Nahas FRU, hilang anak tahun lepas, tahun ini pula hilang suami. Isteri Koperal Nurit Pandak, 34, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam kemalangan tragis menerima ketentuan takdir kehilangan suami dan anak dalam tempoh kurang dua tahun.

Nahas FRU, Hilang Anak Tahun Lepas, Tahun Ini Pula Hilang Suami

Jowissemborisxs Bah Johan berkata, suaminya telah berkhidmat selama lebih 10 tahun sebagai anggota polis.

“Kami berkahwin selama empat tahun. Sebelum ini kami mempunyai anak perempuan, tetapi meninggal dunia pada tahun lepas (Februari 2024) kerana masalah jantung.

“Kini dia (Nurit) pula meninggalkan saya dan keluarga. Ini (kehilangan) memang amat menyedihkan,” kata Wanita berusia 36 tahun ini.

Kemalangan tragis yang mengorbankan sembilan anggota FRU itu dilaporkan berpunca daripada rempuhan lori yang membawa muatan batu di Jalan Sungai Manik-Sungai Lampam pagi tadi.

Nahas FRU, Hilang Anak Tahun Lepas, Tahun Ini Pula Hilang Suami

Nahas berlaku ketika tujuh konvoi kenderaan FRU dalam perjalanan pulang ke Ipoh setelah selesai penugasan perayaan Chitra Pournami di daerah Hilir Perak.

Ads

Ujar Jowissemborisxs, suaminya sememangnya meminati kerjaya sebagai anggota polis dan kehilangan anak perempuan mereka pada tahun lalu tidak mematahkan semangat suaminya.

“Siapa yang tidak sedih kehilangan anak perempuan. Namun, beliau (suami) sedih tidak lama dan menerima ketentuan itu sebaiknya.

“Kini, saya terpaksa menerima kehilangannya setelah hidup bersama selepas lebih empat tahun,” katanya.

Ads

Sumber: Kosmo online

Baca artikel lain juga: Suami Gembira Dapat Anak Perempuan Lepas 10 Tahun Menanti Kini Dia Sudah Tiada Isteri Koperal Amiruddin Zabri

 

Ads

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI