Seorang kanak-kanak perempuan, Alisa Umairah Nur Hisham atau lebih dikenali sebagai adik Alisa Umairah yang menghidap kanser mata tahap empat telah menghembuskan nafas terakhir pada tengah malam semalam.
Kisah kanak-kanak ini mendapat perhatian ramai selepas bapa Alisa iaitu Nur Hisham Abd Hamid berkongsi anaknya yang gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan kimoterapi, sehingga mengundang sebak orang ramai.
Kata bapanya, Alisa Umairah didiagnos menghidap kanser ketika usianya setahun dan telah menjalani pembedahan membuang kedua-dua matanya pada Mei dan Julai lalu.
Ads
Sebelum ini, menerusi beberapa hantaran di laman Instagram @era.je, adik Alisa yang berada dalam kritikal bertemu dengan selebriti popular, Elly Mazlein untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai kesihatan kanak-kanak tersebut.
Malah, sebelum ini juga Elly Mazlein telah mengunjungi adik Alisa di kediamannya yang terletak di Labis, Johor selepas selesai menjalani sebuah pembedahan terakhir pada bulan lalu.
Menerusi video yang dikongsikan, artis wanita itu turut membawa beberapa buah tangan termasuklah gula-gula kegemaran adik Alisa.
Ads
Elly Mazlein menerusi Instagramnya turut meluahkan rasa sedih dan sebak atas kehilangan itu.
Ads
“Adik Alisa sekarang dah berlari di taman syurga. Adik Alisa seorang anak yang kuat. Adik Alisa berehat ya, Mama Lina akan sentiasa ingat Adik Alisa. Al-fatihah,” tulisnya.
Seorang ibu yang sakit hendak bersalin meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital menaiki ambulans.
Suri rumah berusia 35 tahun yang hamil anak kedua itu dipercayai sakit hendak bersalin dan suaminya kemudian menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.57 petang semalam daripada petugas zon merah Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani yang memaklumkan wanita itu dan bayi dalam kandungannya sudah meninggal dunia.
Difahamkan, wanita itu dipercayai tidak sedarkan diri sebelum pengsan. Mangsa juga disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menaiki ambulans.
“Doktor sudah melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi dan disahkan bayi itu turut meninggal dunia di dalam kandungan.
“Hasil semakan yang dilakukan melalui temu bual suami mangsa juga mendapati, wanita itu tidak mempunyai sebarang rekod masalah kesihatan.
“Berikutan itu, Pol 61 dikeluarkan untuk mengetahui sebab kematian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Wan Azharuddin berkata, pemeriksaan lanjut terhadap mayat si mati mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau khianat.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat hari ini.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mayat reput ditemukan di Banting, dipercayai milik remaja 15 tahun yang dilaporkan hilang. Penemuan mayat reput di sebuah sungai di Banting dipercayai mangsa pembunuhan dan ada kaitan dengan kes kehilangan remaja perempuan berusia 15 tahun di Kajang pada 19 Disember lalu.
Polis percaya ia berkait dengan kes laporan kehilangan Yap Xin Yuan, 15, yang diterima di Balai Polis Batu 9, Cheras, pada 2.15 pagi, 20 Disember lalu sebelum usaha mencari mangsa dijalankan.
Menurut sumber, penemuan mayat mangsa yang dibuang di dalam sungai adalah susulan penahanan teman lelakinya dan dua lagi individu.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, susulan penemuan mayat itu, polis sudah menahan tiga individu buat masa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Keadaan mayat ditemukan dalam keadaan reput. Buat masa ini, polis masih menunggu keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan identiti mangsa.
Susulan itu, tiga lelaki, termasuk teman lelaki remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 19 Disember lalu, ditahan polis selepas penemuan mayat reput di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting, Sabtu lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga suspek berusia 16, 20, dan 51 tahun, membabitkan teman lelaki serta dua ahli keluarganya, yang ditahan semalam direman sehingga 5 Januari depan bagi membantu siasatan.
“Berikutan penemuan (mayat) ini, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang mengklasifikasikan semula siasatan kertas inkuiri orang hilang kepada siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Hussein turut memaklumkan, mayat yang dijumpai di RTB Sungai Changgang sudah reput (decompose) dan tidak dapat dikenal pasti melalui pengecaman fizikal.
Mayat dihantar ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat. Menurutnya, proses bedah siasat dijalankan di Hospital Banting dan pihaknya masih menunggu keputusan analisa ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti mangsa.
Semalam, polis menemukan mayat reput di sebuah sungai di Banting, dipercayai mangsa pembunuhan dan ada kaitan dengan kes kehilangan Yap Xin Yuan, 15, di Kajang pada 19 Disember lalu.
Media sebelum ini melaporkan remaja perempuan dilapor itu dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumahnya selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.
Remaja ini berketinggian 155 sentimeter (cm), berat 39 kilogram, berambut panjang, dan memakai pendakap gigi.
Kakak sulung meraung dengar lagu Achik Spin di pasar raya -“Kalau lagunya dimainkan di radio, terus saya tutup.” Sudah 15 tahun pemergian penyanyi terkenal, Allahyarham Achik Spin, namun kenangan terhadap adik tersayang itu masih terpahat erat dalam hati kakak sulungnya, Nurul Azua Md. Shari.
Peserta Kilauan Emas musim kelapan (KE8) yang juga merupakan seorang guru sambilan berusia 46 tahun itu mengakui masih gagal menahan sebak setiap kali terdengar lagu dendangan adik kelimanya itu, yang pergi buat selamanya pada tahun 2010 akibat kemalangan jalan raya.
“Saya reda tetapi setiap kali dengar nyanyian Achik terus timbul rasa hiba, malah kalau lagunya dimainkan di radio terus saya tutup. Pernah di sebuah pasaraya lagunya diperdengarkan, saya terus meraung.
“SAMPAI SEKARANG PUN SAYA ELAKKAN (DENGAR) HINGGA ADA YANG BERTANYAKAN PERKARA INI. BUKAN TAK NAK DENGAR, CUMA SAYA MEMANG SEDIH. TAK BOLEH LANGSUNG,” LUAH NURUL AZUA KETIKA DITEMUI PADA SIDANG MEDIA KE8 YANG BERLANGSUNG DI HOTEL SUMMIT USJ.
Menurutnya lagi, ikatan kekeluargaan yang sangat erat antara sembilan adik-beradik termasuk arwah menjadikan kehilangan tersebut sukar dilupakan, lebih-lebih lagi kerana dia turut memainkan peranan besar dalam membesarkan mereka.
“Ini kerana kami sembilan beradik sangat akrab. Dulu emak kerja ikut shift, jadi saya jaga adik-adik di rumah. Masa umur enam tahun saya dah pandai masak. Kiranya sayalah kakak, sayalah ibu,” tambahnya.
Allahyarham Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari menghembuskan nafas terakhir pada 17 April 2010 akibat kemalangan di Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS), yang menyebabkan kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan.
Semasa hayatnya, Achik bersama kumpulan Spin mencipta fenomena sekitar era 90-an dan awal 2000-an menerusi lagu-lagu popular seperti Janji Kita, Kasih Ibu, Malam Semakin Dingin dan Mengusung Rindu.