yang mereka aplikasikan.
Pagi tadi, saya sibuk membuat kerja rumah. Kemudian, terdengar Aufa bermaim dwngan adiknya. Dia suruh adiknya bermain 1 permainan, tapi adiknya tak berjaya untuk buat.
Saya dengar cara dia respond pada adiknya.
“Haa, adik boleh, adik boleh cepat”
Bila Ulwan berjaya buat dia respon
“Haaa, adik pandai boleh buat dah”
Tersenyum saya mendengar celoteh si kakak.
Ayat yang digunakan dan cara dia gunakan mirip sekali cara saya.
Dia meniru setiap layanan saya dalam memberi layanan kepada adiknya.
Saya tidak boleh bayangkan kalau saya ini ibu yang sering memaki hamun atau merendah rendahkan dia, pasti itu juga yang akan dilakukan kepada adiknya.
Yang selalu belajar melalui anak.
Sumber: FB Puan Farhan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di