Ibu bapa mana yang mahu melihat buah hati kesayangan memiliki kekurangan namun sebagai ibu bapa mereka reda dengan ketentuan ilahi dan memberikan kebahagiaan yang tidak terhingga buat anak istimewa ini.

Jika dahulu selebriti yang memiliki anak istimewa jarang dan enggan bercerita kisah sebegini dengan alasan malu dan tidak mahu kehilangan peminat. Namun sebaliknya berlaku pada masa sekarang.

Sebagai contohnya, Zarina Zainuddin, Catriona Ross dan Edry Abdul Halim yang sehingga kini menjadi idola ibu bapa yang memiliki anak syurga.

“Tak Boleh Terima Anak Saya Autism, Bimbang Mereka Malu Jika Orang Tahu.” Edrie Hashim & Isteri Dedah Dua Anak Autism, Puji Zarina Zainuddin Contoh Terbaik

Pengalaman serta pengetahuan yang mereka ada dikongsikan dengan peminat membuatkan mereka lebih dihormati.

Edrie Hashim yang mempunyai anak Autism, awalnya mengakui tidak selalu memperkatakan hal tersebut, namun koposer dan pemuzik terkenal ini tidak segan untuk becerita mengenainya.

“Tak Boleh Terima Anak Saya Autism, Bimbang Mereka Malu Jika Orang Tahu.” Edrie Hashim & Isteri Dedah Dua Anak Autism, Puji Zarina Zainuddin Contoh Terbaik

Bahkan, dia berasa gembira kerana ramai selebriti mula mengetengahkan mengenai kesedaran autism. Edrie mempunyai seorang anak autism yang bernama Darren Haikal yang kini berusia 15 tahun.

Menurut Edrie, Darren dilahirkan sempurna sifatnya dan amat comel sebelum hati dia dan isteri direntap dengan perkhabaran duka tentang masalah kecelaruan neurologi yang mengakibatkan gangguan perkembangan otak yang dihadapi anak kesayangan mereka.

“Tak Boleh Terima Anak Saya Autism, Bimbang Mereka Malu Jika Orang Tahu.” Edrie Hashim & Isteri Dedah Dua Anak Autism, Puji Zarina Zainuddin Contoh Terbaik

“Saya sendiri pada awalnya sukar menerima kenyataan apabila Darren didagnosis mild mental retardation malah lama dia memujuk hati untuk menerima takdir tersebut dan optimis membesarkan anak lelaki sulungnya itu.

“Rasa macam menonton filem bila anak saya disahkan penghidap autisme dan jadi orang kurang upaya (OKU). Berkali-kali saya persoal tentang kesahihan keputusan kesihatan Darren.

IKLAN

“Darren dilahirkan sempurna, apabila jadi begitu memang saya tak dapat bayangkan perasaan saya ketika itu. Lama saya pujuk hati untuk terima kenyataan,” luahnya.

“Tak Boleh Terima Anak Saya Autism, Bimbang Mereka Malu Jika Orang Tahu.” Edrie Hashim & Isteri Dedah Dua Anak Autism, Puji Zarina Zainuddin Contoh Terbaik

Menurut isteri Edrie yang merupakan vokalis kumpulan Candy iaitu Patricia Robert mendedahkan awalnya dia memilih untuk merahsiakan keadaan kesihatan dua anaknya iaitu Darren Haikal, 15, dan Dylan Haidar, 7, yang merupakan penghidap autism daripada pengetahuan umum.

Pat atau nama sebenarnya Nurul Nadhira Patricia Robert ini berkata, dia mengambil masa yang lama sebelum benar-benar bersedia berkongsi mengenai perkembangan membesarkan anak-anak istimewa itu.

Isteri kesayangan Edrie ini mempunyai sebab tersendiri dalam membuat keputusan untuk merahsiakan perkara tersebut.

“Tak Boleh Terima Anak Saya Autism, Bimbang Mereka Malu Jika Orang Tahu.” Edrie Hashim & Isteri Dedah Dua Anak Autism, Puji Zarina Zainuddin Contoh Terbaik

“Mula-mula saya memang tak boleh terima anak saya adalah autism. Sebab itu saya sendiri tak pernah sebut apa-apa tentang anak terutama mengenai autism.

IKLAN

“Saya juga ada sebab tersendiri selain bimbang sekiranya satu hari nanti mereka pulih, dia akan malu jika orang tahu mereka autisme,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Pat berkata dia mula terbuka hati untuk berkongsi perkembangan kanak-kanak itu selepas berasa bimbang tindakan orang sekeliling yang tidak memahami situasi kesihatan dua anaknya itu.

“Mereka nampak seperti orang normal sahaja. Cuma tindakan mereka yang tidak normal membuatkan saya bimbang jika mereka dipukul.

“Sejak itu saya dan Edrie terfikir untuk dedahkan keadaan kesihatan mereka kepada umum.

“Mula-mula saya memang tak boleh terima sebab itu saya sendiri tak pernah sebut apa-apa tentang anak terutama mengenai autisme,”jelas Pat.

Dalam pada itu, Pat turut memuji ketabahan pelakon Zarina Zainuddin yang sentiasa berkongsi perkembangan dua anak kembarnya yang menghidap autisme menerusi laman sosial.

“Tak Boleh Terima Anak Saya Autism, Bimbang Mereka Malu Jika Orang Tahu.” Edrie Hashim & Isteri Dedah Dua Anak Autism, Puji Zarina Zainuddin Contoh Terbaik

IKLAN

Kata Pat, apa yang dikongsi dramatis itu adalah tindakan yang betul dan memberi pendedahan kepada masyarakat.

“Saya memuji dan kagum dengan tindakan Zarina yang sering berkongsi mengenai anaknya di Instagram. Dia banyak memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai penyakit autisme ini.

“Bila tengok video dikongsikan Zarina, saya kasihan dan berasa sedih lihat dia dipukul anak sendiri. Saya faham situasi itu kerana saya juga melalui perkara sama,” ujarnya.

“Anak autisme ini seperti yang kita tahu, dia dengan dunia dia sahaja. Dia tak pedulikan dunia luar, maka kita sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan dan membawa mereka kenal dengan dunia luar sebagai cara untuk membiasakan diri dengan orang ramai.

“Jangan panik apabila anak autisme mengamuk dengan tiba-tiba dan jangan pedulikan pandangan masyarakat luar yang memandang sinis kononnya kita tak pandai jaga anak.

“Juga jangan kurung anak di rumah kerana tidak bagus untuk perkembangan minda mereka,” katanya yang adakalanya terpaksa memohon maaf kepada orang ramai jika anaknya itu mengamuk di tempat terbuka.

“Tak Boleh Terima Anak Saya Autism, Bimbang Mereka Malu Jika Orang Tahu.” Edrie Hashim & Isteri Dedah Dua Anak Autism, Puji Zarina Zainuddin Contoh Terbaik

Biarpun terbuka berbicara tentang keadaan anaknya, Patricia mengakui timbul rasa sedih apabila ada kalangan masyarakat yang membanding-bandingkan Darren dengan anak normal lain.

“Sudah tentulah saya sedih apabila anak yang dikandung selama sembilan bulan itu disahkan autistik. Malah saya paling tidak suka bila orang bandingkan Darren dengan budak normal kerana tidak adil baginya. Dia tak minta dilahirkan begitu dan menjadi OKU. Tipulah kalau saya tak kecewa tapi itulah tiket saya dan suami ke syurga,” luahnya.

Pat dan Edrie mendirikan rumah tangga pada 9 Februari 2002. Hasil perkongsian hidup selama 17 tahun itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Darren Haikal, 15, dan Dylan Haidar, 7.

sumber : mstar & IG patcandymsia & edriehashim

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI