Susahnya mengikuti program penurunan berat badan menyebabkan ia sering gagal serta membuat ramai orang lebih tertekan. Namun, terdapat beberapa cara yang baik untuk menurunkan berat badan.
Sebenarnya, menurunkan berat badan bukan perkara yang mudah. Agar tidak memberi tekanan yang lebih berat dan besar pada pengamalnya, adalah lebih praktikal untuk ikuti cara yang sederhana dan menyenangkan. Contohnya seperti berikut:
Menari
Jika anda tidak suka ke pusat kesihatan atau gim untuk melakukan aerobik mahupun latihan kardio, cubalah untuk menari. Menari boleh membakar lebih kurang 500 kalori. Selain bergerak, menari juga dapat membantu hormon endorfin sampai ke otak. Hormon ini berfungsi menjadikan orang lebih berasa senang dan bahagia. Tambahan pula, menari adalah cara yang menyenangkan untuk membuat tubuh tetap sihat dan membantu menurunkan berat badan.
Jalan kaki
Jalan kaki di pagi hari boleh menjadi cara yang menyenangkan untuk menurunkan berat badan. Selain membakar kalori, jalan kaki juga boleh membuat fikiran dan tenaga segar sepanjang hari.
Bermain dengan anak
Ads
Aktiviti ini sering dipandang remeh sesetengah ibu bapa. Sebenarnya bermain dengan anak yang aktif bukan sahaja menggembirakan tetapi juga membuat anda berpeluh di samping membantu menurunkan berat badan. Tidak perlu berlama-lama, cukup luangkan satu jam sehari untuk bermain dengan anak anda yang aktif.
Berenang
Ads
Meluangkan masa berenang setiap hari selama setengah jam sudah cukup untuk menurunkan berat badan secara bertahap.
Memasak
Masyarakat moden sekarang lebih memilih makan di luar sama ada di restoran biasa mahupun di restoran makanan segera berbanding memasak sendiri di rumah. Ini mungkin disebabkan memasak sendiri mengambil masa yang agak lama. Mungkin mudah dan tidak perlu bersusah payah memasak dan mengemas dapur tetapi sebaliknya memasak makanan sendiri bukan sahaja menyihatkan tetapi juga cara yang baik untuk menurunkan berat badan.
Membuat kerja-kerja rumah
Membasuh, mengemas rumah, menyapu, mengelap lantai dan sebagainya antara kerja-kerja rumah yang lazimnya kini dilakukan oleh pembantu rumah. Apa kata sesekali anda melakukan sendiri kerja-kerja tersebut. Ini akan membantu secara sederhana untuk menurunkan berat badan.
Ads
Info kesihatan
Perlu diketahui, keperluan kalori bagi wanita sekitar 1500 – 1900 kkal manakala bagi lelaki pula 1900 – 2400 kkal. Pada umumnya, kalori digunakan untuk menunjukkan jumlah tenaga yang terkandung dalam makanan. Kalori boleh diperoleh daripada pengambilan makanan yang mempunyai sumber karbohidrat, lemak dan juga protein.
Jumlah kalori dalam makanan diperlukan untuk menghitung keseimbangan tenaga. Apabila jumlah kalori yang dimakan kecil dari kalori yang digunakan, berat badan akan berkurang kerana cadangan tenaga dari lemak akan digunakan. Sebaliknya, apabila jumlah kalori yang masuk lebih besar dari kalori yang digunakan, berat badan akan meningkat.
Kelebihan tenaga yang masuk juga akan disimpan sebagai lemak pada tubuh. Seterusnya, pengumpulan lemak yang berlebihan ini boleh meningkatkan risiko berlakunya hipertensi, obesiti, penyakit jantung, strok dan diabetes.
Tunggu apa lagi, batasi kemasukan kalori di dalam tubuh anda. Jangan lupa untuk berolahraga. Sekecil mana sekalipun olahraga anda, walaupun hanya berjalan kaki ia sudah mampu untuk menurunkan berat badan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Walaupun waktu malam terlihat biasa sahaja bila bersama keluarga, namun jika digunakan sebaik mungkin pasti menjadi cukup bermaanfaat dan istimewa.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh keluarga Puan Ainun Mardhiah. Jom ikuti perkongsiannya.
Siapa yang sepatutnya ajar anak mengaji? Suami atau isteri?Ada sahabat yang bertanyakan soalan ini.
Saya jawab berdasarkan pengalaman.
Jawapan saya : Dua-dua.
Jika suami ada di rumah, beliau tidak mengajar di luar atau berkuliah maghrib, biasanya beliau yang akan mengajar anak-anak mengaji. Anak mengaji dengan abah ni kesannya lain. Fokusnya lain. Dengan ummi dia boleh gelak-gelak ye, dengan abah semua boleh fokus. Allah jadikan aura seorang bapa itu berbeza di dalam jiwa anak. MashaAllah.
Bila suami mengajar di luar, saya akan berusaha ambil alih tugas. Dalam kepala memang macam-macam nak buat. Nak kemas itu ini, ready baju untuk esok dan macam-macam lagi kerja yang tak pernah habis. Tapi sebab dah janji pada diri, Maghrib adalah waktu perdana untuk solat dan mengaji dengan anak-anak..Special!
Disiplin sungguh-sungguh. Lupakan kejap hal lain. Dan inilah sebabnya kenapa saya menolak semua ceramah di luar pada waktu malam. Masa anak-anak membesar hanya sekali. Masa yang sangat berharga.
Perlu ajar apa dulu? Boleh terus menghafal ke?
-Kenalkan anak-anak dengan huruf hijaiyah dulu. Nak guna Iqra’ atau Al-Furqan atau Qiraati atau Tamhid al-Baghdadi? Semuanya Ok insyaAllah. Pilihlah mana-mana yang kita berkenan. Yang penting konsisten.
-Dalam kereta boleh pasang CD Al-Quran Juz 30. Hari-hari anak-anak dengar InsyaAllah mereka akan terhafaz dengan sendirinya. Tenang-tenang aja. Yang penting selalu bercerita dengan anak kelebihan berdamping dengan Al-Quran ya.
Musim perayaan begini memang saat paling dinantikan. Waktu inilah dapat bertemu dan berkumpul. seronok dapat berkumpul ramai-ramai sambil berborak dan makan-makan. Yang dah lama tak jumpa waktu inilah nak eratkan kembali hubungan kan. Tak kisahlah saudara mahupun teman.
Dalam keseronokan beraya, bagi ibu bapa yang membawa anak harus mengawal tingkah laku mereka di rumah orang. Jangan terlalu leka berborak sehingga terlupa anak-anak sudah ‘terlebih perangai’. Lebih memburukkan keadaan bila anak memecahkan barangan di dalam rumah.
Jangan nak salahkan tuan rumah jika perkara ini berlaku kerana sebagai ibu bapa patut disiplin dan mendidik anak supaya ‘behave’ di rumah orang.
Situasi ini dikongsikan oleh seorang bapa yang mempunyai anak Autisme. Mengakui anaknya sangat hyper dan tak reti duduk diam, namun Bapa bernama Fais ini mengakui cukup garang dan akan menegur bila anak buat silap.
Biarpun cara yang dipraktikkan kurang dipersetujui isteri dan keluarga, namun itu adalah demi kebaikan anaknya sendiri.
Melentur buluh biar dari rebungnya, itu pendekatan yang Fais ambil. Dia juga tidak memihak pada anaknya, sebaliknya setiap ibu bapa ada cara didikan masing-masing.
Biarpun terpaksa menegur berulang kali, namun menurut Fais cara begini membuatkan anak-anak tahu apa yang mereka lakukan itu adalah salah.
Segalanya bermula daripada rumah. Justeru, nak mendidik anak supaya berkelakuan baik di rumah orang haruslah bermula dari ibu bapa itu sendiri.
Segalanya bermula dari ibu bapa sendiri. Bak kata pepatah anak itu ibarat kain putih, yang mencorakkannya adalah ibu bapa. Jadi hati-hati dalam melakar corak supaya tidak kotor dan terlihat cantik dan bersih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selain menu utama raya, makanan yang menjadi kegilaan kita anak beranak pastinya kudapan jenis kekacang, kerepek atau rempeyek yang laris bak pisang panas.
Letak sahaja sebalang kerepek di hadapan televisyen, pasti boleh habis dalam masa 30 minit. Itulah penangan aneka kudapan di hari raya.
Selain kekacang seperti kacang botak, kacang salut tepung dan pelbagai jenis kacang, rempeyek, tumpi dan sebagainya, menu yang satu ini iaitu Kuih Gunting jangan pula dilupa.
Kuih gunting jenis pedas atau manis mungkin sudah terbiasa bagi semua, berbeza dengan kuih gunting yang satu ni. Nampak sedap.
Istimewanya kuih gunting yang disediakan oleh Shaeyka Eika ini lain daripada yang lain. Wajib cuba, sebab dikatakan cukup laris ketika waktu raya. Confirm sedap lain macam.
Kuih paling laris kat rumah time raya.
Kuih Gunting
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
1/2 biji kelapa ( ambik santannya)
2 biji telur
Daun sup
Daun bawang
Daun kari
1 paket jintan manis (RM1.00)
4 sudu marjerin
Sedikit garam (campur dalam santan)
Caranya:
1. Daun-daun tu ikut masing-masing, nak letak sikit atau banyak. Tapi kami suka letak banyak-banyak.
2. Jintan tu kisar halus.
3. Daun-daun tu hiris halus, kemudian masukkan tepung, telur, marjerin dan santan.
4. Kemudian gaul hingga sebati.
5. Dah jadi doh, gunting lepas tu goreng.
Kredit Resepi: Shaeyka Eika
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di