Masa Raya Ni Keluarga Berkumpul. Guna Resipi Ni Buat Ayam Masak Untuk 5 Ekor!

Meriahnya Raya terasa bila semua ahli keluarga dapat berkumpul beramai-ramai. Selain dapat bermaaf-maafan, tentu sahaja saat menjamah hidangan akan menjadi momen istimewa. Jadi apa kata meriahkan Raya kali ini dengan menyajikan menu Ayam Masak Merah untuk dinikmati bersama-sama.

Nak masak banyak tak jadi hal, bila follow resipi yang dikongsikan oleh Nazri Mat Zain ini yang sememangnya khusus untuk masak 5 ekor ayam.

 

 

Ayam Masak Merah

Berkumpul Sanak Saudara, Boleh Guna Resipi Ayam Masak Merah Ni Untuk Masak 5 Ekor!

5 ekor ayam dibersihkan dan kemudian digaul dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng dan terlalu garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.

Bahan-bahan kisar:
Bawang Besar 12 biji
Bawang Putih 2 1/2 labu
Serai 14 batang
Lengkuas 200g
Halia 250g
Jintan Manis 2 Sudu Besar
Buah keras 8 biji

Berkumpul Sanak Saudara, Boleh Guna Resipi Ayam Masak Merah Ni Untuk Masak 5 Ekor!

IKLAN

Cili kisar anggaran1 jug blender

Tomato puree, tomato soup dan Kacang peas, cili sos

Berkumpul Sanak Saudara, Boleh Guna Resipi Ayam Masak Merah Ni Untuk Masak 5 Ekor!

Susu cair 1 tin

 

IKLAN

 

Cara penyediaan:

1.Guna minyak yang kita goreng ayam tadi dan tumis bahan kisar bersama dengan 4 sekawan (kayu Manis, Bunga lawang, Bunga cengkih dan buah pelaga)

2.Kemudian masukkan cili blend masak hingga pecah minyak lagi

3.Setelah pecah minyak masukkan tomato puree 1 tin, tomato soup 1 tin dan cili sos 1 tin ( saja Saya bagi sukatan dgn tin supaya senang nak buat nanti gunakan tin tomato puree pun tak apa. Masak lagi hingga pecah minyak.

4.Masukkan garam, aji dan gula secukup rasa.

IKLAN

5.Kemudian masukkan susu cair 1 tin dan ayam yang telah digoreng tadi.

6.Perlahankan api dan biarkan mereneh sekejap supaya ayam tu mesra bersama kuah.

  1. Akhir sekali masukkan lah bahan-bahan sampingan bawang Besar dan daun sup serta daun bawang yang dipotong-potong. Masukkan Kacang peas Kacau-kacau dan angkat.

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Berkumpul Sanak Saudara, Boleh Guna Resipi Ayam Masak Merah Ni Untuk Masak 5 Ekor!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI